Pages

Saturday, September 25, 2010

saudara bukannya sekadar sahabat yang dikenali

kepentingan manakah yang lebih penting?

kusoal diriku bila 3 orang remaja yang ingin solat lalu mereka katakan mereka belum mandi wajib. ah, kataku pergilah mandi dahulu! 

"bang, nk kain tuala, lalu saya meminta sahabat sya meminta kepada rakan yang tinggal berhampiran masjid untuk dipinjam kain tuala utk urusan itu. beberapa minit kemudian datanglah dia tanpa kain. "mana kainnya?" katanya pula, tuan punya kain taknak kasi dan bagi dalil katanya tak boleh berkongsi barang hak peribadi. eh sejak bila dalil tak boleh kongsi kain tuala ni, bisikku.

takut terjangkit kurap atau bernajis sangatkah org lain kpd kita. fikiranku mencari sebab mengapa alasannya begitu. pun begitu, dalam hal ini, terus ku cari kain untuk 3 remaja ni, apalah sangat sebab alasan peribadi kita ignore perkara yg lebih besar dlm melaksanakan tgjwb terhadap Allah. pertembungan dua kedudukan ni perlulah kita pertimbangkan kerana berapa sangatlah nilai harta kesayangan kita berbanding perkara yg lebih besar.

lantas, teringat kepada hadis, yg bisa dihafal anak2 juang dakwah mengenai ukhuwah, "La yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhi, ma yuhibbu linafsih" . ah, kisah2 para sahabat r.a menerawang dalam ingatanku kisah mereka yg mendahului sahabat drpd kpntingan diri. apakah kita sekadar hadaf makna saudara(akhi) hanya kpd sahabat dekat kita dan bukannya org lain? terasa sangat rugi kerana, 3 anak muda td merupakan mad'u yg sekiranya kita faham, seluruh manusia sekeliling kita adalah mad'u untuk didakwahkan.ya, barangkali hanya kerana memberi tuala, kita sudah menuntun hati manusia dekat kepada islam.

pn bgitu, ianya merupakan tazkirah buat diriku yang lupa, agar sntiasa ingat bhawa kita perlu beramal dengan apa yg kita pelajari.

Thursday, September 16, 2010

Untuk apa kamu datang ke sini?

Assalamualaikum.... pinjam cerita daripada sahabat... huhu,kelakar...

"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah
"Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Badang!"

"Maaf, saya tidak tahu.. encik"

"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?"

"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."

"tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"

"Mahu memeriksa kabel lampu ini, encik.. Saya petugas TNB"

p/s: bg salam sebelum masuk...huhu

Tuesday, September 7, 2010

salam lebaran buat semua sahabat

assalamualaikum wbt

dah lama x update blog ni, kadang-kadang saya lebih suka pada blog pertama saya yang satu lagi utk update. dan adakala saya pn update blog persatuan ISBAC saya selaku moderator blog tersebut sehingga saya tamat tempoh jawatan saya selaku presiden akhir tahun ini.,Dan yang lain sekadar buat pengisian di blog SMASID serta persatuan Islam kampus. penat nk layan semua .

minggu ni merupakan minggu2 yang agak sibuk jgk lantaran saya jd setiausaha dan turut sama jd bendahari terjun bagi program yang  dijalankan. alhamdulillah selesai kerja td, report dah hantar setelah 2x kena reject, termasuk laporan kemaskini kewangn program berjumlah hmpir RM 4462.00(kalau report tak proper, habisla gaji penasihat kena potong).

itupun saya kena incharge prgram seminar yang bakal dibuat 29 hb nnt berkenaan sultan muhammad alfateh, mudahan ustaz hasrizal jamil dapat hadir ke uitmt lantaran u.shaari abd rahman tak dapat hadir. dalam masa yang sama jd ktua biro sosial dan agama utk karnival nnt.

pg dan ptg layan kerja, malam sya kena bt nota dan semak kembali. bulan ramadhan pn dah sampai ke pnhujungnya, terasa diri ini masih berkerumun dengan dosa2 yg lalu. alangkah malangnya saya kerana ramadhan kali ini saya agak keletihan lantaran kerja2 dunia yg mengganggu.

pn begitu, disaat2 terakhir ini dalam memegang amanah jawatan, saya akan cuba lakukan yg terbaik, kerana setiap daripada apa yg saya diamanahkan seringkali menghantui jiwa saya setiap kali tibanya waktu malam.

insyaallah saya optimis untuk mengangkat kembali isu2 kebajikan mahasiswa yang kian dilupakan oleh warga kampus. terlalu banyak soal kebajikan yang gagal diperjuangkan, dan agak membimbangkan keadaan sekiranya mahasiswa gagal memahami hak mereka sewaktu bergelar mahasiswa.

dalam kesibukan ini saya menyusun jari memohon kemaafan daripada semua yang mengenali diri saya dan saya mengenali diri anda diatas setiap ucapan, penulisan, tindakan, pandangan dan apa2 jua yang lahir daripada jiwa ini sehingga melukai hati antum semua. sya berharap agar ramadhan yang bakal berlalu mampu mendidik jiwa kita dikemudian hari untuk lebih beristiqamah dalam melaksanakan ibadah sesempurna mungkin. moga lebaran yang bakal disambut penuh dengan rasa bahagia dan menjadi tanda kemenangan kepada umat Islam. rayuan daripada lubuk hati untuk semua sahabat sahabiah.

sekian, assalamualaikum.