Pages

Tuesday, March 30, 2010

alhamdulillah

salam

alhamdulillah, baru hari ni berjaya lapangkan masa waktu maghrib turun memberikan kuliah maghrib. tp byk lg asgmt blm siap. ni pun ada kat rumah kawan, alang2 siapkan assgmnt, buka blog, esok 8am ada test fiqh muamalat plak....

next week ada program Family Day Fakulti,1 april muzakarah dengan MPP,8April prgm Isbac+Palapes untuk tahlil perdana, 10 April dinner Isbac,  ni last utk isbac sebelum berakhir sekejap sem ni.

sahaabat2 ada cadangan tak utk saya aktiviti sem depan? saya tgh kumpulkan idea...kalau blh mestilah program tu menarik minat dan enjoyable jugak utk tarik minat2 mereka. yg lepas dah settle lawatan ke rumah orang tua, prgm sembelihan ayam, dulu penah buat prgm pengurusan jenazah, prgm motivasi..... kpala saya ni tgh nk buat kem kat resort ni sem depan...mudahan berjaya...

to all my beloved friends, syukran mendoakan... saya semakin sembuh dengan tambahan doa daripada kalian... rehat bagiku sewaktu sedang tidur...

p/s: 2 minggu lagi study week, then final exam jer..

Monday, March 29, 2010

Malaysia antara 10 tertinggi ambil arak di dunia


KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud(gambar).
Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.
"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.
Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.
Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.
Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.
Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.
"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.
"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.
Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.
Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.
"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.
"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.
Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.
Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.
"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.
"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.

kalau ia bercantum.....mgkin blh bawa maut?...

salam
jam 2.15petang saya bergegas ke klinik, namun ramai orang, malas nak tggu sbb ada kelas...pastu singgah ke pH tadi, cepat2 saya cari kipas sebab terasa sangat panas badan...prgm kem baru2 ni pn, sewaktu jam 3am,sahabat2 dalam kesejukan, saya pula terasa sangat panas menyebabkan saya skip tugas saya dan berehat,,,"ya Allah panasnye" ...lalu ptg td saya terserempak dgn sahabat ana farid, hairan melihat ana spt cacing kpanasan,

teringat kata2 dia... "kalau ianya bercantum, mungkin blh bawa maut..."

kpalaku terngiang2 didalam kelas, tetiba saje badanku lemah, si yaakob pula sound kpd pensyarahku, u.noorhasyimah mngatakan saya sakit...."ustazah, abg lan dia sakit!!!" habis mata memandangku seketika, arrgghh, yaakob sorang ni apsal plak....!! saya menafikannya....

jam 420petang saya ke klinik lg, time tu ok, org takder, terus jumpe doc....doc bertanya, da berapa lama? saya tersasul menjawab ,,,errmmmm baru sebulan encik....,padahal seingat saya sudah hampir 2tahun kot...
doc membuat pemeriksaan kali kedua, panjang ditulis pada buku rekodku..

saya ketawa sendirian melihat buku rekod kesihatan saya,,,orang lain sehelai je, saya dah 2 helai catatan ditulis doc...hu3, kataku sendirian...bila dapat ubat sblm2 ni pn utk migrain,batuk,athma dll saya slalu buang pasal tak sedap....

lalu doc memberikan laporannya..mcm biasa, tulisan doc mmg tak dapat dipahami...
katanya, "camnilah,,,awak cuba dulu dalam sminggu dua ni, kalau tak berkesan,datang balik kesini utk ganti dgn ubat lain"  agaknya ada lagi kot ubat yg lebih POWER nih...

"sebelum ni awak makan ubat x?" saya jawab,"saya beli kat farmasi jer., tp tak berkesan mana" (padahal sewaktu saya bli tu, kata sipenjaga kaunter tu, ni ubat yg plg kuat, lg pn bkn skejap nak sembuh) pernah saya bertanya,"berapa lama tu cik?"----erm, 8 bulan plg minimum, atau lebih dr tu..

kalau ia bercantum....blh bawa maut? takderla

arrggghh, prevention is better than cure...tp biasa la, tak menakutkan pn....orang blh mati dr macam2 sebab pn.....muda@tua , cpat atau lambat,...yg pntg amal kena up sikit...

saya bawa motor sambil berkata...". TIDAK...ALLAH JANGAN ENGKAU MEMATIKAN AKU SELAGI SATU URUSANKU BLM SELESAI, JIKA TIDAK AKU BERSERAH ENGKAU SAHAJA YG MENYELESAIKANNYA UTKKU DAN AKU BERLEPAS TANGAN TERHADAP URUSANKU!!"


P/S: hu2, buat suspen betul....!!!

serba salah

salam

assalamualaikum bang tg nordin, malam ni ada kat dining x? nak jumpa...
ada, mari la, lan gi masjid x? kita jumpa sana k...

kat masjid
camni bang din, saya pinjam duit bang din sikit, takder duit sangat2, jd duit byrn ni saya ambil sikit, nanti saya ganti dalam mggu ni balik blh tak?

tak perla lan, bang din hadiah kat lan....apalah sangat dgn duit tu..

serba salah saya dibuatnya...rezeki mmg rezeki saya, tp bila menghadapi masalah kewangan, tak dapat lari daripada mminjam seketika....mudahan Allah membalasi segalanya...

doakan saya besok ada test eco...
salam...

Saturday, March 27, 2010

akhlak comel

 salam..

alhamdulillah settle jap urusan sembelihan pg td...letih bkn kepalang...seronok bkn main...

nnt ada masa saya upload gmbar2 tu... kpala ni macam terawang2 je, ...
dengki tgk kawan2, rilek je hidup dia dgn tidur, "derak"(jalan2), ...tp diorang ni tak reti manfaatkan masa je...hu3 sedap sgt kata kat org,...

ye la kan, saya ni blk rumah pn sbb makan dan tidur,nasibla mak ayah saya memahami ada anak macam PM sibuk...nk jaga hati diorang bkn mudah, dalam sibuk2 kena la pastikan mereka aman tgk kita ni menyejukkan mata diorang....so blk rumah kena la tlg2 sikit kerja rumah tu...

so nak bincang tajuk akhlak sikit...
akhlak, imam ghazali royat ia sebagai sifat semulajaadi yg lahir drpd diri kita secara spontan/smulajadi.. akhlak disebut sebgai sifat yg sgt mulia. adapun sesetengahnya membahagikan ia kpd 2 yakni mahmudah dan mazmumah.

kita bincang yg baik je la ye, mudahan akhlak yg baik kita kena igt sokmo dan beramal dgnnya. Rasulullah saw punyai akhlak contoh teladan terbaik. bahkan baru2 ni orientalis barat sanggup meletakkan baginda sebagai no 1 dikalangan 100 orang tokoh cemerlang dan berpengaruh.

bkn mudah nak jaga dan kekalkan akhlak yg baik sebab ia blh dinodai. drpd dorongan nafsu dan bisikan iblis, maka segala yg menconteng hati kita akan diterjemahkan kpd akhlak yg buruk.

jika kita ambil kain putih lalu diconteng satu titik hitam, pastinya orang akan melihat atau fokus pada titik tersebut...bkn kpd kain putih itu lg, bgitula kita..

berbalik kpd maudhu kita, maka akhlak yg indah akan mencerminkan peribadi kita, orang akan tertawan dgn kita lantaran akhlak kita. suatu waktu, akhlak juga merupakan dakwah yg plg berkesan berbanding lisan dan yg lain. bgitulah kuatnya akhlak spt peribadi nabi muhammad saw yg mencairkan hati wanita yahudi yg sentiasa mengotori jalan baginda dgn najis, akhirnya tertarik dgn akhlak nabi yg sentiasa bersabar....

so tu jer dulu, lain kali sambung plak yer, k salam...
ini_lan

Wednesday, March 24, 2010

ISBAC UiTM Dungun dan IBSA UiTM Segamat

bersama IBSA Uitm segamat
Pasukan Futsal mereka

surat kepada non muslim

salam...

kepada seluruh para Menteri, para penjawat awam, jurtera2, peniaga2, orang awam bukan Islam baik di Sabah mahupun Sarawak, Semenanjung.....

Islamlah kalian, nescaya kalian selamat....
semoga kalian menerima pelawaan saya dengan hati terbuka, saya memohon maghfirah daripada Allah agar usaha kecil dan mudah saya ini menjadi bukti dan jawapan saya di akhirat.

kenalilah Islam dan kenalilah Pencipta yg tunggal....

s/k:wakil2 
datuk seri samy vellu
datuk seri chua soi lek
datuk seri ong ka ting
datuk seri ling liong sik
paderi2
sami2
tok batin
tok bomoh

..........
p/s: saya tak paksa pun,,,,,at least anda perlu ambil ruang masa dalam hidup anda fikirkan utk apa anda hidup selama ini...., utk harta? utk pangkat? utk kemegahan nama? utk bersuka2 dan berpoya2?

BOIKOT KEPADA SWEDEN...!!!

salam

Biadabnya akhbar Sweden siar lakaran tubuh Nabi umpama anjing
Posted on Tuesday, March 23 @ 05:49:06 PDT by paktam
 Oleh TUAN GURU ABDUL HADI AWANG, Presiden PAS


 Umat Islam pada ketika ini sedang diuji dengan beberapa isu yang mencabar maruah dan kesucian agama. Sekali lagi sensitiviti umat Islam telah diusik dengan tindakan tiga buah akhbar Sweden yang menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad s.a.w.


Kebiadapan akhbar Dagens Nyheter, Expressen dan Sydsvenska Dagbladet yang menyiarkan lakaran tubuh rasul seperti seekor anjing dibuat tanpa segan silu atas nama kebebasan bersuara.

Ini memberikan gambaran bahawa mereka tidak mengambil iktibar daripada bantahan umat Islam terhadap akhbar Denmark, Jyllands-Posten lima tahun yang lalu.

PAS memandang serius penghinaan yang dibuat ini kerana ia merupakan kesilapan yang berulang dan menunjukkan sikap media di negara-negara Barat yang tidak pernah serik mengundang kemarahan umat Islam. Tindakan menghina Nabi Muhammad merupakan satu penghinaan kepada agama Islam itu sendiri serta para penganutnya.

Dalam perkembangan yang lain, pada ketika ini perhatian umat Islam juga diseret untuk melihat isu yang sedang berlaku di bumi Palestin. Di mana pihak pemerintah Zionis telah mengisytiharkan pembukaan sebuah kuil yang terletak berhampiran dengan Masjid Al-Aqsa di sebelah barat.

Perasmian kuil yang dinamakan Al-Kharab itu adalah satu tindakan yang mencabar umat Islam agar lebih serius untuk mempertahankan kesucian kota al-Quds dan Masjid al-Aqsa. Lebih-lebih lagi setelah pasukan bersenjata Zionis Israel bertindak melampui batas dengan menceroboh Masjid al-Aqsa dan menyerang orang awam di kawasan suci tersebut baru-baru ini.

Perlu diketahui bahawa pembinaan kuil Al-Kharab itu adalah sebagai permulaan kerja-kerja pihak musuh untuk meluaskan tempat-tempat ibadat dan syiar agama mereka di sekitar Baitulmaqdis.

Bahkan mereka tanpa berselindung telah menyatakan bahawa pembinaan kuil Al-Kharab adalah isyarat awal untuk membina kuil utama iaitu Haikal Sulaiman setelah diruntuhkan Masjid al-Aqsa.

Umat Islam mesti menyuarakan penentangan dan bantahan terhadap kedua-dua isu yang mencabar maruah agama ini.

Kerana itu, PAS menyatakan sokongan yang padu kepada inisiatif Pemuda PAS Pusat untuk menyuarakan bantahan pada Jumaat ini (26 Mac 2010) terhadap akhbar-akhbar Sweden yang melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan kebiadapan regim Zionis yang mencerobohi kesucian bumi Baitulmaqdis.

Saya juga menyeru agar umat Islam di negara ini turut serta menyatakan sokongan dan bantahan dalam demonstrasi aman tersebut bagi mempertahankan maruah dan kehormatan Islam. 

7 Rabiul Akhir 1431/ 23 Mac 2010

Monday, March 22, 2010

jangan buang masa

salam

belum pernah saya rasa nak serabut cam mggu ni, sehinggakan byk panggilan saya terpaksa ignore gitu jer...maafkan saya shbt2, klu tak balas msj dan pggilan akibat busy sgt2....

saya tpaksa ponteng modul utk sambutan plajar segamat sabtu lalu,paginya selepas subuh, saya ke rumah setiap exco berkenaan utk kejutkan mereka supaya awal bangun, ke rumah a,b,c,d....sume masih tido....Allah hai, macam mana la kita nk btul2 bkerja kalu solat pn lewat masing2...nmpaknya saya trpaksa terus ke uitm utk persiapan lain....diskusi bersama mereka,dalam masa yg sama hanya beberapa kerat ajk yg ada,mmg kami yg ada sebilangan tu memang amat penat...petang saya join futsal bersama mereka...kalah,tp seronok....sehari yg memenatkan.... mlmnya pula saya hadiri mesyuarat...alhamdulillah Allah berikan saya kekuatan utk smua ni..

assgmt tgh buat lagi ni....erm, saya byk blajar sepanjang mggu ni...kena marah byk, tensen ada, tp still bt cool je....motor saya lama tak servis, lani sedang berehat kat kedai, kesian dia...rindu kat motor saya...

pepun,saya mengharapkan teguran daripada sahabat saya seandainya dilihat saya ni lagha...

P/s: alhamdulillah group asgmt IE dapat highest mark and Tip Top group

Saturday, March 20, 2010

still ada rezeki

salam

alhamdulillah dapat online lg, ni pn wireless kat U... broadband yaakob ni da expired, lupe nak htr kat mat kob...tak perla kob yer, at least harapnye dapatla saham kat anda sebab bg saya mnulis kat blog satu lagi di albanna tu...

nampaknyer, jumaat semalam saya ponteng modul, repeatla sem depan yer...
khamis hari tu dalam perjalanan ke masjid utk tahlil arwah tajul sahabat ana, maka bermulalah episod motor tak sihat lagi, sekarang motor berehat kat rumah kawan sebelum esok kena bawa ke kedai akibat sesak nafas(minyak hitam lama tak tukar)

jd pgi td, no option utk terus ponteng sbb no transpot, nak terbang nanti orang perasan saya superman.,jd baik jangan...!

terpaksa mnunggu skarang ni kat masjid sementara sahabat ISBAC uitm segamat mari malam ni. esok ada program bersama mereka pula.


kat rumah, abg2 saya pulang, ramai la pula kat rumah tu anak2 buah, besok baliklah mereka....riuh dibuatnye rumah anak2 buah ni... tp saya ni jela yg busy mcm YB samapai nak bersama anak buah pn kurang,syukurla motor rosak, lama skit duk rumah...
mudah2an program sokk lancar..ameen

p/s: cuaca sekarang panas betul, kesian nenek sedara yg duk kat rumah tu, asyik tido je ....

Wednesday, March 17, 2010

busy man

salam

penat masih terasa sebab minggu ni paling pressure dgn kerja2, test, kuiz, next week pn bakal jgk... takpelah

besok ada seminar bertajuk "Usury" atau Riba di auditorium bakawali, petang mewakili kelas A ke taklimat akdaemik,,pastu quiz QMT, lusa malam plajar IBSA uitm segamat datang dan ada meeting,dan lusa ada diskusi bersama mereka dan Modul part 4 serta petang ada sukan.... mggu dpn test bel,Ctu,dan investment, presentation Philosophy dan Fiqh Muamalat....

assgmt ECO,IE, blm bt lg

ermm... byk lagi yg tak masuk kat sini,...

rhe most important.....dalam sesibuk mana, carilah berkalan akhirat.....hidup kena berjuang....ziarah sahabat,study,halaqah, kuliah, jalan2, bersama keluarga, berpersatuan, bermasyarakat, berjiran, berkawan dll....susunlah keutamaan hidup..... berCINTA? yer.... I LOVE my NAQIB-- muhd Muin

Monday, March 15, 2010

UMNO dan PAS....nak cakap kat hidung saper ni...

salam...
saje tulis dlm bhsa biasa....

menjadi politikus?

setahu saya, yg menjadi pokok kpd ke22 parti berkenaan adalah dasar perjuangan, UMNO dengan semangat nasionalisnya manakala PAS dengan agenda agama Islam. pokoknya, ke22 parti berkenaan faham kot bahawa parti adalah sekadar alat kpd mesej perjuangan...yg mngotori perjuangan bakal terbit daripada klemahan individu spt "si katak yg suka mlompat". jika dasar dah salah, apatah lg nk bincang kot praktiknya..

PAS dan UMNO didominasi kaum Melayu, yg ditakrifkan perlmbagaan akan melayu sebagai Islam bersatu...(mudah bebeno yob) tp hari ni melayu belum tentu sepenuhnya dikatakan Islam..nak kata yg murtad, yg Islam pada nama, tp tak penah pn tau apa itu Islam dan apa erti dia masuk Islam pun ramai...

saya tak berminat nak kondem mana2 pihak, yang jadi busuk hari ini banyaknya dari kelemahan yg dah berpangkal dan jadi sebahagian barah yg ditinggalkan penjajah. sukar diubah melainkan menanam kefahaman agama dalam masyarakat. dulunya agama diibarat sebagai candu masyarakat,ditanam dalam kpala anak2 muda supaya agama dipisahkan dari politik.

sekadar mengambil pendirian, yg baik disokong, yg jahat dan bertentangan maka kita LAWAN., baik dari kerajaan mahupun pembangkang mngikut lunas keadilan dan undang2.

orang Pas tak semua blh btul dlm smua perkara, Umno pun sama. tp disana pasti ada persamaan. menanam kebencian, sampai bila nak reda keadaan? kerja tangan2 siapakah ini?....

oohhh ada firaun kecil.....?
blog2 sibuk bicara politik, bertopengkan songkok melayu dan ada berkopiah, tp content dakwah pada pnulisan 1/100...selebihnya tarak saja....

saya pn serabut duk baca blog2 individu, tulisannya lbih suka memecahbeelahkan daripada menyatukan... yg suka melagakan pn ada...kononnya bijak dan tahu semua perkara, blh tafsir macam2...busuk sungguh tulisannya...baik umno dan pas, ada jer... sebab tu mereka ni sekadar penyokong jer sebenarnya, bkn pendokong...mereka muncul dari celah2 kemenangan, bersembunyi bila teruji....

P/s: kalu nak kpd dunia, kamu perlu kpd ILMU, kalu nak kpd akhirat saje, kamu perlu kpd akhirat....kalu nak kpd dunia dan akhirat, kamu perlu juga kpd ILMU

Sunday, March 14, 2010

rehlah akademik

bersama pokok besar...
berada di i-City
ni tangkap gambar penuh seni kat SC

sabarla yer bas rosak sokmo
sementara menunggu makanan mai

Tuesday, March 9, 2010

Monday, March 8, 2010

pakailah tudung biasa2 jer, baru nampak solehah...

salam...

itulah antara nasihat sahabat ana kpd rakan perempuan sekelasnya yg terkadang free hair, kekadang mini tudung, kekadang pakai tudung hadhari....

namun disebalik ucapan tu, perempuan tu segan dengannya... dilihat saban hari, akibat terkesan dengan teguran tersebut, beliau berubah secara perlahan2, daripada berubah kepada tudung biasa, sehinggalah tudung labuh dan pakaian muslimat jubah labuh...namun bkn suatu perubahan drastik jugak kerana hampir 1 sem(hampir 5 bulan)...menakjubkan bukan? sehinggakan keluarga perempuan tersebut sanggup mencari sahabat ana tersebut untuk meminangnya lantaran perubahan pada anaknya itu.. namun, sahabat ana pada ktika itu sudah pun bertunang, maka terpaksa ditolak...perempuan tersebut tetap istiqamah....k, habiskan kat situ jer....

tidak mahu saya bicarakan apa sebab dia berubah, nk tau niatnya siapa blh tahu? hanya Allah yg tahu, tak payah memandai reka2 cerita dia ikhlas atau tidak.... pokoknya ialah bila Allah mengkehendaki sesuatu, maka Dia akan menjadikan urusan tersebut tetap dalam ketentuannya...

maka di sini saya mengambil masa yg singkat ini mengajak sahabat2, rakan2 yg dah sampai ke tahap bercinta... saya enggak mau melarang nalurimu itu, sebab kita sama saje, punyai sifat fitrah semulajadi, maka gunakanlah keadaanmu itu dan pluang pada dirimu utk mengajak pasanganmu ingat kpd Allah, bercinta sekalipun biarlah dibatasi syariat, jgn sampai menjadikan perhubungan tercemar dengan perbuatan tidak elok, berpegangan tangan,bermesej pkara2 yg melaghakan keadaan dan menggugat imanmu yg barangkali padamu mlihat kamu sendiri dapat kawalnya, walhal kamu semakin hari semakin menjerumuskan dirimu mendekati perkara zina... nauzubillahi min zalik....

sukar nak merubah manusia dan suasana, namun saya percaya, jika kamu wahai sahabatku dekat dengan sahabat yg sentiasa mengingatkanmu kpd Allah, dan kamu pula segan dengan Allah maka kamu tidak akan menjadikan nalurimu itu kelembah kehinaan...

p/s: akhir dengan lagu inteam

"terpadam api benci permusuhan, terjalinlah kasih sayang.... begitulah cinta yang diidamkan..., tanpa nafsu yang mencemarkan......
dan jangan pula, kerana bercinta, kita pun leka, entah ke mana,,,,,,,,
dan jangan pula , kerana bercinta, tergadai semua maruah agama........

cinta, yg sejati, hanya cintakan Ilahi
cinta ayah bonda tulus suci selamanya
cintakan saudara masa berada hanya sementara
cinta sesama insan suburkan dengan KETAQWAAN.."

Sunday, March 7, 2010

Zaharuddin.net: Itukah Penyebab Kamu Kasih & Cinta?

Wajah yang cantik, kemas dan indah, mampu menawan hati seseorang. Melalui kemerduan suara mampu menangkap minat dan cinta seseorang. Budi bahasa dan pekerti baik, mampu meraih perhatian dan kasih seseorang.

Ringan tulang, banyak membantu serta sering ambil berat terhadap masalah orang lain, sering menjadi benih sehingga tanpa sedar ia mengikat jiwa mereka yang dibantunya.

Walaupun belum benar-benar mengenali individu yang punyai sifat tadi. Jiwa pasti akan tertarik sedikit demi sedikit. Jika benar cara pembawakannya, ia membawa kepada yang lebih baik, demikian juga sebaliknya.

Para ahli musik sama ada nasyid dan lagu dengan mudah punyai pengikut, peminat fanatiknya. Semuanya penangan suaranya, wajahnya dan mungkin semakin mendalam apabila mengenali budi pekerti dirinya.

SAMI YUSUF
Mendengar nasyid zikir yang dipersembahkan oleh Sami Yusuf bertajuk "Asma Allah" dalam album terbaru beliau ini boleh menyentuh banyak jiwa. Saya kira ramai yang boleh tertarik dengan persembahannya, suaranya, kandungan zikirnya. Ramai juga yang boleh jatuh kasih tanpa sengaja kepadanya hanya kerana persembahan ini.

Namun, Sami Yusuf dengan suaranya, beserta individu-individu yang dianugerahkan Allah swt untuk memiliki minda yang kreatif dalam karangannya, miliki wajah tampan, kacak, cantik, pemilik bahasa sastera indah dengan olahan bijak serta menusuk jiwa, individu bepekerti baik, penyantun, individu yang ringan tulang membantu orang lain serta lain-lain kelebihan. Semua mereka menjadi sumber kasih seseorang.

Sesudah terpautnya hati, seseorang mampu berbuat pelbagai benda pelik demi untuk yang dikasihinya. Sebagaimana insan bercinta sesama insan, yang malam tidak dirasa, perkara berat terasa ringan, beban dirasa nikmat dan sebagainya.

Menurut Ibn Hazm, cinta itu sulit dihuraikan. Namun ada beberapa tanda seseorang yang telah jatuh cinta, iaitu ( rujuk Tuq al-Hamamah) :-

Pertama : Kecanduan memandang orang yang dikasihi. atau apa sahaja barang kepunyaannya lalu menginatkan kepada pemiliknya. Itu sahaja sudah sebuah nikmat.

Kedua : Segera menuju ke tempat kekasih berada, sengaja duduk dekatnya dan mendekatinya.

Ketiga : gelisah dan gugup ketika ada seseorang yang mirip dengan orang yang dicintainya.

Keempat : kesediaan untuk melakukan hal-hal yang sebelumnya enggan dilakukannya. Adapun perbuatan yang mencacatkan cinta menurut Ibn Hazm adalah mereka yang berbuat maksiat antara lain adalah berzina dll.

Justeru kiranya seorang telah jatuh cinta kepada Allah dan RasulNya, pasti dia segera selalu berdua-duaan denganNya melalui solatnya, Pasti resah dan gugup tatkala melihat dan membaca ayat-ayatNya. Rela dan gembira untuk melakukan apa sahaja untuk mencapai redha Allah walau sukar dan memeritkan pada mata dan aqal manusia lainnya. Semuanya menjadi mudah kerana kasih dan cinta.

KITAKAH ITU ?

Sedarkah kita bahawa semua kecantikan yang wujud di alam ini hanyalah secebis zarah dari keindahan Allah swt, tuan punya dan pemilik kepada segala sesuatu.

Imam Abu Hamid Al-Ghazzali ketika mengulas bab cinta Allah dan Rasul di dalam kitabnya 'Ihya Ulumiddin' menegaskan.. faktor-faktor biasa yang disebutkan di atas menjadikan manusia jatuh hati, kasih dan cinta kepada manusia lain, hingga adakalanya mencapai tahap fanatik.

Namun bagaimanakah kita terlupa bahawa Allah mempunyai segala sesuatu sebab musababb untuk manusia jatuh kasih kepadanya, malangnya kita sering terhalang dek kelebihan manusia. Mari kita sama-sama teliti nama-nama Allah yang dinasyidkan oleh Sami Yusuf ini, sebahagian nama-nama ini mewakili sifat-sifatNya.

Jika cantik dan indah menjadi puncanya, maka Allah adalah yang terindah..keindahannya terzahir dari makhluknya.

Jika banyak membantu menjadi sebabnya, Ya Allah maha membantu...udara yang disediakan, matahari yang memancar, alam yang penuh dengan rezeki serta nikmatnya. Ya Allah tidak terkira nikmatNya...

Demikian juga Rasulullah SAW yang menjalankan tugasnya sebagai pesuruh Allah swt. Bertungkus lumus membantu kita agar terselamat di alam barzakh dan akhirat kita. Tidak terhutang budikah kita dengan kesungguhannya.?

Allah dan s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w, paling layak menerima kasih dan cinta kita. Namun kelemahan kita sering gagal memujuk hati ini untuk jatuh kasih kepadaNya, akibat dihalang oleh tembok besar dunia, tembok besi kejahilan, tembok penipuan yang dipasang Syaitan.

Ya Allah Ya Tuhan, bantulah kami kasih kepadamu, dan segala amalan yang boleh membawa kami kasih kepadaMu dan peroleh kasihMu, dan hampir dengan manusia yang boleh membawa kami kasih kepadaMu.

Firman Allah s.w.t :-

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Ertinya : Katakanlah: ""Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik" ( At-Tawbat : 24 )

Ya Allah "ultuf bina" ( be gentle with us)..o forgiver ..forgive our sins...Ya Rasulullah, terimalah kami sebagai umatmu.

Coretan tazkirah ringkas untuk diri dan pembaca web saya. Moga kita dirahmati Allah.
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
original article : http://www.zaharuddin.net/

cont.....

selesai sudah trip...bas berkali2 rosak....sabar jela, asalkan dah selamat smpai.
tibe jam 8 malam, terus ke masjid, sampai saje terus ke mesyuarat ajk society sampai jam 1030mlm, kmdian hadiri bacaan liqa almulk dikolej-11.20 malam, terus blk kerumah(satu hari tak mandi dari pagi).....

penat lagi, tak dapat pergi kelas pagi sebab pening mlampau tak dapat tdr 2 hari sebab bt asgmt time trip,takut bawak motor nnt... alhamdulillah siap sekurang2nya dapat reducekan kerja. namun byk lg menanti....

p/s: jgn ponteng kelas tanpa sebab munasabah

Saturday, March 6, 2010

saya dan diri saya

salam

dah hampir 3 hari di shah alam, pagi ni akan bertolak pulang ke dungun, sebelum tu pg ni akan lawat destinasi last yakni muzium kesenian islam (dah kali kedua pergi).

petang tadi ke SC (securities commision), kat sana ada taklimat profile SC selain pembentangan oleh wakil2 SC melalui hampir 6 perbentangan, kekadang saya terlelap jugak sekali sekala. turut hadir daripada pelbagai IPT lain termasuk uitm perlis, USIM, dan beberapa yg saya terlupa kat sini. semasa sampai ke SC sebelum duduk dikerusi, tiba2 seorang staff lelaki menepuk bahu saya dan melanggarkan badannya kebadan saya, terkejut saya dibuatnya, disapa saya" ni lan eh?" saya sekadar angguk dan terus tinggalkan beliau sebab majlis da nak mula. saya masih tak cam mukanya. siapalah pakcik tadi yg sporting je memukul bahu saya dikhalayak kawan2...hu3

habis seminar, sekali lagi terserempak, "matilah hamba kali ni....(kataku)" pakcik tu sekali lagi melagakan bahunya ke bahu saya dengan kuat sekali,sakit dibuatnya, juga didepan khalayak ramai...."bak ni, bak..." saya masih terpinga2..."ala dulu bak yang dukung lan masa kecik2 dulu,tak kan tak ingat dah"....bila sebut perkataan dukung tu barulah teringat yg nilah pak sedara (sedara jauh) pak cik nasir.... suspen dibuatnya, saya sangka beliau ni nampak saya dah rosakkan kerusi milik SC kat situ( kat dewan td, saya terpatahkan kerusi besi yg saya sgka ada meja, rupenya takde,saya tarik kuat sampai patah)ha3

saya bergambarla dengan beliau dan keluarganya sekali td, rindu betul...lain kalilah saya upload...
pngalaman trip ni? erm....boring makcik pakcik.....td pi SOGO, tak der apa menarik(sebab landing kat tmpat tak menarik jerla), 3 jam kami diturunkan kat sana, kat sana saya taangkap gambar budak2 mlayu yg habiskn wang mereka main game, hmmm

sya suka suasana bandaraya, tgk bgunan tggi, manusia plbgai ragam, macam2, tp lebih suka tmpat sendiri kat tganu yg tenang,he3.... spnjg pjlnn, sya renung kesibukan manusia dan sekeliling....manusia seolah2 gila dan mabuk kesemuanya, saya tidak nmpak ruh Islam mmancar disegenap pelusuk kota, yg ada hanyalah kesibukan...prempuan2 bebas berpakaian, llaki2 pn sama, stylishnye, rambutnya, huuuhh..... jauh beda dgn "syurga terengganu".... parents2 plak mendidik anak2 dgn hedonisme mlampau2, mngajar anak2 berpoya2 dan bersuka2 tanpa segan silu menunjukkan cth tidak baik, kesian plak saya tgk warga kota kita...siapakah yg blh muncul merubah mereka? blhkh kita menaut hati2 mereka? dan apakah suatu hr nnt Islam blh memancar dikota raya ini dgn pemerintahan...pandangan saya sungguh simpati kpd mereka...

saya tidak mehu menafsirkan warga kota semuanya sebegitu rupa, mana2 tmpat pn semakin merebak.... apakah halatuju pembangunan kita yg sebenarnya, saya diberikan gambaran perbentangan prospektif pasaran Islam td, yg mmberikannya antaranya ialah warga India dan Cina non-muslim?ada mlayu cuma sya pelik, entah nak kata apa.....

malamnya saya ke I-CITY(entah betul tak ni), tempat pokok2 berlampu berhias....hahaahaha, dahsyat.... memanglah cantik, tp jd port sarang bercouple plak, tmpatnya cantik,saya sempat ambil gambar disana, cumanya manusia jer yg tak cantik perangainya... asalnya saya fikir takder dah aktiviti,jd cadangnya nak masuk uitm sebab sahabat ada gitau unic mai sana, tp tetibe dapat jadual camtu,,,bas byk kali rosak,,,berpuluh ratus kali....apa blh buat, sabarlah yer lan.....

hidup memang mencabar....saya bersama dengan mereka yg semuanya bercouple...saya bersama dengan mereka yg kaki rokok....saya bersama dengan mereka yg mulutnya selalu sebut yg tak elok selain beberapa prkara lain yg tak elok.... saya bknlah seorang anti-sosial,namun segala yg merosakkan manusia itu datangnya daripada perkara yg lazimnya adalah keseronokan yg manusia pinta. oleh itu saya memohon rakan,sahabat dan teman agar sentiasa menasihati saya agar tak terpesong..... kolotkah saya? owh, saya langsung tidak peduli....

p/s: saya selalu dihantui persoalan yg walaupun saya sedikit pasti jawapannya...apa indahnya punyai couple? jawapan terletak ditangan anda utk saya...

Tuesday, March 2, 2010

hati


salam..

kelas petang yg memenatkan,,, tghari td ada test eco..nampaknya saya blurr dan tak dapat jawab walaupun dah study bentuk soklan sama semalam dan pagi tadi.... habis test rasa tangan menggeletar, balik rumah 3 kali tambah nasi makan petang... terus baring,(sedey jugak) pukul 4 sambung kelas sampai jam 6, balik kelas terus ke surau dengar kuliah maghrib dan blk rumah jam 930 malam lepas solat jenazah.

tapi tajuk kuliah maghrib tadi bab menjaga hati, kaitannya kita hendaklah sentiasa menjaga hati kita dalam ertikata membersihkan dan menyucikan hati. disebut oleh ulama imam ghazali sebagai zakiyyun(menyucikan) dan thaharah(membersihkan)

dalam memelihara hati maka hendaklah dijaga pandangan kita, lantaran mata yg zahir inilah yg menjadikan hati kita baik atau buruk. imam syafie r.a pernah suatu ketika menghadapi kesukaran ketika menghafal, lalu bertemu dengan gurunya mengadukan hal itu, lantas gurunya menasihatkan agar beliau tidak melakukan maksiat, lalu beliau teringat suatu ketika beliau pernah terlihat aurat wanita.

dalam kes ini, jika dibandingkan zaman muttakhir, maka lebih dahsyat lagi untuk kita menjaga pandangan kita kerana bila memandang didepan terlihat aurat(rambut), bila tunduk pun masih terlihat aurat yg lebih dahsyat...na'uzubillahi min zalik

bila dah pandang maka hati akan berkecamuk lalu iblis menduga keimanan kita. tanpa iman maka kita terjerumus kepada maksiat..... begitu halnya dalam memilih rakan2, kerana kita juga blh mudah diduga bila terlalu bergaul dengan maksiat, lahirnya perbuatan yg jahat akan menghasilkan noktah hitam didalam hati kita..
wallahu aklam

azlan