Pages

Saturday, February 27, 2010

carilah ketenangan kawan2

salam

ada hari kita rasa hati kita cam serabut, fikiran rasa kusut, hati tak tenang, apatah lagi bila berdepan masalah dan ujian, maka disitulah letaknya kekuatan sebenar kita dalam menghadapinya.

bersabarlah dan tetapkan perasaan kehambaan kita kepada Allah taala. dampingilah al-Quran dan jangan tinggalkannya dlm hari2 anda. jika tidak anda akan merasa jauh dengan Tuhan.

bila kita sibuk dan semakin sibuk, carilah kedamaian, kerana pekerjaan kita itu akan menjadikan kita leka. adakala rumahtangga juga tidak bahagia. senangkanlah hatimu dgn membantu sahabat2mu, ziarahilah dia dan cintailah dia.

p/s: BERSIKAP POSITIFLAH SELALU< ANDA MAMPU MENGUBAHNYA

BOIKOT DENMARK DARIPADA PETA DUNIA

Kartun hina Islam: Akhbar Denmark mohon maaf

27/02/2010 5:09am

COPENHAGEN 27 Feb. - Akhbar harian Denmark, Politiken semalam memohon maaf kepada umat Islam kerana menyinggung perasaan mereka berhubung kartun Nabi Muhammad yang disiarkannya pada 2008.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak menyesal atas tindakannya menyiarkan gambar kartun itu.

“Kami memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan tindakan kami mencetak semula gambar kartun itu,” ujar akhbar berkenaan dalam satu kenyataan.

Politiken adalah akhbar pertama Denmark yang bertindak memohon maaf secara formal kepada mana-mana pihak yang marah berhubung penyiaran kartun itu.

Dalam permohonan maafnya, Politiken berkata, ia menyesal jika gambar kartun itu menghina agama Islam, namun mengatakan tidak menyesal menyiarkannya.

Ketua Pengarang akhbar itu, Toeger Seindenfaden, berkata, dia gembira dengan keputusan itu.

“Kami kesal kerana menyebabkan umat Islam tersinggung walaupun ia bukan niat kami untuk berbuat demikian,” tambahnya.

Persetujuan itu dibuat ekoran permohonan dikemukakan seorang peguam Arab Saudi, Faisal Ahmed Zaki Yamani terhadap 11 akhbar Denmark.

Dia menggesa semua akhbar berkenaan memohon maaf, berjanji tidak akan menyiarkan lagi gambar sama dan membuang kartun yang menimbulkan kontroversi itu dari laman Web mereka.

Permohonan maaf dibuat Politiken itu dikutuk sekerasnya ahli-ahli Parlimen di Denmark yang menuduh akhbar itu tunduk kepada tekanan dan mengorbankan kebebasan bersuara yang dianggap asas demokrasi Denmark.

Beberapa akhbar Denmark yang lain turut mengutuk permohonan maaf itu namun mengatakan mereka tidak akan menyiarkan semula gambar kartun berkenaan.

Sementara itu, Perdana Menteri Denmark, Lars Loekke Rasmussen berkata, beliau menolak untuk mencampurinya namun pada masa sama dipetik memuji kebebasan bersuara dan menghormati keputusan pengarang. - AFP

p/s: TIADA MAAF BAGIMU

Friday, February 26, 2010

ni ker enjin jet kiter yg kene curi tu????

rasanye kot ni yg duk sibuk kate hilang tu.... da terlambat, geng2 motor tu dah tambah kat motor mereka dah.....hu3

kesian kat tentera ni, training tanpa enjin jet.....

ooo....no komen....

salam...alang2 tgk berita...cerita adik safiyah berumur 3 tahun dibunuh oleh teman lalaki ibu mgsa kerana bermain air, mngsa sblm ini tlah didera dgn kejam, dipijak, kesan luka pada badan, dagu dan telinga....kes lpas pasal buang bayi..masyarakat yg runcing saban hari, bila negara membangun, rakyat tak dibangunkan ruhnya, maka ngara ini akan jad hancur..

dalam duk kejar pembangunan, kita lupa,institusi kekeluargaan makin pincang... tulah, apa nak kata... sistem pendidikan kita terlalu basi. apalah salahnya dikaji secara total sistem pendidikan kita, mana peranan ulama diletakkan? mana cerdik ilmuan? mana pemenang2 anugerah maulidurrasul yg dibanggakan tu? mana tokoh2 yg terima anugerah itu ini tu? salahkah mereka duduk bersama?

p/s: kalau tak kena batang hidung sendiri memang selalu buat tak endah, kena batang hidung sendiri baru nak itu ini....porrrrrraaaah

Tuesday, February 23, 2010

Salam Cinta Ingatan Kepada Rasulullah saw

pemikiran biarlah tajam

salam
kesilapan bagi mereka yg berorganisasi/ berjemaah/ berkumpulan adalah mereka menganggap jamaah adalah hak milik individu yang padanya pengorbanan total diperlukan.....

p/s: sesuatu kewajipan yg tak terlaksana, maka alat yg mempastikan keberhasilannya juga dianggap suatu kewajipan bagi muslim menunaikannya......

blog yg tertinggal

salam..
lama tak update blog ni, nak update pun dah tak der internet dah sejak tak duk kat rumah sewa lagi...

minggu ni memang busy yang amat, asgmt, test, next week trip akademik ke kl, minggu ni perarakan maulidurrasul, sabtu ada lawatan kerumah orang tua bg persatuan, blh kata bg bulan 3 dan 4 bg hari mggu jumaat dan sabtu ada program...Mr Najib entahla kalu tak sesibuk saya tak tahulah....

buku2 library pun byk hantar lewat lalu kenelah denda, sebab cuti midsem baru2 ni... syukurlah kawan2 byk tlg..

Tuesday, February 16, 2010

bangun segera aturkan gerakanmu!!!

assalamualaikum...

kejadian malang 14febuari lalu keataas nasib yang menimpa seorang bayi yang dibakar dengan kejam di dalam tong sampah sangat dikesali. Malah haiwan yang ganas seperti buaya sekalipun masih punyai naluri kasih sayang terhadap anaknya.

mendukacitakan negara kes seperti ini adalah berpunca kelemahan ketara pelbagai latar belakang yang mewujudkan kes sumbang mahram yang tiada pangkal penghujungnya. Dijanjikan keseronokan yang sementara membuatkan remaja hari ini hilang pertimbangan antara dosa dan pahala, sedangkan pihak bertanggungjawab hanya sekadar mengimplimentasikan tindakan susulan yang bersifat sementara. Apakah masih belum cukup kegagalan demi kegagalan yang dipamerkan oleh sistem jahiliah yang masih diagung-agungkan daripada fahaman ideologi seperti komunis, kapitalis, sosialis, liberalis, pluralis, sekularisme, hedonisme melampau serta pelbagai hidangan palsu ciptaan musuh terhadap negara umat Islam?

Sampai bila ketakutan yang menghasilkan sentimen "islamofobia" yang sengaja direka demi memburukkan imej Islam. Saudara mesti ingat, sejak kejatuhan khilafah Islam oleh pengkhianat jahat mustafa kamal attaturk, belum ada negara yang mendakwa negara Islam mengisytiharkan bahawa mereka menjalankan sepenuhnya syariat Allah, sedangkan kesan penjajahan yang berkekalan keatas negara masih tertanam begitu dalam keatas setiap gubalan perlembagaan negara-negara umat Islam. Dasar pecah dan perintah telah mengakibatkan seluruh wilayah Islam menjadi lemah dan umatnya gagal dalam penyatuan wilayah tadi.

Penyakit yang semakin barah melanda pemimpin umat seperti rasuah, bongkak, tamakkan pangkat dan harta, iri hati, dengki, pecah amanah urusan tadbir negara dan sebagainya menjadikan mereka sering diperkotak katikkan oleh musuh yang hanya berehat dibilik tidur mereka. hilangnya semangat jihad serta kecintaan kepada dunia yang melampau menjadikan mereka lupa kejayaan yang dikecapi umat lampau yang hanya mampu dijadikan kebanggaan oleh ucapan bibir mereka serta yang terpampang pada dada buku sejarah.

Apakah yang menghalang pemimpin umat Islam untuk duduk bermuzakarah serta mencari penyelesaian terhadap permasalahan ummah seantero dunia. Palestin terus menerus dijajah, Afghanistan dirompak hasil buminya, Asia Tenggara masih berlutut kepada kuasa ekonomi barat dan lain-lain negara umat Islam lena dibawah janji palsu musuh-musuh Allah.

Oleh itu, tidak ada jalan pintas terhadap keberjayaan umat Islam untuk merangkul kembali kehebatan mereka melainkan kesungguhan dan komitmen mereka didalam mempertahankan kebenaran serta ketinggian agama Islam dengan Jihad berterusan. Usahlah diperhebatkan jihad mikro sedangkan jihad didalam perkara makro yang utama ditinggalkan. Janganlah menjadi 'ulama syaitan' yang bertopengkan manusia menolak kehebatan syariat yang dibawa Rasulullah,yang dijanjikan kebaikan terhadap kehidupan manusia.

p/s: Islam tidak perlu melutut hina mencari siapa yang perlu menjadi pendokongnya, tetapi kita harus malu kerana menjadi umat yang bisu, pekak, buta dan cacat terhadap segala kebenaran agama diwahyukan Tuhan!!!

Saturday, February 13, 2010

renunganku

salam

tahniah dan takziah buat abangku mohd sufian, setelah sekian lama menunggu permohonan kerja, akhirnya dapat jugak...wajah gembira jelas terpampang, apapun saya tumpang gembira....

saya mendoakan semoga nur hidayah terus diberikan oleh Allah taala kepada seluruh ahli keluarga saya, tatkala saya sudah bersama keluarga sekarang, nampaknya urusan membi'ahkan rumah akan diteruskan.

p/s:kekadang perkara yg kita tak suka rupanya terbaik utk kita.....

cinta.....?

salam..

valentine day....
buat apa nak sambut? yg pasangan kekasih, sambut dgn aktiviti tak bermoral...apa salahnya buat perubahan ajak kahwin terus, yg dah berkahwin tak perlu tggu hari valentine, hari2 blh lafaz pada si isteri ungkapan kasih dan sayang.

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..(Zulkifli Nordin)

Mengasihi Orang Lain Kerana Allah

Umar bin khattab r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya sebahagian hamba Allah itu ada segolongan manusia. Mereka itu bukan para Nabi dan bukan pula para syuhada, namun pada hari kiamat kedudukan mereka akan sangat diinginkan oleh para Nabi dan syuhada di sisi Allah."

Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, ceritakan kepada kami, siapakah mereka itu?" Beliau bersabda:

"Mereka adalah kaum yang saling mencintai kerana Allah, bukan kerana hubungan darah di antara mereka dan bukan pula kerana harta. Demi Allah, wajah mereka laksana cahaya dan sesungguhnya mereka lebih tinggi daripada cahaya. Mereka tidak takut pada ketika manusia merasa takut dan tidak bersedih pada ketika manusia berasa sedih."

Kemudian beliau membacakan ayat Al-Quran: "Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Yunus:62) (HR. Abu Daud)


p/s: bercinta tak salah sebab ianya perasaan fitrah insani, asal jangan sampai tergadai maruah, yg salahnya duk couple haru biru lah jawabnya....

nasihat seluruh pejuang dan pimpinan

peringatan buat sahabat2ku terutamanya saya sendiri

surah as-sof. ayat 2-3 yang bermaksud

"2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?



3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."

p/s: jawatan bukanlah suatu kebanggaan

Thursday, February 11, 2010

nikmat hidup

salam..

hari ni rasa sangat letih dikelas sebab full n padat. petang sempat makan bersama ustaz skolah agama saya dahulu bersama seorang lagi rakannya, dibelanja makan mee laksa...sedap...

tp kepala rasa pening mula2 nk makan, tetiba berhenti seketika dan lihat dunia berputar laju (sebelum ni kalu minum air berkarbonat penah rasa camni, tp kali ni tak sentuh air tu pun)...ia berlaku dgn tiba2 dan agak lama sedikit seolah2 nak pitam ktika tu...alhamdulillah ok semula...ustz yg perasan saya masa tu sapa saya dan mencadangkan saya jalani perubatan homoterapi. alang2 saya tnyalah pasal pnyakit lain yg saya hadapi sekarang dan saya ditawarkan try dulu kaedah tersebt kerana ubat2an terlalu mahal dan yg murah sekalipun masih xberkesan...saya dapatkan segera no telefon beliau...

tak sangka, bila lama tak berzikir secara khusyuk,seolah2 terasa karat yg melarat pd hati ini, nikmat betul pada zikrullah bila kita dapati diri kita semakin lagha.

p/s: jgn takut pd sakit, sakit adalah kafarah kpd dosa2 lalu.....alhamdulillah

Monday, February 8, 2010

alhamdulillah

salam

alhamdulillah,terima kasih sahabat2 yg menjadi cermin berguna buatku....saya menerima kritikan terbuka daripada sahabat2 samada baik atau buruk, sakit atau pedih,utk pengislahan/perbaikan keatas diri termasuklah soal waktu, komunikasi dan sebagainya walaupun mengambil sedikit masa.

semalam motosikal rosak, hantar ke kedai bila buka enjin, memang agak teruk keadaan. alhamdulillah dah ok. kesian abah saya, saya susahkan lagi dirinya hanya kerana saya. kejadian ni terpaksa membuatkan saya mencatu beberapa program dalam hidup saya.

semalam saya pinjam buku yaakob utk kuiz hari ni utk potostat buku bg tajuk2 tertentu sebab saya takda wang nak beli satu buku. semalam tak sempat study kerana terlalu mengantuk, alhamdulillah datang awal ke kuliah dan study. jawab kuiz tadi agak tergesa2 menyebabkan markah kecuaian hilang banyak sangat. tp alhamdulillah walaupun tak tinggi sangat berjaya dapat 31.5/50......

petang ke pejabat agama dungun utk berbincang sedikit perkara utk program sembelihan, alhamdulillah dalam fasa terakhir.

selepas kelas jam 4-6.20petang terus ke surau memberikan pengisian tazkirah yg sudah lama ditinggalkan, sempat singgah sebentar bertemu ayah ibu arwah tajul di masjid utama U td..k itu saje.......

p/s: saya mintak maaf daripada semua yg kenali saya....

Thursday, February 4, 2010

be punctual with time after this

salam
pg td saya lewat kekelas , masuk jam 815am... mggu lpas pn sama sbb prblem2 timbul, jd buat pertama kalinya, pensyrah pggil saya after klas, saya ditegur atas perkara tu.

utk itu ia mnjadi pengajaran n nasihat buat saya, dan saya meletakkan ia warning terkhir bt diri saya drpd mngulangi perbuatan yg tak tersengaja itu sekalipn.

p/s: marah @ teguran bkn bererti bnci, tp sayang....ingin melihat anak didiknya ini berjaya dunia akhirat

Wednesday, February 3, 2010

penat

salam

hari ni, saya tak hadir 3 kelas saya lantaran ke mejlis pengebumian sahabat saya dikemaman...telefon tertinggal sepanjang perjalanan, jadi mntak maaf kepada rakan2.

Tuesday, February 2, 2010

al-faatihah

salam

2 kematian sahabatku,

semalam sahabatku daripada kursus Office Management(OM) kmlngan dan kuterima mklmn mesej akan kmatiannya pada pg td. petang pula....... :'(

saya baru balik dari hospital dungun bersama rakan2 daripada Palapes, Isbac, kakitangan Uitm termasuk tuan pengarah dan timbalan serta koordiantor program dan pensyarah2 yg hadir atas kematian sahabat kami tajul....

saya menerima msej jam 4.15petang akan kmlgn yg mnimpa sahabat saya itu, ketika itu saya dikuliah lg, lantaran msj tidak jelas keadaannya, saya ambil kputusan utk ziarah selepas waktu kelas yng berakhir jam 6.10ptg. slps slsai solat, saya bergegas ke hospital dan terkejut keadaannya parah. tidak mampu saya ungkapkan, dilanggar lari oleh pemandu lori....

jam 6.45 doktor mengesahkan sahabat saya hnya mnunggu saat akhirnya, ktika itu daku mnangis.... aku segera kebiliknya disisi, ktika itu arwah smakin tenat lalu kubacakan yaasin bersama rakan2. kami diminta keluar selepas itu...dalam keadaan takut dan sedih, airmataku terus mengalir....lalu....inna lillahi wa inna ilaihi roji'un...wajahnya yg dikafankan melukiskan senyuman serta darah yg membasahi kain harum mewangi...

kluarganya yg hadir turut bersama, pihak unvrsiti mmbantu uruskan bbrapa kperluan termasuk mnydiakan bas dan van.

sya pulang selepas urusan selesai, masih terbayang wajah arwah....kerana semalam baru berjumpa, yg sebelumnya kami berjumpa berbincang urusan peribadinya dan akademik beliau.

al faatihah....

erti kaya bukan pada banyaknya harta

salam...

teringat masa cuti akhir sem lepas, sempat saya luangkan masa bantu jalankan satu research under JAWHAR(jabatan wakaf dan haji) IKAZ(institut kajian zakat) bg daerah dungun dan kamaman.
saya dan rakan2 turun membuat kajiselidik dan interview untuk 50 rumah/keluarga penerima zakat. tak perlulah saya nyatakan terperinci kerana barangkali ianya sulit.

saya mendatangi seorang pakcik bertanya kpdnya slps mukaddimah pemula, "pakcik ambil zakat x?" beliau terkejut dgn pertanyaanku dan seolah2 sedikit "bengang" dengan pertanyaanku. saya berfikiran dan bertanya sedemikian lantaran judges sya terhadap kerjayanya sbg cleaner, kehidupannya yg tidaklah seberapa. maka saya fikir beliau mungkin penerima zakat.

beliau menjawab... "saya tak boleh terimanya, mana boleh, pakcik masih bertenaga, pakcik ada tangan,pakcik ada kaki dan boleh bergerak...hak zakat itu utk org miskin, fakir,berhutang dan kurang upaya baginya, pakcik cukup makan(wlpn badannya kurus shj), pakcik bloeh hidup, tp pakcik tak akan makan apa yg bukan hak pakcik.."

saya diam sekejap...sejenak terfikir...."rupanya aku bertemu insan yg miliki jiwa Umar"....masih ada lg insan sebegini....

berbeda halnya ditempat lain, saya menaiki rumah penerima zakat sorang tu, rumahnya tersergam cantik,separuh binaan kayu dan simen(batu),kukuh..."hmmm, penerima zakatkah ini? kataku bermonolog sendirian....

ku interviewnya....jawab akan persoalanku olehnya, "la, memang tak cukup! apa taknya, kita nak pasang kipas lg, nak beli barang dapur, memang tak cukup ,nk besarkan bilik,nak tambah pintu, sepatutnya awak kena beritahu supaya mntak naikkan lagi..." bla2 bla3....

melihat respondent kedua ini amat berbeza sekali dengan respondent pertama...dia hidup dalam rumahnya yg kukuh,cukup sihat badannya, namun ucapannya asyik menyalahkan pihak itu ini, tiada langsung samada terimakasih atau alhamdulillah.....

beraneka ragamnya saya temui sepanjang di 2 daerah besar ini utk dapatan maklumat keperluan., cumanya lihatlah.... sukar utk diucapkan....

p/s: manusia sedang menuju perlakuan umat yang telah binasa

Monday, February 1, 2010

siapkan cepat2

(gmbr diatas tiada kaitan dengan bawakan pro-m atau aspirasi, sekadar hiasan)
jam da 2.30 am,  last edit untuk kertas kerja sembelihan ayam sebab kena reject oleh penasihat untuk betulkan kesalahan2.

takder apa yg menarik utk dikongsi hari ni, kehidupan berjalan seperti biasa, minggu ni ada 2 kuiz... assgnmt lg... ngantuknyeeerrrrr

PRK hr tu.... boring benor, ada jugak skill rasuah dari calon... diluar dewan pakat bg coklat kpd pngundi... taktik kotor, ni kalu lantik jd calon PRU kat luar tu sah akan tradisi merasuah orang.

tp pepun, trend mngundi kali ni agak mengejutkanku...(daripada tidur 5 minit semalam), saya diberitakan peratus mngundi turun mendadak, calon undi terbanyak menerima hnya 700 lebih shja undian. dah tu, kalu calon2 lain? seingat saya sahabat saya dahulu menang dgn bergaya undian tertinggi 2000 undi, nah berbeza samasekali...

itupun hari tu kelas2 yg ada kuliah dipaksa hentikan sementara bg pluang kat kami pegi mngundi.... itu dah kena paksa, kalaulah tak dipaksa camne?

PRK mana2 pn rendah peratusan undi..... tp highlihtnya di sini adalah... kami dah bosan mengundi patung2 hidup jd pmimpin plajar..... hidup mmimpin tak berkat lantaran dah buat cara kotor... biarlah kita kalah bertanding, asal ada maruah, kata tun mahathir, harga pngundi kt luat tu rm 200 , tp harga mhsswa sama dengan harga coklat rm 0.10... murah betul

p/s: mungkinkah trend sama keatas PRU 13 kat luar tu nnt? kerajaan dan pmbgkg ambllah tindakan....