Pages

Saturday, January 9, 2010

kasih seorang ayah

assalamualaikum

petang tadi saya solat disebuah masjid,secara tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki istimewa merayau-rayau didalam masjid, kanak-kanak ini rajin, dia pergi membuka semua kipas-kipas termasuk lampu-lampu masjid.

walaupun dia menghadapi sindrom down, ku masih perhatikan gelagatnya yang kelihatan ceria selalu. secara tiba-tiba dia berlari naik kesebuah bangunan sebelah masjid, saya mengekorinya kerana nak perhatikan tindakannya yang seterusnya. kebetulan ketika itu saya terlihat seorang makcik bergegas menaiki motor seolah-olah nak mencari seseorang, fikiranku barangkali dialah maknya mencari anaknya yang lari berkeliaran kesini.

lalu ku panggil rakanku bersama ke bangunan tersebut lalu kudapati dia bermain dengan suis lampu didalamnya, puas kupujuknya untuk tidak bermain disitu, bermacam cara digunakan termasuklah beri biskut nak umpannya keluar, namun tak dilayan. dia bermain-main pen dan cuba mencontengnya pada whiteboard, dia bertanya padaku dengan suara yang tidak jelas dan kurangku fahaminya.

memahami dia adalah anugerah Allah, saya melayannya dengan cara yang baik supaya tidak jadi masalah lain. puas dipujuk ajak turun tapi tak nak jugak, lalu dia pergi ketingkap menunjukkan rumahnya, katanya dia nak lompat dari atas bangunan tu ke rumah. saya terus cuak.... matilah aku kalu dia ni lompat....

saya cuba menarik perhatiannya dengan umpan lain termasuk ajak dia "solat"...tapi tak nak jugak... ajak dia main kejar-kejar pun tak nak... dia terus menghulurkan kakinya ke tingkap, lalu kusegera kata padanya, "apa kata kita main tutup semua tingkap?" dia jawab "kap kap" , saya melayannya dan alhamdulillah,mujurlah dia tak jadi lompat kot tingkap tadi...

tapi lepas habis kat situ, dia tak nak turun lagi, puasku ajaknya main benda lain, tak nak juga. siap dia duduk disofa sambil makan biskut yang diberi termasuk keropok yang ditambah lagi... saya pesan kat kawan saya pergi kerumah adik ni panggil keluarganya kesitu.

lalu saya mengajaknya main tutup pintu pulak, kali ni berjaya, dia ikut. bila dia keluar je, saya terus kunci pintu. fuuh lega rasanya, dan barulah masa tu ayah adik ni muncul. penat kataku melayan kenakalannya.

saya fikir ketika itu ayahnya pasti akan marah kerana nampak bergegas naik tangga, sangkaanku meleset samasekali. ia tidak begitu, ayahnya meraikannya dengan pelukan manja dari seorang ayah, lalu dicium kepala anaknya dalam dakapan.

saya tersentuh samasekali.........
begitulah kasihnya seorang ayah kepada anaknya............

No comments:

Post a Comment