Pages

Tuesday, February 16, 2010

bangun segera aturkan gerakanmu!!!

assalamualaikum...

kejadian malang 14febuari lalu keataas nasib yang menimpa seorang bayi yang dibakar dengan kejam di dalam tong sampah sangat dikesali. Malah haiwan yang ganas seperti buaya sekalipun masih punyai naluri kasih sayang terhadap anaknya.

mendukacitakan negara kes seperti ini adalah berpunca kelemahan ketara pelbagai latar belakang yang mewujudkan kes sumbang mahram yang tiada pangkal penghujungnya. Dijanjikan keseronokan yang sementara membuatkan remaja hari ini hilang pertimbangan antara dosa dan pahala, sedangkan pihak bertanggungjawab hanya sekadar mengimplimentasikan tindakan susulan yang bersifat sementara. Apakah masih belum cukup kegagalan demi kegagalan yang dipamerkan oleh sistem jahiliah yang masih diagung-agungkan daripada fahaman ideologi seperti komunis, kapitalis, sosialis, liberalis, pluralis, sekularisme, hedonisme melampau serta pelbagai hidangan palsu ciptaan musuh terhadap negara umat Islam?

Sampai bila ketakutan yang menghasilkan sentimen "islamofobia" yang sengaja direka demi memburukkan imej Islam. Saudara mesti ingat, sejak kejatuhan khilafah Islam oleh pengkhianat jahat mustafa kamal attaturk, belum ada negara yang mendakwa negara Islam mengisytiharkan bahawa mereka menjalankan sepenuhnya syariat Allah, sedangkan kesan penjajahan yang berkekalan keatas negara masih tertanam begitu dalam keatas setiap gubalan perlembagaan negara-negara umat Islam. Dasar pecah dan perintah telah mengakibatkan seluruh wilayah Islam menjadi lemah dan umatnya gagal dalam penyatuan wilayah tadi.

Penyakit yang semakin barah melanda pemimpin umat seperti rasuah, bongkak, tamakkan pangkat dan harta, iri hati, dengki, pecah amanah urusan tadbir negara dan sebagainya menjadikan mereka sering diperkotak katikkan oleh musuh yang hanya berehat dibilik tidur mereka. hilangnya semangat jihad serta kecintaan kepada dunia yang melampau menjadikan mereka lupa kejayaan yang dikecapi umat lampau yang hanya mampu dijadikan kebanggaan oleh ucapan bibir mereka serta yang terpampang pada dada buku sejarah.

Apakah yang menghalang pemimpin umat Islam untuk duduk bermuzakarah serta mencari penyelesaian terhadap permasalahan ummah seantero dunia. Palestin terus menerus dijajah, Afghanistan dirompak hasil buminya, Asia Tenggara masih berlutut kepada kuasa ekonomi barat dan lain-lain negara umat Islam lena dibawah janji palsu musuh-musuh Allah.

Oleh itu, tidak ada jalan pintas terhadap keberjayaan umat Islam untuk merangkul kembali kehebatan mereka melainkan kesungguhan dan komitmen mereka didalam mempertahankan kebenaran serta ketinggian agama Islam dengan Jihad berterusan. Usahlah diperhebatkan jihad mikro sedangkan jihad didalam perkara makro yang utama ditinggalkan. Janganlah menjadi 'ulama syaitan' yang bertopengkan manusia menolak kehebatan syariat yang dibawa Rasulullah,yang dijanjikan kebaikan terhadap kehidupan manusia.

p/s: Islam tidak perlu melutut hina mencari siapa yang perlu menjadi pendokongnya, tetapi kita harus malu kerana menjadi umat yang bisu, pekak, buta dan cacat terhadap segala kebenaran agama diwahyukan Tuhan!!!

No comments:

Post a Comment