Pages

Sunday, August 1, 2010

Belajar untuk apa...?

Assalamualaikum

pertama kali beberapa bulan ni membaca surat khabar, walaupun sebenarnya sentiasa membaca menerusi online, tajuk akhbar yang saya baca adalah mengenai rombakan kecil terhadap FAM. tidaklah berhasrat saya nak lanjutkan apakah wajar atau tidak mengenai berita yang menjadi bualan bahagian sukan di Malaysia sekarang ni, cuma teringat apa yang dikata oleh pensyarah dalam kelas.

Saya memang sangat meminati subjek management walaupun sebenarnya saya sangat lemah apabila dalam realiti mengurus. Tetapi sekurang-kurangnya, terlintas dibenak fikiran saya, bagi mewakili mahasiswa lain yang bersependapat dengan pensyarah saya, mengatakan apa yang kami belajar dalam subjek management atau silibus pelajaran kami, langsung tidak berkait dengan suasana realiti sebenar.

Sumber serta rujukan kebanyakan universiti terutama buku-buku terjemahan, datangnya daripada penulis barat. Antara penulisnya adalah Ron Sanchez, Aime Heene, Harold R. Wallace,L. Ann Masters dan lain-lain lagi memberikan sumbangan yang baik dari sudut penulisannya. Bahkan di barat, oraganisasi yang tertubuh dan individu yang cekap dalam pengurusan sepertimana Bill Gates, Donald Trumph dan lain-lain mengamalkan pengurusan yang begitu efisyen dan berkesan sehingga mampu bertahan dalam kemelut organisasi mahupun ekonomi. di sudut lain pula menceritakan bahawa mereka mengamalkan perkara yang mereka sendiri diajar dalam kokurikulum mereka. Hairannya di negara kita yang "berkiblatkan" ilmu barat, kita diajar mengikut barat, tetapi olahan kita lakukan sendiri. Yang menjadi peliknya, jika ia dinamakan inovasi tak apalah, tapi bila prestasi merudum dan menunjukkan kegagalan semakin berterusan entah formula apa yang dicipta.

Sebagai contoh, seorang pengurus atau CEO sebuah syarikat yang mana jika dibawah "pemerintahannya" itu syarikatnya mengalami kerugian besar kepada syarikat, maka Board of Director mungkin akan mengenakan tindakan drastik menukar orang lain menggantikan CEO tadi. ataupun dalam suasana politik sekalipun, di barat, di Jepun, mereka begitu memiliki integriti yang tinggi dan sikap kebertanggungjawapan terhadap kemerosotan atau kepincangan dibawah kelolaannya sehingga menjejaskan prestasi kawalannya.

Tetapi di sini...mungkin tidak... walaupun gagal, merosot dan semakin lemah, walaupun ada nyawa yang menjadi taruhan, atau negara menjadi gadaian, pemimpin teratas masih selamat. Yang jadi mangsa adalah orang bawahan yang dibuang, ditukar dan dipecat.Sampai bila-bilapun prestasi tak kan meningkat, malah makin merudum.

Begitulah nilainya sebuah "pengurusan yang cemerlang" yang membelenggu sektor-sektor serta organisasi negara kita serta mereka-mereka yang memiliki watak antagonis dalam jiwa mereka.

p/s: Guna la Acuan Islam, kan lebih bagus,

No comments:

Post a Comment