Pages

Wednesday, June 1, 2011

kita istimewa...

-gambar tiada kaitan dengan posting-
Bismillah,
Assalamualaikum wbt... (sambil mendengar pengisian oleh ustaz azhar idrus...)
Ada kumpulan atau golongan manusia daripada laki-laki,yang enggan menerima amanah pernikahan kerana takut kepada perjanjian/berbaiah untuk memikul amanah yang berat, apalagi bila sebaik sahaja terijab qabulnya lafaz persetujuan, maka terpikullah segala dosa dan pahala yang akan dikongsi bersama. Bermain difikiran was-was perasaan dosa menggunung dari diri sendiri, apatah lagi hendak memikul yang orang lain pula.

ada juga ye golongan seperti ini. Kata sesetengah pula, orang jenis macam ni "tawadhu'". Saya senyum tidak bersetuju. golongan seperti ini tak selayaknya mendabik urusan yang dia tidak mahu dengan menafikan perintah Rasulullah saw. Pertama, kikiskan perasaan bahawa dosamu tidak terampun seolah-olah kita menyamakan sifat Allah seperti manusia pula. Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahiim Allah taala, melangkaui sifat kasih dan sayang manusia yang tidak selamanya. Sebagaimana sifatNya Ar-Razzaq (maha pemberi rezeki), berbeza halnya dengan manusia yang bernama Razak sekalipun maksudnya sama tetapi belum tentu dia pemurah untuk menyampaikan 'rezeki' kepada manusia, boleh jadi manusia yang bernama Razaq memiliki sifat yang berlawanan dengan maksud namanya, boleh jadi manusia itu sangat kikir dan kedekut.

kedua, jika kita menolaknya, maka perhatikanlah kepada beberapa hadis ucapan Nabi saw yang memerintahkan umatnya berkahwin, dan menjadi sunnah bagi perjuangan baginda dan baginda berbangga di akhirat kelak kerana umatnya yang ramai. Di sini, mengapa pula kita menolak sunnah Nabi jika kita mencintainya.?

Ketiga, berkenaan dosa dan pahala, manusia sering tersalah hitung bahawa ia lupa, apabila kebaikan yang dilakukan oleh suami maka pahala akan turut mengalir kepada isterinya, manakala sama juga keadaan bagi isterinya. Suami yang pergi menunaikan solat jumaat manakala isteri yang solehah dirumah menyiapkan makanan sambil bibirnya   berzikir memuji Allah senantiasa, maka kedua2nya beroleh manfaat bersama. Isteri beroleh manfaat pahala solat jumaat suaminya, manakala suami beroleh manfaat pahala dari zikir isterinya yang solehah. Jadi, tidakkah kita berhasrat menggandakan pahala lagi?

Keempat, berbalik kepada dosa, kali ini berbeza sedikit, dosa yang dilakukan oleh si suami, seperti merokok(sebagai contoh), maka dosa ditannggung oleh suaminya sahaja.. Isteri yang tidak menutup aurat, selain dirinya(isteri) yang mendapat dosa, si suami juga menanggung dosa perbuatan isterinya juga. Bertuahnya menjadi wanita. ya.., sangat bertuah, merekalah paling mudah mendapat pahala. Tetapi mengapa pula Rasulullah melihat ramainya wanita di neraka? maka wahai suami, mencapai pahala "free" tadi perlu juga diwaspadai daripada tersalah hitung, maka tarbiyahlah sebaiknya golongan msulimat.

lahirnya muslimat solehah yang memberi barakah kepada suaminya. muslimat solehah, dicemburui oleh lelaki yang soleh kerana mustajab doa dari muslimat yang bergelar ibu kepada anaknya. Lihatlah bahawa kedudukan ibu cukup tinggi dengan hadis seorang ibu didahului berbanding lelaki. Perempuan yang solehah lebih baik dari seorang lelaki soleh, lelaki yang soleh mungkin dapat dicari walaupun jika tiada disebuah kampung, mungkin ada disesetengah negeri atau negara.Apabila adanya wanita soleh bak kata rasulullah, perempuan yang solehah ibarat seekor merpati putih dari kalangan 200 ekor merpati hitam. 

itulah, beruntungnya menjadi wanita.Tetapi ada wanita yang merungut nak menjadi lelaki, ada yang sanggup tukar jantina.
Berbalik kepada golongan pertama yang disebut awal tadi, point saya adalah janganlah berfikir bahawa sunnah nabi ini ditafsirkan dengan semudahnya sebagai jalan melarikan diri dari memikul amanah. kerana amanah ini tidak tergambar dengan amanah yang lebih besar melaksanakan amanah memperjuangkan Islam. Sebab itulah wujudnya lembaran kisah Hanzalah yang baru dikahwininya, tetapi mengutamakan jihad, urusan kematiannya mendapat perhatian Allah dan para malaikat yang memuliakan pengorbanannya untuk Islam.

seterusnya, perkara disebalik perkahwinan bukanlah sekadar persiapan membina hidup bersama sahaja, tetapi sebagai penggerak kepada melahirkan daulah Islamiyah berasaskan pembinaan individu Islam, keluarga Islam, masyarakat Islam, negara Islam dan pembentukan Khilafah Islam.

P/s: Memaknakan pengabdian kepada Allah, dengan matlamat yang lebih jauh sehingga akhirat..

No comments:

Post a Comment