Pages

Monday, November 22, 2010

Penggodam Malaysia ditahan 'curi' 400,000 kad kredit di AS

2010/11/19

Seorang penjenayah siber Malaysia dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan mencuri hampir setengah juta nombor pemegang kad kredit dan debit, kata pejabat Peguam Negara di New York.

Lin Mun Poo, seorang warga negara Malaysia ditahan 21 Oktober lalu selepas memasuki Amerika Syarikat dihadapkan di mahkamah juri, semalam. Beliau dituduh atas kesalahan menggodam Bank Pusat Amerika di cawangan Cleveland, Ohio dalam beberapa serangan menggodam untuk mencuri lebih 400,000 nombor kad kredit.

Beliau juga didakwa kerana memecah beberapa sistem pertahanan komputer di negara itu.

Poo yang kini dalam tahanan untuk perbicaraan dikatakan amat cemerlang dalam kerjayanya di beberapa institusi kewangan, mengambil kontrak untuk mengukuhkan sistem pertahanan komputer, termasuk menjual dan memperdagangkan maklumat," kata pejabat Peguam Negara Amerika.

Pasukan perkhidmatan perisikan Amerika memberkas Poo yang berusia 32 tahun itu beberapa jam selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York.

“Ejen perisikan merampas komputer bimbit Poo yang mengandungi ribuan data akaun kewangan dan maklumat peribadi yang dipercayai diperolehnya menerusi kegiatan penggodaman," katanya.

Ketua perkhidmatan perisikan Amerika, Brian Parr, berkata antara kegiatan Poo yang dikesan ialah memecah masuk sistem pertahanan kontraktor Pentagon yang 'mengandungi maklumat logistik ketenteraan yang amat sensitif'. 

- AFP

p/s: memang power boleh hack Pentagon dan bank pusat US....

Monday, November 15, 2010

Beruntung ke jadi nyamuk?

salam

kadang2 saya dah mula berfikir apabila melihat nyamuk2 yang terbang... hati mula berbisik... "nyamuk, kan bagus aku berada ditempat kau sekarang ni..., tak perlu aku hadap dengan benda2 macam ni..."

tetiba nyamuk tadi jatuh....tak bergerak,tak pasal2... "PAP" kena pukul oleh saya.... "ni Aedes tak leh biar hidup ni, nanti nyusahkan orang kalau kena gigit"

p/s: beruntung juga tak jadi macam nyamuk mati kena pukul... bersyukurlah dan yakin bahawa pintu rahmat Allah lebih luas daripada dosa2mu yang menggunung tinggi..
Allah pun ada sebut dalam hadis Qudsi, bahawa sekiranya kamu hai anak Adam (manusia) datang kepadaKu dengan dosa sepadat langit dan bumi kemudian memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku(Allah) akan menerimanya....
jadi jangan hidup bersedih....bersyukur dengan pemberian nikmat ujianNya....
Teringat kisah Abu Bakar As-Siddiq pun lebih kurang cam analog diatas

Thursday, November 11, 2010

selesai exam...

salam

alhamdulillah, tamat sudah exam. maka bermulalah kerja2 membersihkan rumah dan mengemaskan bilik yang pnuh dengan buku2.

tak sangka banyak rupanya hasil kerja. kertas2 kerja persatuan pn byk. Mmg kalu cam ni, sah satu hari nnt, kenala jadikan rumah sendiri akan datang, ruangan khas utk buku2 dan kertas2. Kalau x, mmg tidur dgn buku2 la jawabnye.

tahniah kat abe mat, mantan presiden isbac sblm saya yg akan mlangsungkan perkahwinan dengan shbt saya jga, ulfa. smoga berbahagia slamanya.

p/s: mnunggu minggu depan... i.allah, smoga pembelaan adil. doakan saya smoga sya bebas.

Tukang kebun jadi pengarah syarikat


KUANTAN - Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) terkejut apabila mendapat tahu namanya didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai Pengarah di tiga buah syarikat. 

Mohd Syawaluddin Hassan, 36, yang berasal dari Kampung Tengah berkata, bukan sekadar namanya didaftarkan sebagai Pengarah, malah dia turut menjadi penjamin kepada salah satu syarikat berkenaan untuk membeli sebuah kereta jenis Mercedes Benz. 

“Jika difikirkan secara logik, memang tidak masuk akal seorang OKU mampu untuk menjadi penjamin membeli kereta mewah sedangkan gaji bulanan saya sekadar cukup makan. 

“Saya sedar nama saya digunakan untuk menjadi penjamin setelah pihak bank menghantar surat meminta saya untuk menjelaskan hutang yang tertunggak,” katanya yang bekerja sebagai tukang kebun. 

Keliru dengan keadaan tersebut, Syawaluddin bertindak membuat laporan polis sebelum merujuk kepada pihak bank berkenaan untuk mendapatkan kepastian. 

“Banyak kali saya ke bank, tetapi masalah saya masih tidak diselesaikan. Keadaan tersebut membuatkan saya bertindak untuk membuat aduan kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuantan dengan harapan mereka dapat membantu,” katanya. 

Kata Syawaluddin, masalah ini mungkin timbul kerana kecuaiannya menghilangkan kad pengenalan beberapa kali. 

“Tidak dinafikan, kad pengenalan saya pernah hilang beberapa kali. Namun, saya sendiri tidak pasti apa yang berlaku ada kena-mengena dengan kehilangan kad pengenalan tersebut atau tidak,” katanya. 

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chon Siang berkata, pihaknya sudah mendapatkan peguam untuk mengendalikan masalah Syawaluddin. 

“Buat masa ini, kami akan serahkan kes ini kepada peguam yang dilantik kerana kami sendiri tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menyelesaikannya. Apa yang boleh saya kata, kami akan mengambil tindakan saman kepada pihak terbabit. 

“Memandangkan kami tidak mendapat kerjasama dari pihak bank, jadi saya rasa itulah cara terbaik untuk mencari penyelesaian kes ini,” katanya.
www.sinarharian.com.my/pahang/content/story8392225.asp

p/s: jaga I.c anda baik2....

Sunday, November 7, 2010

Obor-obor bantu kesan kanser

LONDON - Para pengkaji Britain mendapati teknik obor-obor bercahaya dalam gelap dengan menggunakan sel berkilau, mampu mengesan tumor jauh di dalam tubuh manusia.

Penyelidik Britain, Profesor Norman Maitland berkata, beliau percaya dengan menggunakan teknik ini, ia mampu mengesan tumor 10 kali ganda lebih baik daripada mesin pengesan CT. 

Menurutnya, tumor yang terbentuk jauh di dalam tubuh manusia sukar dikesan pada peringkat awal dan diagnosis awal adalah sangat kritikal untuk mengubati apa jenis kanser. 

"Ia adalah sebuah proses yang melibatkan sejenis protein yang didapati daripada haiwan tersebut, kemudian dimasukkan ke dalam sel kanser manusia. 

"Apabila sel itu mula menyala, sebuah kamera khas digunakan untuk mengesan kawasan bercahaya, menunjukkan di mana kawasan tumor tersebut," katanya. 

Menurutnya lagi, teknik itu mula digunakan selepas beliau mendapati penulenan protein cahaya yang terdapat pada obor-obor yang dilakukan seorang ahli kimia Amerika Syarikat, Roger Tsien, dua tahun lalu, mungkin berguna dalam diagnosis kanser.

Saturday, November 6, 2010

Exco sokong hab hiburan malam

-Datuk Rahin Mohd Said-
SETIU - Pelan yang disusun kerajaan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam memacu sektor pelancongan ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam perlu dilihat secara lebih terbuka. 

Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Rahin Mohd Said berkata, soal ia mampu menggalakkan budaya Barat menular dan menyebabkan negara berhadapan dengan pelbagai penyakit sosial tidak timbul. 

“Seperti yang kita maklum, sebelum ini masyarakat kita ada adat dan budaya, orang sekarang lebih terbuka dan perkara itu juga perlu dilihat secara lebih terbuka kerana sasaran kita adalah pelancong asing,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pengendalian Perniagaan Sektor Eco Pelancongan dan Marin di Sutra Beach Resort and Spa, di sini. 

Rahin menyokong pelan program transformasi itu di mana ia dilihat mampu memacu sektor pelancongan negara dengan menggalakkan kemasukan pelancong bagi menggandakan pendapatan hiburan malam di Malaysia. 

Sebelum ini, menerusi ETP, kerajaan mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurangnya 10 kelab malam menjelang 2014. 

Rahin berkata, cadangan penubuhan zon hiburan hanya di kawasan tertentu iaitu di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu dan ia adalah kawasan tumpuan utama bagi pelancong asing.


petikan akhbar sinar harian terengganu: www.sinarharian.com.my/com/content/story8359771.asp


Soalnya 


1. Apakah sumber lain sudah tidak ada dan hiburan dikatakan alternatif menjana ekonomi?
2. Sediakah kerajaan mendengar kritikan/pandangan ulama/mufti berhubung hal ini?
3. Kewajarannya apabila isu sosial yang semakin membarah dalam masyarakat, apakah luka dirawat dengan cara menambah duka?
4. Apakah rakyat marhaen akan menggadaikan maruah mereka menjadi "tahi-tahi" melayan pelancong luar negara untuk mereka berhibur? Mereka jadi apa? Cashier arak?penari?pendangdut?atau profesion GRO liar?
5. Ekonomi mana yang kita sedang berguru? Amerika yang sedang kecundang itukah role modelnya?
6. Rakyat menuntut agar kebajikan mereka tidak terabai, yuran pendidikan tidak mencekik kedarah, harga barang tidak naik terlalu tinggi,org dikampung merana, sedangkan laungan berjimat cermat terus menjadi slogan, tetapi kelas atasan bak perompak merampas hasil titik peluh rakyat dan senang lenang diatas kesusahan orang miskin. Apa yang tercermin dalam budget 2011, harga cukai seluar dalam turun, beg tangan turun,bla bla2....? Siapa pakai yg mahal2?
7. Sudah tidak cerdikkan golongan profesional negara sehingga idea ini yang diletakkan dalam ETP?
8. Kalau dah bina masjid, stop2 la bina disko...kan kata negara Islam...orang umno dan penyokong ternyata tidak sesekali setuju idea transformasi menjahanamkan negara dan rakyat ni sebenarnya.


rakyat tak mahu hiburan, rakyat miskin seperti kami inginkan keadilan dalam agihan kekayaan negara, bukan berlegar dikalangan mereka yang kaya sahaja. Yang kaya semakin kaya, yang miskin terus menerus merana kepapaan! dengarlah rintihan dan nadi rakyat...