Pages

Tuesday, January 5, 2010

silibus seks dalam PLKN?

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

saya terkejut bila mendengar cadangan yang dilontarkan agar diwujudkan silibus pembelajaran seks dalam PLKN...saya tidak mahu menafikan betapa ia merupakan suatu pemahaman yang pada dasarnya amat wajar untuk dibincangkan bagi menyelesaikan gejala sosial remaja pada hari ini, namun dimanakah letaknya peranan agama? adakah agama yang menjadi teras kepada kepercayaan masyarakat disisihkan nilai peranannya dan hanya layak dibincangkan di masjid, gereja, tokong dan kuil?

saya fikir, silibus seks yang dimaksudkan tersebut, hanya akan menggalakkan lagi peningkatan aktiviti seks dikalangan remaja, bezanya daripada yang sebelumnya ialah cara mereka mengadakan hubungan terlarang tersebut. disini, cadangan tersebut hanya akan mengarahkan remaja supaya menghalalkan aktiviti seks berlaku untuk menyelamatkan diri daripada penyakit AIDS umpamanya atau penyakit SIPILIS, namun aktiviti ini tak mungkin dibendung cuma hanya "diajar" cara yang lebih selamat.
bukankah Islam mengajar kita supaya kita hendaklah memelihara ahli kita daripada menjadi bahan api neraka?

maknanya disini, sepatutnya, tidak wajar samasekali gejala yang harus dikekang berlaku sedemikian kita ajari mereka hanya melalui kaedah yang dirasakan selamat walhal ia sebenarnya termaktub didalam hukum dan perintah agama yang dilarang samasekali.

saya dengan ini secara terang-terangan membantah cadangan ini atas kapasiti saya selaku mahasiswa yang melihat peripentingnya usaha pembenterasan gejala sosial yang kian meruncing pada hari ini.

sekian sahaja.

No comments:

Post a Comment