Pages

Thursday, January 14, 2010

Islam hormati agama lain


(Sebuah Masjid yang dibom dan diruntuhkan oleh puak pengganas Serbia di Bosnia)

kat Malaysia kita tunjukkan sikap mulia kita dengan sama2 berganding bahu umat Islam membantu meringankan bebanan mereka dipihak gereja yang dibakar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

namun diluar sana, nasib saudara kita dipamerkan dengan keadaan berbeza. bom.....bukan kesan macam kena bakar....

Islam mengajar umatnya didalam peperangan bahawa diharamkan yakni tidak boleh samasekali membunuh jiwa yang tidak berdosa termasuk wanita, orang tua, lemah upaya, kanak-kanak, pokok pokok tumbuhan , haiwan dan seumpamanya. Indahnya ajaran Islam, apatah lagi jika ada yang mendakwa bahawa Islam mengajar keganasan adalah tidak benar samasekali. jika dalam keadaan genting pun Islam ajar beradab dan patuhi peraturan, apatah lagi jika berada dalam keadaan aman damai.

jika benar Islam atau didalam kitab alQuran terdapat satu ayat, sila kemukakan....hanya saya mahu satu sahaja, tidak lebih daripada itu, sila kemukakan kepada saya.... jika ada dan benar dakwaan itu, maka saya rela meninggalkan agama saya. apa tidaknya, jika agama yang saya anuti ini mengajar keganasan atau kejahatan, buat apa saya anutinya. saya adalah pemuda2 seperti Muhammad, dan tidak takut kepada buruan mereka2 yang memusuhi Islam.

Islam bukan hanya sekadar keimanan kepada syurga dan neraka, tetapi keyakinan pemuda2 seperti kami yang tidak mengangkat Islam Baka yang kosong adalah seperti akar yang kuat mencengkam bumi.

adapun Islam menghormati agama lain, kristian,yahudi,hindu,buddha,serta ajaran2 lain. kami sembah pada Tuhan yang Esa, tiada anak mahupun dia tidak sesekali diperanakkan dan tidak sesekali mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain. Allah tiada 2, tiada 3 atau lebih melainkan Dialah yang Esa.

lihatlah model di negeri Kelantan, semua hak agama lain terpelihara. mereka bebas beribadah tanpa sekatan. ambillah peluang menerangkan Islam, bukan bertindak menyerang....

No comments:

Post a Comment