Pages

Thursday, October 27, 2011

Kerja Cari Tuan

Assalamualaikum..

Lagi sebulan nak tamat praktikal dan kerja sambilan, then bln 12 akan membentangkan tajuk thesis saya berkenaan zakat pendapatan. Sekejap aje rasa, kluk klik kluk klik, masa dah berjalan dah 4 bulan saya berpraktikal dan dah 2 bulan bekerja sambilan. Hehe, aneh kan, berpraktikal sambil bekerja dalam waktu office hour yang sama... rezeki... :)

Sebut berkenaan rezeki, sememangnya ianya urusan Allah, Tuhan sekalian makhluk yg Dia ciptakan. Tak kiralah semut, cacing, malah kuman2 yang bergerak hidup ditentukan rezekinya apatah lagi kita manusia ini.

Pastinya setiap daripada kita ada pengalaman dan kisah tersendiri, bagaimana untuk anda pada hari ini berada ditempat anda sekarang, bermula daripada sebuah jalan yang anda letakkan harapan kepada dimana ada rezeki di situlah perlu kita dapatkan. Jika kita malas, maka rezeki itu akan berpindah kepada orang yang selayaknya berusaha. Erti tawakkal dan doa harus beriringan dengan usaha.

Meh kita semua sama2 menjadikan hidup kita lebih beerti dengan kita menjadikan diri kita sebagai pemberi, kerana erti sebuah kehidupan pada memberi, bukan sekadar menerima. Dengan sebab itu,agama kita mengajar kepada kita supaya suka menginfaqkan harta, bersedekah, menderma, mengeluarkan zakat, untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan. Jangan kita selesa dalam menerima semata2.

Teringat pula pesan beberapa naqib saya, kita tidak akan miskin dengan menginfaqkan harta yang kita miliki. Ada benarnya kerana orang yang dilihat memiliki banyak harta, belum tentu mereka merasa cukup, malah ada di kalangan mereka menderita walau hidup dalam harta yang bertimbun.

Eh2.., terlajak pulak...duk citer dari praktikal lain pulak tajuknya... hehe,, dah nak tamat ni, memang duk mencari lubang kerja pula. Resume dihantar sana sini...huhu... uh kerja2.... Abang Najib pulak umum umur persaraan naik ke 60 tahun..perghh tak kiralah ianya merupakan option or tak...saya tetap tak setuju.... Nak cari kerja nak cari kerja...... Lani ada ijazah pun tapi duk berebut dengan mereka yang minta kerja pakai kabel...itulah yang susahnya,,,tup2 syarikat or jabatan kerajaan ni jadi lubuk anak beranak aje... bila la nak kompetetif...dah buat mesyuarat, bos nak marah macam mana, kalau orang yang buat salah tu anak sendiri, setiausaha isteri sendiri, manager anak sedara...haha sakit2...

Meh,, itu kalau ada rezeki buat kita, insyaAllah, tak pun beralih aje kepada sektor swasta or kerja sendiri...

P/s: Kat universiti belajar ambil kos lain, tapi bila kerja tak minat kos yang belajar dan masuk kerja lain,...ader ajer kan... :)

Tuesday, October 4, 2011

Perut Jasad Lapar Makan Nasi, hidangan Rohani pula?

Assalamualaikum wbt

Dari paparan skrin l.c anda, atau barangkali laptop, netbook, i-pad anda utk menatap blog saya ini setelah sekian lama tidak mengisi ruangan post, anda mungkin bukan orang pertama atau bkn pula orang yg terakhir menyemak blog yang tak menarik ini. Apatah lagi mungkin secara kebetulan atau sesaje nak membaca coretan entah apa2.

Alhamdulillah sempat memasak nasi goreng, untuk sarapan ptg hari ini. Apa2 smua yg dimasak memang la sedap sebab perut tak kisah apa yang dimakan asalkan halal walaupun hakikatnya mungkin tak sedap. :) Sekadar menggasak otak yang malas agar rajin memuntahkan isian blog ini..

Masa.

Satu perenggan di atas sahaja anda sebenarnya mengambil masa beberapa saat atau detik yang lalu, bermakna saat anda bermula tadi telah menjadi masa lalu. Begitulah kiranya jika kita membandingkan kehidupan kita yang lalu. Bezanya, tadi anda boleh saja membaca dari awal post ini berkali2 walaupun masa sentiasa berlalu.,sedangkan peristiwa yang telah lalu bersama menjadi kenangan anda, anda tidak berupaya untuk kembali ke masa lalu.
Sebab itu, pergunakan masa hari ini yakni sekarang dengan sebaiknya, agar tinta hari ini akan menulis peristiwa yang akan menukilkan sejarah buat masa hadapan. Kegagalan bukanlah alasan, kesengsaraan bukanlah pelemah semangat, kesukaran bukanlah pemutus semangat juang, kekecewaan bukanlah penghalang yang besar untuk hari2 seterusnya menjadi lebih baik dari semalam.

Tongkat Kehidupan

Orang yang kecewa dalam percintaan manusia seolah2 telah kehilangan isi dunia baginya lantaran harapan yang terlalu tinggi diletakkan kepercayaan terhadap impiannya. Perasaan kusut membaluti kepala bilamana jalan hadapan dirasakan gelap semakin pudar. Begitulah,sesungguhnya hamparan permaidani kehidupan harus dilangkah dengan memerlukan tongkat kehidupan yang utuh. Di sanalah perlunya kekuatan dalaman. Membentuk jiwa bukan sekadar beralaskan semangat semata2, tetapi harus berteraskan kepada ilmu dan bimbingan. Luasnya ilmu Tuhan bagi hambaNya agar manusia hidup perlu kepada panduan perjalanan kehidupan.

Alif Lam Mim. Inilah dia kitab, tidak ada sebarang keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang2 yang bertaqwa. 

Allah maha mengetahui, manusia yang berhadapan dengan permasalahan hidup serta kecelaruan berdepan dengan jalan penyelesaian yang sukar. Maka dengan itu hadirnya kitab yakni AlQuran sebagai penyuluh serta penunjuk kepada jalan keluar permasalahan manusia yang sangat kompleks.

Tunjang kekuatan tarbiyah, rohani, spiritual yang bersemadi dalam jasmani individu harus diiringkn dalam kehidupan agar emotional dan spiritual berjalan dengan serentak pada prestasi yang baik.Pendidikan yang jelas dalam melahirkan jiwa yang kuat ini pastinya memerlukan kokorikulum, kehidupan yang terarah dan bersistem dengan disiplin yang kemas.

Bergembiralah wahai Umat yang bersyahadah, Menangislah wahai yang Ingkar

Janji kemenangan diberikan jaminan Sang Pencipta. Umat Islam pasti meraih kemenangan. Jika ia tidak berhasil menikmatinya ketika di dunia, maka sesungguhnya bukanlah suatu kerugian buatnya, kerana kampung akhiratlah selamanya kekal abadi buat para penghuninya.

Balasan yang baik menanti para ahli yang soleh di dunia ini, sedang azab yang pedih menunggu bagi mereka yang ingkar di dunia. Itulah hak kepada Tuhan Sang Pentadbir Alam. Dia memiliki Arasy yg agung. Kita sebagai hambaNya, memikul amanah yang terberat timbangannya kelak.

Sediakan Ruang Muhasabah

Semoga kita dapat meleburkan unsur syaitan dan sifat kehaiwanan dalam diri kita. Saksikanlah bahawa teman yang baik itu bukanlah mereka yang selalu memuji diri kita, tetapi yang sebenarnya ialah yang selalu menjadi cermin kepada kita agar kesalah pada badan kita di cerminkan kepada kita utk dibersihkan. Di sini jualah satu kestabilan emosi menuntun iman yang mengawal akal dan perasaan agar tunduk menerima ketetapan Ilahi dengan penuh redha dan rasa syukur.

Tuesday, September 27, 2011

Nothing will be change...

Assalamualaikum wbt

Tahun terakhir saya menamatkan pengajian. Hanya beberapa bulan sahaja lagi dalam usia berpaktikal. Kenangan yang bermain dalam benak fikiran zaman kampus sudahpun pudar. Dan saya semestinya harus meninggalkan zaman kampus ini.

Saya berterima kasih kepada teman2 sahabat kampus, bermula zaman diploma....huuhuu...saya ringkaskan...

Diploma..
Semester 1: berjinak2 dengan persatuan kampus. Menjadi ahli persatuan Islam kampus, dalam masa sama menyertai kumpulan nasyid GEMA Uitm. Sem 1 lebih aktif bersama GEMA, menyertai sesi pemilihan anggota kumpuan nasyid baru, dan layak diperigkat pemilihan sehingga latihan demi latihan. Masih teringat, saya dipilih sebagai vokalis lagu Saujana, ...Namun di saat akhir sebelum event, menarik diri kerana event anjuran kampus bercampur gaul antara program2 yang saya tidak gemari.  Lantas saya kembali kepada persatuan Islam kampus dan menjadi Sahabat Persatuan Baitul Hadhari(sebagai rakan exco).

Semester 2 & 3: Menyertai Persatuan Islam Kampus, dan dilantik sebagai bendahari (2007), satu tahun. berbekalkan pengalaman zaman sekolah, walaupun tak minat akaun, tetapi saya mecuba. Berurusan dengan HEP, sangat memberatkan bilamana masa yang ada amat terhad, untuk aktiviti2 lain, study bersukan, dll. Mula menjadi sibuk. Penyakit2 baru menyergah datang. Bermula migrain, gout, batuk berdarah. Cabaran terlalu besar dengan cabaran persatuan yang di pandang serong sesetengah mahasiswa sosial, apa boleh kata, ini persatuan islam (kata temanku). Sikap dingin hubungan dengan pentadbiran juga menjadi kajian saya. Namun, bermula saat ini, saya berusaha membantu pimpinan untuk menjernihkan kembali apa yang keruh dengan hasrat agar persatuan ini menjadi persatuan yang gah dikampus, diterima semua orang.

Semester 4 & 5 : Diamanahkn memimpin Persatuan Islam kampus. Terasa berat, tuntas amanah digerakkan dengan berbekalkan pengalaman bersama para senior yang sudah pun bersara.,membawa anggota exco baru yang tidak dikenali. Namun, jalan juang ninjaku beralaskan kepada pembentukan jiwa individu. bermula proses taaruf, membentuk jiwa2 yang ku sayangi dikalangan mereka, akhirnya semua anggota yang itu menjadi insan yang dikagumi. Dalam masa yang sama, saya turut memangku jawatan presiden kolej setelah hasrat untuk bertanding kerusi exco kerohanian kolej dengan niat hendak menghidupkan program kerohanian kolej, tetapi plan berubah apabila undian memilih saya sebagai presiden. Saya terduduk, berkali2 merayu kepada pihak pentadbir supaya saya tidak dipilih. tapi gagal. Lalu semester itu diharungi dengan saya meletakkan harapan saya harus membina mereka yang saya pimpin dengan jiwa kepimpinan. Formula itu berjaya, dan beberapa bulan berikutnya, saya berjaya mempengaruhi pentadbiran supaya saya dapat melepaskan jawatan. Alhamdulillah, namun berkutnya, barulah saya berada dikerusi kerohanian kolej setelah mesyuarat bersidang(turun jawatan). Dalam semester yang sama, saya dilantik juga sebagai ahli jawatankuasa masjid. Program2 kampus terlalu padat, namun alhamdulillah, formula itu tetap berhasil.

Semester 6: Kembali menuruni semua jawatan, alhamdulillah, lega. Peyaki malap melanda lantaran perubahan secara mengejut, dunia ibarat roda, saya kembali kepada lantai setelah berada di tempat yang tinggi.

Ijazah (Zaman Gelap)

Teruji dengan pelbagai ujian utk memasuki ijazah. Tekanan demi tekanan menyebabkan saya sedikit murung, ditambah dengan ujian yang mendatang. Alhamdulillah, saya mempunyai guru saya tersendiri. terima kasih Abg Muin kerana meninggakan legasi ninja itu kepada saya.

Semester: 3 & 4: Dipilih sebagai Presiden persatuan Islamic Banking. Program2 digerakkan dengan membuat engagement dengan persatuan PALAPES, bersama Mohd Riduan selaku presiden. Alhamdulillah berjalan dengan baik.

Namun zaman ijazah adalah tempoh paling malap bagi saya kerana berdepan pelbagai cabaran termasuk kewangan, ujian diri, yang menyebabkan motivasi menjadi longgar. Terasa banyak bersalah kepada sahabat2 lain.

Zaman berpraktikal: Mungkin menyeronokkan. Saya cuba berusaha mebina engagement baru dengan percaturan jutsu2 baru. Dunia kampus harus saya tinggalkan, untuk bersama masyarakat. Sambil membiarkan teman2 kampus, mereka harus membina tanpa saya, kerana tanpa saya sekalipun, mereka sebenarnya adalah pemimpin2 yang berbakat dan lebih hebat. Itulah kepercayaan saya harus bina, kerana mungkin sebelum ini saya kurang memberi perhatian kepada kuasa kepercayaan ini kepada mereka.

P/s: Sambil bermonolog di office...betulkah keputusanku ini...ya Allah bimbinglah daku dalam setiap urusan kehidupan.

Thursday, September 15, 2011

What Next....?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sakit2 sendi dah pun pulih,,datang pula selesema tanpa dijemput. Dalam keadaaan belumpun selesai menyelesaikan puasa2 sunat, ia menyergah melemahkn badan. Apapun, disetiap datangnya nikmat sakit itu menghilangkan kelazatan perkara dunia yang lain yang barangkali saya tak terduga menerima kelalaian.

Pada usia dah mencecah 24 tahun, rupanya usia sebegini yang sewajarnya perlu diberikan suatu pengiktirafan kepada kisah lalu. Begitulah kisahnya kepada pemimpin terbilang seperti Sultan Muhammad Al-Fateh,pada usia belasan tahun ia sudahpun mengepalai wilayah besar sehingga projek raksasa menawan Kota Constantinople berjaya disandarkan pada bahu usia muda walaupun misi sebelum beliau tidak berhasil. Dan pastinya saya bukanlah sewajarnya meletakkan diri saya dengan membandingkan dengan tokoh tersebut, namun diri ini tetap mengharapkan usia muda ini dihiasi dengan lonjakan jihad. 

Adapun pada diri Rasulullah saw, adalah tauladan paling baik bagi seluruh umat, bahkan baginda diakui sarjana barat, musuh2 sebagai tokoh yang tiada bandingnya. Meneladani setiap jerih perih perjuangan baginda melalui semua aspek kehidupan bukan sahaja daripada tugas kenabiaannya tetapi juga sebagai manusia yang dihiasi dengan fitrah semulajadi sebagai manusia ciptaan Allah.

Pastinya setiap sunnah, ajaran, gerak gerinya, percakapannya, perbuatannya, kehidupannya, lenggang lenggok daripada anggota tubuh baginda di contohi dengan kefahaman yang jelas. Maka sejak usia kecil baginda, sewajarnya diteladani oleh kita semua walaupun dalam tempoh sebelum baginda menerima wahyu, baginda adalah insan yang menjadi perhatian kita dalam aspek pentarbiyahan diri.

Pada angka umur saya, semahunya menjadi harapan usia ini menjejaki perjalanan sirah baginda, kemudian pada usia2 selanjutnya itulah suatu pernghargaan kepada usia untuk menjejaki laluan sirah sunnah baginda. Apakah selanjutnya tinta dan lakaran pada sirah kehidupan baginda pada usia2 seperti saya untuk dicontohi dan diikuti? tamat dengan tandatanya....

P/s: Siapa mahu jawab silakan.... :)

Sunday, September 11, 2011

dunia praktikal

Assalamualaikum,

bersua lagi... sedar tak sedar dah hampir 3 bulan saya berpraktikal. akhirnya saya merasai betapa seronok juga hadir bekerja. benar, bulan pertama akan terasa perit kerana nak menyesuaikan diri dan mengadaptasi dunia baru. daripada staff yang saya mula kenal mulanya agak sukar ditemui titik pemula bicara apa yang dapat menjadikan saya diterima sebagai anggota pasukan mereka. alhamdulillah, lama kelamaan, dengan kerja yang diberikan menjadikan kita berkongsi apa yang kita ada bersama mereka.

sekarang dah 3bulan,berpraktikal dipusat zakat. walaupun namanya pusat zakat, semestinya karenah pelanggan ada juga yang dapat kita pelajari satu demi satu pengalaman. samaada ilmu teori kita diaplikasikan secara praktikal., ia menambahkan lagi kefahaman kita tentangnya. adakala karenah,masalah manusia memberikan suatu keistimewaan bila terkadang saya turut dapat berbual mesra dengan orang ramai mahupun menjadi pendengar yang baik kepada masalah2 mereka. dari masalah kemiskinan beralih kepada masalah rumahtangga, kesemua versi, cerpen, sajak, puisi kehidupan dilagukan di depan kaunter oleh pelbagai ragam manusia.

dalam pada meraikan pelanggan yang berhak, adakala datang juga tetamu tak diundang. bukan fakir miskin sahaja, para pencandu dadah, orang tak waras dan pelbagai jenis manusia meraih simpati. inilah kesempatan kepada saya hari2 bagi mendekati masyarakat dengan memberikan motivasi, menyedarkan mereka selain kefahaman tentang zakat, ilmu2 lain turut disemai agar masyarakat kita terhindar daripada masalah2 luar yang merosakkan.

jangan disangka fakir miskin saje, terkadang, orang kaya raya pun masih nak berharap pada wang zakat. inilah ragam manusia yang biasa saya temui. ada yang datang menangis, ketawa, marah, tengking2, sedih, merayu2, dan lain2.

sekarang masih musim mood raya. banyak jemputan organisasi kepada pejabat, syok jugak kalau kerja indoor dan outdoor..

papepun, yang penting selain mengutip pengalaman tu, thesis perlu disempurnakan,dan tamat saja praktikal, maka berakhirlah pengajian ijazah saya. tup2, entah2 bertunang bernikah entah dekat atau lambat, wallahua'lam...

p/s: tak de pesanan..duduk diam2

Saturday, September 3, 2011

selamat hari raye

assalamualaikum

harapnya masih blm terlewat nak ucapkan selamat hari raya idul fitri, maaf zahir batin bt smua umat Islam yang meraikannya.

ramadhan berlalu berganti syawal, jadi jom sama2 kita pasang niat untuk sambung dgn puasa 6hr pula. besar gnjarannya dan manfaatnya, umpama kita berpuasa sepanjang tahun bila disambung dengan puasa 6hr di bulan syawal.

p/s: tup2 waktu berjalan, tahun ni sederhana sambut raye, tp saya gembira... agaknya tahun depan ni saya masih single atau berdua?

Monday, August 15, 2011

Berleter lagi…Pak Cik Pak Cik…


Assalamualaikum…

Lama tak mengupdate blog ni yang dah mula bersarang. Pun begitu, Alhamdulillah, ada juga ruang-ruang masa mengupdate blog ini di samping mengupdate blog Albanna selaku blog utama penulis.

Sedar tak sedar dah masuk fasa pertengahan bagi Ramadhan, sedang hari yang berlalu terasa pantas membawa masa lalu. Pastinya Ramadhan yang diberikan peluang ni hendaklah kita gunakan sebaik-baiknya, kerana kita tidak tahu bila kita kan pergi menghadapNya dengan bekalan banyak mana. Barangkali bekalan sedikit pun sudah cukup, dan belum tentu bekalan yang banyak membawa kepada syurga. Apa yang jelas di sana adanya rahmat Allah swt, dan kita hendaklah beramal dengan seikhlas-ikhlasnya demi matlamat utama setiap kerja kita, perbuatan kita, amalan kita, percakapan kita, penglihatan kita untuk mendapat keredhaan Allah semata mata.

Comelnya Ciptaan Allah pada diri

Lihat pada susunan jemari kita. Cuba kita buka tapak tangan kita, dan lihat bagaimana setiap jemari kita tu tidak sama panjangnya. dengan ibu jari, jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kerinking, kesemuanya memiliki saiza yang berbeza. Tetapi bilakita genggam tangan kita, kesemuanya berada pada susunan yang rapi membolehkan tangan kita menggempal tangan kita. Hebat bukan? Kalaulah jemari itu memiliki saiz panjang yang sama, pastinya jemari kita kelihatan terkeluar dan menyukarkan kita untuk membuat kerja.

Kemudian, lihat pula pada hidung kita. Barangkali kita memiliki hidung “kepeh” (tidak mancung) atau sebaliknya. Pun begitu, bagaimana kita saksikan rongga hidung kita (lubang gua,hehe) berada dibawah. Bagaimana jika Allah menciptakan untuk kita dengan lubang hidung di atas? Arrggh, susah bukan? Hari-hari perlu bawa payung agar hidung kita tidak bertakung air di dalamnya.

Keunikan yang ada pada seluruh bentuk dan anggota badan kita menunjukkan betapa Allah maha kuasa. Sedangkan kita menyangka kehebatan ciptaan manusia serta adanya teknologi yang hebat seperti teknologi nano, nuclear, bangunan indah dan robotik cukup mengagumkan kita, kita barangkali lupa rupanya ciptaan yang ada disekeliling kita luarbiasa hebatnya. Langit tanpa tiang, bintang dan planet tersusun indah, tumbuhan yang pelbagai, air sungai dan laut masin yang tidak bercampur, membuktikan betapa maha luasnya kuasa Allah. Itupun kita masih berkumitan meratib kehebatan ciptaan manusia sedang segala yang wujud itu memberi erti petanda keterangan kebenaran daripadaNya.

Kesemuanya mengambil manfaat ciptaan daripada Allah. Para pemusik mendapat ilham untuk lagu barunya, engineer mendapat idea berdasarkan rangka ciptaan pepatung yang terbang, pemancing mendapat manfaat di air muara sungai yang sedang pasang, peniaga beroleh untung diwaktu petani memberikan hasil tuaiannya, pelajar mendapat jawapan daripada pembelajarannya dengan alam,para abid memperoleh ketenangan hasil daripada zikir amalannya dan pelbagai lagi.

Perrgghh,,, sampai camtu sekali. Itulah saatnya kita melupakan kehadiranNya dalam hidup kita maka saat itu jualah kita dapati setiap yang kita hadapi tidak merasai betapa indahnya hidup bersyariat.  Bukan susah, kalau tak dapat nak buat satu-satu perkara, janganlah kita meninggalkan kesemuanya. Yang wajib tetap wajib, ada pula perkara lain sebagai penampung amal kita yang bocor.

Sekian untuk leteran pakcik kali ini. Wassalam…