Pages

Saturday, August 21, 2010

Buktikan sistem dinar, dirham boleh berjaya ?


 petikan http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8087376.asp
KOTA BHARU – Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin meminta Kerajaan Negeri menunjukkan sejauh mana kejayaan urus niaga sistem dinar dan dirham.

Beliau menyarankan kepada pihak yang memperkenalkan sistem itu boleh membuktikan jumlah sebenar perniagaan menggunakan sistem terbabit pada penghujung tahun.

Menurutnya, jika dalam tempoh dua atau tiga tahun ia menunjukkan jumlah penggunaan RM2 bilion perkara berkenaan cukup bagus dan boleh dipelajari.

“Saya nak tahu, nanti kita nak tanya berapa jumlah sebenar urus niaga di Kelantan yang guna dinar dan dirham. Sehari berapa. Banyak mana perniagaan yang guna dinar dan dirham.

“Kalau orang beli untuk simpan buat apa. Jika ada beberapa orang sahaja yang guna pun buat apa. Nanti kita mahu melihat buktinya,” katanya semalam kepada pemberita sempena Mesyuarat Majlis Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Bangunan UMNO Kelantan.

Awang Adek juga mahu ia dibuktikan dengan statistik penggunaan dan ia bukan dicakapkan sahaja tanpa bukti kerana sekiranya ia berjaya perkara ini boleh dipelajari dan apa yang dianggap sebelum ini tidak benar.

“Saya juga sangat yakin sebenar perkara ini (penggunaan dinar dan dirham) tidak akan ke mana-mana dan ia tidak akan berlaku secara berterusan.

“Banyak risikonya, ia tidak praktikal bagaimana dengan cara bakinya, ia juga tidak memudahkan kepada pengguna kerana perlu mengetahui nilai sebenar semasa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan tindakan pemimpin Barisan Nasional yang mempertikaikan sistem dibuat berdasarkan fakta dan ilmu.

“Saya mempelajarinya, apa guna ilmu. Kami bukan mahu tunjuk pandai.

“Rakyat sudah keliru dengan apa yang diperkatakan oleh pihak yang memperkenalkannya. Saya serah kepada Bank Negara untuk menilainya sendiri,” katanya.

komen saya:

terkejut... ternyata bekas bakal MB Kelantan ni semakin menyerlahkan kejahilan sistem ekonomi yang beliau pelajari daripada sistem barat yang tertanam dalam lubuk kepalanya. Memalukan, beliau nyata tidak faham malah terus meletakkan pandangan negatif terhadap kekuatan matawang Dinar dan Dirham. Lebih baik Awang ni letak jawatan sajalah, sebab tu ekonomi terus merudum, Paklah yang kuat tidur tu pun tak der lah sampai terpaksa ambil hak rakyat untuk tampung kantung kerajaan.

beliau seolah2 merendah-rendahkan sistem kewangan Islam dengan menolak kekuatan yang ada pada penggunaan dinar dan dirham berbanding sedia ada , iaitu berbentuk Fiat Money. Siapa yang berikan teori kewangan sedia ada kukuh sehingga Awang mendabik dada bahawa "caranya" lebih hebat? Lupakah beliau krisis ekonomi seluruh dunia dengan matawang sedia ada?Racun penjajah melekat rapi pada pak timbalan menteri ni.

Tak dinafikan, bukanlah 100% dinar ni boleh diaplikasi dalam kehidupan, namun dalam konteks ekonomi makro, peranan dinar tidak boleh dinafikan. Setiap yang Rasulullah ajar dan guna, ada hikmahnya. Nilai emas saban hari tidak pernah jatuh  nilainya, malah semakin tinggi dipasaran, sedangkan wang sedia ada boleh di manipulasi dengan hebat berbanding kesan manipulasi ke atas emas. Barat cukup takut sekiranya negara Islam bergabung membentuk kesatuan yang bersama-sama menggunapakai "Gold-money" sebagai exchange dalam pasaran.

Sejak dahulu, Awang memang anti sitem AIslam, apa agaknya bila Awang menang tempohari sebagai MB. Mungkin pertamanya beliau hapuskan saki baki sistem Islam. Awang patut malu sebab beliau yang mempertahankan judi bola diterbitkan lesen. Memang layak dipanggil Awang Judi. Aduhai Awang, malulah sikit.

Sejak mula kenal nama Awang ni, saya tak pernah mendengar idea bernas daripadanya. Awang, sedarlah..... Tun Mahathir wajar dipuji kerana beliau mengutarakan Malaysia menggunakan dinar emas. Awang wujud sekadar memusnahkan ekonomi negara dan harapan umat Islam.

No comments:

Post a Comment