Pages

Tuesday, January 19, 2010

pandangan negatif

assalamualaikum...

hairan bangsaku, melihat daku yang berkopiah, maka aku diletakkan mereka yang agak religous person dan kurang sosial atau perkataan lain, daku hanya kena jadi imam surau atau pembaca doa majlis2? inilah pandangan yang menjadikan agama sebagai bayangan ritual semata2.


(mereka memakai pakaian rasmi dan belajar diperingkat tinggi, tetapi agama mereka tak abaikan)
lihatlah yahudi, mereka taat dan tidak pernah malu dengan apa yang agama mereka ajarkan untuk meletakkan agama senantiasa sejajar dengan zaman. Islam dijatuhkan hanya kerana persepsi dan bukan kerana kandungan ajaran Islam itu.


saya pernah dipanggil gelaran "taliban" oleh salah seorang kakitangan universiti di sini. lalu saya merenungnya dengan pandangan yang tajam, kemudian dia memohon maaf tanpa saya berkata apa2. betapa saya tidak menggemari sesorang yang melihat apabila bab2 agama seperti ia sekadar menjadikan suatu pilihan yang "komang"(low profile)  kata orang terengganu.

dalam sesetengah perkara yang mampu, saya tidak segan untuk mencalonkan diri saya dalam aktiviti kepimpinan, bukan kerana hendak merebut jawatan, tetapi hendak mengelakkan urusan amanah tersebut akan dipersoalkan Allah kelak sebab sengaja membiarkan ia jatuh kepada tangan2 mereka yang menyalahgunakan amanah dengan meletakkan agama hanya di masjid.

p/s: quran buruk dibuang jangan.

1 comment:

  1. salam ziarah,,teruskn istiqamah dalam perjuangan anta,,mmg bgitu,,klu kita berpakaian islamik,,slalunya..dipnndang 'low profile'..btapa peliknya dunia ni,,,jgn putus asa..slmat maju jya,,tak lma lg JPP..jdla slah sorg calonnya..tegakkn Islam wlu di mna anta berada..Allahuakbar..

    ReplyDelete