kenangan semasa AGM BH tahun 2005
salam...alhamdulillah, tghari tadi dikunjungi akhi rusdi ex-presiden BH 2005, kedatangan beliau sangat mengujakan diriku kerana lama tak bertemu dengan beliau.4 tahun umur beliau lebih matang daripadaku ini berumur 23 tahun, beliau adalah salah seorang yang cukup aku kagumi dari segi penampilan dan leadershipnya. seorang yang terkadang pendiam, namun sikapnya digemari bila berbicara dan lembut hatinya.

segak sentiasa dan berpewatakan matang senantiasa menjadikan diriku amat senang mencontohinya.
beliau akan melangsungkan perkahwinan dengan bakal isterinya pada 14 febuari diperak dan 27 febuari di pahang. tahniah, semoga majlis berjalan dengan sempurna. i.allah saya akan datang kesana biarpun dalam keadaan merangkak sekalipun(bak kata naqib kesayanganku akhi muin)
"lan, kalau ada masalah, marilah berbincang, kita selesaikan secara kolektif" itulah antara sebahagian kandungan sms yang ku masih simpan sejak tahun 2006 lagi..... terima kasih akhi akhi rusdi abdullah
No comments:
Post a Comment