Pages

Friday, April 16, 2010

bebas seketika

salam

alhamdulillah dah selesai presentation dan assgmnt....namun masih berdebar sebab akan berdepan exam pula..

kpala agak penat dan badan agak letih dengan kerja2 sebelum ni hinggakan byk benda dibiarkan. halaqah agak lama menyepi, walaupun usaha meluaskan pelaksanaannya melalui liqa almulk berjalan.

berita dunia dan malaysia amnya byk tertinggal, melainkan berita utama, sesekali saya berpeluang menghadap cerita2 dalam akhbar, tp kesibukan menghambat saya utk menjenguk sebentar akhbar2,

tak lama lagi ada sahabat2 saya akan berkahwin, alhamdulillah, saya turut tumpang gembira, yang dah tambah anak pun ada.

esok saya ada lg urusan, lusa hari sabtu saya nak rehatkan fikiran pergi berkelah dengan sahabat2...lama tak relaxkan fikiran...

selepas presentation td, sempat hadir meeting dgn mpp utk karnival sem depan, tetiba saya ada nama saya dilantik dalam jwtankuasa itu,,,,ahh apalah nasibku, makin bertambahlah amanahku...samalah juga keadaan rakanku riduan...dia pun kena jugak...

saya sgt rindukan saat2 saya sewaktu sekolah dahulu, walaupun memegang pelbagai jawatan, tp kepala ketika itu sentiasa bermotivasi dan tenang menguruskan acara hidup. hari ini kesukaran bagi saya menghidupkan proses menghafaz alQuran, adakala saya sangat kecewa. padahal sewaktu dulu walaupun busy, saya sentiasa menjadikan alquran teman setia....

p/s: al-quran panduan hidup bagi yg mengambil pengajaran

double standard from world

assalamualaikum

beberapa hari lagi Malaysia akan bersama2 dengan dunia negara luar membincangkan soal nuklear. dahulunya pernah dilaksanakan di new york, namun usaha pelaksanaannya menuju kegagalan, rantaiannya usaha dunia bagi menyekat aktiviti pengkayaan uranium sekadar bualan kosong.

Najib Razak juga turut menarik perhatian akan isu itu. Dunia dimomokkan dengan Iran yang sedang mengayakan uraniummnya dengan tenaga nuklear, sedangkan ianya diaplikasikan utk tujuan penghasilan tenaga yg akan menjana elektrik. Amerika beria2 dengan sekutunya ingin meneruskan usahanya untuk melaksanakan sekatan tambahan keatas Iran. selalunya Iran saja.

ISRAEL yg DILUPAKAN KEZALIMANNYA

ehud barak dengan bodohnya memberikan alasan kepada mereka yg ingin menjadi bodoh juga bahawa mereka tidak akan sesekali menandatangani perjanjian nuklear kerana mendakwa negara Islam tidak pernah hendak mnegotakan janjinya utk tidak mengancam Israel, dunia diputarbelitkan ucapannya agar simpati pada zionis.

di barat, rakyat amerika mahupun britain buta pada isu sebenar di timur barat dan media yg dipelopori yahudi menutup kisah sebenar di tanah yang berdarah seperti palestin, iraq, afghanistan. yg dipaparkan hanya serangan dakwanya serangan orang islam keatas orang bukan islam.

Malaysia jangan ikut tipudaya yahudi laknatullah dan sekutunya

janji manis, serta pelbagai tawaran, perjajian damai yang diadakan sebenarnya adalah kisah ingin menutup fail kezaliman mereka terhadap umat islam. pemimpin islam dunia ditipu dengan kata manis melalui perkongsian tawaran pembangunan, perdagangan dua hala, bantuan kewangan dan sebagainya sedangkan usaha ini jelas sekali menarik sokongan terhadap mereka yg kian meleset. namun pemimpin islam hari ini mudah ditipu, sebab itulah mereka gagal dalam byk perkara.sikap suka bergantung kepada mereka semakin jelas ketara hari ini.

p/s: Islam pasti bangkit

Monday, April 5, 2010

maafkan saya sahabat

salam

Ya Allah, Ampunkan saya......

sepanjang saya sakit, saya tak dapat nak penuhi tanggungjawab saya terhadap rakan saya...maafkan saya.... terima kasih dikurniakan sahabat yang memahami diri ini,

Sunday, April 4, 2010

tudung sekadar perhiasan

salam

kata pepatah, kalau rusa masuk kandang kambing, dia kena mengembek..... tp kat sini, rusa tu dah hilang identitinya sebagai rusa yang asalnya ia dijadikan... tak perlulah kita nak jadi seperti tu.... mungkin rusa blh ke kandang kambing, xperlu mengembek, nanti kambing2 td ketawa terbahak2 pulak....

tak semua perkara nak kena kita berubah, ada kala prinsip itulah yang perlu kita awasi....adakala kita dipergunakan, kadangkala akan dikhianati....disekeliling bukan semestinya teman2 setia kita, blh jd bertukar manjadi musuh kita dalam diam...

baru tghari td seronok dengan family day fakulti, disebalik kemenangan yg diperoleh, terpandang "anak2 gadis"... "wau hodohnya!!!" kataku dengan tiada perasaan....

tak berniat sekali nak kata pada penciptaan Tuhan, tp maksudku hanya pabila terpandang "anak2 gadis" yg di kuliahnya bertudung cantik, tp diluar sini, free hair... tak terasa ker wanita2 camni bhwa rambut mereka kan digantung dengan rantai besi dineraka kelak? ohh, kasihan.....memang rambut mereka hodoh dan bakal hodoh.... pandangan saya, wanita sangat cantik sekali andai sempurna bertudung, itu naluri lelaki.... apakah dengan memaparkan segala2nya yg dimiliki wanita itu menjadikan mereka hebat? ohh, pndgn kami dikaum llaki tidak sama sekali, bahkan mereka seperti ini menunjukkan kehodohan mereka yg terserlah..

p/s: pakailah tudung k

Saturday, April 3, 2010

Gejala Sosial dan Pengaruhnya Kepada Mahasiswa

3 April 2010, Sabtu,
Dewasa kini kita dihidangkan dengan pelbagai pengaruh dan budaya yang mengundang generasi anak muda hari ini kearah suatu ikutan yang tidak baik. Mengambil alkohol, dadah, pil-pil terlarang, seks bebas,menyimpan gambar pornografi, pemakaian yang mencolok mata serta fesyen yang merosakkan akhlak, menjadi tabiat yang meletakkan masa depan yang sukar diramalkan. Tidak terkecuali, kita dikejutkan bagaimana mahasiswa atau golongan intelek kebanyakan IPT juga menerima kesan pengaruh yang sama sebagaimana golongan remaja diluar sana.Bahkan di dada-dada akhbar saban hari memaparkan tidak kurang jenayah serta penglibatan kelompok golongan ini terhadap penyakit sosial yang mula membarah di dalam masyarakat.

Kelab Perbankan Islam UiTM Dungun memandang perkara ini sebagai serius dan wajar diberikan perhatian oleh pelbagai pihak seterusnya membina alternatif mungkin bagi mengembalikan generasi masa depan yang mampu memimpin agama dan bangsa Malaysia.
Kita sedar perkara ini bukan sahaja perlu dibanteras malah setiap individu perlu turun padang mengajak mereka kearah penglibatan aktiviti bermasyarakat yang boleh membina sahsiah yang baik. Bahkan itulah suatu cabaran pendekatan yang perlu diperhalusi,bukan mudah menarik minat mereka kearah ini kerana budaya hedonisme dan perkara melalaikan, lebih mereka dekati berbanding menghidupkan peranan kelab dan Persatuan.

Elakkan diri daripada perasaan ingin mencuba suatu perkara yang menyalahi peraturan dan apa yang terkandung dalam perintah larangan agama, kerana satu ketika langkah yang pertama tersebutlah yang akan meneruskan langkah berikutnya. Pilihlah sahabat serta rakan yang baik dan elakkan diri daripada terlibat dalam perkara negatif, budaya menasihati rakan-rakan sangatlah dituntut agar kita sama-sama berada pada landasan yang sepatutnya.

Oleh yang sedemikian, seluruh pemimpin persatuan dan kelab digesa mengubah pendekatan serta mencipta program yang bukan sekadar bersifat mega, tetapi apa yang penting bagaimana pengisian program tersebut mampu membina insan yang bakal mencorak agenda Negara kelak.

Mohd Azlan bin Kahlid
Presiden ISBAC UiTMT
BBA (HONS) Ijazah Perbankan Islam
UiTM Dungun Terengganu.