Pages

Thursday, September 15, 2011

What Next....?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sakit2 sendi dah pun pulih,,datang pula selesema tanpa dijemput. Dalam keadaaan belumpun selesai menyelesaikan puasa2 sunat, ia menyergah melemahkn badan. Apapun, disetiap datangnya nikmat sakit itu menghilangkan kelazatan perkara dunia yang lain yang barangkali saya tak terduga menerima kelalaian.

Pada usia dah mencecah 24 tahun, rupanya usia sebegini yang sewajarnya perlu diberikan suatu pengiktirafan kepada kisah lalu. Begitulah kisahnya kepada pemimpin terbilang seperti Sultan Muhammad Al-Fateh,pada usia belasan tahun ia sudahpun mengepalai wilayah besar sehingga projek raksasa menawan Kota Constantinople berjaya disandarkan pada bahu usia muda walaupun misi sebelum beliau tidak berhasil. Dan pastinya saya bukanlah sewajarnya meletakkan diri saya dengan membandingkan dengan tokoh tersebut, namun diri ini tetap mengharapkan usia muda ini dihiasi dengan lonjakan jihad. 

Adapun pada diri Rasulullah saw, adalah tauladan paling baik bagi seluruh umat, bahkan baginda diakui sarjana barat, musuh2 sebagai tokoh yang tiada bandingnya. Meneladani setiap jerih perih perjuangan baginda melalui semua aspek kehidupan bukan sahaja daripada tugas kenabiaannya tetapi juga sebagai manusia yang dihiasi dengan fitrah semulajadi sebagai manusia ciptaan Allah.

Pastinya setiap sunnah, ajaran, gerak gerinya, percakapannya, perbuatannya, kehidupannya, lenggang lenggok daripada anggota tubuh baginda di contohi dengan kefahaman yang jelas. Maka sejak usia kecil baginda, sewajarnya diteladani oleh kita semua walaupun dalam tempoh sebelum baginda menerima wahyu, baginda adalah insan yang menjadi perhatian kita dalam aspek pentarbiyahan diri.

Pada angka umur saya, semahunya menjadi harapan usia ini menjejaki perjalanan sirah baginda, kemudian pada usia2 selanjutnya itulah suatu pernghargaan kepada usia untuk menjejaki laluan sirah sunnah baginda. Apakah selanjutnya tinta dan lakaran pada sirah kehidupan baginda pada usia2 seperti saya untuk dicontohi dan diikuti? tamat dengan tandatanya....

P/s: Siapa mahu jawab silakan.... :)

2 comments:

  1. gambar pada entry ni mungkin boleh menjawab.. :)
    Kalau baginda Rasulullah, zaman bujangnya tamat di usia 25 tahun.. Adakah enta juga akan mengikutinya? Memandangkan usia enta sekarang sudah 24 tahun.. :)

    Ape pun, semoga di permudahkan untuk terus melakar kehidupan enta seterusnya..

    ReplyDelete
  2. hidup itu seperti satu garis lurus.. satu timeline.. alhamdulillah..tetapi.. kita kena sedar.. kita perlu sentiasa tahu.. bahawa.. hidup masih panjang.. jadi.. kita lihat perjalanan garis masa ini.

    mungkin kita akan berkerja.. dan kahwin.. ini dua perkara yang paling besar dalam kehidupan manusia di dunia ini. pilih yang boleh mendekatkan kita dengan Allah.. insyaAllah bahagia rumahtangga.. insyaAllah.. hidup ini banyak matlamat sebenarnya.. dan dapat mencapai matlamat itu ada banyak cara.. cara itulah yang perlu dinilai tiap kali membuat pilihan.. sama ada.. ianya mendekatkan diri kita dengan Allah atau menjauhkan.. life is about choices.. and in every choice, we need to evaluate it.. wether the choice we took directly bring us to Allah or not.. begitulah.. pokoknya setiap kehidupan ini ‘ibadah sebenarnya kalau tujuan niatnya adalah kepada Allah s.w.t.. memang kita diciptakan untuk beribadah.. dan ibadah itu luas rangkuman maksudnya.. bukan setakat solat dan zikir sahaja.. mandi, tidur, makan, berkawan, semuanya tu adalah ibadah juga.. sekiranya kita diniatkan itu semua kepada Allah.. dilakukan kerana Allah.. lillahi ta’ala.. segala yang baik yang diniatkan kepada Allah.. insyaAllah…

    ReplyDelete