Pages

Friday, June 10, 2011

Basikal atau Beskal?

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Semakin hari semakin usia kita bertambah. Sedar tak sedar, daripada kecil kita dah makin dewasa, ibu bapa kita pula kelihatan beruban sedikit demi sedikit. Lalu memori lama jika diimbas memang boleh buat filem, kadangkala bila kenang terasa sedih, gembira dan macam2 perasaan.

Sekadar berkongsi cerita sendiri yang biasa2, mungkin ada sedikit persamaan. 

Seingat saya, basikal yang saya mula2 ada pada usia 5 tahun, bertayar plastik. Masa tu, boleh dikira hebat agaknya memiliki basikal yang saya panggil beskal. Beskal Basikal ni hanya digunakan dalam laman rumah sahaja. Kalau nak main basikal kat luar, biasanya basikal besar along dan angah saya ambil, pelapik tempat duduk yang tinggi, nak gateh (kayuh) pun susah. Apapun senang, basikal dulu ada besi kat tengahnya buat tempat duduk.

Pernah pinjam basikal along, bawak jalan kat taman depan rumah, hari2biasanya saya main kat taman petang2. Ada satu hari parking letak basikal dekat pagar taman, seronok main buaian, bila balik tengok basikal hilang, masa tu rasa tak nak balik rasanya, tapi kalau tak balik, memang sah along akan fikir saya hilangkan basikalnya. Jadi balikla dengan muka tak bersalah. Tak sampai nak masuk rumah dah kena tanya, mana basikal, pura2 saya jawab tak tahu. Alang menyampuk kata saya bawak pergi taman tadi. Aduuh mati2 kataku. Sesi provokasi melampau berterusan sampai saya menangis. akhirnya, ternampak basikal tu ada je kat bawah tangga rumah.Banyak Sekali kena buli masa kecil dengan abang2.

Bila dah makin matang meningkat usia, lebih kurang 7 tahun, basikal tayar plastik itu bukan lagi pilihan. Hajatnya dapat motorbike macam cerita Gaban dan Raider boleh juga, bisikku. Masa di sekolah, cikgu bertanya, Azlan nak jadi apa? Saya nak jadi Gaban cikgu, nak selamatkan orang. Cikgu mintak tukar,superman pun tak boleh... jadi setiap kali tanya, jadi saya jawab, saya nak jd cikgu, saya nak jadi doktor, saya nak jadi askar, polis, ustaz,pilot kapal terbang, jadi macam2. 

Dunia mainan memang agaknya jiwa budak2 lelaki yang terdedah dunia kartun dan TV. Setiap kali ke pasar, mesti saya mintak abah beli mainan, sticker robot dan lain2. Jiwa suka mainan ni berakhir sejak umur 9 tahun bila abah bagi rm2 suruh cari sendiri mainan, bila dah bosan main, akhirnya duit yg diberi saya beli makanan kegemaran- ayam goreng. (masa tu dah kira malu jugak sebab kawan2 dah tak main mainan lagi).

Disebabkan banyak dibuli bergaul dengan orang dewasa, akhirnya saya menerima kesan cara mereka berfikir. Selalu bermonolog dengan diri, "saya kena jadi orang dewasa dan matured" (perasaan). Jadi banyak masa dihabiskan dengan membaca, memahami perasaan orang dengan melihat kesusahan orang yang lebih susah dari diri sendiri. Adakala mainan kata turut membawa kenapa saya tak lahir dalam keluarga dia, kaya, makanan sedap, ada itu ada ini.

Merapati masjid.

Selain belajar ngaji dengan abah, abah selalu bawa saya ke masjid. Naik motor sama2, teman abah, jadi pekerja sukarela di masjid(walaupun ada upah sebenarnye), mencuci pinggan. Hingga adakala kalau abah tinggalkan saya, saya rela jalan kaki meredah malam melalui taman yang kalau waktu malam,tak ramai orang nak lalu di kawasan gelap, lebih kurang 2km.  Hasilnya, saya rasa sedikit terikat dengan masjid,(walaupun tidak seperti dulu keadaan sekarang ni)

Basikal Kedua.

Memandangkan perasaan ingin mempunyai basikal sendiri, melihat kepada kawan2 yang dah makin "maju", jadi saya bagitahu pada abah, saya nak basikal. Abah suruh saya kumpul duit. Saya kumpul duit sehari 20sen. cukup 5 hari saya kata abah jom beli basikal, abah tanya duit ada berapa? Saya jawab "da ada seringgit"... haha, gelak abah. Saya pun pergilah merisik kedai basikal, melihat kecantikan basikal2 disana. bila tengok pada harga, "la, patut abah tak nak pergi..rupanya harga rm 100 ke atas." 

Hari demi hari, duit sekolah abah kasi 50sen(zaman tu kira cukup la buat belanja, masa darjah 1,2 dan 3 bawa 30 sen). jadi istiqamahnya kumpul duit, berlapar di sekolah, sebab nak beli basikal. akhir tahun duit dalam tabung dah kita penuh, catatan pun selalu dibuat, masuk berapa, tapi tak pernah catat keluarnye berapa (",). Lalu saya suarakan hasrat saya sekali lagi, bah, nak beli basikal. Abah bawa saya dan saya bawa duit yang dikumpul, sampai kat kedai, "nah ni dia...syiling2nya..." jenuh tuan kedai mengira duit ada berapa. (",)

Abah suruh pilih mana yang berkenan. Saya agak2 duit tabungan saya ada lebih kurang seratus lebih saje. Hati berkenan nak memiliki basikal ada speed gear, jenama Lerun. Bila tarik basikal tengok harga, wah 200 lebih. mainan perasaan berkata .."ambik je, kan berkenan yang tu" satu lagi kata "lan...duit ada seratus je, jangan nyusah kat abah". Dengan rela hati terpaksa la menolak kehendak, lalu pilih basikal Lerun tak da speed gear. Tapi harganya 150. tak cukup duit. Sedih bila tuan kedai cakap, adik tak cukup duit ni. Abah tahu saya sedih, tapi abah top up duitnya pula. Masa tu, kira syukur sangat2. (",). Hati berpesan, lepas ni jangan susah2kan abah lagi. (walaupun tetap nakal). 
Sememangnya, nak beli apa2, saya guna duit tabungan, zaman sekolah, jarang merasa makanan kantin kalau ada barang nak dibeli. Buku2 rujukan semuanya guna duit belanja sekolah yang disimpan. cukup satu bulan, dapat beli buku berharga rm20. Sampai la habis Spm. Yang lain tuisyen, makan minum, tu dah kira umi n abah sponsorkan. Segan meminta duit dengan mereka, kecuali terdesak sangat.

Zaman nakal tetap ada. Semenjak kedatangan orang tabligh yang sentiasa menziarahi rumah, saya juga ikut sama mereka. Tertarik ikut mereka kerana setiap kali majlis taalim, ghasy atau bayan mereka, ada je makan. Makan3... taktik berdakwah yang berkesan terhadap saya. Saya sertai tabligh sejak usia 10 tahun hingga usia 19 tahun. Lama juga, tapi saya bukan tahap karkun (keluar 4o hari) , sekadar ikut2 2-3 hari.

Sejak dari usia 19 tahun, saya tidak lagi bersama kumpulan tabligh,atas alasan2 tertentu, tetapi tidak mengapalah, saya tetap menganggap bahawa mereka juga seperti saudara dan sahabat yang perlu dihormati juga.. Perjalanan hidup, dari kecil hingga besar, suka ada duka tetap ada.

Apapun alhamdulillah. Kita tetap dalam jagaanNya. mudahan insyaAllah.

P/s: Jangan ketawa :)

4 comments:

  1. Firstly saya minta izin untuk tersenyum dulu,tak ketawa tapi tersenyum je..:)

    secondly..
    basikal atau beskal,saya rasa lebih sesuai beskal..
    nakal juga ye,kecil2 dulu,tersenyum baca kelatahnya..

    tapi dalam lucu ada satu yang saya belajar..erti susah2 dulu sebelum nakkan sesuatu..

    thirdly..
    ayah yang tidak mahu mnghampakan permintaan anak ..sangat sayu ..taati mereka,jaga mak ayah baik2 ye..

    zaman kanak2 memang Indah

    ReplyDelete
  2. baik wak suparman, saya ikhlas juga terima kenyataan ada org tengah senyum tapi mcm nak ketawa... :)

    ReplyDelete
  3. erm,jngan marah ye.saya tersenyum selepas baca pesanan di bawah :)

    erm cantik gambat pemandangan di belakan

    ReplyDelete