Pages

Wednesday, January 13, 2010

kerap bermimpi solat


salam

today is 13 january 2010 bersamaan dengan 27 Muharram 1431H.... hari lahirku pada 26 disember 1987 lalu bersamaan dengan 5 Jamadil Awwal 1408H,...tapi dah lepas dah....thanks kepada yang wish, cuma saya tak berkesempatan lalu untuk nyatakan secara zahirnya akan ucapan terima kasih kepada ibuku, Tuan Zaleha bt Tuan Chilik bin Tuan Putera(hu2)....kerana telah melahirkan diriku ini, saya berbangga kerana menjadi anaknya....

masalah betul bila dah selalu sangat kerap solat dalam mimpi... setiap kali bangun, memang terpaksa tampar sikit pipi ni dan tengok cermin dulu, mau taknye sebab dalam mimpi solat siap penuh dengan rakaat, kekadang bila bangun, rasa macam betul2 dah solat.... sebab tu lah waktu injured saya terpaksa time jam 6.25am untuk betul2 pastikan tak tidur lagi selepas lock time jam 5am, 5.10am, 5.15am,530 am dan 6am...

lani memang dah start ganti(qadha) solat yang ditinggalkan semasa zaman kegelapan dulu2, at least selepas solat fardhu kena buat yang tak buat dulu masa kanak2.... harapnya sempat lah sebelum mati....

sem ni jadual memang betul2 kena follow, yang penting setiap hari waktu tengahari memang ambil masa 15-30minit untuk tidur sekejap(qailullah)...barulah rasa bertenaga untuk kelas sesi petang pula.. besok ada mesyuarat pertama ISBAC untuk dipengerusikan, semoga sem ni ISBAC mampu berada ditangga yang cemerlang didalam kampus dan luar kampus bagi masyarakat tempatan.

lani dah tak terpengaruh dengan games dah, dah berapa kali kawan serumah ni goda dengan game bola, tapi tolak... sem lepas, malam sebelum final exam pun main lagi, sem ni da bertaubat dah...tapi bab ngail tak leh tinggal, ngail ni unik sikit.... kuliah maghrib pun sama, kena mendengar dan kena turun mengajar....

berkawan biar seribu, bermusuh jangan cari walaupun satu......

walaupun selalu je jadi "bahan" untuk dijadikan example oleh pensyarah dalam kelas, walaupun terkadang sangat terasa sikit,yang menyebabkan satu kelas gelak, tp tak perlu nak diambil peduli, sebab mereka tetap guruku... duduklah kat mana2 sudut, depan atau belakang,kiri atau kanan, memang pensyarah selalu buli..... ha3..... tapi saya sangat rapat dengan mereka, diluar kuliah, mereka selalu jugak belanja makan....

saya sangat mencontohi saidina Umar dalam persoalan2 feqah, meneladani sultan muhammad alfateh dalam ketokohannya, menggemari hassan albanna dalam keyakinannya, mengagumi Syeikh Yusuf Qardhawi dalam keutamaan perbincangan. mereka adalah umpama bintang2 seri bergemerlapan yang tiada malapnya dihatiku..

oleh http://umarfarouq.blogspot.com/

1 comment:

  1. alhamdulillah,,Allah da beri adik petunjuk,,syukur pd Allah..adik berazam utk jd yng terbaik,,dan akk scra jujurnya sgt cmburukan adik pd smngat adik tu..Allah da pilih adik utk diberi kn stu ptunjuk untuk jd yg terbaik,,hrap akk dapat diberi gak ptunjuk dr Allah,,moga terlpas dr sgala konfik..hmm pepun,truskan istiqamah dlam ibadah.

    ReplyDelete