Pages

Monday, August 15, 2011

Berleter lagi…Pak Cik Pak Cik…


Assalamualaikum…

Lama tak mengupdate blog ni yang dah mula bersarang. Pun begitu, Alhamdulillah, ada juga ruang-ruang masa mengupdate blog ini di samping mengupdate blog Albanna selaku blog utama penulis.

Sedar tak sedar dah masuk fasa pertengahan bagi Ramadhan, sedang hari yang berlalu terasa pantas membawa masa lalu. Pastinya Ramadhan yang diberikan peluang ni hendaklah kita gunakan sebaik-baiknya, kerana kita tidak tahu bila kita kan pergi menghadapNya dengan bekalan banyak mana. Barangkali bekalan sedikit pun sudah cukup, dan belum tentu bekalan yang banyak membawa kepada syurga. Apa yang jelas di sana adanya rahmat Allah swt, dan kita hendaklah beramal dengan seikhlas-ikhlasnya demi matlamat utama setiap kerja kita, perbuatan kita, amalan kita, percakapan kita, penglihatan kita untuk mendapat keredhaan Allah semata mata.

Comelnya Ciptaan Allah pada diri

Lihat pada susunan jemari kita. Cuba kita buka tapak tangan kita, dan lihat bagaimana setiap jemari kita tu tidak sama panjangnya. dengan ibu jari, jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kerinking, kesemuanya memiliki saiza yang berbeza. Tetapi bilakita genggam tangan kita, kesemuanya berada pada susunan yang rapi membolehkan tangan kita menggempal tangan kita. Hebat bukan? Kalaulah jemari itu memiliki saiz panjang yang sama, pastinya jemari kita kelihatan terkeluar dan menyukarkan kita untuk membuat kerja.

Kemudian, lihat pula pada hidung kita. Barangkali kita memiliki hidung “kepeh” (tidak mancung) atau sebaliknya. Pun begitu, bagaimana kita saksikan rongga hidung kita (lubang gua,hehe) berada dibawah. Bagaimana jika Allah menciptakan untuk kita dengan lubang hidung di atas? Arrggh, susah bukan? Hari-hari perlu bawa payung agar hidung kita tidak bertakung air di dalamnya.

Keunikan yang ada pada seluruh bentuk dan anggota badan kita menunjukkan betapa Allah maha kuasa. Sedangkan kita menyangka kehebatan ciptaan manusia serta adanya teknologi yang hebat seperti teknologi nano, nuclear, bangunan indah dan robotik cukup mengagumkan kita, kita barangkali lupa rupanya ciptaan yang ada disekeliling kita luarbiasa hebatnya. Langit tanpa tiang, bintang dan planet tersusun indah, tumbuhan yang pelbagai, air sungai dan laut masin yang tidak bercampur, membuktikan betapa maha luasnya kuasa Allah. Itupun kita masih berkumitan meratib kehebatan ciptaan manusia sedang segala yang wujud itu memberi erti petanda keterangan kebenaran daripadaNya.

Kesemuanya mengambil manfaat ciptaan daripada Allah. Para pemusik mendapat ilham untuk lagu barunya, engineer mendapat idea berdasarkan rangka ciptaan pepatung yang terbang, pemancing mendapat manfaat di air muara sungai yang sedang pasang, peniaga beroleh untung diwaktu petani memberikan hasil tuaiannya, pelajar mendapat jawapan daripada pembelajarannya dengan alam,para abid memperoleh ketenangan hasil daripada zikir amalannya dan pelbagai lagi.

Perrgghh,,, sampai camtu sekali. Itulah saatnya kita melupakan kehadiranNya dalam hidup kita maka saat itu jualah kita dapati setiap yang kita hadapi tidak merasai betapa indahnya hidup bersyariat.  Bukan susah, kalau tak dapat nak buat satu-satu perkara, janganlah kita meninggalkan kesemuanya. Yang wajib tetap wajib, ada pula perkara lain sebagai penampung amal kita yang bocor.

Sekian untuk leteran pakcik kali ini. Wassalam…