Pages

Saturday, February 13, 2010

cinta.....?

salam..

valentine day....
buat apa nak sambut? yg pasangan kekasih, sambut dgn aktiviti tak bermoral...apa salahnya buat perubahan ajak kahwin terus, yg dah berkahwin tak perlu tggu hari valentine, hari2 blh lafaz pada si isteri ungkapan kasih dan sayang.

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..(Zulkifli Nordin)

Mengasihi Orang Lain Kerana Allah

Umar bin khattab r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya sebahagian hamba Allah itu ada segolongan manusia. Mereka itu bukan para Nabi dan bukan pula para syuhada, namun pada hari kiamat kedudukan mereka akan sangat diinginkan oleh para Nabi dan syuhada di sisi Allah."

Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, ceritakan kepada kami, siapakah mereka itu?" Beliau bersabda:

"Mereka adalah kaum yang saling mencintai kerana Allah, bukan kerana hubungan darah di antara mereka dan bukan pula kerana harta. Demi Allah, wajah mereka laksana cahaya dan sesungguhnya mereka lebih tinggi daripada cahaya. Mereka tidak takut pada ketika manusia merasa takut dan tidak bersedih pada ketika manusia berasa sedih."

Kemudian beliau membacakan ayat Al-Quran: "Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Yunus:62) (HR. Abu Daud)


p/s: bercinta tak salah sebab ianya perasaan fitrah insani, asal jangan sampai tergadai maruah, yg salahnya duk couple haru biru lah jawabnya....

No comments:

Post a Comment