Pages

Thursday, June 17, 2010

kemalangan

salam

sedang asyik layan berita dapat umi saya dapat call daripada sedara gitau abg excdent, resah seketika umi abah, asalnya pg esok nk ke walimah anak cikgu atam pak sedara, tak jadi plak sebab ke hospital kemaman. abg saya khairul shahnizan dapat luka dibadan , nampak teruk jugak, sebab terlanggar penghadang jalan nk elak lubang jalan...besoknya pulang....motor LC dia dah hancur, tak leh guna lagi... 2-3 hari lpas tu kereta baru dia beli dah sampai....dalam hati saya, huh ni macam tau2 je........motor pergi datang kereta.....

huhu....tahniah buat sahabat saya tg sakinah tg abd jalil dan pasangan lelaki tg mohd fariz hilmi diatas kejayaan menjadi pasangan suami isteri yg sah, doa saya semoga antuma dapat zuriat yang soleh/ah. petang td sempat pergi bersama din, kawan lama.

alhamdulillah, dapat baiki almari buruk jadi baru setelah dbaiki balik utk tempat study saya, baru rasa tenang setelah lama nk siapkan projek mini library kat rumah ni....

besok ditugaskan menjadi pengacara majlis kejohanan takraw, 1st time plak...mudahan Allah permudahkan....

adik saya , mohd irfan alhafiz tahun ni PMR...selalu jer dapat "marah" daripada saya sebab malas belajar dan asyik sms je.....nasib la dapat abg mcm saya

p/s: nak tarik diri dari jadi OC dan ktua biro sem ni....

Wednesday, June 9, 2010

kisah tomyam

salam...

pertama, tahniah buat ukhti rabi'atun 'adawiyyah lantaran dah dapat ketemu jodohnya pada 6Jun lalu... penat dan jauh perjalanan nak ke Gua Musang kat sana...teringat saya selalu perli padanya kat sana ada istana musang....

minggu ni dah entah tak tahu apa2 nk buat selain kerja yg tak tersusun...tambah pulak umi abah sekeluarga ke selangor, tinggal la saya sorang2... so mnguji la sikit untuk isi perut ni dengan pglman memasak hari2....1st menu adalah tomyam...tomyam adalah makanan favourite saya, klau pedas jelah, tak pedas tak best, jadi saya cuba buat walaupun xpenah buat...lebuh 10 cili jarum saya masukkan...alhamdulillah, tetibe puji sendiri plak kata --sedap pulak aku masak..masak nasi pun menjadi jer...mana taknya, tiap kali masak nasi, air terlebih saje, so tak sedap...

thanks jugak kat akhawat muslimat yg tlg hantar saya berkursus kat kedai makan dulu, tak sia2 saya belajar memasak kat kuantan sana....

tp fkir2, masa duk rumah sewa saya ni malas je masak...segan agaknya...asyik fauzi dan lain2 tlg masak dan beli lauk, jd saya bila diorang masak, kadang2 saya rela blk rumah sendiri....makan yg umi masak je, ...

so, bila duk sorang ni,,btul2 dah rindu kat umi...barulah tahu penat betul memasak, mengemas rumas, basuh baju, cuci lantai,buang sampah, dan lain2........ mesti umi ngn abah seronok kot jalan2 kat sana..hu3, kesian btul saya duk layan Pc hari2...kadang2 nasyid je sorang2....

p/s: lain kali belajar masak banyak2

Friday, June 4, 2010

buat salah tak buat salah

salam...

menjadi sahabat bukan sekadar erti kita bersedia memberi tetapi menerima, menerima pula bukan beerti kita dapat apa yg kita inginkan, mgkn benda yg mnyakitkan. jadi bersedialah mnjadi sahabat dalam apa jua keadaan.

dalam bersahabat, dah macam org jumpa, mesti anda pun sama, yg sikapnya pemarah, ego (termasuk saya), suka menjatuhkan, suka berprasangka buruk dan lain2... itulah sahabat dunia kita...

terkadang rasa pun letih, adakala bersahabat, kita bukan sendiri ingin menjadi masyhur, apatah lagi berperasaan ingin mempergunakan orang lain tk kepentingan diri sendiri.

apapun, sahabat dalam hidupku adalah sahabat terbaik yg mndapat celupan baik daripada Allah.
teringat kata2 Nabi Isa AS, "aku bersyukur padaMu ya Allah kerana telah menjadikan org2 sekelilingku sebagai pembantuku"

mungkin pencuri, perompak,org yg memusuhi kita, yg membenci kita dan sebagainya perlu kita anggap sebagai sahabat kita, kerana mereka adalah aset kita yg bernilai..

P/S: betul kata salah seorang sahabat saya, hidup dialam blog itu lebih indah daripada realiti....hu3
sedih sebab kat CC sekarang ni dibacakan doa qunut nazilah, IHZIMHUM WANSURNA 'ALAIHIM- hapuskan yahudi, amerika dan musuh2MU ya ALLAH

Tuesday, June 1, 2010

penerangan Isu Wahabi ke seluruh terengganu pula?

salam

saya berkesempatan hadiri satu sesi penerangan wakil jakim oleh hj zamihan mengenai isu wahabi bertempat di dewan majlis perbandaran dungun. mukaddimahnya menarik dan sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada saya.

banyak dikisarkan mengenai muhammad b abd wahhab,pengasas fahaman ini. namun sedikit sebanyak saya perhatikan beliau lebih membawakan emosi beliau dan sedikit terlepas dalam soal disiplin hujahan serta pembawakan ilmu. maafkan saya suka mengkritik.

saya terkesan bagaimana seolah2 Jakim ni bermusuhan kah dengan DR ASRI(dilabelkan wahabi dalam slides) yang turut menjadi isi kecil pengisian. walhal kesnya belum selesai.juga diawalnya beliau menerangkan ini isu furu'(cabang) namun aksinya beliau lebih bersungguh2 membela isu Furu' ini keperingkat lebih awla, walhal saya fikir isu utama dalam negara apatah lagi umat Islam sekarang ni seolah2 dibutakan.

apa boleh buat, ini sesi beliau, saya lebih suka jika Jakim atau Hj Zamihan sendiri buat satu forum ilmiah mengenai Isu ini, tak perlulah yang tu cemuh dibelakang lawan. ajak sahaja sipendakwa dan yang didakwa, tak yah cakap sorang2, barulah manusia tahu berfikir dan lebih adil.

apapun, saya pun tak mahu masuk campur lebih2, antum lebih pandai barangkali, maka diserahkan sahaja urusan ini pada yg layak...

p/s: Bantahan keatas Israel yg serang kapal bantuan kemanusiaan masih tak berbunyi dari pendakwa suara2 yg lantang..ke manakah mereka?