Pages

Tuesday, February 2, 2010

erti kaya bukan pada banyaknya harta

salam...

teringat masa cuti akhir sem lepas, sempat saya luangkan masa bantu jalankan satu research under JAWHAR(jabatan wakaf dan haji) IKAZ(institut kajian zakat) bg daerah dungun dan kamaman.
saya dan rakan2 turun membuat kajiselidik dan interview untuk 50 rumah/keluarga penerima zakat. tak perlulah saya nyatakan terperinci kerana barangkali ianya sulit.

saya mendatangi seorang pakcik bertanya kpdnya slps mukaddimah pemula, "pakcik ambil zakat x?" beliau terkejut dgn pertanyaanku dan seolah2 sedikit "bengang" dengan pertanyaanku. saya berfikiran dan bertanya sedemikian lantaran judges sya terhadap kerjayanya sbg cleaner, kehidupannya yg tidaklah seberapa. maka saya fikir beliau mungkin penerima zakat.

beliau menjawab... "saya tak boleh terimanya, mana boleh, pakcik masih bertenaga, pakcik ada tangan,pakcik ada kaki dan boleh bergerak...hak zakat itu utk org miskin, fakir,berhutang dan kurang upaya baginya, pakcik cukup makan(wlpn badannya kurus shj), pakcik bloeh hidup, tp pakcik tak akan makan apa yg bukan hak pakcik.."

saya diam sekejap...sejenak terfikir...."rupanya aku bertemu insan yg miliki jiwa Umar"....masih ada lg insan sebegini....

berbeda halnya ditempat lain, saya menaiki rumah penerima zakat sorang tu, rumahnya tersergam cantik,separuh binaan kayu dan simen(batu),kukuh..."hmmm, penerima zakatkah ini? kataku bermonolog sendirian....

ku interviewnya....jawab akan persoalanku olehnya, "la, memang tak cukup! apa taknya, kita nak pasang kipas lg, nak beli barang dapur, memang tak cukup ,nk besarkan bilik,nak tambah pintu, sepatutnya awak kena beritahu supaya mntak naikkan lagi..." bla2 bla3....

melihat respondent kedua ini amat berbeza sekali dengan respondent pertama...dia hidup dalam rumahnya yg kukuh,cukup sihat badannya, namun ucapannya asyik menyalahkan pihak itu ini, tiada langsung samada terimakasih atau alhamdulillah.....

beraneka ragamnya saya temui sepanjang di 2 daerah besar ini utk dapatan maklumat keperluan., cumanya lihatlah.... sukar utk diucapkan....

p/s: manusia sedang menuju perlakuan umat yang telah binasa

No comments:

Post a Comment