Pages

Friday, January 29, 2010

monolog sendirian

salam

"mambangun, bukan meruntuhkan..."

itulah antara ucapan imam hassan al banna yg menjadi suatu peringatan kepada kita, tatkala kala kehidupan berorganisasi, bersahabat atau apa sahaja situasi.

orang boleh komen, kritik macam2, kerana dilihatnya kegagalan peranan yang dimainkan seseorang, namun, ianya tidak akan menjadi suatu yg bermakna seandainya ucapan itu hanya nk bersifat menjatuhkan, melemahkan orang, walhal dia tak berminat untuk membantu.

jika orang hebat, maka dia pun bermuka2 nak bersama menumpang kehebatan orang, bila orang lemah, maka tidak ada pun dia membantu.., bantu melemahkan je...

berawaslah dengan mulut, adakala ter aib orang... seronok menjatuhkan dan memalukan orang dikhalayak orang walaupun berniat nak nasihat dia dan tunjuk ajar, tetapi terlupa yang dia itu pun manusia berperasaan. Allah pula di akhirat akan membuka aibnya kelak di akhirat lantaran lasernya mulut yg tak terjaga.

erti hidup pada memberi...

biarlah kita miskin harta, bukan bermakna tiada sumbangan dari kita..
asalkan jiwa kita kaya....

biarlah badan kita kecil,
tetapi besarnya jiwa yang dimiliki...

walau hebat manapun dirimu,
walau tinggi mana pangkat jawatanmu,
walau ada banyak mana pengaruhmu..
namun di sisi Tuhan...
engkau hanyalah hamba yang lemah...
sekadar seorang hambaNYA....

p/s: anda ada saya, anda ada sahabat anda..
      dan yang penting.... Allah bersama anda..

Thursday, January 28, 2010

sahabatku cermin

salam...

semalam sahabat saya tanya, esok kelas pukul berapa, saya jawab , "pukul 10am"...sebenarnya nak cakap 8am, tp dah tersasul...instinct saya ketika tu tak rasa dapat "aroma" nak kekelas...saya buat tak layan..

pagi tadi bangun then tidur2 ayam sekejap sebelum jam 7.30... tapi bila bangun, rasa sukar bernafas menyebabkan saya terpaksa tidak ke kelas... hujan kemudian turun... lepas ok semua,, saya ke rumah kawan, then dapat mesej kena hantar assgnment qmt sebelum jam 12, masa tu dah jam 11.20am,, saya cepat2 buat dan alhamdulillah sempat hantar assgmnt pada jam 11.58am... kalu tak hantar potong 1markah...fuuh
kelas jam 12 tghr, kelas eco dibatalkan, then jam 12.00 tu terlibat meeting dikalangan presiden dan kakitgn u, sebagai persiapan agensi audit ahad depan.

jam 8.00mlm terlibat meeting follow up Isbac utk program esok., members meeting.....pada jam 3pm

petang td sempat lah menghantar kad kahwin kat lecturer... oh...bukan saya nyer, tp akhi rusdi punye....
sempat ke library pinjam 2 buah buku
1. kearah sistem kewangan yang adil
2. dakwah dan tarbiyyah pandangan hassan albanna

then, dibelanja tuan imam uitm kat kolej redang, makan kuew teow lakna...best ngat n sedap sungguh...

sempat hadiri kuliah maghrib kat u td, tafsir surah al-'alaq oleh u.wahairi.... then ke meeting

hmmm....

p/s: sahabat adalah cermin hidup kita, jadilah cermin buat saya

Tuesday, January 26, 2010

Hebat manapun kedudukanmu, engkau hanyalah seorang hamba bagi Allah

"ya Allah, Kau jadikanlah bagiku pembantu2 yang setia bersamaku membawa urusan ini, jangan Kau bebankan keatasku sesuatu yang tidak mampu aku galasinya... Ya Allah , jangan Engkau beratkan serta menjadikan urusanku dengan jalan yang sukar, tunjukkanlah serta pimpinlah daku dengan hidayahMu ke jalan yang Engkau redhai, jauhkanlah daku dari fitnah dunia ini Ya Tuhanku... Ya Tuhan, sihatkanlah tubuh badanku agar aku berupaya menjadikan nikmatMU ini untuk urusan ibadah kepadaMu, sembuhkanlah aku daripada apa yang aku deritai, Engkaulah yang mendatangkan sesuatu penyakit dan Engkau jualah yang menyembuhkan segala sesuatu penyakit"

mesyuarat MT ISBAC jam 230 petang 4.30petang td, lusa ada program Members Meeting ISBAC membawa tema "Merapatkan Ukhuwah Keluarga Isbac"...

Monday, January 25, 2010

bila ter over dapat perhatian

setiap kali kelas fiqh muamalat, nama saya memang tak sah kalu tak disebut ustaz..... kalu example sikit, orang yang jadi bahan kajian tulah saya, kalu kena apa2 memang saya.... mula2 anggap biasa, ada kawan bila saya ceritakan kat dia, dia cakap, "kalu saya memang seronok, sebab lecturer beri perhatian kat kite"... itu katanya, tapi keadaan saya ni cuba bayangkan, 2 jam kelas daripada awal sampai habis saya je jadi mangsa..... kawan sekelas saya, pada buku notanya diakhir pages, dia buat satu ruang yang ditulis kat situ nama pelajar2 lelaki, dan siap dengan score lagi (setiap kali ustaz kenakan orang, dia tembak orang lelaki) jadi diakhir kelas, dia buat kiraan score tadi, dan setiap minggu ada 2 kelas, jadi kesemuanya setakat ini "dimenangi" oleh saya.

puas try eksperimen, duduk kat depan, tepi kelas, belakang.....memang kena, pernah tak mari sekali diawal kuliah dulu pun kena jugak budak2 kelas ni bagitahu....aduhai.....cuma tadi je dapat kurangkan tekanan bila duk kat hujung depan kelas, then saya tolak meja ustaz rapat kat dinding pasal xnak kasi ustaz duduk kat meja n ust duk kat kerusi je... eksperimen tersasar bila ustaz tarik kerusi n then  duduk mengadap betul2 depan saya... budak2 ni ketawa sentiasa...saya plak macam tertekan... alhamdulillah, ustaz berdiri n alih kerusi kesebelah lain plak...tp belum jamin tu dah selamat... dari jauh pulak ustaz tembak saya....saya undurkan kerusi kebelakang sedikit untuk halang pandangannya ke arah saya. barulah dapat kurangkan sedikit tembakan ustaz.

lawak memanglah lawak, tapi bila dah terganggu perasaan sebab contoh yang tak bagus last2 hilang concerntrate. itulah masalahnya.....

pepun, redha jelah, memang tu nasibnya, sem lepas pun ustaz ngajar, asyik saya saja yang kena lebih... ha3

kelas lain pun sama jugak, cuma taklah stress camni.....lan o lan

p/s: pepun hormat pensyarah

Saturday, January 23, 2010

antara 2 darjat


petikan akhbar- http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6421839.asp

McDonald jual semula patung babi


SINGAPURA - Syarikat makanan segera, McDonald di Singapura memohon maaf kerana terpaksa mengeluarkan semula patung mainan babi selepas memutuskan menarik balik permainan itu.

McDonald bulan ini mula menjual patung mainan 12 haiwan dalam kalendar Cina tanpa karakter babi kerana enggan menyinggung perasaan pelanggan Islam.

Namun, keputusan itu mendapat bantahan daripada pelanggan Cina yang mahu memiliki patung mainan itu, terutama mereka yang dilahirkan dalam tahun babi.

"Kami minta maaf dan tidak berniat menyinggung sesiapa," kata McDonald dalam iklan disiarkan akhbar Straits Times.
 
p/s: orang melayu pantang bila sebut babi, sensitif sungguh......  arak takper, disko takper,judi takper..... salah siapa? tepuk dada tanya iman

bayangan seorang murabbi



kenangan semasa AGM BH tahun 2005

salam...alhamdulillah, tghari tadi dikunjungi akhi rusdi ex-presiden BH 2005, kedatangan beliau sangat mengujakan diriku kerana lama tak bertemu dengan beliau.4 tahun umur beliau lebih matang daripadaku ini berumur 23 tahun, beliau adalah salah seorang yang cukup aku kagumi dari segi penampilan dan leadershipnya. seorang yang terkadang pendiam, namun sikapnya digemari bila berbicara dan lembut hatinya.

banyak saya pelajari daripadanya walaupun tidak lama bersama beliau dahulu. beliaulah orang pertama daripada kalangan akhi2 yang menegur sikapku yang terang2an menunjukkan sifat futur dalam dunia dakwah, yang menyedarkan daku bahawa saya bukannya hidup bersendirian.

segak sentiasa dan berpewatakan matang senantiasa menjadikan diriku amat senang mencontohinya.

beliau akan melangsungkan perkahwinan dengan bakal isterinya pada 14 febuari diperak dan 27 febuari di pahang. tahniah, semoga majlis berjalan dengan sempurna. i.allah saya akan datang kesana biarpun dalam keadaan merangkak sekalipun(bak kata naqib kesayanganku akhi muin)

"lan, kalau ada masalah, marilah berbincang, kita selesaikan secara kolektif" itulah antara sebahagian kandungan sms yang ku masih simpan sejak tahun 2006 lagi..... terima kasih akhi akhi rusdi abdullah

nak cari ayam, nak cari ayam

salam...

pagi2 lagi terus pi cari pemborong ayam hidup pasal cadang nak buat kursus penyembelihan akan datang nak buat kerjasama dengan Pejabat Agama daerah, susah betul cari...dan Dungun memang tak der yang kaki membela ayam daging/ayam hidup....ayam serama ada lah...... banyak jugak kekurangan kat sini....kilang2 industri agak kurang dan sukar dicari, jd harap2nya kerajaan serius membangunkan ekonomi negeri yang punyai sumber alam terkaya di Malaysia ini. rakyat perlu dididik dengan otak berniaga dan industri, yang ada sekarang kita jadi pengguna, bukan pembekal atau pengeluar.

punya fikir2 lagi, cadangan lain aktiviti adalah pertandingan memancing......ni memang tak pernah dibuat kat uitm dungun ni...so nak try buat..insyaallah, harapnya berjalan.

soal kursus sembelihan tadi, insyaallah akan berjalan dan hasilnya mungkin akan digunakan untuk sumbangan kepada rakyat fakir miskin dan sebahagian kecilnya untuk juadah para peserta program.

1 lagi program insyaallah in progress tentang lawatan ke rumah orang tua.....harapnya berjalan lancar.....

p/s: assignment makin bertimbun

Friday, January 22, 2010

aktiviti hari ini.....

8.30 a.m-10.00am dijemput memberikan seminar motivasi kepada kepimpinan baru persatuan BH.
jam 3.00 petang- mesyuarat ahli tingkap beritngkap2
jam 5 petang- halaqah ilmu
jam 7.00 - tazkirah maghrib di surau kolej kupas tajuk buku apa ertinya saya menganut islam, subtopik saya mestilah beriman di sudut akhlak
9.30 malam- makan malam kat kedai ayam 2 ketul dengan anak buah

cari2kan masa untuk study hai kawan...

"selalulah mengingati Allah, masalah kembali kepada Allah.."

Thursday, January 21, 2010

belajar dari kesilapan

salam...

jam sekarang 10.55 malam....baru pulang rumah....

petang tadi ada 2 meeting, jam 5-6petang(tapi terlewat hadir jam 5.30petang) , then 6-7petang.... terus ke masjid uitm bacaan yaasin dan tazkirah, then ada juadah sikit.... berbual sementara dengan ahli qaryah masjid, ada bersama en munir, RS kolej Redang, Ayah Su imam masjid, serta kakitangan klinik dan pelajar2....

bersimpati dengan sahabat ana dipihak siswi dimana motosikal baru honda wave beliau dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab dirumah sewanya. kejadian ini sudah pastinya perkara yang boleh menyebabkan beliau sedih sedikit, jadi saya menyeru ibu bapa yang ada melihat anak2 mereka membawa pulang motosikal honda wave berwarna oren, sila beri kerjasama membanteras soal ini dengan melaporkan kepada saya(0139883435) atau terus kepada pihak polis berdekatan. kejadian ini berlaku sekitar sura hujung dungun terengganu. saya telah menyiarkan komen saya pada akhbar sinar harian 2 hari lepas serta meminta sahabat2 luar orang kampung memberikan kerjasama jitu. semoga Allah membuka hati si pencuri tersebut. ameen.

pagi tadi saya ada kuiz., agak malang sedikit saya terlupa hari ini ada kuiz, jadi preparation agak kurang melainkan apa yang ingat2 sikit minggu lepas yang diajar. apapun ia menjadi pengajaran kepada saya.

timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah memberikan signal daripada beliau supaya emailkan kepada beliau terus untuk memaklumkan perkara atau isu suara mahasiswa,saya mengambil peluang ini semalam dengan membangkitkan beberapa isu kepada beliau. isunya rahsia...ha2...

alhamdulillah dapat feedback syarikat PTS berkenaan hadiah buku bagi ganjaran kepada promoter iklan blog. insyaallah hadiah dijangka sampai paling lewat awal bulan 2..

tadi sempat ke pejabat agama daerah dungun bahagian unit dakwah bertemu ustazah ubaidah membincangkan cadangan pihak persatuan ISBAC untuk mengadakan kursus penyembelihan cara betul, alhamdulillah, beberapa info diberikan oleh pegawai terbabit,saya mengucapkan terima kasih kepada beliau bagi pihak Isbac. insyaallah, proposal sedang diusahakan.

Tuesday, January 19, 2010

pandangan negatif

assalamualaikum...

hairan bangsaku, melihat daku yang berkopiah, maka aku diletakkan mereka yang agak religous person dan kurang sosial atau perkataan lain, daku hanya kena jadi imam surau atau pembaca doa majlis2? inilah pandangan yang menjadikan agama sebagai bayangan ritual semata2.


(mereka memakai pakaian rasmi dan belajar diperingkat tinggi, tetapi agama mereka tak abaikan)
lihatlah yahudi, mereka taat dan tidak pernah malu dengan apa yang agama mereka ajarkan untuk meletakkan agama senantiasa sejajar dengan zaman. Islam dijatuhkan hanya kerana persepsi dan bukan kerana kandungan ajaran Islam itu.


saya pernah dipanggil gelaran "taliban" oleh salah seorang kakitangan universiti di sini. lalu saya merenungnya dengan pandangan yang tajam, kemudian dia memohon maaf tanpa saya berkata apa2. betapa saya tidak menggemari sesorang yang melihat apabila bab2 agama seperti ia sekadar menjadikan suatu pilihan yang "komang"(low profile)  kata orang terengganu.

dalam sesetengah perkara yang mampu, saya tidak segan untuk mencalonkan diri saya dalam aktiviti kepimpinan, bukan kerana hendak merebut jawatan, tetapi hendak mengelakkan urusan amanah tersebut akan dipersoalkan Allah kelak sebab sengaja membiarkan ia jatuh kepada tangan2 mereka yang menyalahgunakan amanah dengan meletakkan agama hanya di masjid.

p/s: quran buruk dibuang jangan.

Monday, January 18, 2010

bodoh sombong


salam...

alhamdulillah, sem ni rasa semangat skit sebab terpaksa jadi YB. dalam bab belajar pun alhamdulillah, terasa tak paham terus tanya lecturer dan kawan2, jangan jadi berlagak pandai....nanti akan disebut dahlah bodoh sombong pulak tu.....(hu3, ayat ni saya tak biasa guna)

boleh jadi penyakit bodoh sombong nilah menyerang sahabat2 kita....malu bertanya...last2 jadi tak tahu.....result pun dapat rendah,,,,puncanya camnilah, time orang mintak tanya, taknak tanya n sebab orang lain tahu jadi dia buat2 tahu walaupun sebenarnya dia tak tau... sebab tak nak malu, jatuh standard la, ego lah.......alahai...

kalaupun ada orang bijak, tapi belum tentu dia ni bagus personalitinya...ada orang bijak akademik, tapi pasif, ada orang low akademik, tapi sosialitinya bersama masyarakat atau persatuan cukup bagus dengan milikan personaliti bagus...namun kedua2nya tidak bagus...contohilah as-syahid imam hassan albanna yang cemerlang akademiknya dan bagus personalitinya....

so jangan biarkan diri anda jatuh ke lubang bodoh dengan kerja sombong..... orang yang sombong dalam solat pun ada, lepas solat nak kenal dia ni sombong atau tak , tengoklah dia ni berdoa atau tak.... jangan kita jadi orang yang tak bersyukur pada nikmatNya. solat pun macam kartun, buat apa nak tergesa2? nak berdoa pun niatnya kalu boleh baca amin je, pastu blah....waaahhh, ni ciri2 orang pemalas... kalu dengan Tuhan tak sampai 5 minit berjemaah pun macam2 mengumpat imam dalam hati. kalu bab bercinta, jumpa kekasih, call kekasih, jangankan sejam, tak tidur pun sanggup....(remaja zaman sekarang)

p/s: erti hidup pada memberi

Sunday, January 17, 2010

sibuk or menyibuk mencari encik sibuk

salam...

jam 7.00 pm, menerima jemputan tahlil arwah ayah faisal di rhu batil, 15km daripada rumah. alhamdulillah malam ni tak der banyak sangat kerja, jadi dapatlah pergi tadi selepas waktu isyak menaiki motor berseorangan.(takder orang nak ikut pasal ada musyaqqah masing2)

malam ni kena buat persiapan revise all report persatuan sebab nak hantar proposal oleh ajk2. tapi, jangan lupa study encik lan oiitt...

tanggungjawab melebihi masa yang ada

"tanggungjawab melebihi masa yang ada"- begitulah pesanan alfadhil al-imam as-syahid hassan albanna bagi mereka yang menyedari hakikat dan tanggungjawab yang melingkungi hidup.

ia turut menjadi suatu nasihat buatku agar senantiasa menggunakan ruang masa yang ada dengan susunan masa yang efektif agar kehidupanku tidak memusnahkan diriku. nak buat assignment,meeting,kuliah tazkirah, update blog, beriadhah, ziarah kawan,  study, dengan persatuan,jemputan2,mengail, dan lain2. jika tak disusun urusanku ini atau aku mengabaikan salah satu daripadanya sekalipun, sudah pasti diriku akan dipandang membawa fitnah.

always keep smiling- itulah pesan sahabatku, yang mana agak sukar bagiku, bukannya apa, sebab diriku semacam serius bila tak senyum....ha3... tak susah nak senyum,cuma bila selalu diam, memang sukar melafazkan senyuman....... senyum boleh ceriakan hidup.... (",)

Saturday, January 16, 2010

letih 2 hari ni........

salam...

takziah kepada keluarga sahabat saya mohd faisal bin abu yang menerima pemergian ayahandanya ke rahmatullah, alfadhil ustaz sheikh hanafi yang kelmarin menerima berita kematian ibu mertuanya,serta ibu ustaz syed 3hari lalu, menjadikan 3 berita kematian minggu ini. namun saya tidak dapat memenuhi hasrat untuk sama2 pergi solat jenazah atas musyaqqah lain. semoga mereka ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman...

program ziarah malam ini

insyaallah, program ziarah bilik sahabat akan ditetapkan pada malam ini. semoga dapat berjumpa sahabat2 semua.

sekarang tengah batuk2 pasal menjerit2 sikit, lama tak presentation berjam2.......

Thursday, January 14, 2010

Amerika, usah berlagak Hero!


yaman satu negeri di semenanjung Arab, penduduknya ramah seperti rakyat Malaysia, kata pengacara program Jejak Rasul yang ditayangkan oleh TV3 suatu ketika lalu.


hari ini, ulama yaman, Syeikh Abdul Majeed al-Zindani menggesa jihad sekiranya kerajaan Yaman mengambil tindakan membenarkan Amerika berpangkalan disemenanjung Arab atas urusan menyelesaikan al-Qaeda. mereka mendakwa alQaeda perlu dihapuskan..

ho2, amerika oh amerika..... di Afghanistan, Iraq, Iran, Kuwait, Palestin, habis alasan kau kata nak buru pengganas, last2 kau bunuh kanak2, orang tua, pokok2 kau musnahkan, kau bunuh sesuka hati kau je.... memang kau kepala berotakkan haiwan....

pemimpin umat Islam(yang mendakwa saje tapi beramal cara sekular) plak memang tak reti ke bab2 ni, korang letak jelah jawatan, panggil je saya gantikan.....(nada marah ni sebenarnya)

Islam hormati agama lain


(Sebuah Masjid yang dibom dan diruntuhkan oleh puak pengganas Serbia di Bosnia)

kat Malaysia kita tunjukkan sikap mulia kita dengan sama2 berganding bahu umat Islam membantu meringankan bebanan mereka dipihak gereja yang dibakar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

namun diluar sana, nasib saudara kita dipamerkan dengan keadaan berbeza. bom.....bukan kesan macam kena bakar....

Islam mengajar umatnya didalam peperangan bahawa diharamkan yakni tidak boleh samasekali membunuh jiwa yang tidak berdosa termasuk wanita, orang tua, lemah upaya, kanak-kanak, pokok pokok tumbuhan , haiwan dan seumpamanya. Indahnya ajaran Islam, apatah lagi jika ada yang mendakwa bahawa Islam mengajar keganasan adalah tidak benar samasekali. jika dalam keadaan genting pun Islam ajar beradab dan patuhi peraturan, apatah lagi jika berada dalam keadaan aman damai.

jika benar Islam atau didalam kitab alQuran terdapat satu ayat, sila kemukakan....hanya saya mahu satu sahaja, tidak lebih daripada itu, sila kemukakan kepada saya.... jika ada dan benar dakwaan itu, maka saya rela meninggalkan agama saya. apa tidaknya, jika agama yang saya anuti ini mengajar keganasan atau kejahatan, buat apa saya anutinya. saya adalah pemuda2 seperti Muhammad, dan tidak takut kepada buruan mereka2 yang memusuhi Islam.

Islam bukan hanya sekadar keimanan kepada syurga dan neraka, tetapi keyakinan pemuda2 seperti kami yang tidak mengangkat Islam Baka yang kosong adalah seperti akar yang kuat mencengkam bumi.

adapun Islam menghormati agama lain, kristian,yahudi,hindu,buddha,serta ajaran2 lain. kami sembah pada Tuhan yang Esa, tiada anak mahupun dia tidak sesekali diperanakkan dan tidak sesekali mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain. Allah tiada 2, tiada 3 atau lebih melainkan Dialah yang Esa.

lihatlah model di negeri Kelantan, semua hak agama lain terpelihara. mereka bebas beribadah tanpa sekatan. ambillah peluang menerangkan Islam, bukan bertindak menyerang....

rehat...

salam...

hari ni takder kelas....cancel...leh siapkan kerja2....
petang ni nak meeting plak persatuan, nak ngambil barang, potostat lagi..... malam ni liqa' surau untuk bacaan yaasin dan tazkirah, dijemput hadir meramaikan diri ke surau kolej tenggol mengimarahkan surau.....jin2 islam, muallaf atau yang berminat dijemput sekali..

petang ni jalan2 menenangkan jiwa mencari idea menyelesaikan masalah empayar (",)
kata rakanku, di blog, hidupnya indah seperti alam fantasi, namun berbeza pada realiti.... jika begitu, daku memilih untuk selalu singgah dialam blog supaya setiap mimpiku itu menjadi realiti dialam fantasi blog....(kata dialah....)

hidup bukan untuk sehari dua, tapi lama..... beruntung aku diciptakan dengan dapat melupakan tekanan dan masalah dalam sehari dua.... be ceria sokmo en lan

harga gula naik

salam...

walaupun anda nak kata, alaa dah lama dah naik.....buat apa nak pikir lagi....

mau taknya kami tak pikir, ni yang hari2 makan minum rasa tawar sebab terpaksa berjimat ni apa kes?

Albert Kuok oh Albert Kuok...

nilah nasibnya bila beliau yang terkaya kat Malaysia sebagai Raja Gula ni tak rasa kesian ke kat kami2 orang miskin.... YANG MISKIN TERUS MELARAT, YANG KAYA BERTAMBAH KAYA...
dasar apa ini yang mahu ditekan kepada rakyat marhaen sehinggakan nilai kemanusiaan semakin terhakis disanubari mereka yang mengejar kekayaan dan melupakan mereka yang dibawah?

ini belum sentuh lagi barangan lain, nak campur urusan harga minyak, nanti tunggu harga tepung gandum,susu, lampin anak, ikan, ayam,bawang......walaupun tak dapat dinafikan sedikit sebanyak faktor pengeluaran itu turut memainkan peranan komoditi harga pasaran, namun benarkah pengeluaran kita susut? apakah benar samasekali sumber kita semakin berkurangan? atau ada pihak (budak hitam) disebalik tabir mengawalnya.

ekonomi kita bukan kita yang pegang....ituah masalahnya....kuasa ekonomi semua itu bangsa lain yang pegang... kita? fikirlah sendiri.........
apapun kami masih lagi Hamba Allah yang tetap bersyukur.....

p/s: GEJALA MURTAD, PEDULIKAH ANDA?
sayangi agama anda,

Wednesday, January 13, 2010

kerap bermimpi solat


salam

today is 13 january 2010 bersamaan dengan 27 Muharram 1431H.... hari lahirku pada 26 disember 1987 lalu bersamaan dengan 5 Jamadil Awwal 1408H,...tapi dah lepas dah....thanks kepada yang wish, cuma saya tak berkesempatan lalu untuk nyatakan secara zahirnya akan ucapan terima kasih kepada ibuku, Tuan Zaleha bt Tuan Chilik bin Tuan Putera(hu2)....kerana telah melahirkan diriku ini, saya berbangga kerana menjadi anaknya....

masalah betul bila dah selalu sangat kerap solat dalam mimpi... setiap kali bangun, memang terpaksa tampar sikit pipi ni dan tengok cermin dulu, mau taknye sebab dalam mimpi solat siap penuh dengan rakaat, kekadang bila bangun, rasa macam betul2 dah solat.... sebab tu lah waktu injured saya terpaksa time jam 6.25am untuk betul2 pastikan tak tidur lagi selepas lock time jam 5am, 5.10am, 5.15am,530 am dan 6am...

lani memang dah start ganti(qadha) solat yang ditinggalkan semasa zaman kegelapan dulu2, at least selepas solat fardhu kena buat yang tak buat dulu masa kanak2.... harapnya sempat lah sebelum mati....

sem ni jadual memang betul2 kena follow, yang penting setiap hari waktu tengahari memang ambil masa 15-30minit untuk tidur sekejap(qailullah)...barulah rasa bertenaga untuk kelas sesi petang pula.. besok ada mesyuarat pertama ISBAC untuk dipengerusikan, semoga sem ni ISBAC mampu berada ditangga yang cemerlang didalam kampus dan luar kampus bagi masyarakat tempatan.

lani dah tak terpengaruh dengan games dah, dah berapa kali kawan serumah ni goda dengan game bola, tapi tolak... sem lepas, malam sebelum final exam pun main lagi, sem ni da bertaubat dah...tapi bab ngail tak leh tinggal, ngail ni unik sikit.... kuliah maghrib pun sama, kena mendengar dan kena turun mengajar....

berkawan biar seribu, bermusuh jangan cari walaupun satu......

walaupun selalu je jadi "bahan" untuk dijadikan example oleh pensyarah dalam kelas, walaupun terkadang sangat terasa sikit,yang menyebabkan satu kelas gelak, tp tak perlu nak diambil peduli, sebab mereka tetap guruku... duduklah kat mana2 sudut, depan atau belakang,kiri atau kanan, memang pensyarah selalu buli..... ha3..... tapi saya sangat rapat dengan mereka, diluar kuliah, mereka selalu jugak belanja makan....

saya sangat mencontohi saidina Umar dalam persoalan2 feqah, meneladani sultan muhammad alfateh dalam ketokohannya, menggemari hassan albanna dalam keyakinannya, mengagumi Syeikh Yusuf Qardhawi dalam keutamaan perbincangan. mereka adalah umpama bintang2 seri bergemerlapan yang tiada malapnya dihatiku..

oleh http://umarfarouq.blogspot.com/

Tuesday, January 12, 2010

Kuliah Maghrib: Taqwa

Assalamualaikum...


Dikesempatan selepas klas ptg td, ke kuliah maghrib alfadhil ustaz munif ahmad, salah seorang mursyid ana. Malam ini tajuk berkisarkan tentang taqwa yang mana diulas daripada kitab Minhajul Abidin karangan ulama Imam Ghazali Rahimahullahu taala

1. Cinta kepada dunia adalah pekerjaan yang paling hina

2. Sikap tawakkal yang tinggi hanya kepada Allah perlu disemai dihati

3. Cinta pada yang ada/bersifat sementara tiada gunanya pada diri

4. Orang yang bertakqwa tidak kurang darjatnya disisi Allah SWT

5. Asas kemuliaan seseorang itu adalah taqwa

6. Orang yang belajar(pelajar) kena/wajib berdakwah. Sebagai bukti yang dipamerkan oleh Imam Hassan alBanna, sehingga beliau suatu ketika tidak sempat study(paper syarah ilmu nahu), lalu suatu malam beliau bermimpi berjumpa dengan gurunya dan mengajarkannya. Ini menunjukkan keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah taala.

7. Orang yang punyai sifat taqwa maka sikapnya adalah cukup baginya segala sesuatu. Jika sifat ini tidak berlaku, maka dia hendaklah bermujahadah pada diri.

8. Ketaqwaan akan membentuk insane yang soleh

9. Taqwa sangat perlu diketahui dan dipelajari

10. Rasulullah SAW Berjaya menunjukkan sifat mulia dengan turun bersama merasai kesusahan dan keperitan umatnya ketika menggali parit dalam saat mengahadapi perang khandaq.

11. Mempunyai hemah dan kesungguhan yang tinggi termasuk melaksanakan usaha pengorbanan terhadap waktu,tenaga,wang dan sebagainya.

12. Untuk mencapai martabat taqwa memang akan banyak diuji dan penuh dugaan. Sepertimana sikap ini yang pernah ditunjukkan oleh para sahabat radiallahu anhum yang sanggup meninggalkan kepentingan untuk ikut Rasulullah saw meninggalkan tanah air yang dicintai.

13. Kemuliaan disisi Allah akan dikurniakan kepada mereka yang menurut perintah Allah dan sanggup berkorban.

wallahuaklam

Sunday, January 10, 2010

Islam Is The Way Of Life

salam

akhbar arus perdana terus terpinggir, banyak faktornya yang barangkali melibatkan mutu terbitan yang basi, saingan teknologi dan pelbagai lagi.

tertarik dengan ucapan ayah chik, hendaklah menerang bukan menyerang... bukan hendak diulas sudut politik, tetapi memberi isyarat kpd seluruh blogger mengambil ruang dan peluang ini untuk menerangkan Islam.

http://umarfarouq.blogspot.com/  dan saya...

blog yang diberi nama albanna merintis masa depan adalah cetusan yang terbit daripada ucapan ayah chik supaya seluruh umat Islam mengambil tugasan dan amanah ini untuk membawa mesej Islam dan menerangkan Islam adalah suatu cara hidup yang perlu dipegang.

ayuh blogger!!! berapa banyakkah tulisan anda tentang Islam dibandingkan tulisan anda yang lalu? adakah anda lebih memilih untuk menyerang?

http://umarfarouq.blogspot.com/ bukan blog politik kepartian!!!

saya meraikan sesiapa sahaja untuk membaca dan memahami Islam, baik Umno,Pas,Dap,Pkr,Mic,Mca,Pasok momogun,Pbs,Gerakan,Makkal Sakhti,bebas dan sebagainya termasuk jamaah2 islam daripada Ngo seperti Abim,Jim, Pkpim,Isma,Pembina,Tabligh,Hizbut Tahrir,Ikhwan,Alami,dll.

ambillah peluang menulis.... jangan bazirkan masa anda hanya untuk perkara yang tidak sedikitpun ada kebaikan untuk Islam.

dakwah bukan hanya sekadar bercerita tentang "amalan masjid atau amalan ditikar sejadah".Inilah suatu salah faham yang kian meresap. jika anda doktor, anda juga boleh berdakwah, jika anda mekanik motor, anda juga masih boleh berdakwah tanpa menukar pakaian anda kepada jubah..... jika anda wanita sekalipun yang hanya berada didapur memegang sodek, anda juga berpeluang dan boleh menyampaikan Islam....!

walau dimana anda berada dan belajar, anda hendaklah sampaikan Islam... Islam Is The Way Of Life!!!

Saturday, January 9, 2010

minta kaji semula hubungan Malaysia-Mesir

assalamualaikum wbt,

perasaan kesal dan dukacita di atas tindakan Mesir menyekat serta menzalimi rakyat Palestin apabila menanam cerucuk untuk pembinaan tembok besi. kezaliman serta tindakan tidak perikemanusiaan ini seharusnya diteliti oleh kerajaan Malaysia dalam soal hubungan dua hala negara. Malaysia telah mengambil inisiatif untuk tidak mempunyai apa-apa hubungan diplomatik dengan Negara HARAM YAHUDI namun dalam soal negara yang bersekongkol dengan negara haram tersebut, haruslah turut mengalami nasib yang sama.

Islam mencintai keamanan dan keadilan. oleh itu sama-sama kita menyatakan suara tekanan keatas kerajaan Mesir yang zalim.

kasih seorang ayah

assalamualaikum

petang tadi saya solat disebuah masjid,secara tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki istimewa merayau-rayau didalam masjid, kanak-kanak ini rajin, dia pergi membuka semua kipas-kipas termasuk lampu-lampu masjid.

walaupun dia menghadapi sindrom down, ku masih perhatikan gelagatnya yang kelihatan ceria selalu. secara tiba-tiba dia berlari naik kesebuah bangunan sebelah masjid, saya mengekorinya kerana nak perhatikan tindakannya yang seterusnya. kebetulan ketika itu saya terlihat seorang makcik bergegas menaiki motor seolah-olah nak mencari seseorang, fikiranku barangkali dialah maknya mencari anaknya yang lari berkeliaran kesini.

lalu ku panggil rakanku bersama ke bangunan tersebut lalu kudapati dia bermain dengan suis lampu didalamnya, puas kupujuknya untuk tidak bermain disitu, bermacam cara digunakan termasuklah beri biskut nak umpannya keluar, namun tak dilayan. dia bermain-main pen dan cuba mencontengnya pada whiteboard, dia bertanya padaku dengan suara yang tidak jelas dan kurangku fahaminya.

memahami dia adalah anugerah Allah, saya melayannya dengan cara yang baik supaya tidak jadi masalah lain. puas dipujuk ajak turun tapi tak nak jugak, lalu dia pergi ketingkap menunjukkan rumahnya, katanya dia nak lompat dari atas bangunan tu ke rumah. saya terus cuak.... matilah aku kalu dia ni lompat....

saya cuba menarik perhatiannya dengan umpan lain termasuk ajak dia "solat"...tapi tak nak jugak... ajak dia main kejar-kejar pun tak nak... dia terus menghulurkan kakinya ke tingkap, lalu kusegera kata padanya, "apa kata kita main tutup semua tingkap?" dia jawab "kap kap" , saya melayannya dan alhamdulillah,mujurlah dia tak jadi lompat kot tingkap tadi...

tapi lepas habis kat situ, dia tak nak turun lagi, puasku ajaknya main benda lain, tak nak juga. siap dia duduk disofa sambil makan biskut yang diberi termasuk keropok yang ditambah lagi... saya pesan kat kawan saya pergi kerumah adik ni panggil keluarganya kesitu.

lalu saya mengajaknya main tutup pintu pulak, kali ni berjaya, dia ikut. bila dia keluar je, saya terus kunci pintu. fuuh lega rasanya, dan barulah masa tu ayah adik ni muncul. penat kataku melayan kenakalannya.

saya fikir ketika itu ayahnya pasti akan marah kerana nampak bergegas naik tangga, sangkaanku meleset samasekali. ia tidak begitu, ayahnya meraikannya dengan pelukan manja dari seorang ayah, lalu dicium kepala anaknya dalam dakapan.

saya tersentuh samasekali.........
begitulah kasihnya seorang ayah kepada anaknya............

Thursday, January 7, 2010

"Guru-guru" yang ku hormati



assalamualaikum

berikut ialah sebahagian daripada "guru-guruku" (pensyarah-pensyarah) yang telah mendidikku
mereka ialah:

Mejar Prof Madya Ustaz Haji Zaid bin Ngah
Puan Anisabanum bt Salleh
Prof Madya Ustaz Dzulkefli bin Mamat
YM Prof Madya Ustaz Engku Ahmad Mustaffa bin Engku Wok Zin
Ustazah Noradila
Ustazah Nor Hasyimah Sulaiman
Ustazah Wan Sidah Wan Ismail
Ustaz Wan Anuar bin Wan Mamat

Terima Kasih daripada anak didikmu

Wednesday, January 6, 2010

hari yang memenatkan mata

salam...

penat btol hari ni....
cube bayangkan jadual yang menguji perut kelaparan hari ni kuliah jam 8-10pagi, 10-12tghr, 12-2 petang, 2-4 petang,4-6 petang...

sesi pagi cemerlang....pastu sesi next plak, tidur dalam kelas....duk depan sekali plak tue....(kena lantik plak class rep:ketua kelas), pepun specialnya dapat notes free dari lecturer, pastu sesape yang nak saya fotostat,kat sini la niaga nak cari untung!!!

memang pelajar cemerlang.... last2 ambe kena adjust balik jadual nak tukar kelas.....
pepun, habis kelas je sempat gi ngail ikan tepi pantai tadi.....buleh lah 2 ekor......macam biasa, tak kenal apa nama ikan tu sebab tak pakaii name tag.... balik letak kat sinki masa ummi saya basuh, tetiba ikan yang berpura2 mati tadi melompat2......habis basah muka kena air dalam sinki....tanpa belas kasihan, ikan itu tak ku layan lagi lakonan beliau...hu3

wahai CELCOM, ku pinta jawapan darimu....


assalamualaikum...
dikesempatan ini dalam waktu rehat selepas kuliah jam 8-10 pagi tadi sebelum jam 12 pula nanti saya mengambil ruang kesempatan ini menggesa Syarikat Telekomunikasi terkemuka, CELCOM untuk mengambil tindakan wajar dan bertanggungjawab diatas beberapa insiden oleh penerimaan kandungan mesej berunsur pornografi dan lucah. ia bukan baru, tetapi banyak kali rungutan mula kedengaran.

Minggu ini sahaja, saya telah menerima hampir 10 mesej kandungan sms yang mengajak untuk mengaktifkan ke no tersebut dan saya dengan ini memaparkan salah satu mesej yang saya terima.

PERCUMA BARU SEKSISEKSI Gambar&VIDEO. Taip ON HITO ke32711 sekarang. pendaftaran PERCUMA. Mesti tengok bulan ini! SEKSI SEKSI girls menari.  SHIOK!

oleh yang sedemikian saya menyeru CELCOM segera bertanggungjawab menghentikan perkhidmatan tersebut atau terpaksa menghadapi pengguna CELCOM seperti saya yang akan membawa suara BOIKOT keatas CELCOM... ini bukan ugutan tetapi suatu nasihat kerana saya sayangkan agama dan bangsa saya!!!

bahasa Melayu ke-6 dunia

petikan sinar harian - http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6326597.asp

KUALA LUMPUR - Pandangan bahawa menggunakan Bahasa Melayu itu kononnya kurang sofistikated harus dikikis kerana ia berada di tahap keenam paling luas digunakan di dunia selepas bahasa Cina, Inggeris, Perancis, Rusia dan India, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.


“Kita harus kikis pandangan dan amalan bahawa menggunakan Bahasa Melayu itu kononnya kurang sofistikated kerana sebenarnya bukan begitu.

“Ia seharusnya menjadi bahasa pengantar, bahasa perpaduan, bahasa tamadun dan bahasa pentadbiran,” katanya pada sidang akhbar selepas menjadi tetamu dalam wacana eksklusif bersama Radio Klasik Nasional di Angkasapuri semalam.

Rais berkata, Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu menjadi saluran utama mempopularkan penggunaan Bahasa Melayu manakala media swasta harus mempertingkatkan penggunaannya.

“Kementerian sangat berharap agar penggunaan dan populariti Bahasa Melayu dapat ditingkatkan dan RTM perlu menjadi saluran utama untuk memajukan dasar ini,” katanya.

Rais berkata, penggunaan Bahasa Melayu oleh RTM agak membanggakan tetapi penggunaannya belum menyeluruh terutamanya oleh stesen televisyen dan radio swasta.

“Saya harus tegur sedikit pencapaian oleh pihak swasta, yakni stesen-stesen radio dan TV, kadangkala bak kata orang tua, terlangsung nak wangi lalu hangit.

“Mereka menyebut sesuatu perkataan secara terlalu bersandiwara, tidak seperti seharusnya didengar. Misalnya perkataan ‘dan’. Ramai juruhebah yang menyebutnya dengan bunyi yang berbeza seperti tidak menggambarkan orang Melayu yang menuturkannya,” katanya.

Rais berkata, kementerian akan terus memantau perkara-perkara seperti ini tetapi apa yang penting juruhebah swasta perlu cintakan bahasa dan yakin bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi yang terbaik dan banyak digunakan di nusantara.

Beliau juga mengingatkan kakitangan kerajaan dan swasta tidak menggunakan perkataan ‘next’ dalam pembentangan sebaliknya digantikan dengan perkataan ‘seterusnya’.

Katanya, setiap kakitangan juga seharusnya tidak menggunakan bahasa asing sekiranya istilah itu terdapat dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Ditanya apakah kementerian mempunyai pendekatan daripada segi penguatkuasaan undang-undang terhadap kesalahan penggunaan bahasa Rais berkata: “Sebenarnya tidak perlu penguatkuasaan dalam soal bahasa, kita tak perlu pegang satu rotandalam soal Bahasa Melayu. Ia mesti timbul dari dalam.”

Bagi kesalahan bahasa dalam bidang pengiklanan, Rais berkata, kementerian boleh menggunakan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu jika mereka menggunakan istilah yang salah perlu diperbetulkan sahaja bukannya mengenakan denda.

”Penggunaannya bukanlah satu kesalahan tetapi ia menjurus kepada sesuatu yang lebih baik. Jika masih nak gunakan bahasa Inggeris, itu terserah. Tetapi jika lebih ramai masyarakat mengamalkan prinsip-prinsip pembahasaan yang baik bagi bahasa Melayu, maka ia akan menjadi lebih indah, sebaliknya jika terlampau banyak bahasa Inggeris di dalamnya, lama kelamaan bahasa Melayu dan identiti kemelayuan akan hilang,” katanya.

Rais berkata, beliau yakin penggunaan blog sebagai media untuk menjatuhkan orang lain akan luput dan ditolak tidak lama lagi.

Beliau mengumpamakan blog sedemikian seumpama bunga yang sedang berkembang dan harumnya akan hanya dihidu seketika di mana selepas layu ianya akan ditolak.

“Saya yakin berblog secara yang ada hari ini (menjatuhkan orang lain) ia akan luput. Lama kelamaan orang tak akan baca lagi. Ini semacam satu bunga yang kembang yang hiduan baunya yang semerbak yang dihidu sementara, lepas busuk orang tidak akan meminatinya lagi sebab sudah letih dengan bauan itu hari-hari,” katanya. - Bernama

Tuesday, January 5, 2010

silibus seks dalam PLKN?

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

saya terkejut bila mendengar cadangan yang dilontarkan agar diwujudkan silibus pembelajaran seks dalam PLKN...saya tidak mahu menafikan betapa ia merupakan suatu pemahaman yang pada dasarnya amat wajar untuk dibincangkan bagi menyelesaikan gejala sosial remaja pada hari ini, namun dimanakah letaknya peranan agama? adakah agama yang menjadi teras kepada kepercayaan masyarakat disisihkan nilai peranannya dan hanya layak dibincangkan di masjid, gereja, tokong dan kuil?

saya fikir, silibus seks yang dimaksudkan tersebut, hanya akan menggalakkan lagi peningkatan aktiviti seks dikalangan remaja, bezanya daripada yang sebelumnya ialah cara mereka mengadakan hubungan terlarang tersebut. disini, cadangan tersebut hanya akan mengarahkan remaja supaya menghalalkan aktiviti seks berlaku untuk menyelamatkan diri daripada penyakit AIDS umpamanya atau penyakit SIPILIS, namun aktiviti ini tak mungkin dibendung cuma hanya "diajar" cara yang lebih selamat.
bukankah Islam mengajar kita supaya kita hendaklah memelihara ahli kita daripada menjadi bahan api neraka?

maknanya disini, sepatutnya, tidak wajar samasekali gejala yang harus dikekang berlaku sedemikian kita ajari mereka hanya melalui kaedah yang dirasakan selamat walhal ia sebenarnya termaktub didalam hukum dan perintah agama yang dilarang samasekali.

saya dengan ini secara terang-terangan membantah cadangan ini atas kapasiti saya selaku mahasiswa yang melihat peripentingnya usaha pembenterasan gejala sosial yang kian meruncing pada hari ini.

sekian sahaja.

everything is ok.......

salam

saya baru sahaja selesai mesyuarat perjumpaan sahabat setia saya. kali ni betul2 terasa dihati ini, sebabnya saya merasakan saya gagal dalam melaksanakan amanah tugasan yang diberikan, tatkala ada beberapa nasihat dan kritikan itu saya menerimanya dengan hati yang terbuka.

tadi tak pergi kelas pasal hujan dan saya berfikir sesuatu yang memerlukan keputusan segera  yang menyebabkan saya tak pergi kuliah. antaranya ialah persoalan ingin kekal di rumah sewa dan yang utama lagi adalah antara saya ingin meneruskan pengajian saya semester ini atau berhenti belajar sementara waktu. dalam membuat keputusan yang berat ini, saya terpaksa meminta pertolongan dan pandangan daripada sahabat terdekat.

nampaknya saya masih belum mendapat kata putus lagi persoalan kedua itu lagi kerana saya menyerahkan takdir saya pada kehendakNya.

apapun saya berharap dan berdoa agar saya kembali cergas semula seperti biasa untuk meneruskan perjuangan ini. ini semua bukanlah suatu masalah bagi saya tetapi merupakan suatu cabaran yang harus dihadapi dengan penuh ketenangan. doakanlah saya agar saya sihat seadanya.

jam 12 malam baru balik dari rumah kawan  yang kasi ikan2 tadi, banyak jugak, entah apa nama ianya, tak der nama , ikan ni pun satu hal tak pakai name tag, susahlah orang nak kenal.....

besok saya kena bersemangat untuk ke kuliah pertama saya, jadi malam ni nak kena tidur awal sikit(walaupun sekarang dah lewat, jam 1 pagi dah)

pepun, baca quran sebelum tidur surah al-mulk, k....assalamualaikum...

Monday, January 4, 2010

lena dalam jagaku......


salam...

hari ni saya tak pergi kuliah lagi sebab hujan lebat.....
aduh, banyak sungguh alasan kau yer lan.... esok ambe janji akan gi....(mau tak nye dah kena warning kat lecturer)....

hari ni, sama ada dalam jaga atau tidur(mimpi pun), ambe asyik duk fikir buat keputusan sama ada nak kekal duk rumah sewa ni atau duk rumah sendiri je atau duk penginapan kat masjid universiti saje...
mau tak nye, degree ni tak buat apa2 pinjaman ptptipu pun....tak kan nak harap mak ayah selalu, jadi pandai2lah ambe kena berdikari...

barang2 dah dipunggah secara senyap dulu untuk berpindah, yelah kalu duk rumah sendiri, jawapanya studor lebih daripada study, duk rumah sewa pening ke budget, duk kat masjid nun rasa tak bebas plak....
jadi keputusannya muktamad, buku2 saya letak dimasjid dan tinggal/tidur kat sana, then bab makan balik rumah sendiri.... kan dah boleh jimat banyak kat situ.....

banyak cabaran sem ni sebab ni first sem nak kemudi persatuan Isbac selaku presiden kat sini....
sem ni kena target dekan sebab sem lepas repeat satu paper secara sengaja....huhuhuhu

bab ngail dan mancing tu memang hobi saya, tak leh ditinggalkan...
sebab masuk dah tahun baru, banyak target sem ni..harapan pun menggunung,yang lpas pn tak settle lagi....

sem ni saya berharap dapat laksanankan satu perjumpaan besar antara wakil kolej dan persatuan untuk perbincangan agenda besar memakmurkan exco kerohanian dan modal insan yang kian lesu, ini berdasarkan kebimbangan saya mengenai soal remaja hari ini yang kian meruncing.. bayangkan kalau dah ramai perempuan merokok, menonton pornografi, homoseksual dan pelbagai kes sosial lain. itu suatu cabaran.

JIWA BESAR kecilkan masalah......... http://umarfarouq.blogspot.com/

Sunday, January 3, 2010

tok tok tok

salam....

tak sangka, ada jgk jd follower kat blog tersisih ni...kseian blog ni.....asalnya saje je nak test, saya aktif di blog utama saya di http://umarfarouq.blogspot.com/ jadi kalu nak tau pape leh ke blog tadi....

takpe je jd follower kat satu blog lagi, tak susah pun, klik je....

2minggu lalu tolong lecturer siapkan researh tentang zakat dan masa tu bertugas sekitar kemaman dan dungun.... banyak betul cabaran dan dugaan bila conduct interview dan survey bila buat research ni...
hari ni baru hilang letih n penat, seminggu saya bertugas sebagai fasilitator bagi pelajar baru part 1 di minggu mesra siswa(MMS) uitm dungun ni... ini masuk kali ke-6 saya jadi fasilitator disini(rekod paling lama)....ingat nak mintak lagi kalu berpeluang next sem...

tapi bukan nk berbangga apa pun sekadar rasa seronok sebab kat sinilah saya dapat latih beberapa sudut kepimpinan dan soal pengurusan. saya amat minat sekali bab2 management, jadi saya ni jenis tak suka sangat duk terperap kat rumah tanpa apa2 kerja. duk rumah memang saya hanya menghadap tv je, memang membosankan.

sepanjang MMS berlangsung, memang kurang rehat, tidur jam 1 am, nk kena bangun jam 4am, jadi otak macam blur je hari2... saya diletakkan bawah biro kerohanian, nak kejut budak2 ni kami tak perlu jerit pun, kami just buka pintu diorang dan buka suis lampu kemudian tutup kipas kasi diorang kena gigit nyamuk dan kepanasan, baru mudah diorang bangun...

besok dah start kuliah, rasa malas pun ada lagi, lama sangat tak pi kuliah.... mungkin tak dapat pergi kot(alasan sebab motor tersadai kat kedai)- hendak seribu daya, tak nak seribu alasan.....hu3.....memang tak patut ikut perangai ni,,,,,