Pages

Saturday, August 21, 2010

Apa Nasib Bangsaku kemudian hari...

salam...

saban hari boleh dihitung setiap akhbar memaparkan halaman bayi yang dibuang, maknanya jumlah tersebut tidaklah tepat jika sekiranya setiap hari ada laporan. Sebenarnya, mingkin banyak lagi bayi2 yang "tertanam" tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

ZINA

Apa kaitannya dengan gejala sosial yang membarah dalam masyarakat kita dengan zina? dah tentulah anak2 yang lahir tersebut tak der ayah rasmi/sah ini "dihasilkan" daripada perbuatan zina. Cuma untuk bahasa yang agak manis, zina jarang digunapakai dalam masyarakat kita akibat doktrin yang cuba membezakan zina dan hubungan seks kalangan remaja/pasangan yg belum berkahwin. Mereka yang belum ada ikatan perkahwinan yang sah, telah pun mempunyai anak? kalau di barat ini mungkin biasa, tp kita sebagai negara timur memang diikat dengan peraturan. Sebenarnya, adat ketimuran telah lama terhakis, yang hilang didada adalah agama lantaran negara yang mendakwa sebagai negara Islam mempunyai pemimpin sekular yang memisahkan hubungan agama dalam mentadbir amanah yang dipegang.

Kaitan

sedarkah kita kenapa bulan 8(bulan kita sedang berpuasa plak tu, ramai yang melahirkan anak tak cukup sifat dibuang pula dalam tong sampah? ada apa dengan angka 8?

baiklah, mari kita hitung... 8 bulan yang lepas kita berada pada bulan januari bukan? ya, bulan januari... apa ada pada bulan januari? jawapannya ialah pada bulan tersebut, negara kita sedang meraikan dengan meriah sambutan ulangtahun tahun baru!!! apa pulak tak boleh ke? laa, tak ke terfikir, inilah pemimpin kita tak pandai sifir sosial. pada perayaan tersebut, remaja mengambil kesempatan untuk melakukan ZINA!!!

dan percayalah, pada bulan 9 nanti, banyak lagi bayi2 akan "menetas". tak percaya? pada bulan sembilan, jika kita berbalik pada 9 bulan lalu, pastinya kita berada pada bulan febuari, nah apa ada pada bulan febuari? Ya..., pada bulan tersebut negara kita melalui peranan akhbar juga memperingati hari kekasih atau (14 Febuari) HARI VALENTINE!!! remaja2 pada masa itu sekali lagi BERZINA bagi membuktikan cinta mereka. Nah, pemimpin2ku, kau langsung tak kisah pada perkara ini, pada kau, makin remaja dan masyarakat seronok dengan hiburan, makin mudahlah mereka engkau perbodohkan. Dan setiap perayaan agung remaja seperti april Fool, juga nantikanlah 9 bulan berikutnya selepas april, maknanya, pada bulan januari, akan ada juga kes2 buang bayi hasil ZINA.

Racun Yahudi dan Nasrani

Allah telah menjelaskan bahawa 2 penganut agama tersebut tidak akan pernah redha kecuali Muslim mengikut telunjuk mereka. Setiap jarum sudah mula tertanam dalam setiap negara Islam dikalangn pemimpin2 mereka.

Ayuh sama2 kita bawa masyarakat kita kepada jalan yang lurus, berdakwah kepada Allah dan menidakkan serta menghapuskan taghut2 yang menentang kebangkitan Islam di muka bumi ini. wallahuaklam.

Buktikan sistem dinar, dirham boleh berjaya ?


 petikan http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8087376.asp
KOTA BHARU – Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin meminta Kerajaan Negeri menunjukkan sejauh mana kejayaan urus niaga sistem dinar dan dirham.

Beliau menyarankan kepada pihak yang memperkenalkan sistem itu boleh membuktikan jumlah sebenar perniagaan menggunakan sistem terbabit pada penghujung tahun.

Menurutnya, jika dalam tempoh dua atau tiga tahun ia menunjukkan jumlah penggunaan RM2 bilion perkara berkenaan cukup bagus dan boleh dipelajari.

“Saya nak tahu, nanti kita nak tanya berapa jumlah sebenar urus niaga di Kelantan yang guna dinar dan dirham. Sehari berapa. Banyak mana perniagaan yang guna dinar dan dirham.

“Kalau orang beli untuk simpan buat apa. Jika ada beberapa orang sahaja yang guna pun buat apa. Nanti kita mahu melihat buktinya,” katanya semalam kepada pemberita sempena Mesyuarat Majlis Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Bangunan UMNO Kelantan.

Awang Adek juga mahu ia dibuktikan dengan statistik penggunaan dan ia bukan dicakapkan sahaja tanpa bukti kerana sekiranya ia berjaya perkara ini boleh dipelajari dan apa yang dianggap sebelum ini tidak benar.

“Saya juga sangat yakin sebenar perkara ini (penggunaan dinar dan dirham) tidak akan ke mana-mana dan ia tidak akan berlaku secara berterusan.

“Banyak risikonya, ia tidak praktikal bagaimana dengan cara bakinya, ia juga tidak memudahkan kepada pengguna kerana perlu mengetahui nilai sebenar semasa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan tindakan pemimpin Barisan Nasional yang mempertikaikan sistem dibuat berdasarkan fakta dan ilmu.

“Saya mempelajarinya, apa guna ilmu. Kami bukan mahu tunjuk pandai.

“Rakyat sudah keliru dengan apa yang diperkatakan oleh pihak yang memperkenalkannya. Saya serah kepada Bank Negara untuk menilainya sendiri,” katanya.

komen saya:

terkejut... ternyata bekas bakal MB Kelantan ni semakin menyerlahkan kejahilan sistem ekonomi yang beliau pelajari daripada sistem barat yang tertanam dalam lubuk kepalanya. Memalukan, beliau nyata tidak faham malah terus meletakkan pandangan negatif terhadap kekuatan matawang Dinar dan Dirham. Lebih baik Awang ni letak jawatan sajalah, sebab tu ekonomi terus merudum, Paklah yang kuat tidur tu pun tak der lah sampai terpaksa ambil hak rakyat untuk tampung kantung kerajaan.

beliau seolah2 merendah-rendahkan sistem kewangan Islam dengan menolak kekuatan yang ada pada penggunaan dinar dan dirham berbanding sedia ada , iaitu berbentuk Fiat Money. Siapa yang berikan teori kewangan sedia ada kukuh sehingga Awang mendabik dada bahawa "caranya" lebih hebat? Lupakah beliau krisis ekonomi seluruh dunia dengan matawang sedia ada?Racun penjajah melekat rapi pada pak timbalan menteri ni.

Tak dinafikan, bukanlah 100% dinar ni boleh diaplikasi dalam kehidupan, namun dalam konteks ekonomi makro, peranan dinar tidak boleh dinafikan. Setiap yang Rasulullah ajar dan guna, ada hikmahnya. Nilai emas saban hari tidak pernah jatuh  nilainya, malah semakin tinggi dipasaran, sedangkan wang sedia ada boleh di manipulasi dengan hebat berbanding kesan manipulasi ke atas emas. Barat cukup takut sekiranya negara Islam bergabung membentuk kesatuan yang bersama-sama menggunapakai "Gold-money" sebagai exchange dalam pasaran.

Sejak dahulu, Awang memang anti sitem AIslam, apa agaknya bila Awang menang tempohari sebagai MB. Mungkin pertamanya beliau hapuskan saki baki sistem Islam. Awang patut malu sebab beliau yang mempertahankan judi bola diterbitkan lesen. Memang layak dipanggil Awang Judi. Aduhai Awang, malulah sikit.

Sejak mula kenal nama Awang ni, saya tak pernah mendengar idea bernas daripadanya. Awang, sedarlah..... Tun Mahathir wajar dipuji kerana beliau mengutarakan Malaysia menggunakan dinar emas. Awang wujud sekadar memusnahkan ekonomi negara dan harapan umat Islam.

Sunday, August 8, 2010

Ayah Chik yang terer dihatiku

ayah chik suke ngail bila terluang
ayah chik tak da mslh nk turun padang "membelah mulut" di majlis kesyukuran

ayah chik buat sendiri
.. rumah ayah chik, bukan banglo, dalam rumah ada library, kerusi kayu lusuh,perabot? entah, tak nampak mana.....xcaya? lawatlah ayah chik
setiap jumaat ayah chik bagi khutbah
sebelum khutbah, ayah chik bagi kuliah dulu, rehat2 dan layan tetamu then berkhutbah
nah, ayah chik(baju putih duduk) kepenatan selepas menyelamatkan mangsa yg hampir lemas, ayah chik sanggup terjun laut masa musim ombak besar time tu

tak tenang...


assalamualaikum

syukur alhamdulillah, hari ini penuh dengan kerja2 yg akhirnya diselesaikan dengan adil. adakala terasa bagai penat untuk hidup, tp memikirkan bekalan, tidak pula nk rasa pergi menghadap Tuhan pada saat2 yg saya sendiri takut nk hadapinya.

sejak kebelakangan ini, jarang sekali saya sempat  menelaah al-quran secara baik,untuk turun memberi kuliah,berpuasa sunat, untuk bangun waktu malam semasa manusia semua tidur, mengapa agaknya, saya mengeluh. sedang banyak pula rasanya maksiat bersarang dihati.

nampaknya, kesibukan dunia menjadikan diri ini sedikit leka. dahulunya, saya sering dijaga dengan begitu baik oleh naqib kesayangan, sejak berpisah dan jarak yg memisahkan, terasa sedikit perasaan lagha mula menghuni. dan kini, giliran saya pula mengambil alih tugas yg disempurnakan untuk saya dahulu bt generasi baru. selalu sahaja diriku menjadikan naqibku dalam bayanganku, dalam tenang dalam jaga.

huuuuu...begitu merinduinya dan amat sekali menyayanginya....cinta benar terhadap naqibku.
i still need you....to guide me... haluan jalanku...adalah haluan naqibku...

Sunday, August 1, 2010

Belajar untuk apa...?

Assalamualaikum

pertama kali beberapa bulan ni membaca surat khabar, walaupun sebenarnya sentiasa membaca menerusi online, tajuk akhbar yang saya baca adalah mengenai rombakan kecil terhadap FAM. tidaklah berhasrat saya nak lanjutkan apakah wajar atau tidak mengenai berita yang menjadi bualan bahagian sukan di Malaysia sekarang ni, cuma teringat apa yang dikata oleh pensyarah dalam kelas.

Saya memang sangat meminati subjek management walaupun sebenarnya saya sangat lemah apabila dalam realiti mengurus. Tetapi sekurang-kurangnya, terlintas dibenak fikiran saya, bagi mewakili mahasiswa lain yang bersependapat dengan pensyarah saya, mengatakan apa yang kami belajar dalam subjek management atau silibus pelajaran kami, langsung tidak berkait dengan suasana realiti sebenar.

Sumber serta rujukan kebanyakan universiti terutama buku-buku terjemahan, datangnya daripada penulis barat. Antara penulisnya adalah Ron Sanchez, Aime Heene, Harold R. Wallace,L. Ann Masters dan lain-lain lagi memberikan sumbangan yang baik dari sudut penulisannya. Bahkan di barat, oraganisasi yang tertubuh dan individu yang cekap dalam pengurusan sepertimana Bill Gates, Donald Trumph dan lain-lain mengamalkan pengurusan yang begitu efisyen dan berkesan sehingga mampu bertahan dalam kemelut organisasi mahupun ekonomi. di sudut lain pula menceritakan bahawa mereka mengamalkan perkara yang mereka sendiri diajar dalam kokurikulum mereka. Hairannya di negara kita yang "berkiblatkan" ilmu barat, kita diajar mengikut barat, tetapi olahan kita lakukan sendiri. Yang menjadi peliknya, jika ia dinamakan inovasi tak apalah, tapi bila prestasi merudum dan menunjukkan kegagalan semakin berterusan entah formula apa yang dicipta.

Sebagai contoh, seorang pengurus atau CEO sebuah syarikat yang mana jika dibawah "pemerintahannya" itu syarikatnya mengalami kerugian besar kepada syarikat, maka Board of Director mungkin akan mengenakan tindakan drastik menukar orang lain menggantikan CEO tadi. ataupun dalam suasana politik sekalipun, di barat, di Jepun, mereka begitu memiliki integriti yang tinggi dan sikap kebertanggungjawapan terhadap kemerosotan atau kepincangan dibawah kelolaannya sehingga menjejaskan prestasi kawalannya.

Tetapi di sini...mungkin tidak... walaupun gagal, merosot dan semakin lemah, walaupun ada nyawa yang menjadi taruhan, atau negara menjadi gadaian, pemimpin teratas masih selamat. Yang jadi mangsa adalah orang bawahan yang dibuang, ditukar dan dipecat.Sampai bila-bilapun prestasi tak kan meningkat, malah makin merudum.

Begitulah nilainya sebuah "pengurusan yang cemerlang" yang membelenggu sektor-sektor serta organisasi negara kita serta mereka-mereka yang memiliki watak antagonis dalam jiwa mereka.

p/s: Guna la Acuan Islam, kan lebih bagus,