Pages

Wednesday, June 29, 2011

P-izza

salam..

saya mula berkenalan dengannya (bkn manusia-tp makanan) sewaktu pertama kali saya ke Klang, rupanya yang menawan(tp bukan spt diatas), diajak oleh angah yang menemankan saya.

selalu,wajahnya dipaparkan pada kotak 4 segi televisyen, pada mulanya memang terasa nak sangat makan pizza. bila tiba saatnya, angah belanja bilamana perut betul2 kosong. saya tidak tahu nama2 pizza, sampai2, mmg angah order yg besar punya. kami cuma berdua. angah pesan suruh makan habis, dalam hati saya bermonolog, "tempah byk pun blh habis"... (",)

saat mula2 merasa dan menelannya, barulah terasa tekak mula loya, hanya 1/2 sahaja mmpu dimakan, angah makan sikit saje, sambil mengharapkan saya makan habis, terasa nak menangis kerana terasa nak muntah tak dapat menahan betapa pizza bknlah spt gambaran ayam goreng yang rangup. mungkin angah fikir sblm ni saya suka pizza..

p/s: malam ini bertemu lagi pizza dirumah, saya bknlah penggemar pizza, macam biasa, xdapat habiskan lagi...

Tuesday, June 21, 2011

Inspirasi Penuh Sinis Ke Ni?

Ibrahzine.com, web sahabat saya yang di create semenjak beliau masih lagi di alam kampus, Akhi Amiruddin Abdullah.. Secara sinis gambar kali ini dikatakan ilham dan inspirasi dari diri saya..? . :)
Tidak... ianya bukan sinis, bagi saya, ianya suatu penghargaan! Syukran Abang Amir.. 


Sunday, June 19, 2011

Mimpi sebenarnye real

Salam...

menaip utk exercise tangan seketika..
semalam

jalan2 masuk ke kampus, terserempak lelaki berwajah Ust Pahrol Mohd Juoi... "oh, same je muka mcm ust pahrol, erm,, malas la layan,, ada ke munasabah dia nak datang bawa kereta sorang2 sini, bertuah benar saya berselisih dgnnya, orang lain kot.." rupa2nya, memang beliau setelah saya bertanya junior td...

hari ini

Pagi, tdr... lepas mesyuarat bersama alumni sekolah, balik terus tidur,... hajatnya nak masuk kampus, tetapi tertidur pula,,, bertemankan laptop sambil membaca berita, terpandang wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI)... apa lagi, dalam mimpi termimpi bertemu beliau dengan tak segan silu memanggil "datuk2, nak bergambar blh?" DSAI menerima ajakan saya, lalu kami bergambar dengan menggunakan henset saya, bila beliau pergi, lalu dibelek semula henset, "la manenye gambar? dia tak tekan rupanye..baru nak upload kat FB"

tidak semena2 datang pula Datuk Ibrahim Ali... lantas saya kata, "tak nak la dengan dia,", bila tersedar, "kenapala mimpi bertemu sorang ni.... tp dlm mimpi, plotnya mcm2, tmpatnya pelbagai, terkadang terasa real, dalam mimpi pn blh bertanya pd diri, "ni real ke mimpi ni.. bila ambil besi dalam mimpi lalu hantuk pada kepala, "pang" adoi sakitnya, (dalam realiti sebenar, terhantuk pada besi katil)... masih dalam mimpi lagi, "Ooh ini betul2 real ni..."- sambil kepala terasa sakit yang amat

mimpi...macam2 blh mimpi... (",)

minggu ini memang sibuk... prgm kem.. maafkan ye sahabat2,kmungkinan saya terpaksa menarik diri daripada sebarang penglibatan untuk menguruskan beberapa perkara yang penting, sokongan dan doa daripada semua sahabat amat2lah diharapkan.. juga bt dirinya.

p/s: rehat2kn kaki, jgn kacau lembu lagi... bersama yang susah, adanya yg mudah, bersama penyakit ada ubatnya... (",)

Friday, June 17, 2011

sabar itu biasa, syukur itu istimewa

Assalamualaikum...

bila teruji... sabar mungkin boleh... atau sukar juga... kerana pertama... orang selalu jatuh kepada emosi dulu...
tapi bila teruji dengan sabar menghadapinya itu perkara yang mungkin menyatakan kita kuat sama ada menahan kesedihan atau perkara yang tak diingini..
cuma apabila teruji dimulakan dengan syukur dan datangnya sifat sabar, itu mungkin lebih bermakna. kita jarang bersyukur dengan apa yang kita dapat atau yang kita perolehi walau sekecil mana atau sebesar mana, atau bilamana kita gagal dalam beberapa perkara.

p/s:renung2 dan jangan tidur

Tuesday, June 14, 2011

SESI RELEASE TENSION

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :) Selamat Mencuba!!
ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..
tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa..aaa
gerak kekanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…
buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress…
pusingkan kepala…
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
akhir sekali buat joget kucing…
--------------
kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..
Sekian~

dipetik daripada blog sahabat ana: siti zuraidah

P/s: tu belum tgk shinchan lagi kan... :)

Friday, June 10, 2011

Basikal atau Beskal?

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Semakin hari semakin usia kita bertambah. Sedar tak sedar, daripada kecil kita dah makin dewasa, ibu bapa kita pula kelihatan beruban sedikit demi sedikit. Lalu memori lama jika diimbas memang boleh buat filem, kadangkala bila kenang terasa sedih, gembira dan macam2 perasaan.

Sekadar berkongsi cerita sendiri yang biasa2, mungkin ada sedikit persamaan. 

Seingat saya, basikal yang saya mula2 ada pada usia 5 tahun, bertayar plastik. Masa tu, boleh dikira hebat agaknya memiliki basikal yang saya panggil beskal. Beskal Basikal ni hanya digunakan dalam laman rumah sahaja. Kalau nak main basikal kat luar, biasanya basikal besar along dan angah saya ambil, pelapik tempat duduk yang tinggi, nak gateh (kayuh) pun susah. Apapun senang, basikal dulu ada besi kat tengahnya buat tempat duduk.

Pernah pinjam basikal along, bawak jalan kat taman depan rumah, hari2biasanya saya main kat taman petang2. Ada satu hari parking letak basikal dekat pagar taman, seronok main buaian, bila balik tengok basikal hilang, masa tu rasa tak nak balik rasanya, tapi kalau tak balik, memang sah along akan fikir saya hilangkan basikalnya. Jadi balikla dengan muka tak bersalah. Tak sampai nak masuk rumah dah kena tanya, mana basikal, pura2 saya jawab tak tahu. Alang menyampuk kata saya bawak pergi taman tadi. Aduuh mati2 kataku. Sesi provokasi melampau berterusan sampai saya menangis. akhirnya, ternampak basikal tu ada je kat bawah tangga rumah.Banyak Sekali kena buli masa kecil dengan abang2.

Bila dah makin matang meningkat usia, lebih kurang 7 tahun, basikal tayar plastik itu bukan lagi pilihan. Hajatnya dapat motorbike macam cerita Gaban dan Raider boleh juga, bisikku. Masa di sekolah, cikgu bertanya, Azlan nak jadi apa? Saya nak jadi Gaban cikgu, nak selamatkan orang. Cikgu mintak tukar,superman pun tak boleh... jadi setiap kali tanya, jadi saya jawab, saya nak jd cikgu, saya nak jadi doktor, saya nak jadi askar, polis, ustaz,pilot kapal terbang, jadi macam2. 

Dunia mainan memang agaknya jiwa budak2 lelaki yang terdedah dunia kartun dan TV. Setiap kali ke pasar, mesti saya mintak abah beli mainan, sticker robot dan lain2. Jiwa suka mainan ni berakhir sejak umur 9 tahun bila abah bagi rm2 suruh cari sendiri mainan, bila dah bosan main, akhirnya duit yg diberi saya beli makanan kegemaran- ayam goreng. (masa tu dah kira malu jugak sebab kawan2 dah tak main mainan lagi).

Disebabkan banyak dibuli bergaul dengan orang dewasa, akhirnya saya menerima kesan cara mereka berfikir. Selalu bermonolog dengan diri, "saya kena jadi orang dewasa dan matured" (perasaan). Jadi banyak masa dihabiskan dengan membaca, memahami perasaan orang dengan melihat kesusahan orang yang lebih susah dari diri sendiri. Adakala mainan kata turut membawa kenapa saya tak lahir dalam keluarga dia, kaya, makanan sedap, ada itu ada ini.

Merapati masjid.

Selain belajar ngaji dengan abah, abah selalu bawa saya ke masjid. Naik motor sama2, teman abah, jadi pekerja sukarela di masjid(walaupun ada upah sebenarnye), mencuci pinggan. Hingga adakala kalau abah tinggalkan saya, saya rela jalan kaki meredah malam melalui taman yang kalau waktu malam,tak ramai orang nak lalu di kawasan gelap, lebih kurang 2km.  Hasilnya, saya rasa sedikit terikat dengan masjid,(walaupun tidak seperti dulu keadaan sekarang ni)

Basikal Kedua.

Memandangkan perasaan ingin mempunyai basikal sendiri, melihat kepada kawan2 yang dah makin "maju", jadi saya bagitahu pada abah, saya nak basikal. Abah suruh saya kumpul duit. Saya kumpul duit sehari 20sen. cukup 5 hari saya kata abah jom beli basikal, abah tanya duit ada berapa? Saya jawab "da ada seringgit"... haha, gelak abah. Saya pun pergilah merisik kedai basikal, melihat kecantikan basikal2 disana. bila tengok pada harga, "la, patut abah tak nak pergi..rupanya harga rm 100 ke atas." 

Hari demi hari, duit sekolah abah kasi 50sen(zaman tu kira cukup la buat belanja, masa darjah 1,2 dan 3 bawa 30 sen). jadi istiqamahnya kumpul duit, berlapar di sekolah, sebab nak beli basikal. akhir tahun duit dalam tabung dah kita penuh, catatan pun selalu dibuat, masuk berapa, tapi tak pernah catat keluarnye berapa (",). Lalu saya suarakan hasrat saya sekali lagi, bah, nak beli basikal. Abah bawa saya dan saya bawa duit yang dikumpul, sampai kat kedai, "nah ni dia...syiling2nya..." jenuh tuan kedai mengira duit ada berapa. (",)

Abah suruh pilih mana yang berkenan. Saya agak2 duit tabungan saya ada lebih kurang seratus lebih saje. Hati berkenan nak memiliki basikal ada speed gear, jenama Lerun. Bila tarik basikal tengok harga, wah 200 lebih. mainan perasaan berkata .."ambik je, kan berkenan yang tu" satu lagi kata "lan...duit ada seratus je, jangan nyusah kat abah". Dengan rela hati terpaksa la menolak kehendak, lalu pilih basikal Lerun tak da speed gear. Tapi harganya 150. tak cukup duit. Sedih bila tuan kedai cakap, adik tak cukup duit ni. Abah tahu saya sedih, tapi abah top up duitnya pula. Masa tu, kira syukur sangat2. (",). Hati berpesan, lepas ni jangan susah2kan abah lagi. (walaupun tetap nakal). 
Sememangnya, nak beli apa2, saya guna duit tabungan, zaman sekolah, jarang merasa makanan kantin kalau ada barang nak dibeli. Buku2 rujukan semuanya guna duit belanja sekolah yang disimpan. cukup satu bulan, dapat beli buku berharga rm20. Sampai la habis Spm. Yang lain tuisyen, makan minum, tu dah kira umi n abah sponsorkan. Segan meminta duit dengan mereka, kecuali terdesak sangat.

Zaman nakal tetap ada. Semenjak kedatangan orang tabligh yang sentiasa menziarahi rumah, saya juga ikut sama mereka. Tertarik ikut mereka kerana setiap kali majlis taalim, ghasy atau bayan mereka, ada je makan. Makan3... taktik berdakwah yang berkesan terhadap saya. Saya sertai tabligh sejak usia 10 tahun hingga usia 19 tahun. Lama juga, tapi saya bukan tahap karkun (keluar 4o hari) , sekadar ikut2 2-3 hari.

Sejak dari usia 19 tahun, saya tidak lagi bersama kumpulan tabligh,atas alasan2 tertentu, tetapi tidak mengapalah, saya tetap menganggap bahawa mereka juga seperti saudara dan sahabat yang perlu dihormati juga.. Perjalanan hidup, dari kecil hingga besar, suka ada duka tetap ada.

Apapun alhamdulillah. Kita tetap dalam jagaanNya. mudahan insyaAllah.

P/s: Jangan ketawa :)

Buangkan Penyakit Wahan Itu

Bismillah.
Assalamualaikum.

Apa khabar sahabat2 smua yang kebetulan atau sememangnya sedia mengujung blog ini.
Mudahan kalian berada dalam keadaan sihat, ceria, tidak stress, sentiasa bersikap dan berfikiran positif. InsyaAllah.

Sambil menghayati keindahan bait2 lagu, sama2 kita  mencerdaskan pemikiran kita, berfikir soal akhirat dan dalam masa sama menikmati kemudahan "prasarana" yang Allah taala sediakan di dunia ini dengan seadilnya bagi urusan kehidupan kita.Ramai orang menyangka atau berfikiran negatif bahawa dengan berfikir soal kematian, ia akan melemahkan badan kita daripada bekerja dan hanya menumpu urusan tikar sejadah semata-mata. Ramai yang berkata bahawa mengingati mati akan merencatkan motivasi kepada sikap untuk mencapai kejayaan. Malah ada juga yang berpendapat bahawa berfikir tentang kematian, menjadi sebab mengapa orang Islam lemah dan tidak berjaya.

Inilah suatu kefahaman yang salah dan tidak wajar menjadi suatu i'tikad atau pegangan hidup kita. Asas kepercayaan yang betul akan membawa kepada halatuju kehidupan kita. Sedangkan matlamat kehidupan yang ditekankan dalam Islam adalah untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Apakah salah sekiranya kejayaan, nikmat, serta perolehan di dunia ini sebagai suatu perkara yang dibenci Islam? Kita telah 'memblockkan' pemikiran kita dengan menerima serta mempercayai bahawa sesuatu perkara perlu dibiarkan sahaja kerana dalam urusan Allah semata-mata dan membiarkannya yakni redha tanpa sebarang usaha, tetapi dalam masa yang sama masih juga mengharapkan agar mendapat kejayaan. Sifat tawakkal yang disalah ertikan sebagai mengharapkan sesuatu keajaiban berpihak kepada diri tanpa usaha merupakan suatu penyakit yang merbahaya.

Berbalik kepada persoalan kematian tadi, Nabi saw pernah menyifatkan bahawa manusia yang paling cerdik adalah mereka yang selalu mengingati kepada kematian. Kematian adalah suatu pengakhiran kepada kehidupan dunia, untuk suatu peralihan ke destinasi yang baru pula iaitu alam barzakh dan seterusnya alam akhirat. Destinasi-destinasi alam yang berbeza ini membawa makna bahawa erti kehidupan tidak akan pernah berakhir hanya setelah keluarnya roh daripada badan ketika di dunia, tetapi pengembaraan yang akan disertai oleh kita nanti merupakan suatu pengembaraan yang panjang.

Pengembaraan yang panjang ini memerlukan bekalan yang mencukupi bagi setiap destinasi. Bekalan hanya dimiliki disuatu alam iaitu dunia. Sebagaimana Nabi Saw pernah membuat analogi yang menarik terhadap pengembaraan manusia sebagai hamba di dunia ini sebagai suatu pelayaran kapal yang berangkat ke sebuah destinasi lalu singgah di sebuah pulau indah, di sana manusia meredahi pulau mencari bekalan dalam keasyikan nikmat, ada yang mendapat bekalan sebaiknya, tetapi ada yang terpedaya dengan aneka nikmat, sehingga kapal belayar mengambil mereka dalam keadaan mereka tidak membawa bekalan sebanyaknya dan ada yang tiada. Motivasi di sebalik kematian itu adalah suatu maksud yang tersirat supaya manusia mempersiapkan segala kekuatan, bekalan, dengan bersungguh-sungguh bagi merapati Allah dalam keadaan yang baik.

Dunia adalah sebagai alat atau jambatan kepada akhirat. Mematikan hubungan dunia akan meruntuhkan jambatan ke akhirat. Segala perhiasan yang ada di dunia adalah berbentuk pinjaman. Ada yang Allah berikan percuma, manakala untuk mendapat nikmat yang lebih besar lagi di akhirat, manusia harus menggunakan nikmat tersebut dengan cara yang sewajarnya. Mengenali batasan halal dan haram, membezakan baik dan buruk, mem'balance'kan keperluan diri dan tidak bersikap berlebih-lebihan membawa kepada erti Al-Falah yakni kejayaan hakiki dalam tafsiran pengabdian kepada Allah SWT. 

Asas keimanan yang kukuh, kefahaman yang syumul ke atas makna kepada tugas sebagai hamba dan manusia ini jelas difahami oleh para sahabat r.anhum sehingga membawa kepada gelaran Fursanun Fillail, Ruhbanun Fin Nahar (Menjadi panglima jihad di siang hari, dan menjadi rahib(ahli ibadat) di malam hari. Mereka menempa kejayaan berganda dengan kekuasaan Islam, sehingga berjaya menyebarkan Islam di muka bumi ini dengan penaklukan 2/3 dunia di bawah wilayah Islam, kejayaan bidang sains, astronomi, al falak, mantik, ilmu geografi, fizik, kimia, biologi, matematik, falsafah,muzik,statistik, perubatan dan pelbagai lapangan ilmu sehingga kota-kota seperti Cordova di Andalusia, Baghdad di Iraq, Istanbul di Turki, menjadi sebutan dalam lebaran sejarah di bawah sistem khalifah Islam. Semangat jihad(kesungguhan) menjadi tulang belakang kepada perjuagan membawa nama Islam dalam setiap aspek dan nilai kehidupan.

Para ahli tasauf yang faqih begitu menghayati kesederhanaan dalam berurusan dengan muamalat kehidupan. Mereka yang mengerti, tidak akan memisahkan 2 dunia ini sebagai jalan mendapatkan cinta daripada Allah taala. Allah menghiasi manusia dengan fitrah supaya manusia memakainya dengan selayaknya dan bukan sebagai alasan melupakan perintahNya dan laranganNya. Cinta kepada manusia dengan cara yang salah tanpa berpaut kepada Allah, maka tidak membawa makna kepada takrifan ibadah. Cinta yang diikat dengan akidah, asas kepercayaan yang kukuh, dalam menjaga ikhtilat, batasan-batasannya akan mendapat mardhatillah(redha Allah) yang di damba serta beroleh meghfirah(keampunanNya).

Sehubungan dengan itu, marilah sama-sama kita meneladani sirah perjalanan hidup Rasulullah saw, para sahabat baginda dan tabi' tabien yang mendapat petunjuk. Kita harus meyakini bahawa penyempurnaan manusia pada penciptaannya adalah menjadi hamba yang bertakwa kepadaNya, baik kalangan lelaki dan perempuan.

P/s: Ayuh, sama-sama kita memulakan perjalanan hidup ini dengan semangat dan jiwa tarbiyah yang baru, minda yang sentiasa berfikir, badan yang sentiasa bekerja untuk mendapat mardhatillah dalam kehidupan kita. Memahami tanggungjawab yang berat, sememangnya memerlukan kepada persiapan diri yang kuat. Baka yang soleh akan menghasilkan generasi yang cemerlang.
Ceria2 selalu :-) untukmu

Selitan Gambar Kenangan
kereta yang dipandu arwah atuk, Tuan Chilek bin Tuan Putera yang telah meninggal dalam kemalangan langgar lari. Alfaatihah.

Tuesday, June 7, 2011

Manisnya Jika Ia Di Simpan..

Jangan biarkan hatimu lalai mengingati Tuhan wahai teman,
bila sampai ketika saatmu lupa padaNya,
nikmat yang diterima itu sebenarnya ujian,
walau dirimu merasa nikmat itu penuh dengan keindahan.

Jangan biar hatimu hitam teman,
kerana apabila ia hitam,
sukar kembali engkau menemukan cahaya di dalam kegelapan,
kerana cahaya yang disuluh ada Penyuluhnya,
jika Penyuluhnya tidak memberi suluhan,
kita hidup bertemankan gelap yang gelita.

Jangan berdukacita teman,
kerana dukacita hanya menambah kegusaran dan derita,
masalah menjadi semakin bertambah,
jalan penyelesaian menjadi semakin sempit,
fikiran semakin kusut,
membuat jiwa semakin sengsara

Jangan menangis berlebihan,
kerana airmatamu itu berharga bersama Tuhan,
bukan untuk insan yang mengecewakan.

Senyumlah wahai teman,
kerana senyum itu penawar jiwa yang kelam,
memaniskan wajah yang suram,
menenangkan hati yang resah.

Bergembiralah wahai teman,
kerana gembira itu ubat kepada rasa sugul,
periang kepada diri yang diam,
ceria kepada insan yang dikejauhan.

Kongsikan wahai teman,
apa yang engkau miliki,
bukan cerita manis sahaja,
tetapi apa yang menjadi pahit bagimu,
kerana cerita itu pergi bersama dengan apa yang engkau ucapkan,
tidak lagi bersarang bersama jiwa yang kesedihan.

Bersabarlah wahai teman apabila engkau tidak memiliki cinta manusia yang berpagar,
kerana cinta manusia berpagar, perlu dilalui pada jalan yang baik,
tidak selalunya melalui jalan pintas seperti manusia yang banyak.

Terimalah wahai teman,
suatu saat, apa yang engkau telah miliki berada di genggaman,
walaupun bukan seperti apa yang diidamkan,
cukuplah sekadar bersyukur,
lantaran apa yang ada, adalah nikmat pemberian.

Monday, June 6, 2011

Saya dan Pondok

-tidur nyenyak-


Bismillah.

Assalamualaikum wbt.

terasa tangan ingin bercerita tentang cerita lalu, hendak dilupa tetapi terasa segar kembali bila terkenang saat dulu yang masih tercari2 diri. Cuma sekadar cerita saya dan pondok.

sebelum berpindah ke rumah sedia ada sekarang, kami sekeluarga menetap di rumah kerajaan di rumah JKR. masih segar alamatnya, JKR 38-B Jalan Nibong Dungun. tetapi sekarang ini, tempatnya sudah berubah wajah menjadi padang astaka dan dewan besar.

pun begitu, saya tidak ada menyimpan gambar pondok yang pernah saya diami,yang dibina oleh abang saya,angah sewaktu dia dibangku sekolah menengah lagi. pondok yang dibina bersebelahan rumah sahaja, terpisah sendirian untuk dijadikan tempat tidur dan study. Ringkas sahaja, dibina dengan kayu dan papan.

setelah angah tak tinggal lagi di "banglonya" (pondok), jd ia diambil alih oleh saya, sejak ketika itu saya masih di tingkatan 4. Bermulalah episod saya pula menikmati bagaimana rasanya tidur seorang diri, dalam pondok tersebut boleh berkira juga bila dah kreatif, ada katil, tempat angkat berat(haha), rak-rak buku,meja study dan memang seperti sebuah bilik. Yang penting, ada radio masa tu sebagai peneman saya. Takut memang ada juga, apa tidaknya, belakang pondok ada semak, pokok2, jadi bila waktu malam, macam2 bunyi aneh dan pelik, kena ganggu pun banyak kali, kadang masa tidur la, sampai suatu masa atap zink di atas terdengar bunyi benda besar jatuh, dan pernah nampak hantu(H----U)  dipokok,dan sambil selamba beritahu, "dahla kacau ambe, ambe nak study ni,exam dekat dah, gi la kacau budak2 lain tu, ambe tak kacau hang, hang kacau ambe, geram nye..".

Kerana banyak sangat gangguan, yang paling tension(sbb letih sangat nak layan) teringat ada tangan merayap atas badan masa tidur, cepat2 bangun buka lampu. Masa itu bukannya takut, tapi sakit hati. Akibatnya, sejak dari itu, dan sampai hari ini, saya tidur dalam keadaan lampu terbuka,kalau tak dalam bilik, pasang lampu tandas,lampu luar, at least, bukan tidur dalam gelap. 

Radio yang berteman dengan saya akhirnya meletup terbakar, kerana beberapa bulan lamanya saya tak pernah tutup elektrik, dan pasang radio ikim 24 jam. Ikimlah yang banyak menemani, adakala letih2 study, menyanyi sorang2, jerit sepuas hati sampai penat, rasa nak test suara sangat.

Masjid tak lah jauh sangat, bila subuh, 3 buah masjid dan beberapa buah surau boleh dengar time azan. rajin-rajin, jalan juga kaki pergi, kalau tahap malas, dengar kuliah secara live masa tu di pondok. Pondoklah tempat saya menerima kekuatan diri agar hidup sendiri.,kononnya berdikari, terkadang malas juga berkemas, sampai tidur bersama buku2 di katil.

Pondok juga rasa tenang nak study, kalau bersama adik beradik kat atas rumah, memang saya tak study, tengok Tv, kacau orang, dan study kena ikut waktu tidur mereka. Paling best bila waktu study, cepat je masuk ilmu, pagi2 naik rumah buka tv siaran motivasi dulu sebelum ke sekolah, masa tu boleh kira motivasi diri memang tahap terbaik, tak terpengaruh sangat nak jadi liar dengan rakan2 sekampung. 

Bila dah pindah, memang rasa sedih juga nak tinggalkan rumah dan pondok. Lama kenangan bersama sejak umur 5 tahun lagi tinggal dirumah itu. Tanahnya subur, ada pokok mempelam mcm2 jenis, tanam pokok serai, limau purut, pernah tanam ubi kayu, pokok pisang, nenas, pokok2 bunga, mentimun, pokok pandan dan lain2.

p/s: berdoalah sebelum kita tidur...(",)

Sunday, June 5, 2011

Monolog Bersama Robbi

A'uzubillahissami'ul 'alim
minassyaithonirrajiim..
Bismillahirrahmanirrahiim

"Wahai Tuhan..
Ya Arhamar Rahimin,
kuhadapkan wajahku dihadapanMu,
wajahku yang penuh dengan dosa dan maksiat,
memohon keampunanMu atas segala dosa2ku yang lalu,
dosa kedua ibu bapaku,
dosa abang-abangku,
dosa adik-adikku,
dosa sahabat2ku,
dosa jiran2ku,
dosa umat ini..
ampunkan kami ya Allah..

Wahai Yang Maha Menguasai Hari Pembalasan,
Dosa2ku melangkaui bumi dan langitMu,
terlalu berat bagiku menanggung segala kesalahanku di hadapanMu.
sedang diriku cuma mengharap perhatian dariMu,
mendapat jagaanMu, serta mengharapkan agar diriku sentiasa dalam jalanMu,
sentiasa beroleh maghfirahMu, sentiasa bersama redhaMu.
Aku inginkan syurgaMu,
 amalanku ini tidak melayakkan diriku ke syurga,
namun aku tidak ingin ke nerakaMu,
Selamatkan aku daripada azab nerakaMu yang pedih,

Wahai Yang Maha Perkasa, Ya Aziz,
diriku cuma insan hina di hadapanMu,
merasa sangat kerdil bila berdepan denganMu,
betapa diriku cuma berdoa dan sentiasa meminta dan merayu padaMu.

Ya Ghafar,
telah berulang kali diriku menangis di hadapanMu,
namun seringkali ada masa yang banyak, aku leka jua,
aku meminta untuk syurgaMu, sedang amalanku cuma selayaknya dimiliki penghuni neraka,

Ya Muqallibal Qulub,
tetapkanlah hatiku, istiqamahkan aku dijalanMu,
jauhkanlah aku daripada sikap yang membinasakan diriku,
wahai Tuhan yang membolak balikkan hati,
peliharalah iman kami ini.

Ya Basiir Ya Sami'
Engkau jualah yang mengetahui segala isi-isi hati kami,
kami memohon kepadaMu untuk memperkenankan doa dan hajat kami,
aku mungkin dapat bersembunyi dan menyembunyikan di hadapan manusia yang banyak,
tetapi aku tidak dapat lari untuk bersembunyi di dalam pengetahuanMu,
maka sebab itu, aku memohon agar Engkau memberikan petunjuk hidayahMu kepadaku.

Ya Allah,
aku benar-benar malu di hadapanMu..
Engkau adalah Tuhanku dan aku cuma hambaMu,

Ya Razaq, 
Wahai Yang Maha Pemberi Rezeki,
Luaskanlah rahmatMu kepadaku,
tambahkan ilmu yang bermanfaat buatku,
serta rezeki yang melimpah ruah,

Ya Fattahu Ya 'Aliim,
bukakanlah pintu hatiku,
pintu hati ahli keluargaku,
sahabat2ku dan mereka yang bersamaMu,
untuk diberi ruang hidayahMu, daripada tersesat dengan kehidupan yang mengecewakan,
jangan Kau kunci pintu hati kami kerana kelemahan kami,
maafkan kami ya Allah.

Ya Allah..
Sucikanlah hatiku,
berkatilah rezeki yang aku terima dan aku berikan untuk mereka,
jadikanlah aku bersifat pemurah dan bukannya bakhil,
hidarilah aku daripada bebanan hutang,
dari kemalasan, dari penyakit wahan yang merosakkan.

Ya Allah,
satukan hatiku dengan pemilik hatiku yang Engkau redhai,
yang akan mengingatkanku kepadaMu,
yang turut membawa risalahMu,
yang mencintai RasulMu,
yang menenangkan jiwaku,
yang mencintai diriku,
yang membantu diriku tatkala dalam aku resah dan derita,
jadikanlah kami dan keturunan kami keturunan yang soleh,
yang tetap mengerjakan solat,
yang tetap taat melaksanakan perintahMu,
jangan Kau bebankan kami dengan bebanan ujian yang tidak kami sanggup memikulnya ya Allah,
jadikanlah cinta kami cinta kepadaMu semata2 ya Allah,
suburkanlah cinta kami kepadaMu.

Ya Allah,
peliharalah mata ini daripada memandang perkara yang haram,
telinga dari mendengar suara yang mendatangkan dosa,
lidah dari berbicara dusta dan berbohong,
aku memerlukanMu Ya Allah,
kerana aku manusia yang tidak berdaya,

Ya Allah,
inilah aku ,
Aku persembahkan jiwaku kepadaMu,
jiwa yang memerlukan perhatian dariMu semata2,
aku bermohon keampunan dan kemaafan,
terimalah amalanku,
solatku, ibadahku,hidupku,matiku
perkenankanlah taubatku kepadaMu Ya Allah..

Cukuplah Engkau bagiku, dan Engkau jualah sebaik2 penolongku.

Saturday, June 4, 2011

berkambing, berlembu, berbudu... (",)

-kenapa tak da gambar yang ok ke dlm laptop?-


Bismillah

Assalamualaikum wbt

alhamdulillah, hari ni, selesai menghadiri beberapa tempat walimah sahabat dan guru kami. seketika menjamu sakan, perit juga nak menelan makanan hidangan hari ini. 

di rumah cikgu atam sesi pagi, petang dirumah 2 pensyarah kami. dalam pada itu, alhamdulillah dapat bertemu 2 orang sifu (naqib) yang saya kasihi, akhi Rusdi dan akhi Fuzail sambil bertemu putera sulung mereka. Pertemuan yang tidak lama, namun bahang ukhuwah pernah di ketuk untuk menjadi 'bentuk' hari ini cukup bermakna buat saya.

hidangan yang menyelerakan betemakan warna hijau, pakaian,khemah dan air. seketika melepaskan penat 'menolong', kami singgah 'berehat' tersadai bagai kapal sarat dengan muatan di pelabuhan. tempat singgahan terakhir di rumah sahabat ana yang juga pensyarah, tak dapat mengisi penuh, 1/4 pinggan sudah memadai. Teringat pesanan seseorang agar 'tidak nakal', nampaknya berkesan pula.

keletihan 'menolong' memaksa saya pulang awal, menyemak seketika akhbar semasa. Tak mampu menatap lama ,mata ketika itu sudah mula disantau oleh 'minyak pengasih'. pukauan menjadi, akhirnya saya zzzZZ.

Alhamdulillah, kes kecemasan tersebut dapat dipulihkan setelah sedar kembali. Ingin sesekali bertanya khabarnya ketika itu, tetapi waktu tidak mengizinkan, waktu sememangnya cemburu juga. Terkejut juga,dalam masa yang sama ada jemputan penting saya tidak perasan pada email, sahabat saya , Akhi Faizul,yang turut melangsungkan walimahnya hari ini. Apapun tumpang gembira juga.

setelah berkambing,berlembu, besoknya insyaAllah, tak semena2 dapat juga nak berangkat ke Tanah Merah Kelantan, untuk Berbudu pula di walimah Akhi Amiruddin, salah seorang naqib saya. Rindu ke negeri Kelantan, rasa tenang kalau dapat ke sana, berkatnya pemerintahan ulama'. Sememangnya, saya suka merantau. :)

p/s: pertemuan dengan sahabat2 dan sifu cukup mengembirakan, gurauan sesekali hanya dapat dibalas senyuman. (",) 

Thursday, June 2, 2011

Dari 1 daerah kepada 1 Negeri

-Oppss, ini tersalah lagi letak gambar yang takda kaitan dengan posting-
Bismillah
Assalamualaikum. wbt...

alhamdulillah, hari ini dapat jua hadir bersama sahabat2 ke majlis walimah sahabat saya siti rohaya dan yusri, bertolak sedikit lewat pagi tadi dan tepat pada jam 12pm tiba. Cuaca panas sewaktu kami menikmati juadah. Alhamdulillah segalanya selesai, dan mudahan usia perkahwinan mereka mendapat keberkatan daripada Allah taala yang mengurniakan rahmat kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Singgah sebentar berehat solah zohor masjid berhampiran,cuaca berubahtak semena-mena hujan lebat. Rehat bertukar menjadi lena yang panjang di masjid. 

Perjalanan pulang, daripada satu daerah Bukit Besi, kami gunakan masa yang berbaki, round sekitarnya di Hulu Terengganu, kemudian pergi menziarahi adik sahabat dihospital kuala terengganu yang terlantar di ICU. Mudahan adik beliau sembuh dan mendapat keampunan Allah taala di atas ujian menimpa. Kami berangkat pulang ke Dungun, dan sebelumnya singgah ke Masjid terapung kuala ibai. Perut pula asyik menyanyikan gendang irama yang tidak berkesudahan. 

Berblog seketika, sebelum malam ini membantu jiran sebelah, memotong daging. Ust pula menghantar pesanan SMS agar ku menyediakan tentera2 ke rumahnya sabtu ini untuk membentuk "Geng Basuh Pinggan".. :)
Alhamdulillah. sepanjang perjalanan, dapat jua membaca kisah sejarah Uthmaniyyah, walaupun belum habis, ada ratusan helaian mukasurat yang harus ku fahami untuk ibrah umat ini.

terimakasih untuknya jua, moga Allah turut memeliharanya walau di mana jua berada, lantas atas doa untuk kesejahteraanku jua...  Ya Allah, peliharalah dan jagalah kami dengan sebaik jagaanMu.

tahniah sahabat semua

-Alamak, gambar tak berkait dengan posting ni-
Bismillah,

Assalamualaikum wbt

dikesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua sahabat sahabiah yang akan dan telahpun mendirikan rumah tangga, seperti musnadzirah(joyah jamila),anak cikgu Atam(pak sedara), siti rohaya, akhi fadhli, akhi saifuddin, akhi amiruddin, akhi zumeiri, kakak saudara saya noraini, along di rompin, ain ex-smk seri dungun, jiran sebelah rumah saya keluarga pak wahab, dan ramai lagi yang dijalankan pada minggu ini. Ada yang dapat saya hadir dan ada yang tidak. Namun bekalan doa turut mengiringi semua sahabat2. Mudahan berkekalan dan mendapat mardhatillah. teruskan perjuangan!

Wednesday, June 1, 2011

kita istimewa...

-gambar tiada kaitan dengan posting-
Bismillah,
Assalamualaikum wbt... (sambil mendengar pengisian oleh ustaz azhar idrus...)
Ada kumpulan atau golongan manusia daripada laki-laki,yang enggan menerima amanah pernikahan kerana takut kepada perjanjian/berbaiah untuk memikul amanah yang berat, apalagi bila sebaik sahaja terijab qabulnya lafaz persetujuan, maka terpikullah segala dosa dan pahala yang akan dikongsi bersama. Bermain difikiran was-was perasaan dosa menggunung dari diri sendiri, apatah lagi hendak memikul yang orang lain pula.

ada juga ye golongan seperti ini. Kata sesetengah pula, orang jenis macam ni "tawadhu'". Saya senyum tidak bersetuju. golongan seperti ini tak selayaknya mendabik urusan yang dia tidak mahu dengan menafikan perintah Rasulullah saw. Pertama, kikiskan perasaan bahawa dosamu tidak terampun seolah-olah kita menyamakan sifat Allah seperti manusia pula. Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahiim Allah taala, melangkaui sifat kasih dan sayang manusia yang tidak selamanya. Sebagaimana sifatNya Ar-Razzaq (maha pemberi rezeki), berbeza halnya dengan manusia yang bernama Razak sekalipun maksudnya sama tetapi belum tentu dia pemurah untuk menyampaikan 'rezeki' kepada manusia, boleh jadi manusia yang bernama Razaq memiliki sifat yang berlawanan dengan maksud namanya, boleh jadi manusia itu sangat kikir dan kedekut.

kedua, jika kita menolaknya, maka perhatikanlah kepada beberapa hadis ucapan Nabi saw yang memerintahkan umatnya berkahwin, dan menjadi sunnah bagi perjuangan baginda dan baginda berbangga di akhirat kelak kerana umatnya yang ramai. Di sini, mengapa pula kita menolak sunnah Nabi jika kita mencintainya.?

Ketiga, berkenaan dosa dan pahala, manusia sering tersalah hitung bahawa ia lupa, apabila kebaikan yang dilakukan oleh suami maka pahala akan turut mengalir kepada isterinya, manakala sama juga keadaan bagi isterinya. Suami yang pergi menunaikan solat jumaat manakala isteri yang solehah dirumah menyiapkan makanan sambil bibirnya   berzikir memuji Allah senantiasa, maka kedua2nya beroleh manfaat bersama. Isteri beroleh manfaat pahala solat jumaat suaminya, manakala suami beroleh manfaat pahala dari zikir isterinya yang solehah. Jadi, tidakkah kita berhasrat menggandakan pahala lagi?

Keempat, berbalik kepada dosa, kali ini berbeza sedikit, dosa yang dilakukan oleh si suami, seperti merokok(sebagai contoh), maka dosa ditannggung oleh suaminya sahaja.. Isteri yang tidak menutup aurat, selain dirinya(isteri) yang mendapat dosa, si suami juga menanggung dosa perbuatan isterinya juga. Bertuahnya menjadi wanita. ya.., sangat bertuah, merekalah paling mudah mendapat pahala. Tetapi mengapa pula Rasulullah melihat ramainya wanita di neraka? maka wahai suami, mencapai pahala "free" tadi perlu juga diwaspadai daripada tersalah hitung, maka tarbiyahlah sebaiknya golongan msulimat.

lahirnya muslimat solehah yang memberi barakah kepada suaminya. muslimat solehah, dicemburui oleh lelaki yang soleh kerana mustajab doa dari muslimat yang bergelar ibu kepada anaknya. Lihatlah bahawa kedudukan ibu cukup tinggi dengan hadis seorang ibu didahului berbanding lelaki. Perempuan yang solehah lebih baik dari seorang lelaki soleh, lelaki yang soleh mungkin dapat dicari walaupun jika tiada disebuah kampung, mungkin ada disesetengah negeri atau negara.Apabila adanya wanita soleh bak kata rasulullah, perempuan yang solehah ibarat seekor merpati putih dari kalangan 200 ekor merpati hitam. 

itulah, beruntungnya menjadi wanita.Tetapi ada wanita yang merungut nak menjadi lelaki, ada yang sanggup tukar jantina.
Berbalik kepada golongan pertama yang disebut awal tadi, point saya adalah janganlah berfikir bahawa sunnah nabi ini ditafsirkan dengan semudahnya sebagai jalan melarikan diri dari memikul amanah. kerana amanah ini tidak tergambar dengan amanah yang lebih besar melaksanakan amanah memperjuangkan Islam. Sebab itulah wujudnya lembaran kisah Hanzalah yang baru dikahwininya, tetapi mengutamakan jihad, urusan kematiannya mendapat perhatian Allah dan para malaikat yang memuliakan pengorbanannya untuk Islam.

seterusnya, perkara disebalik perkahwinan bukanlah sekadar persiapan membina hidup bersama sahaja, tetapi sebagai penggerak kepada melahirkan daulah Islamiyah berasaskan pembinaan individu Islam, keluarga Islam, masyarakat Islam, negara Islam dan pembentukan Khilafah Islam.

P/s: Memaknakan pengabdian kepada Allah, dengan matlamat yang lebih jauh sehingga akhirat..