Pages

Thursday, December 30, 2010

Sabar, Berlembut dan Tegas...

Bismillahirrahmanirrahiim...

Masyaallah, tak tertidur juga malam tadi lantaran, bila mata hendak dipejamkan, saya membuka sebentar laman fB, sekadar untuk meninggalkan kata-kata quoted sebelum tidur. Tidak semena-mena, saya terklik pada satu page yang asal kandungannya perbincangan politik. Argghh, saya malas melayan kenakalan tangan2 mereka membicarakan hal2 sedemikian, nanti dengan saya2 sekali terpalit perkara tak sepatutnya.

Namun, forum mereka bertukar topik hangat apabila seorang wanita dilihat agak liberal dengan komentarnya. Mata saya mengamati setiap isi komentarnya. Membiarkan komentar lainnya yang bersifat "syadid" melontarkan terjahan. Dalam mereka sedang hangat, saya mencelah dengan menegur agar berlapang dada, dan seterusnya menegur beberapa kesalahan pandangan yang bertentangan. Saya terus membiarkan, lantaran menganggap mereka sebagai sasaran dakwah yang perlu disantuni dengan hikmah. Pun begitu, perasaan mula lain apabila wanita tersebut seolah2 menafikan hukum-hukum Islam bahkan menganggap agama sebagai candu masyarakat, serta melabelkan umat islam sebagai manusia khayal dengan dongengan khalifah. Terdapat juga statement2 yang begitu bahaya yang saya fikir boleh menyebabkan syahadah kita terbatal. Arrggh, ini bahaya, saya terus menegurnya, yang pada fikiran saya beliau mungkin jahil bab ini. Pun begitu, beliau terus menerus menafikan ayat al-Quran serta menyamakan peranan ulama seperti rabai/sami2 dan paderi2 yang melemahkan umat. Bahkan, ucapan sebelum2nya juga jelas sekali menghina para anbiya'.

Lantaran rakan-rakan lain menegur juga, namun dibuat dengan kata-kata agak keras. Wanita ini berhujah dengan akalnya atau kaedah logik dan sekali sekala menafsirkan hukum islam dengan akalnya. Nampaknya, mad'u saya ini bukan calang2 orangnya.

Terus menerus saya menjawab ucapannya, sehinggalah pertanyaan saya sering diputar jawapan dengan persoalan mengarut akal. Saya tidak terus menjawab, tetapi terkadang memberikan persoalan kepadanya semula. Akhirnya saya mengesyaki sesuatu dengan persoalan yang sama ada beliau ini seorang Islam atau pun bukan Islam. Ini berdasarkan ucapan2nya agak kritis terhadap beberapa tafsiran mudahnya terhadap al-Quran. Teguran saya bersifat general dengan tidak menghukumnya, kerana saya juga perlu berhati2, jika tidak mungkin terperangkap selain berniat untuk menjinakkan hatinya kepada Islam.

Akhirnya, beliau mendelete pagenya, entah saya tidak pasti samada beliau bertindak sebegitu. Pun begitu, saya mengakhirinya dengan doa agar taqwa melekat dihatinya. Tidak lupa kepada kami sebagai ahli dalam forum perbincangan sedemikian.

Jika beliau bukan Islam, mungkin dia dapat jawapannya. Tapi jika dia Muslim, ini juga cabarannya. Sejauh manakah ideologi2 barat merasuk umat Islam di Malaysia? Cabaran berdakwah satu tugas yang perlu digiatkan.

P/a:Kalam Allah begitu hebat, satu ayat tidak ternafi. Allahuakbar.
     :Allah maha tahu dengan turunnya kitab al-quran, sebagai petunjuk/guideline kepada manusia yang berdepan dengan pelbagai masalah2 yang cukup kompleks dalam hidup mereka.

Monday, December 27, 2010

Budak kecil dan Roti Paung

assalamualaikum
-Roti Paung-

dah lama tak makan paung, bila abah beli paung, dia tersenyum sendirian, "Paung... kau ingatkanku tentang masa silamku..."

"Pelajar2 smua, minggu depan kelas kiter nak buat majlis perpisahan, jadi, bawalah ye hadiah masing2, nanti kiter akan sama2 bertukar hadiah..." ustazah menguatkan suaranya tatkala pelajar asyik bermain pukul meja membuat bising di dalam kelas.

Seorang budak kecil berhenti bermain, duduk di meja rendah mengemas buku untuk pulang. Kalau bab balik, memang nombor satu dia di depan.

"Bah, minggu depan, ustazah suruh bawak hadiah, ada majlis perpisahan minggu depan..". Abah mendiamkan diri saje. "Ohooo, tak dilayan rupenye orang royat..." budak kecil bermonolog sendirian. "Minggu depan ye, hari Jumaat, hari Khamis abah cari ah hadiah..." sambungnye.

Masa pantas berlalu, Jumaat pun tiba. Pagi2 lagi abah takder, lepas subuh di masjid, biasa abah balik awal. Mungkin abah beli hadiah ni kat kedai. budak lelaki itu menanti. "Awak letak dalam bekas ni, bagi dia bawak nanti.." kata abah kat ummi. Budak kecil, terus ke dapur, mengintai dalam bekas tadi, apa yang abah beli? kek ke? Tangan kecil yang memang nakal, nak tahu apa kandungannye. "Haaa... paung? ingatkan kek ke kuih ke..., Knape x beli hadiah?" Rungut budak kecil tadi. Ummi sekadar senyum, barangkali ummi menyembunyikan perasaannya bila ditanya sebegitu.

"Kau bawak ape? Aku bawak jam loceng bagi hadiah, set2 puan ada bawak bear, beli hadiah buku..".. tanye kawan2nye. Pertanyaan itu membuatkan dia terasa. Waktu pertukaran hadiah, dia bertukar hadiah dengan seorang perempuan. bungkusan budak perempuan itu kecil sahaja berbalut surat khabar. Masing2 dilihat tak membuka hadiah, baik budak lelaki kecil tadi dan perempuan tadi. Mereka sama2 cepat memasukkan hadiah pertukaran dalam beg yang dibawa sedangkan orang lain terus membuka hadiah masing2, ada yang suprise giler(",) sebab dapat komik Dragon Ball(masa ni zaman kegilaan Dragon Ball).

Sampai di rumah, budak lelaki tadi membuka bungkusan ringan tadi. Rupanye ia kad ucapan tulisan tangan.
"Assalamualaikum, saya .................. terima kasih dapat bertukar hadiah, saya tak dapat nak bagi hadiah semahal awak bagi. Saya mintak maaf. Keluarga kami bukan keluarga mewah atau kaya. Cuma ini saja dapat saya berikan sebagai hadiah, iaitu "hadiah persahabatan". Pun begitu harap awak sudi ambil, yang penting kita jadi sahabat yang berkekalan... semoga Allah melindungi awak." Lebih kurang begitulah isi ucapannye. Budak lelaki tadi terdiam, menyimpan warkah hadiah yang diterimanye. Dia terkenang pada paung tadi.

Esok hari terakhir perjumpaan kelas kerana buku2 akan diserahkan. Budak lelaki tadi melihat perempuan semalam yang bertukar hadiah dengannya. "Terima kasih ye" santuni budak perempuan tadi kepadanya. Dia gembira, tidak menyangka, hadiah paung, rupanya dihargai rakannya. "Same2" sambil tersenyum.

Itulah kisah 14 tahun dahulu....masa pantas berlalu di sebuah kelas fardu 'ain masjid sungai udang.

P/s: Tiada yang lebih berharga dari hadiah persahabatan yang berkekalan. Wang bukanlah segala2nye.
     : budak lelaki kecil tadi adalah penulis sendiri. 
     :Paung, ada kisah ku renung pada rupamu

Thursday, December 23, 2010

Anak-Anak Dajjal Muncul Dengan Banyak

Assalamualaikum wbt.

Melihat perkembangan hari ini, internet sangat mudah diakses walau di mana sahaja kita berada dan bila-bila masa oleh semua golongan yang memilikinya. Dari peringkat anak kecil hingga dewasa, semuanya sudah memahirkan diri dengan alam siber.

Internet, tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia. Lubuk kepada maklumat serta jaringan sosial yang memuncak di kebanyakan negara. Pergilah ke mana-mana sahaja, rata-ratanya pasti memiliki akaun Facebook. Ada yang menggunakannya sebagai medium ekonomi, perhubungan sosial, informasi, dan tak terlepas juga sebagai medium dakwah. Kecepatan perkembangan ini menjadikan negara menghadapi satu cabaran baru yang semakin mendatangkan pelbagai kesan positif dan juga negatif.

Pun begitu, dari sudut teorinya, mungkin pelbagai tafsiran boleh digambarkan untuk memberikan tafsiran terhadap perkembangan dunia IT ini. Siapa sangka, wadah yang sepantas kilat ini boleh bertukar kepada medium penyebaran fitnah yang sangat merbahaya.

Fitnah Akhir Zaman

Dajjal...mengimaninya adalah sebahagian daripada ajaran agama yang diperingatkan sejak Nabi Adam As lagi. Dahsyat sebagaimana fitnah Dajjal? Wallahua'lam. Para anbiya' alaihimussolatuwassam telah diduga pelbagai badai fitnah termasuk di zaman Nabi Nuh,Ibrahim,Musa,Isa, Yusuf dengan Zulaikha,kaum yahudi,tak terlepas fitnah munafiqun di zaman rasulullah juga menggoncang umat dan para sahabat. Fitnah tidak akan pernah terhenti, sehinggalah datangnya raja segala fitnah iaitu al masih dajjal laknatullah. 

Di dalam menelusuri zaman demi zaman ini, maka berturutanlah fitnah dihamparkan oleh kaki pemfitnah. Dengan perkembangan teknologi baru, internet menjadi medium pencetus fitnah yang sangat cepat. Maka tidak hairanlah, Dajjal digelar Bapa Segala Fitnah yang akan merosakkan manusia kerana bibit-bibit fitnah hari ini sudah mula menjadi suatu pegangan oleh manusia yang semakin jahil. Bukankah Allah taala telah menggariskan betapa sesuatu berita haruslah diteliti dengan kebenaran hasil penyelidikan(research)? Sungguh menghairankan, golongan akademik yang berpangkat tinggi dan bertaraf Professor dan Doktor boleh bertukar Professor Bodoh lantas mudahnya mereka diperdaya berita yang didengarinya sebagai dalil mereka berhujah dan berpegang. Lebih malang lagi apabila pemfitnah atau pembohong serta pendusta itu hanyalah berlatarbelakangkan ilmu cedok yang diasaskan oleh bisikan syaitan dan dorongan nafsu. Manusia sanggup mempergunakan undang-undang ciptaan, dorongan habuan dunia dan kepentingan untuk mencapai kepuasan hidupnya, asalkan hatinya gembira. 

Iman sudah hilang

Mereka tidak akan segan silu memaparkan aib manusia lain yang padanya dikira berdalilkan hujah kebenaran. Padanya, sikap menghukum sudah menjadi suatu jalan penyelesaian segera daripada mendengar respond daripada mereka yang terlibat. Belum sahih lagi, tetapi  masyarakat diperdaya hidup-hidup oleh "anak-anak Dajjal" ini kerana hati mereka hanya mahukan dunia ini diperintah oleh idea dan cara mereka tanpa perlu campurtangan hukum Allah. Anda, atau saya boleh terperangkap jika semua ini tidak didasarkan kepada disiplin ilmu yang diperintahkan oleh Allah taala melalui uslub para anbiya'. 

Saya menasihatkan masyarakat supaya kembali kepada dasar-dasar Islam yang sempurna dengan memiliki ilmu yang bersandarkan wahyu dan bukannya sekadar pandangan logika masing-masing di dalam penentuan sesuatu berita yang tersebar. Semoga Allah taala membuka pintu hati kita semua dengan meletakkan rahmat hidayah petunjukNya bagi kita mengendalikan hidup di dunia ini. Insyaallah.

P/s: Fitnah lebih besar bahayanya daripada isu pembunuhan

Monday, December 20, 2010

kartun kite

p/s: Uitt....Yb jangan marah, insafla yer, tak tuju mana2 parti, tapi mintak sedar sikit. bukan main dulu meraih undi, bila kami susah, takde nak tunjuk muka,kot ye pun hulur tangan jadi lah, ini rumah macam mahligai,rumah orang miskin setaraf kotak mancis (bak kata Sinar Harian) sedar2la deh...

Thursday, December 9, 2010

Jangan Ler Stress Memanjang


"aduh, sakit hati rasa....malas rasa nak hidup, hidup pun stress..."

"jangan dinda, dindala segala-galanya buat kanda. dinda kan tahu, kanda mana boleh hidup tanpa dinda. Siapa lagi nak kejut kanda bangun pagi-pagi, memasak,jaga anak...bla3 bla3..."

"Cis, menyampah, memang kali ni dinda nak mati, dinda xkisah kalau terbunuh sekalipun"

"Jangan dinda, kan tak baik, Tuhan marah, lagi-lagi seksa tau hidup kat neraka....Dinda kan kena tau, lumrahla hidup ni stress...dinda tau tak, yang dalam kubur tu lagi stress"

"Knapa plak?"

"Aii yela, stress hari2 kena pukul, kena belasah, kena rotan, x ke stress macam tu...."

"Ye x ye kan kanda....tp kan kanda.....kanda ingat le skit, kita ni kan lembu, tu kat depan sane, tak nampak ke tuan kita duk asah parang nun..."

"Oiittt, ye ke.....lupa la dinda...hehe"

P/s: stress x stress, anda mampu mngubahnye.....
    : bunuh diri, nak mintak mati bukan jalan penyelesaian, malah makin memburukkan lagi nasib kita...fikir2kan deh....
      : Ingat Allah dengan berzikir kepadaNya, insyaAllah, hati pun jadi tenang...

Friday, December 3, 2010

Kerana Takut Tak Kahwin?

Assalamualaikum

"Hmmm, macam mana ni,saya minat kat dia. Dia baik, rupa pun ada, sini ramai perempuan. Kalau saya tak dapat dia, hmm merana la hati ni...tak kan dia takde perasaan kat saya eh., apa kurang saya, pakaian pun ok..." Dafina  bermonolog sendirian di tepi tingkap memikirkan Syamsul, seorang lelaki yang diminatinya sambil memerhatikan beberapa gadis seusianya melintas halaman kolej kediamannya bersama teman lelaki masing-masing. Dafina terdiam seketika melihat gadis sebayanya yang tergedik-gedik berjalan seperti model sambil si lelaki memimpin tangan sambil membelai rambut ikal mayang yang kadangkala menimbulkan seribu pertanyaan kepadanya. "Bagaimana mereka berjaya,saya pula tak..?"

Hari berlalu dengan perasaan Dafina sentiasa memendam perasaan yang ingin sangat diluahkan hatinya. Entah tidak semena-mena, satu malam Dafina mendapat satu mesej dari nombor yang tak dikenalinya. "Hai Ina, awak buat apa? Saya Fakri jurusan Elektrik. Saya kenal awak.......", Dafina kaget seketika, "Argh, belum pernah ada lelaki mesej saya,erm, layan la sekejap.."

Entah kenapa, bermula skrip layanan, tetiba perasaan mula berputik di hati Dafina. Dia lupa seketika Syamsul, lelaki yang pernah diidaminya. "Arggh, buat apa nak fikirkan si dia, dah macam susah je dia nak berkenan kat kita ni..." bisik Dafina yng padanya melihat Fakri mula mencuri perasaan hatinya dengan pelbagai layanan yang seperti dalam drama di televisyen. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, rupanya sudah 2 bulan Dafina berbual dengan Fakri.

Satu hari, Fakri menghantar mesej kepada Dafina agar dapat mereka bertemu di taman. Dafina teruja, namun Fakri meminta kepadanya agar Dafina memakai seluar jeans dan baju sejuk, katanya nak bagi nampak "matching" sebagai pasangan yang sedang bercinta. Dafina tanpa berfikir panjang. Padanya, walaupun dia tiada pakaian sedemikian, dia boleh pinjam dengan roomatenya.

"Erm, Ina, pelik la awak sekarang, tak pernah pakai jeans, tetiba nak pakai, awak kan suka berjubah?" tanya Pajila, rakannya yang kehairanan. "Ooo, tak delah, pakai jeans mana haram Paji, asal tutup aurat" balas Dafina. "Ye, tahu, tapi....ermm, takpelah," Pajila menghentikan kata-katanya. Selesai pulang dari "date" pertama, Dafina dilihat sentiasa tersenyum, entah, bila pegang bantal pun senyum, tengah makan pun senyum, apatah lagi kalau dah pegang telefon. Pastinya dia akan lebih dengan senyuman panjangnya.

Sekian lama hubungan mereka berpanjangan, perubahan sikap Dafina mula dikesan rakan-rakan persatuannya yang lain. Masakan tidak,sebagai Exco Pembangunan Modal Insan, Dafina sentiasa tidak hadir mesyuarat, selalu lewat ke majlis ilmu dan pelbagai alasan yang diberi bila hendak bertemu rakan dan sahabatnya. Berdasarkan kedatangannya pada bulan November lalu, daripada 4 pertemuan majlis ilmu, hanya satu kali sahaja yang dia hadir, itupun datang lewat dan hampir selesai perjumpaan.Puas sudah sahabat-sahabatnya menegurnya, namun adakala teguran dibalas dengan mimik muka yang penuh menyakitkan perasaan sahabat-sahabatnya. Masa terus berlalu dan akhirnya mereka dapat ketahui punca Dafina sebegitu. Mereka cuba berbincang, tetapi tidak menyangka Dafina tergamak membalas dengan kata-kata yang melukakan hati pra sahabatnya. Dafina merasakan mereka mengongkong dirinya, lantas Dafina bertindak menjauhi mereka.

Dafina, bukan seperti Dafina yang dahulu, tiada lagi tampak jubah ungu yang biasa dipakainya. Sekarang Dafina beralih "selera" dengan pakaian yang agak mencolok mata memandang. Perubahan ini amat ketara sehinggakan pernah seketika kelihatan Dafina tidak mengenakan lagi tudung bilamana hendak membeli makanan di Cafe.

Satu hari, Dafina tanpa menutup rambutnya seperti biasa pergi ke Cafe membeli makanan. tanpa disedari ketika hendak membayar makanan, tidak terduga olehnya bahawa, Syamsul berada disebelahnya. Dafina perasan bahawa Syamsul kelihatan agak terkejut dengannya.

"Astaghfirullah....Dafina, awak ke ni?" tanya Syamsul. Dafina tidak menjawabnya lalu bergegas pulang. Syamsul juga turut beredar bersama rakan-rakannya, sambil salah seorang rakannya berkata, "Tulah Syamsul, Chek dah bagitau da kat hang, tapi hang tak percaya. Hah, sekarang tadi tu sapa? Dulu bukan main lagi duk pendam hati kat dia". Rupa-rupanya, Syamsul yang selama ini juga memendam perasaan sama sepertimana yang pernah dimiliki Dafina dulu. Namun sekarang mungkin sudah berubah.

Pendek ceritanya, satu hari, Dafina menghadapi masalah hubungannya dengan Fakri. Fakri yang dikenali ramai sebagai kaki perempuan akhirnya meninggalkan Dafina setelah berbulan lamanya berkenalan dan keluar bersama. Apa yang tinggal hanyalah derita buat Dafina. Dafina sengsara dengan apa yang dialaminya. Ceritanya diketahui oleh sahabat sepersatuannya yang datang menziarahinya setelah mendapat tahu daripada roomate Dafina.

Dafina menangis sepuas-puasnya dalam dakapan sahabat-sahabatnya mengenangkan perbuatannya dahulu. Katanya, dia bimbang kalau dia tiada jodoh. Itulah sebabnya dia berbuat demikian.

Syamsul mendapat tahu cerita mengenai Dafina setelah dia juga merisik khabar daripada rakan Dafina. Pun begitu Syamsul bersyukur kerana Dafina masih diberikan nikmat hidayah oleh Allah taala yang kasih akan hambaNya. 

Demikianlah kisah pendek untuk dijadikan teladan...Mungkin anda boleh mengagak apa seterusnya kisah selanjutnya....Apapun, banyak pengajaran perlu dijadikan iktibar. 
-Kisah ini adalah rangkuman pengalaman manusia, oleh itu, nama-nama di atas adalah rekaan sahaja-

Wednesday, December 1, 2010

Gegar! Fenomena K.R.U di Masjid dan Surau

Assalamu'alaikum
haa.. tersilap tag ke gambar nih? atau cerita khabar angin semata-mata KRU menggegar di semua Masjid dan Surau?

Betul....KRU memang menjelajah seluruh Malaysia ni... huhu... tapi sedara-sedara sekalian, KRU yang dimaksudkan saya bukanlah artis KRU gambar di atas ni. Dah tu sape lagi yang guna KRU ni sesuka hati ni? karang makan saman tak fasal-fasal...

 Pergilah mana-mana ceruk kampung, pastinya KRU yang mendominasi masjid dan surau....haaa, tak caye lagi...

KRU yang dimaksudkan ialah Kumpulan Rambut Uban....KRU ler jugak kan.(gambar pakcik sebelah ni sekadar hiasan je,maafla ye, tapi pakcik ni kira bagus la komited diusia emas bertaqarrub kpd Allah)

Itulah hakikatnye, masjid dan surau hari ni, mana pergi entah anak muda lani, kot tunggu usia senja baru nak ingat Tuhan.

 Lani mati tak kira usia bang, tup2 kena langgar, mati lemas, kena tembak pun ada, kena pukul pun ada dan ada yang stress hidup terjun bangunan.. cubalah tengok berita lani, kematian orang muda lebih tinggi dari orang tua bang adik kakak. So, nak pakai lagi ker ayat power dan manis ni , "Oooh berader, muda hanya sekali, enjoyla puas2 beb"

hah, nak enjoy apanye kalu dah ajal dekat sangat, dosa makin banyak, pahala pulak sikit. Ada harapan nak mintak sesuatu yang mahal daripada Tuhan yang ciptakan kita? Yelah sedara2, Syurga milik Tuhan kan...
Tapi beringatlah ye, TAK SEMUDAH ITU...

 Lani kalu dah kahwin, kalu mak ayah tak reti baca Quran, anak2 nak ikut siapa? Nak mintak cikgu2 sekolah ajar? hmmm... beruntung sangat le kalu camtu, tapi dah hari ni dunia pun cacamarba budak 12 tahun pn melahirkan anak....!

So usia muda ni, reti2la sedar ye, time muda2 ni lah otot2 kuat macam ahli gusti, angkat kereta sorong pn gagah lagi. Nanti dah berusia, tulang2 da kluarkan musik penuh syahdu, barula nyesal xdapat nak merangkak ke Rumah Allah..

dah kalu kuliah tak best, cakap le kat tok imam, tukar tajuk power sikit, tak pun pi naik bagi tazkirah "power". Hah, barulah orang muda namanye. Kalu tok bilal suara x "rot" (xbermaya), ha, minta pi azankan.

Sebab tu sedara2 sekalian, nak pesan beringat, Allah sebenarnya menghadirkan para tetamunya adalah orang yang terpilih. So, nak jadi orang yang terpilih tu biar kita ni letak matlamat yang betul di dunia ni. World2 jgk,akhirat jgn lupa... Dah semakin berusia, kenapa surau masjid tak singgah2, berat sangat ke macam angkat gajah kaki tu nak melangkah. Kalu kumpulan Scorpion datang KL ke, tempat kat mana2, ringan je kaki tu, tak yah nak suruh2. ha, dah kalu perangai camni, kat kubur pun SCORPION pn suke ketik (gigit) la org mcm ni.


kotnye, maafla kat abg norman, yusri dan edry, tak da kena mengena pun gambar hiasan atas


"Sesungguhnya hanya yang memakmurkan masjid itu ialah seseiapa yang beriman dengan Allah dalam erti kata yang sebenarnya ( Surah at-Taubah, ayat 18).


Orang yang memakmurkan masjid ialah orang yang percaya kepada hari akhirat bukan sebaliknya, dan mereka yang mendirikan solat. Iaitu orang yang mendirikan solat inilah orang yang memakmurkan masjid. 


p/s: yang baik ambil pngajaran deh, yg busuk tak molek, tinggal2kn..