Pages

Thursday, January 21, 2010

belajar dari kesilapan

salam...

jam sekarang 10.55 malam....baru pulang rumah....

petang tadi ada 2 meeting, jam 5-6petang(tapi terlewat hadir jam 5.30petang) , then 6-7petang.... terus ke masjid uitm bacaan yaasin dan tazkirah, then ada juadah sikit.... berbual sementara dengan ahli qaryah masjid, ada bersama en munir, RS kolej Redang, Ayah Su imam masjid, serta kakitangan klinik dan pelajar2....

bersimpati dengan sahabat ana dipihak siswi dimana motosikal baru honda wave beliau dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab dirumah sewanya. kejadian ini sudah pastinya perkara yang boleh menyebabkan beliau sedih sedikit, jadi saya menyeru ibu bapa yang ada melihat anak2 mereka membawa pulang motosikal honda wave berwarna oren, sila beri kerjasama membanteras soal ini dengan melaporkan kepada saya(0139883435) atau terus kepada pihak polis berdekatan. kejadian ini berlaku sekitar sura hujung dungun terengganu. saya telah menyiarkan komen saya pada akhbar sinar harian 2 hari lepas serta meminta sahabat2 luar orang kampung memberikan kerjasama jitu. semoga Allah membuka hati si pencuri tersebut. ameen.

pagi tadi saya ada kuiz., agak malang sedikit saya terlupa hari ini ada kuiz, jadi preparation agak kurang melainkan apa yang ingat2 sikit minggu lepas yang diajar. apapun ia menjadi pengajaran kepada saya.

timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah memberikan signal daripada beliau supaya emailkan kepada beliau terus untuk memaklumkan perkara atau isu suara mahasiswa,saya mengambil peluang ini semalam dengan membangkitkan beberapa isu kepada beliau. isunya rahsia...ha2...

alhamdulillah dapat feedback syarikat PTS berkenaan hadiah buku bagi ganjaran kepada promoter iklan blog. insyaallah hadiah dijangka sampai paling lewat awal bulan 2..

tadi sempat ke pejabat agama daerah dungun bahagian unit dakwah bertemu ustazah ubaidah membincangkan cadangan pihak persatuan ISBAC untuk mengadakan kursus penyembelihan cara betul, alhamdulillah, beberapa info diberikan oleh pegawai terbabit,saya mengucapkan terima kasih kepada beliau bagi pihak Isbac. insyaallah, proposal sedang diusahakan.

3 comments:

  1. assalammualaikum,,salam ziarah lg..hmm nmpknya adk bz ye,,hmm sibuk2 jg ye,stdy jgn lupa tau,adik..ok ..pgg pd doa ni-
    Ilaahi, anta maqsudi, wa ridhaka matlubi
    (Tuhanku, Engkaulah yang aku tuju, dan redha-Mu matlamatku)

    Allahu Ma’I, Allahu Nadziri, Allahu Syahidi
    (Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikanku)...

    ReplyDelete
  2. memikirkan masalah orang lain menjadikan saya bertambah masalah. namun, saya lebih bertambah masalah jika saya melihat org mempunyai masalah dan tidak mahu berkongsi masalahnya dgn saya.saya sangat senang jika dapat membantu sahabat keluar dari masalah.rasa puas..... masih teringat kata-kata, "senyum pada masalah, masalah akan senyum pada kita" : )saya pernah terbaca sebuah artikel, yg mana mngatakan lelaki adalah pendengar tbaik; bukan prempuan. sjauh mana kbenaran, masih kabur. Apapun, sy stuju, bhwa mmg bilamana kita mdgr mslh org, diri kita yg punyai mslh akn rasa biasannya. Tp, bila kita dgr mslh shbt kita misalnya, sy rasa 1 kbhgiaan, apabila mlihat org lain tenang, w/pun mslh xsetel spnuhnya pun.

    cemana ye "masalah senyum pada kita?" hmmm...

    ReplyDelete
  3. mmm,,UMT dan kuis..pro mahasiswa telah berjaya dlm pilhan rya kmpus...smalam uiam berjaya mngekalkn kmenangannya.ukm lak baru bubarkan pimpinan n bru nk bt percalonan..dihrap uitm pun akn bt pmindahn pimpinan..Mahasiswa Memimpin Perubahan..

    ReplyDelete