Pages

Sunday, January 10, 2010

Islam Is The Way Of Life

salam

akhbar arus perdana terus terpinggir, banyak faktornya yang barangkali melibatkan mutu terbitan yang basi, saingan teknologi dan pelbagai lagi.

tertarik dengan ucapan ayah chik, hendaklah menerang bukan menyerang... bukan hendak diulas sudut politik, tetapi memberi isyarat kpd seluruh blogger mengambil ruang dan peluang ini untuk menerangkan Islam.

http://umarfarouq.blogspot.com/  dan saya...

blog yang diberi nama albanna merintis masa depan adalah cetusan yang terbit daripada ucapan ayah chik supaya seluruh umat Islam mengambil tugasan dan amanah ini untuk membawa mesej Islam dan menerangkan Islam adalah suatu cara hidup yang perlu dipegang.

ayuh blogger!!! berapa banyakkah tulisan anda tentang Islam dibandingkan tulisan anda yang lalu? adakah anda lebih memilih untuk menyerang?

http://umarfarouq.blogspot.com/ bukan blog politik kepartian!!!

saya meraikan sesiapa sahaja untuk membaca dan memahami Islam, baik Umno,Pas,Dap,Pkr,Mic,Mca,Pasok momogun,Pbs,Gerakan,Makkal Sakhti,bebas dan sebagainya termasuk jamaah2 islam daripada Ngo seperti Abim,Jim, Pkpim,Isma,Pembina,Tabligh,Hizbut Tahrir,Ikhwan,Alami,dll.

ambillah peluang menulis.... jangan bazirkan masa anda hanya untuk perkara yang tidak sedikitpun ada kebaikan untuk Islam.

dakwah bukan hanya sekadar bercerita tentang "amalan masjid atau amalan ditikar sejadah".Inilah suatu salah faham yang kian meresap. jika anda doktor, anda juga boleh berdakwah, jika anda mekanik motor, anda juga masih boleh berdakwah tanpa menukar pakaian anda kepada jubah..... jika anda wanita sekalipun yang hanya berada didapur memegang sodek, anda juga berpeluang dan boleh menyampaikan Islam....!

walau dimana anda berada dan belajar, anda hendaklah sampaikan Islam... Islam Is The Way Of Life!!!

No comments:

Post a Comment