Pages

Thursday, February 11, 2010

nikmat hidup

salam..

hari ni rasa sangat letih dikelas sebab full n padat. petang sempat makan bersama ustaz skolah agama saya dahulu bersama seorang lagi rakannya, dibelanja makan mee laksa...sedap...

tp kepala rasa pening mula2 nk makan, tetiba berhenti seketika dan lihat dunia berputar laju (sebelum ni kalu minum air berkarbonat penah rasa camni, tp kali ni tak sentuh air tu pun)...ia berlaku dgn tiba2 dan agak lama sedikit seolah2 nak pitam ktika tu...alhamdulillah ok semula...ustz yg perasan saya masa tu sapa saya dan mencadangkan saya jalani perubatan homoterapi. alang2 saya tnyalah pasal pnyakit lain yg saya hadapi sekarang dan saya ditawarkan try dulu kaedah tersebt kerana ubat2an terlalu mahal dan yg murah sekalipun masih xberkesan...saya dapatkan segera no telefon beliau...

tak sangka, bila lama tak berzikir secara khusyuk,seolah2 terasa karat yg melarat pd hati ini, nikmat betul pada zikrullah bila kita dapati diri kita semakin lagha.

p/s: jgn takut pd sakit, sakit adalah kafarah kpd dosa2 lalu.....alhamdulillah

3 comments:

  1. penawar bagi hati itu adalah zikrullah..
    membaca kalam agung..Al-Qur'an..
    serta beribadah selain dari itu..

    semoga dapat melunturkan karat pada 'besi' yang keras nie kn..

    ReplyDelete
  2. Kenikmatan sakit, hanya disedari mereka yang berhubungan dengan-Nya
    Sakit itu satu nikmat juga sebenarnya.
    Ada pepatah berkata:

    “Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”

    Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:

    “Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”

    Maka wajiblah kita memperingatkan diri

    Allah SWT berfirman:

    “Demi Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan brikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” Surah Al-Baqarah ayat 155.

    “Dan patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji, pada setiap tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap juga tidak bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?” Surah At-Tawbah ayat 126.

    “Alangkah baiknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri(taubat dan insaf) ketika mereka ditimpakan azab Kami?…” Surah Al-An’am ayat 43.
    Tiadalah sakit-sakit ini menimpa kita, tiadalah bencana itu ini menyentuh kita, melainkan ada hikmahnya. Allah ingin kita kembali mengingati-Nya, bergerak ke arah-Nya, muhasabah kembali kehidupan kita.

    Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia.Sakit itu kaffarah dosa?

    Di sini kita muhasabah kembali kehidupan kita.

    Sakit itu nikmat, yang tidak boleh kita biarkan ia berlalu sia-sia.

    Ps: dan saya sudah semakin sihat. Sekejap aja sakitnya. Alhamdulillah. Mungkin Allah suruh beringat sahaja. Bila dah beringat, Dia angkat penyakitnya.
    akk doakn adik sihat selalu..insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah, mudah-mudahan kita akan menjadi hamba yang terbaik yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah beri walaupun nikmatnya adalah sakit. InsyaAllah, doa ana dan kami semua untuk anta agar sentiasa diberi kesihatan yang terbaik dan dapat meneruskan perjuangan di bumi Allah ini.

    Semoga cepat sembuh,,jgn lupa minum air kosong byk2,
    semoga Allah merahmati seluruh muslimin dan muslimat.semoga kita dkurniakan sifat sabar dan ikhlas beribadah hanya kerana inginkan redhaNya.amin.semoga anta cepatsembuh..truskan mnulis.seolah2 satu sesi pencucian jiwa ketika membaca entry anta..salam.=)

    ReplyDelete