Pages

Wednesday, June 29, 2011

P-izza

salam..

saya mula berkenalan dengannya (bkn manusia-tp makanan) sewaktu pertama kali saya ke Klang, rupanya yang menawan(tp bukan spt diatas), diajak oleh angah yang menemankan saya.

selalu,wajahnya dipaparkan pada kotak 4 segi televisyen, pada mulanya memang terasa nak sangat makan pizza. bila tiba saatnya, angah belanja bilamana perut betul2 kosong. saya tidak tahu nama2 pizza, sampai2, mmg angah order yg besar punya. kami cuma berdua. angah pesan suruh makan habis, dalam hati saya bermonolog, "tempah byk pun blh habis"... (",)

saat mula2 merasa dan menelannya, barulah terasa tekak mula loya, hanya 1/2 sahaja mmpu dimakan, angah makan sikit saje, sambil mengharapkan saya makan habis, terasa nak menangis kerana terasa nak muntah tak dapat menahan betapa pizza bknlah spt gambaran ayam goreng yang rangup. mungkin angah fikir sblm ni saya suka pizza..

p/s: malam ini bertemu lagi pizza dirumah, saya bknlah penggemar pizza, macam biasa, xdapat habiskan lagi...

Tuesday, June 21, 2011

Inspirasi Penuh Sinis Ke Ni?

Ibrahzine.com, web sahabat saya yang di create semenjak beliau masih lagi di alam kampus, Akhi Amiruddin Abdullah.. Secara sinis gambar kali ini dikatakan ilham dan inspirasi dari diri saya..? . :)
Tidak... ianya bukan sinis, bagi saya, ianya suatu penghargaan! Syukran Abang Amir.. 


Sunday, June 19, 2011

Mimpi sebenarnye real

Salam...

menaip utk exercise tangan seketika..
semalam

jalan2 masuk ke kampus, terserempak lelaki berwajah Ust Pahrol Mohd Juoi... "oh, same je muka mcm ust pahrol, erm,, malas la layan,, ada ke munasabah dia nak datang bawa kereta sorang2 sini, bertuah benar saya berselisih dgnnya, orang lain kot.." rupa2nya, memang beliau setelah saya bertanya junior td...

hari ini

Pagi, tdr... lepas mesyuarat bersama alumni sekolah, balik terus tidur,... hajatnya nak masuk kampus, tetapi tertidur pula,,, bertemankan laptop sambil membaca berita, terpandang wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI)... apa lagi, dalam mimpi termimpi bertemu beliau dengan tak segan silu memanggil "datuk2, nak bergambar blh?" DSAI menerima ajakan saya, lalu kami bergambar dengan menggunakan henset saya, bila beliau pergi, lalu dibelek semula henset, "la manenye gambar? dia tak tekan rupanye..baru nak upload kat FB"

tidak semena2 datang pula Datuk Ibrahim Ali... lantas saya kata, "tak nak la dengan dia,", bila tersedar, "kenapala mimpi bertemu sorang ni.... tp dlm mimpi, plotnya mcm2, tmpatnya pelbagai, terkadang terasa real, dalam mimpi pn blh bertanya pd diri, "ni real ke mimpi ni.. bila ambil besi dalam mimpi lalu hantuk pada kepala, "pang" adoi sakitnya, (dalam realiti sebenar, terhantuk pada besi katil)... masih dalam mimpi lagi, "Ooh ini betul2 real ni..."- sambil kepala terasa sakit yang amat

mimpi...macam2 blh mimpi... (",)

minggu ini memang sibuk... prgm kem.. maafkan ye sahabat2,kmungkinan saya terpaksa menarik diri daripada sebarang penglibatan untuk menguruskan beberapa perkara yang penting, sokongan dan doa daripada semua sahabat amat2lah diharapkan.. juga bt dirinya.

p/s: rehat2kn kaki, jgn kacau lembu lagi... bersama yang susah, adanya yg mudah, bersama penyakit ada ubatnya... (",)

Friday, June 17, 2011

sabar itu biasa, syukur itu istimewa

Assalamualaikum...

bila teruji... sabar mungkin boleh... atau sukar juga... kerana pertama... orang selalu jatuh kepada emosi dulu...
tapi bila teruji dengan sabar menghadapinya itu perkara yang mungkin menyatakan kita kuat sama ada menahan kesedihan atau perkara yang tak diingini..
cuma apabila teruji dimulakan dengan syukur dan datangnya sifat sabar, itu mungkin lebih bermakna. kita jarang bersyukur dengan apa yang kita dapat atau yang kita perolehi walau sekecil mana atau sebesar mana, atau bilamana kita gagal dalam beberapa perkara.

p/s:renung2 dan jangan tidur

Tuesday, June 14, 2011

SESI RELEASE TENSION

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :) Selamat Mencuba!!
ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..
tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa..aaa
gerak kekanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…
buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress…
pusingkan kepala…
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
akhir sekali buat joget kucing…
--------------
kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..
Sekian~

dipetik daripada blog sahabat ana: siti zuraidah

P/s: tu belum tgk shinchan lagi kan... :)

Friday, June 10, 2011

Basikal atau Beskal?

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Semakin hari semakin usia kita bertambah. Sedar tak sedar, daripada kecil kita dah makin dewasa, ibu bapa kita pula kelihatan beruban sedikit demi sedikit. Lalu memori lama jika diimbas memang boleh buat filem, kadangkala bila kenang terasa sedih, gembira dan macam2 perasaan.

Sekadar berkongsi cerita sendiri yang biasa2, mungkin ada sedikit persamaan. 

Seingat saya, basikal yang saya mula2 ada pada usia 5 tahun, bertayar plastik. Masa tu, boleh dikira hebat agaknya memiliki basikal yang saya panggil beskal. Beskal Basikal ni hanya digunakan dalam laman rumah sahaja. Kalau nak main basikal kat luar, biasanya basikal besar along dan angah saya ambil, pelapik tempat duduk yang tinggi, nak gateh (kayuh) pun susah. Apapun senang, basikal dulu ada besi kat tengahnya buat tempat duduk.

Pernah pinjam basikal along, bawak jalan kat taman depan rumah, hari2biasanya saya main kat taman petang2. Ada satu hari parking letak basikal dekat pagar taman, seronok main buaian, bila balik tengok basikal hilang, masa tu rasa tak nak balik rasanya, tapi kalau tak balik, memang sah along akan fikir saya hilangkan basikalnya. Jadi balikla dengan muka tak bersalah. Tak sampai nak masuk rumah dah kena tanya, mana basikal, pura2 saya jawab tak tahu. Alang menyampuk kata saya bawak pergi taman tadi. Aduuh mati2 kataku. Sesi provokasi melampau berterusan sampai saya menangis. akhirnya, ternampak basikal tu ada je kat bawah tangga rumah.Banyak Sekali kena buli masa kecil dengan abang2.

Bila dah makin matang meningkat usia, lebih kurang 7 tahun, basikal tayar plastik itu bukan lagi pilihan. Hajatnya dapat motorbike macam cerita Gaban dan Raider boleh juga, bisikku. Masa di sekolah, cikgu bertanya, Azlan nak jadi apa? Saya nak jadi Gaban cikgu, nak selamatkan orang. Cikgu mintak tukar,superman pun tak boleh... jadi setiap kali tanya, jadi saya jawab, saya nak jd cikgu, saya nak jadi doktor, saya nak jadi askar, polis, ustaz,pilot kapal terbang, jadi macam2. 

Dunia mainan memang agaknya jiwa budak2 lelaki yang terdedah dunia kartun dan TV. Setiap kali ke pasar, mesti saya mintak abah beli mainan, sticker robot dan lain2. Jiwa suka mainan ni berakhir sejak umur 9 tahun bila abah bagi rm2 suruh cari sendiri mainan, bila dah bosan main, akhirnya duit yg diberi saya beli makanan kegemaran- ayam goreng. (masa tu dah kira malu jugak sebab kawan2 dah tak main mainan lagi).

Disebabkan banyak dibuli bergaul dengan orang dewasa, akhirnya saya menerima kesan cara mereka berfikir. Selalu bermonolog dengan diri, "saya kena jadi orang dewasa dan matured" (perasaan). Jadi banyak masa dihabiskan dengan membaca, memahami perasaan orang dengan melihat kesusahan orang yang lebih susah dari diri sendiri. Adakala mainan kata turut membawa kenapa saya tak lahir dalam keluarga dia, kaya, makanan sedap, ada itu ada ini.

Merapati masjid.

Selain belajar ngaji dengan abah, abah selalu bawa saya ke masjid. Naik motor sama2, teman abah, jadi pekerja sukarela di masjid(walaupun ada upah sebenarnye), mencuci pinggan. Hingga adakala kalau abah tinggalkan saya, saya rela jalan kaki meredah malam melalui taman yang kalau waktu malam,tak ramai orang nak lalu di kawasan gelap, lebih kurang 2km.  Hasilnya, saya rasa sedikit terikat dengan masjid,(walaupun tidak seperti dulu keadaan sekarang ni)

Basikal Kedua.

Memandangkan perasaan ingin mempunyai basikal sendiri, melihat kepada kawan2 yang dah makin "maju", jadi saya bagitahu pada abah, saya nak basikal. Abah suruh saya kumpul duit. Saya kumpul duit sehari 20sen. cukup 5 hari saya kata abah jom beli basikal, abah tanya duit ada berapa? Saya jawab "da ada seringgit"... haha, gelak abah. Saya pun pergilah merisik kedai basikal, melihat kecantikan basikal2 disana. bila tengok pada harga, "la, patut abah tak nak pergi..rupanya harga rm 100 ke atas." 

Hari demi hari, duit sekolah abah kasi 50sen(zaman tu kira cukup la buat belanja, masa darjah 1,2 dan 3 bawa 30 sen). jadi istiqamahnya kumpul duit, berlapar di sekolah, sebab nak beli basikal. akhir tahun duit dalam tabung dah kita penuh, catatan pun selalu dibuat, masuk berapa, tapi tak pernah catat keluarnye berapa (",). Lalu saya suarakan hasrat saya sekali lagi, bah, nak beli basikal. Abah bawa saya dan saya bawa duit yang dikumpul, sampai kat kedai, "nah ni dia...syiling2nya..." jenuh tuan kedai mengira duit ada berapa. (",)

Abah suruh pilih mana yang berkenan. Saya agak2 duit tabungan saya ada lebih kurang seratus lebih saje. Hati berkenan nak memiliki basikal ada speed gear, jenama Lerun. Bila tarik basikal tengok harga, wah 200 lebih. mainan perasaan berkata .."ambik je, kan berkenan yang tu" satu lagi kata "lan...duit ada seratus je, jangan nyusah kat abah". Dengan rela hati terpaksa la menolak kehendak, lalu pilih basikal Lerun tak da speed gear. Tapi harganya 150. tak cukup duit. Sedih bila tuan kedai cakap, adik tak cukup duit ni. Abah tahu saya sedih, tapi abah top up duitnya pula. Masa tu, kira syukur sangat2. (",). Hati berpesan, lepas ni jangan susah2kan abah lagi. (walaupun tetap nakal). 
Sememangnya, nak beli apa2, saya guna duit tabungan, zaman sekolah, jarang merasa makanan kantin kalau ada barang nak dibeli. Buku2 rujukan semuanya guna duit belanja sekolah yang disimpan. cukup satu bulan, dapat beli buku berharga rm20. Sampai la habis Spm. Yang lain tuisyen, makan minum, tu dah kira umi n abah sponsorkan. Segan meminta duit dengan mereka, kecuali terdesak sangat.

Zaman nakal tetap ada. Semenjak kedatangan orang tabligh yang sentiasa menziarahi rumah, saya juga ikut sama mereka. Tertarik ikut mereka kerana setiap kali majlis taalim, ghasy atau bayan mereka, ada je makan. Makan3... taktik berdakwah yang berkesan terhadap saya. Saya sertai tabligh sejak usia 10 tahun hingga usia 19 tahun. Lama juga, tapi saya bukan tahap karkun (keluar 4o hari) , sekadar ikut2 2-3 hari.

Sejak dari usia 19 tahun, saya tidak lagi bersama kumpulan tabligh,atas alasan2 tertentu, tetapi tidak mengapalah, saya tetap menganggap bahawa mereka juga seperti saudara dan sahabat yang perlu dihormati juga.. Perjalanan hidup, dari kecil hingga besar, suka ada duka tetap ada.

Apapun alhamdulillah. Kita tetap dalam jagaanNya. mudahan insyaAllah.

P/s: Jangan ketawa :)

Buangkan Penyakit Wahan Itu

Bismillah.
Assalamualaikum.

Apa khabar sahabat2 smua yang kebetulan atau sememangnya sedia mengujung blog ini.
Mudahan kalian berada dalam keadaan sihat, ceria, tidak stress, sentiasa bersikap dan berfikiran positif. InsyaAllah.

Sambil menghayati keindahan bait2 lagu, sama2 kita  mencerdaskan pemikiran kita, berfikir soal akhirat dan dalam masa sama menikmati kemudahan "prasarana" yang Allah taala sediakan di dunia ini dengan seadilnya bagi urusan kehidupan kita.Ramai orang menyangka atau berfikiran negatif bahawa dengan berfikir soal kematian, ia akan melemahkan badan kita daripada bekerja dan hanya menumpu urusan tikar sejadah semata-mata. Ramai yang berkata bahawa mengingati mati akan merencatkan motivasi kepada sikap untuk mencapai kejayaan. Malah ada juga yang berpendapat bahawa berfikir tentang kematian, menjadi sebab mengapa orang Islam lemah dan tidak berjaya.

Inilah suatu kefahaman yang salah dan tidak wajar menjadi suatu i'tikad atau pegangan hidup kita. Asas kepercayaan yang betul akan membawa kepada halatuju kehidupan kita. Sedangkan matlamat kehidupan yang ditekankan dalam Islam adalah untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Apakah salah sekiranya kejayaan, nikmat, serta perolehan di dunia ini sebagai suatu perkara yang dibenci Islam? Kita telah 'memblockkan' pemikiran kita dengan menerima serta mempercayai bahawa sesuatu perkara perlu dibiarkan sahaja kerana dalam urusan Allah semata-mata dan membiarkannya yakni redha tanpa sebarang usaha, tetapi dalam masa yang sama masih juga mengharapkan agar mendapat kejayaan. Sifat tawakkal yang disalah ertikan sebagai mengharapkan sesuatu keajaiban berpihak kepada diri tanpa usaha merupakan suatu penyakit yang merbahaya.

Berbalik kepada persoalan kematian tadi, Nabi saw pernah menyifatkan bahawa manusia yang paling cerdik adalah mereka yang selalu mengingati kepada kematian. Kematian adalah suatu pengakhiran kepada kehidupan dunia, untuk suatu peralihan ke destinasi yang baru pula iaitu alam barzakh dan seterusnya alam akhirat. Destinasi-destinasi alam yang berbeza ini membawa makna bahawa erti kehidupan tidak akan pernah berakhir hanya setelah keluarnya roh daripada badan ketika di dunia, tetapi pengembaraan yang akan disertai oleh kita nanti merupakan suatu pengembaraan yang panjang.

Pengembaraan yang panjang ini memerlukan bekalan yang mencukupi bagi setiap destinasi. Bekalan hanya dimiliki disuatu alam iaitu dunia. Sebagaimana Nabi Saw pernah membuat analogi yang menarik terhadap pengembaraan manusia sebagai hamba di dunia ini sebagai suatu pelayaran kapal yang berangkat ke sebuah destinasi lalu singgah di sebuah pulau indah, di sana manusia meredahi pulau mencari bekalan dalam keasyikan nikmat, ada yang mendapat bekalan sebaiknya, tetapi ada yang terpedaya dengan aneka nikmat, sehingga kapal belayar mengambil mereka dalam keadaan mereka tidak membawa bekalan sebanyaknya dan ada yang tiada. Motivasi di sebalik kematian itu adalah suatu maksud yang tersirat supaya manusia mempersiapkan segala kekuatan, bekalan, dengan bersungguh-sungguh bagi merapati Allah dalam keadaan yang baik.

Dunia adalah sebagai alat atau jambatan kepada akhirat. Mematikan hubungan dunia akan meruntuhkan jambatan ke akhirat. Segala perhiasan yang ada di dunia adalah berbentuk pinjaman. Ada yang Allah berikan percuma, manakala untuk mendapat nikmat yang lebih besar lagi di akhirat, manusia harus menggunakan nikmat tersebut dengan cara yang sewajarnya. Mengenali batasan halal dan haram, membezakan baik dan buruk, mem'balance'kan keperluan diri dan tidak bersikap berlebih-lebihan membawa kepada erti Al-Falah yakni kejayaan hakiki dalam tafsiran pengabdian kepada Allah SWT. 

Asas keimanan yang kukuh, kefahaman yang syumul ke atas makna kepada tugas sebagai hamba dan manusia ini jelas difahami oleh para sahabat r.anhum sehingga membawa kepada gelaran Fursanun Fillail, Ruhbanun Fin Nahar (Menjadi panglima jihad di siang hari, dan menjadi rahib(ahli ibadat) di malam hari. Mereka menempa kejayaan berganda dengan kekuasaan Islam, sehingga berjaya menyebarkan Islam di muka bumi ini dengan penaklukan 2/3 dunia di bawah wilayah Islam, kejayaan bidang sains, astronomi, al falak, mantik, ilmu geografi, fizik, kimia, biologi, matematik, falsafah,muzik,statistik, perubatan dan pelbagai lapangan ilmu sehingga kota-kota seperti Cordova di Andalusia, Baghdad di Iraq, Istanbul di Turki, menjadi sebutan dalam lebaran sejarah di bawah sistem khalifah Islam. Semangat jihad(kesungguhan) menjadi tulang belakang kepada perjuagan membawa nama Islam dalam setiap aspek dan nilai kehidupan.

Para ahli tasauf yang faqih begitu menghayati kesederhanaan dalam berurusan dengan muamalat kehidupan. Mereka yang mengerti, tidak akan memisahkan 2 dunia ini sebagai jalan mendapatkan cinta daripada Allah taala. Allah menghiasi manusia dengan fitrah supaya manusia memakainya dengan selayaknya dan bukan sebagai alasan melupakan perintahNya dan laranganNya. Cinta kepada manusia dengan cara yang salah tanpa berpaut kepada Allah, maka tidak membawa makna kepada takrifan ibadah. Cinta yang diikat dengan akidah, asas kepercayaan yang kukuh, dalam menjaga ikhtilat, batasan-batasannya akan mendapat mardhatillah(redha Allah) yang di damba serta beroleh meghfirah(keampunanNya).

Sehubungan dengan itu, marilah sama-sama kita meneladani sirah perjalanan hidup Rasulullah saw, para sahabat baginda dan tabi' tabien yang mendapat petunjuk. Kita harus meyakini bahawa penyempurnaan manusia pada penciptaannya adalah menjadi hamba yang bertakwa kepadaNya, baik kalangan lelaki dan perempuan.

P/s: Ayuh, sama-sama kita memulakan perjalanan hidup ini dengan semangat dan jiwa tarbiyah yang baru, minda yang sentiasa berfikir, badan yang sentiasa bekerja untuk mendapat mardhatillah dalam kehidupan kita. Memahami tanggungjawab yang berat, sememangnya memerlukan kepada persiapan diri yang kuat. Baka yang soleh akan menghasilkan generasi yang cemerlang.
Ceria2 selalu :-) untukmu

Selitan Gambar Kenangan
kereta yang dipandu arwah atuk, Tuan Chilek bin Tuan Putera yang telah meninggal dalam kemalangan langgar lari. Alfaatihah.