Pages

Sunday, June 5, 2011

Monolog Bersama Robbi

A'uzubillahissami'ul 'alim
minassyaithonirrajiim..
Bismillahirrahmanirrahiim

"Wahai Tuhan..
Ya Arhamar Rahimin,
kuhadapkan wajahku dihadapanMu,
wajahku yang penuh dengan dosa dan maksiat,
memohon keampunanMu atas segala dosa2ku yang lalu,
dosa kedua ibu bapaku,
dosa abang-abangku,
dosa adik-adikku,
dosa sahabat2ku,
dosa jiran2ku,
dosa umat ini..
ampunkan kami ya Allah..

Wahai Yang Maha Menguasai Hari Pembalasan,
Dosa2ku melangkaui bumi dan langitMu,
terlalu berat bagiku menanggung segala kesalahanku di hadapanMu.
sedang diriku cuma mengharap perhatian dariMu,
mendapat jagaanMu, serta mengharapkan agar diriku sentiasa dalam jalanMu,
sentiasa beroleh maghfirahMu, sentiasa bersama redhaMu.
Aku inginkan syurgaMu,
 amalanku ini tidak melayakkan diriku ke syurga,
namun aku tidak ingin ke nerakaMu,
Selamatkan aku daripada azab nerakaMu yang pedih,

Wahai Yang Maha Perkasa, Ya Aziz,
diriku cuma insan hina di hadapanMu,
merasa sangat kerdil bila berdepan denganMu,
betapa diriku cuma berdoa dan sentiasa meminta dan merayu padaMu.

Ya Ghafar,
telah berulang kali diriku menangis di hadapanMu,
namun seringkali ada masa yang banyak, aku leka jua,
aku meminta untuk syurgaMu, sedang amalanku cuma selayaknya dimiliki penghuni neraka,

Ya Muqallibal Qulub,
tetapkanlah hatiku, istiqamahkan aku dijalanMu,
jauhkanlah aku daripada sikap yang membinasakan diriku,
wahai Tuhan yang membolak balikkan hati,
peliharalah iman kami ini.

Ya Basiir Ya Sami'
Engkau jualah yang mengetahui segala isi-isi hati kami,
kami memohon kepadaMu untuk memperkenankan doa dan hajat kami,
aku mungkin dapat bersembunyi dan menyembunyikan di hadapan manusia yang banyak,
tetapi aku tidak dapat lari untuk bersembunyi di dalam pengetahuanMu,
maka sebab itu, aku memohon agar Engkau memberikan petunjuk hidayahMu kepadaku.

Ya Allah,
aku benar-benar malu di hadapanMu..
Engkau adalah Tuhanku dan aku cuma hambaMu,

Ya Razaq, 
Wahai Yang Maha Pemberi Rezeki,
Luaskanlah rahmatMu kepadaku,
tambahkan ilmu yang bermanfaat buatku,
serta rezeki yang melimpah ruah,

Ya Fattahu Ya 'Aliim,
bukakanlah pintu hatiku,
pintu hati ahli keluargaku,
sahabat2ku dan mereka yang bersamaMu,
untuk diberi ruang hidayahMu, daripada tersesat dengan kehidupan yang mengecewakan,
jangan Kau kunci pintu hati kami kerana kelemahan kami,
maafkan kami ya Allah.

Ya Allah..
Sucikanlah hatiku,
berkatilah rezeki yang aku terima dan aku berikan untuk mereka,
jadikanlah aku bersifat pemurah dan bukannya bakhil,
hidarilah aku daripada bebanan hutang,
dari kemalasan, dari penyakit wahan yang merosakkan.

Ya Allah,
satukan hatiku dengan pemilik hatiku yang Engkau redhai,
yang akan mengingatkanku kepadaMu,
yang turut membawa risalahMu,
yang mencintai RasulMu,
yang menenangkan jiwaku,
yang mencintai diriku,
yang membantu diriku tatkala dalam aku resah dan derita,
jadikanlah kami dan keturunan kami keturunan yang soleh,
yang tetap mengerjakan solat,
yang tetap taat melaksanakan perintahMu,
jangan Kau bebankan kami dengan bebanan ujian yang tidak kami sanggup memikulnya ya Allah,
jadikanlah cinta kami cinta kepadaMu semata2 ya Allah,
suburkanlah cinta kami kepadaMu.

Ya Allah,
peliharalah mata ini daripada memandang perkara yang haram,
telinga dari mendengar suara yang mendatangkan dosa,
lidah dari berbicara dusta dan berbohong,
aku memerlukanMu Ya Allah,
kerana aku manusia yang tidak berdaya,

Ya Allah,
inilah aku ,
Aku persembahkan jiwaku kepadaMu,
jiwa yang memerlukan perhatian dariMu semata2,
aku bermohon keampunan dan kemaafan,
terimalah amalanku,
solatku, ibadahku,hidupku,matiku
perkenankanlah taubatku kepadaMu Ya Allah..

Cukuplah Engkau bagiku, dan Engkau jualah sebaik2 penolongku.

1 comment:

  1. aminn..ya Allah

    Allah telah menetapkan yang terbaik buat diri kita, walau dirinya bukan rupawan dan hartawan, namun keindahan agama yang ditonjolkannya menjadi pilihan.

    Moga dirimu, diriku dan kalian mendapat apa yang diperlukan

    Terima kasih~ ;)

    ReplyDelete