Pages

Tuesday, March 2, 2010

hati


salam..

kelas petang yg memenatkan,,, tghari td ada test eco..nampaknya saya blurr dan tak dapat jawab walaupun dah study bentuk soklan sama semalam dan pagi tadi.... habis test rasa tangan menggeletar, balik rumah 3 kali tambah nasi makan petang... terus baring,(sedey jugak) pukul 4 sambung kelas sampai jam 6, balik kelas terus ke surau dengar kuliah maghrib dan blk rumah jam 930 malam lepas solat jenazah.

tapi tajuk kuliah maghrib tadi bab menjaga hati, kaitannya kita hendaklah sentiasa menjaga hati kita dalam ertikata membersihkan dan menyucikan hati. disebut oleh ulama imam ghazali sebagai zakiyyun(menyucikan) dan thaharah(membersihkan)

dalam memelihara hati maka hendaklah dijaga pandangan kita, lantaran mata yg zahir inilah yg menjadikan hati kita baik atau buruk. imam syafie r.a pernah suatu ketika menghadapi kesukaran ketika menghafal, lalu bertemu dengan gurunya mengadukan hal itu, lantas gurunya menasihatkan agar beliau tidak melakukan maksiat, lalu beliau teringat suatu ketika beliau pernah terlihat aurat wanita.

dalam kes ini, jika dibandingkan zaman muttakhir, maka lebih dahsyat lagi untuk kita menjaga pandangan kita kerana bila memandang didepan terlihat aurat(rambut), bila tunduk pun masih terlihat aurat yg lebih dahsyat...na'uzubillahi min zalik

bila dah pandang maka hati akan berkecamuk lalu iblis menduga keimanan kita. tanpa iman maka kita terjerumus kepada maksiat..... begitu halnya dalam memilih rakan2, kerana kita juga blh mudah diduga bila terlalu bergaul dengan maksiat, lahirnya perbuatan yg jahat akan menghasilkan noktah hitam didalam hati kita..
wallahu aklam

azlan

2 comments:

  1. Allah Subhanahu Wa Taala berfirman :

    " Katakanlah kepada orang2 beriman laki2 agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya."( An-Nur : 30-31 )

    ReplyDelete
  2. Salam,
    sedikit perkongsian.....
    sebuah hadith berkenaan dgn topik ni

    "Pandangan itu adalah panahan beracun Iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Aku nescaya akan Aku gantikan ia dengan iman dan dia akan memperoleh kemanisan dalam hatinya."
    (hadis riwayat at Tabrani dan al Hakim)

    wallahu'alam

    ReplyDelete