Pages

Tuesday, May 31, 2011

siapa...

Bismillah..

Assalamualaikum wbt

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

p/s: semoga Allah memelihara iman semua... 
"ya Allah,jadikan diri kami, putera/i2 mujahid/ah kami bersama2 orang2 yang berada dalam jalanMu"

ya.... Chaiyyokk2!!!

(gambar tiada kaitan dengan posting)
Bismillah, 
Assalamualaikum...

rasanya sudah 4-5 post saya telah siapkan, tapi di akhir post, saya tekan ctrl+A kemudian delete. untuk menghasilkan post yang saya karang  dari isi lubuk hati... tp posting yang berjaya dipostkan ini, sudah 100% berbeza dari posting2 yang telah dipadam.biarlah menjadi rahsia buat seketika.

sukar juga mengarang sesuatu yang lahir dari lubuk hati, untuk diterjemah dengan berani. akhirnya saya memilih jalan selamat dgn menahan tangan saya daripada cerita-cerita yang terlalu rahsia. berserah pada Allah sahaja agar Dia memelihara perkara yang dalam ketentuanNya, mudahan Allah memberikan apa yang terbaik untuk hambaNya yang malu dihadapan manusia, kerana segala rahsia manusia hanya diketahui Allah sahaja, maka tidaklah saya terasa malu berbicara dengan Allah, mengungkap apa2 sahaja yang menjadi rahsia kepada manusia yang tidak tahu.

itulah juga cara saya sebelum2nya, membiarkan rahsia yang tersimpan untuk urusan Allah, yang menyebabkn saya mengambil jalan tengah untuk redha perkara yang telah terjadi, itu lebih baik daripada mengambil sesuatu jalan yang tidak pasti yang akhirnya menjadikan diri menyesal sepanjang hidup. kerana ini bukan soal mainan.

tetapi tidak mengapa, kerana erti derita sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan saya, bukan sekali untuk telah kecewa (pada pandangan mata manusia). begitulah, bila kita menyusun awlawiyyat kedudukan Allah, Rasul dan makhluk2 pada hidup kita maka insyaAllah..kita mampu hadapinya...

Asalkan bahagia. Ya,,Chaiyyokk2!!! (",)

p/s: Kita ada Allah, kita ada shbt2... (",)

Sunday, May 29, 2011

Pertemuan 2 Kekasih Agung Pelerai Segala Duka

sahabatku,
kalian merupakan pemuda/serikandi ummah, maka janganlah merasa lemah.
kalian merupakan pembawa obor amanah, maka janganlah padamkan nyalaan cahaya yang menerangi,

sahabatku,
ambillah ruang masamu untuk beristighfar, merapati bicara bersama Dia yang sedia mendengar luahan rintihmu,
ingatlah sahabatku, Dia bukan tidak mendengar atau pekak sebagaimana lemahnya makhluk,
bahkan Dia sentiasa berbicara denganmu, mengawal urusan hidupmu,
Dialah yang memelihara imanmu, Dialah yang menguatkan kedudukanmu,
Dialah yang menyembuhkan kedukaanmu.

Sahabatku.,
berusahalah untuk melihat segala permasalahan hidupmu,apa jua yang engkau rasai kepenatan, kesedihan, tekanan,cercaan sebagai suatu celupan tarbiyah dari Allah yang sangat istimewa,
insan yang istimewa disisi Allah yang sentiasa menerima dugaan,mehnah dan tribulasi dalam kehidupan.
bukankah itu suatu petanda bahawa urusan hidup ini yang penuh mehnah,lalu disaat terhamparnya jalan kemudahan, kesenangan dan penyelesaian sebelum ini sebagai suatu bukti Allah sentiasa mengawalnya dan mengaturkan yang terbaik untuk insan istimewa dan terpilih olehNya?

Sahabatku,
jangan hidup bersama emosi yang luntur, jangan kekal dalam kesedihan,
kesedihan akan membunuh keriangan, dan mematahkan sendi untuk bermujahadah,
kita tak kan hidup dengan pujian manusia, ataupun mati dengan cacian mereka,

sahabatku, 
renungkan perjalanan insan agung ini...
saatnya nabi lahir dalam keadaan bapanya Abdullah tiada,
saatnya ia tidak pernah merasai kasih sayang seperti anak-anak biasa memerlukan belaian ibu,kerana Aminah  telah wafat,
saat ia membesar dalam keadaan yatim piatu,

saat nabi kehilangan insan yang tersayang dalam keadaan nabi amat memerlukan mereka,
saat nabi kesedihan disaat ia memerlukan teman bicaranya yang sejati sang isteri Siti Khadijah yang amat dicintai yang pergi menghadap Ilahi,
saat nabi teraniaya oleh ancaman quraisy dalam keadaan perginya bapa saudaranya Abu Talib yang senang melindungi anak saudaranya itu,
saat nabi dan para sahabat berdepan tekanan 3 tahun lamanya terpulau oleh kaum sendiri,
saat ia dilontar sehingga luka tubuhnya sewaktu di Thaif,
saat ia diancam bunuh oleh rancangan musuh yang mendapat perancangan sama dari syaitan,
saat ia diletakkan bangkai haiwan sewaktu solatnya,
saat najis bertebaran dilaman rumahnya oleh tindakan perempuan yahudi yang membencinya,
bukankah itu lebih besar dari apa yang kita rasai,
tidakkah kita berfikir sejenak, apakah yang nabi rasai dihatinya?

tetapi, Allah itu tidak tidur dan tidak pernah leka wahai sahabatku,
Dia mengatur urusan hidup hamba yang dikasihinya,
bimbanglah kiranya kita hidup dalam keadaan tiada apa-apa ujian, namun Allah tidak pedulikan kita.

saat nabi bersugul hati, dalam kesedihan,
Allah memujuk hati nabi yang sangat dikasihinya,
Allah membekalkan kepada nabi perjalanan Isra mi'raj sebagai berita gembira untuknya,
hati rasulullah terhibur, bertemu Tuhan yang menciptakannya,
Allah memotivasikan nabi dengan peristiwa agung itu.
saat pertemuan yang menemukan pertemuan diantara 2 Kekasih.

Rasulullah kembali ceria,
dia bagai disuntik semangat yang tidak padam,
ia membekalkan rasa cintanya yang terpendam untuk dikongsi bersama umatnya,
umatnya yang amat dicintainya,
yang diulang sebutannya sebelum wafat.
cintanya pada umatnya..

Pertemuan Pasangan Kekasih ini, bukan beerti nabi terlepas daripada mehnah sementara,
bahkan baginda terpaksa menghadapi saat berperang dengan kaumnya sendiri,
melawan kaumnya yang terperosok dalam alam syirik,
bahkan baginda turut disihir,
baginda turut diracun sehingga membawa kepada sakit yang berpanjangan sebelum wafat.
itulah dia pilihan Allah, yang mendapat asuhan daripada Allah,
yang mendapat penjagaan daripada Allah.

maka sahabatku,
jangan berduka, kerana dirimu ada diriku,
dirimu adanya sahabat-sahabatmu,
dirimu ada yang menemanimu,
dan yang paling istimewa, dirimu ada Allah, yang sentiasa memeliharamu!

Friday, May 27, 2011

merapati pintu gerbang keluar sekolah kejurulatihan

bismillah
Assalamualaikum wbt

dalam menanti waktu praktikal bulan julai,(pejam celik pejam celik tak lama lagi), tak terasa bahawa langkah sudah mula merapati pintu gerbang alam masyarakat. Dan paling saya lupa bahawa saya akan meninggalkan sahabat2 kampus setelah bersama agak lama, berkecimpung sejak diploma dan ijazah di universiti cawangan yang sama, mengemudi bahtera serta menjadi follower,merasai jatuh bangun, merasa terpukul dan dipukul ujian,menyelami makna keegoan, dan yang manisnya tetap pada ukhuwah yang terjalin bersama mereka.

tempat praktikal yang dipilih dekat dengan rumah, dan masih satu daerah dengan kampus, membuktikan betapa saya agak merindui tempat saya diasuh.,dalam masa yang sama untuk memudahkan pembikinan thesis dalam waktu praktikal. alasan yang tidak membina kata seorang sahabat saya yang ingin saya mengorak langkah yang lebih jauh.


terkadang terasa juga hendak merantau dan menimba pengalaman di tempat asing, membina kekuatan dan menguasai lapangan baru. Mungkin alam kerja nanti, cari tempat yang jauh sedikit, bukan hendak melarikan diri dari keluarga, tetapi ingin mengembara, menuntut kepada persiapan diri supaya angin perubahan memaknakan kehidupan yang semakin mencabar.

dan alhamdulillah, satu daripada amanah-amanah yang saya pikul sudah ditarik kembali, dipakai mereka yang lebih layak.


ini bukan artikel sedih-sedih,(",) tapi saya tetap percaya, ada ketika kita perlu melepaskan sesuatu yang kita sayang untuk sesuatu yang lebih besar.

Tuesday, May 24, 2011

Pesanan yang membekas dihati dari seorang naqib

bismillah,

di antara pesanan naqib saya...

*lan, pakai pakaian biar bergosok
*lan, kalau pandang muslimat, jgn pandang matanya, jangan pulak tunduk, tengok muka kalau bercakap, dan pandang ke arah atas daripada matanya, kat dahi... pandang mata ni.....
*lan, jangan pakai baju besar lan
*lan,abe nak tengok setiap masa lan potong kuku
*lan, pakai minyak wangi sikit kalau ada, rambut biar kemas
*lan, bercakap biar yakin, dan jangan gugup
*lan, amalkan tahajjud, dan solat dhuha, pada keduanya nabi tak pernah tinggal, dan pasti ada ganjaran besar
*lan, bercakap dengan senior,orang yang lebih tua dalam ni, amalkan panggil abang, akak(kak), jangan panggil nama dia macam kawan biasa.
*lan,abe hari2 fikir pasal lan
*lan, gud luck
*lan, lipat lengan baju kemas2
*lan, ukhuwah kita lebih daripada adik beradik kandung lan

*lan, I love U

saya balas adakala dgn ucapan sama kpdnya, cuma kata saya kepadanya... "be... lan tak sanggup kalau abe pergi dulu.... "

ucapan2 yang cukup membekas di lubuk hati saya... menutup peristiwa yang adakala pernah jua datang benci,marah,geram...biarpun adakala lamanya tidak mendengar nasihat darinya,ucapannya, panggilan telefon darinya, mesej dan lain2... cuma 1..
kerana dia tetap naqibku yang amat saya cintai...

ajak manusia kenal Allah dan RasulNya,

dakwah...

membawa erti seru,ajakan,menarik,panggil... kepada jalan Allah taala semata2.
bukan sekadar teori, bahkan memerlukan anggota2 jasad bergerak, sama ada lidah yang menyusun kalimah, tangan yang berjemari setiapnya, kaki yang mengolah langkah, pendek kata, semuanya boleh bertugas melaksanakan operasi dakwah.

dakwah tidak memerlukan sebarang gelaran atau pangkat, tidak perlu pada panggilan ustaz/ah, datuk atau tan sri atau tun,tidak terikat kepada sebarang tittle kerana dakwah tidak bersifat ekslusif untuk golongan tertentu sahaja.

dakwah bukan perkara baru. dari nabi adam, bapa manusia telah mendakwahkn keluarganya, dan para anbiya' yang diutus membawa mesej yang sama, mengesakan Allah dan mengabdikan diri kepadaNya tanpa mensyirikkanNya dengan sesuatu.

dakwah,bukan kerja mudah, ada yang terkorban, dan ada yang dikorbankan oleh sasaran yang didakwah. berjaya bukanlah pada ukuran berapa banyak yang didakwah, kerana yang penting adalah tugas menyampaikan seruan dakwah.Itulah pertanyaan Allah kelak. Nabi Nuh a.s, sekitar 83 orang pengikut, yang sedia menerima ajakannya sedangkan anaknya menolaknya. Nabi Luth as, tidak berupaya membawa isterinya bersama dalam lingkungan seruannya kerana tentangan yang berterusan. Nabi Zakaria dan Yahya masing2 dibunuh kaum yahudi dengan digergaji dari kepala dan tubuhnya serta anaknya dipotong kepalanya. Itulah perjuangan mengangkat seruan dakwah kebenaran pada zamannya.

Makanya, kita yang menjadi rantaian dakwah, yang menyambung tugas mulia ini sentiasa berdoa kepada Allah agar tidak dibebankan tugas mulia ini sebagaimana diuji kepada mereka yang sebelum dari kita. Dakwah bermula dari individu, keluarga,sahabat handai, jiran dan masyarakat. Ada yang mampu mendakwah masyarakat tetapi tidak pada keluarga, ada juga yang sebaliknya.

kerana persoalan semua ini hanya di tangan Allah semata2. Dialah yang menguasai hati2, Pemilik kpd segala hati2 manusia, yang membuka serta menutup pintu hati.
mudahan kita sentiasa dibukakan hati olehNya. InsyaAllah

Tuesday, May 17, 2011

Pengorbanan VS Love

pengorbanan ertinya kita melepaskan sesuatu yang bukan sekadar berharga, tetapi melepaskan sesuatu yang kita sayangi...

mungkin ibrah dari peristiwa Nabi Ibrahim yang menyembelih anaknya Ismail, sebagai suatu bukti bahawa erti pengorbanan yang hakiki adalah sanggup bertarung dengan kehendak dan nalurinya yang begitu kasih terhadap anaknya Ismail. Namun Allah, membuktikan kekuasaanNya kepada ketaatan perintah yang ditunjukkan oleh baginda.

Memaknakan pengorbanan, maka Umar pernah melepaskan 1/2 hartanya untuk perjuangan Islam. Abu Bakar pula tidak membiarkan baki kecintaan bertakung dihatinya walau sebesar mana sekalipun apabila keseluruhan harta miliknya diinfaqkan untuk perjuangan Islam.

Pengorbanan ertinya engkau memisahkan kecintaan terhadap apa yang engkau sayangi, untuk suatu kepentingan yang lebih besar. Maka, pengorbanan yang dilaksanakan akan hanya dinikmati oleh mereka yang benar-benar ikhlas di jalanNya.