Pages

Sunday, September 11, 2011

dunia praktikal

Assalamualaikum,

bersua lagi... sedar tak sedar dah hampir 3 bulan saya berpraktikal. akhirnya saya merasai betapa seronok juga hadir bekerja. benar, bulan pertama akan terasa perit kerana nak menyesuaikan diri dan mengadaptasi dunia baru. daripada staff yang saya mula kenal mulanya agak sukar ditemui titik pemula bicara apa yang dapat menjadikan saya diterima sebagai anggota pasukan mereka. alhamdulillah, lama kelamaan, dengan kerja yang diberikan menjadikan kita berkongsi apa yang kita ada bersama mereka.

sekarang dah 3bulan,berpraktikal dipusat zakat. walaupun namanya pusat zakat, semestinya karenah pelanggan ada juga yang dapat kita pelajari satu demi satu pengalaman. samaada ilmu teori kita diaplikasikan secara praktikal., ia menambahkan lagi kefahaman kita tentangnya. adakala karenah,masalah manusia memberikan suatu keistimewaan bila terkadang saya turut dapat berbual mesra dengan orang ramai mahupun menjadi pendengar yang baik kepada masalah2 mereka. dari masalah kemiskinan beralih kepada masalah rumahtangga, kesemua versi, cerpen, sajak, puisi kehidupan dilagukan di depan kaunter oleh pelbagai ragam manusia.

dalam pada meraikan pelanggan yang berhak, adakala datang juga tetamu tak diundang. bukan fakir miskin sahaja, para pencandu dadah, orang tak waras dan pelbagai jenis manusia meraih simpati. inilah kesempatan kepada saya hari2 bagi mendekati masyarakat dengan memberikan motivasi, menyedarkan mereka selain kefahaman tentang zakat, ilmu2 lain turut disemai agar masyarakat kita terhindar daripada masalah2 luar yang merosakkan.

jangan disangka fakir miskin saje, terkadang, orang kaya raya pun masih nak berharap pada wang zakat. inilah ragam manusia yang biasa saya temui. ada yang datang menangis, ketawa, marah, tengking2, sedih, merayu2, dan lain2.

sekarang masih musim mood raya. banyak jemputan organisasi kepada pejabat, syok jugak kalau kerja indoor dan outdoor..

papepun, yang penting selain mengutip pengalaman tu, thesis perlu disempurnakan,dan tamat saja praktikal, maka berakhirlah pengajian ijazah saya. tup2, entah2 bertunang bernikah entah dekat atau lambat, wallahua'lam...

p/s: tak de pesanan..duduk diam2

2 comments:

  1. Salam akh/ukhti (aseef tak pasti),

    Boleh tahu berpraktikal di pusat zakat mana? Dan biasanya apa job scope yg mereka beri utk budak praktikal ye? Ambil jurusan apa dan di mana? Maaf byk bertanya sbb saya pun inshaAllah akan praktikal di PPZ tapi belum finalize tempat praktikal lagi cuma baru dapat offer di situ.

    Syukran :)

    ReplyDelete
  2. wassalam
    tmpat di salah sebuah daerah terengganu
    biasanya kalau musim bukan dalam sem yang ada bulan ramadhan,,kerja blh tahan banyak,cam kira duit, layan customer, bg agihan, outdoor agihan pun ada cth distribute beras fidyah dan dana bantuan, kerja dalaman ni, smua benda buat, dari sekecik2 benda...fotostat,bersih ofice, ....tp bergantung pada tmpat tu sbnarnye, kalau tak kita tak buat pape dan takda pngalaman, kena byk tlg dan bertanya,

    kalau bukan bulan puasa pun, kutipan zakat akan lebih kepada kutipan zakat pendapatan dan simpanan,emas,perniagaan...kalau bos bg kita kutip, blh la..kalau tak kita just tolong staff aje..

    saya jurusan perbankan islam

    ReplyDelete