Pages

Monday, October 31, 2011

Kisah 10 SEN!!!

Si ayah kelihatan berbual dengan anaknya yang tercungap2 baru balik dari sekolah...

Ayah: Lan, maaf sesangat ye, ayah tak sempat ambil Lan balik dari sekolah, banyak kerja kat ofis tadi...

Lan: Eh, takpela ayah, small problem ajer.

Ayah: Lan balik dengan apa?

Lan: Balik dengan van sekolah tadi ayah.

Ayah: Eh2,ada pulak yer van sekolah, baru ayah tahu van sekolah tu ada...errkk, berapa tambangnya kena?

Lan: tak mahal pun ayah, 60 sen aje...

Ayah:Lan ada berapa sen td masa bayar?

Lan: Ada 50 sen ayah.

Ayah: Aik?? 50 sen? mana cukup tu, camna lagi 10 sen? Lan berhutang eh?

Lan: Eh2...ayah2, ...erm, baki selebihnya tu Lan buat muka 10 sen kat driver tu, jadi cukupla 60 sen...mana ada main hutang2 ni yah..

Ayah: :P haha, bagus anak ayah

Moral Of The Story: Ayah Itik anak mestilah itik, jangan perasan nak jadi gorila.. hehe  (nama tiada kena mengena dengan anda dan saya yer)

satu hari ini...

Assalamualaikum...

Hari ni mengedar lagi...hampa...eh2 mengedar?  Jangan lan, .. bukan mengedar candu drug yer... hari ni operasi mengedar questionaire, bak kata orang puteh,borang kaji selidik, kepada kakitangan Uitm.

Agak keletihan, bukan kerana "banyak"nya respondend, tp macam2 telatah bertemu...patutlah, lain kali nak minta responden jawab, jangan letak dan tinggalkan kat situ aje, kerana anda akan dapati hari berikutnya, hanya 1-2 kerat aje tangan2 yang mengisinya... Itu situasi di department2 dalam U... pergi pula ke kolej, dicari staff yg sedang asyik menonton cerita hindustan, aisey khusyuknya...dengan bahasa lembut bagai pelayan kedai mamak mengangkat air minuman, tapi dijawabnya, maafla yer, saya tak pandaila nak jawab, saya tak larat, saya ...hehe.... dengan berwajah ayu, pantas saya menjawab selepas berterang panjang, "ok takper, terima kasih". Ada juga pergi ke beberapa unit lain, disambut dengan jawapan seperti nak ajak gaduh,,,hehe,,, saya pun kaki gaduh juga, tp kalau dalam playstation ajelah, jadi banyak2 bersabar aje dan berpesan kpd mereka "hehe, encik, rilek la, sabar2...tak nak jawab tak per...cool2... :) "

tp ada aje mereka yg mesra menjawab, tahniah kepada unit keselamatan, dan saya berasa sangat selamat bersemuka dengan kalian..hehe...dan juga staff unit ILQAM, serta beberapa staff di library yang mesra melayan biarpun terhumban dengan bebanan kerja..

baki qustionaire selanjutnya...eh2...ada lah siapa mangsanya....

setidak2nya, begitulah kita perlu ambil pengajaran...barangkali saya beroleh pengalaman hasil daripada sifat sabar yg masih berkurang bertapak dalam diri., cuma berharap agar mereka yg mungkin kita juga mengambil sikap muhasabah sntiasa, janganlah bila berada ditempat tinggi, anda menjadi sombong dan lupa diri...ia sifat yg dimurkai Allah.

p/s: tahniah dan takziah kpd kak mie, staff pjabat saya berpraktikal...mendapat surat kenaikan pangkat pg td, ttapi terpaksa ditukarkan dengan serta merta ke kuala terengganu dalam keadaan diri sarat mengandung. Ujian2, kami pasti merindui gelak ketawa yang belum tentu dapat dirasai bersama lagi kemudian hari.... esok dah tiada kelibatnya, siapalah staff2 lain seterusnya "patut" jd mangsa saya kalau office dah sunyi daripada gelak ketawa lagi...

Thursday, October 27, 2011

Kerja Cari Tuan

Assalamualaikum..

Lagi sebulan nak tamat praktikal dan kerja sambilan, then bln 12 akan membentangkan tajuk thesis saya berkenaan zakat pendapatan. Sekejap aje rasa, kluk klik kluk klik, masa dah berjalan dah 4 bulan saya berpraktikal dan dah 2 bulan bekerja sambilan. Hehe, aneh kan, berpraktikal sambil bekerja dalam waktu office hour yang sama... rezeki... :)

Sebut berkenaan rezeki, sememangnya ianya urusan Allah, Tuhan sekalian makhluk yg Dia ciptakan. Tak kiralah semut, cacing, malah kuman2 yang bergerak hidup ditentukan rezekinya apatah lagi kita manusia ini.

Pastinya setiap daripada kita ada pengalaman dan kisah tersendiri, bagaimana untuk anda pada hari ini berada ditempat anda sekarang, bermula daripada sebuah jalan yang anda letakkan harapan kepada dimana ada rezeki di situlah perlu kita dapatkan. Jika kita malas, maka rezeki itu akan berpindah kepada orang yang selayaknya berusaha. Erti tawakkal dan doa harus beriringan dengan usaha.

Meh kita semua sama2 menjadikan hidup kita lebih beerti dengan kita menjadikan diri kita sebagai pemberi, kerana erti sebuah kehidupan pada memberi, bukan sekadar menerima. Dengan sebab itu,agama kita mengajar kepada kita supaya suka menginfaqkan harta, bersedekah, menderma, mengeluarkan zakat, untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan. Jangan kita selesa dalam menerima semata2.

Teringat pula pesan beberapa naqib saya, kita tidak akan miskin dengan menginfaqkan harta yang kita miliki. Ada benarnya kerana orang yang dilihat memiliki banyak harta, belum tentu mereka merasa cukup, malah ada di kalangan mereka menderita walau hidup dalam harta yang bertimbun.

Eh2.., terlajak pulak...duk citer dari praktikal lain pulak tajuknya... hehe,, dah nak tamat ni, memang duk mencari lubang kerja pula. Resume dihantar sana sini...huhu... uh kerja2.... Abang Najib pulak umum umur persaraan naik ke 60 tahun..perghh tak kiralah ianya merupakan option or tak...saya tetap tak setuju.... Nak cari kerja nak cari kerja...... Lani ada ijazah pun tapi duk berebut dengan mereka yang minta kerja pakai kabel...itulah yang susahnya,,,tup2 syarikat or jabatan kerajaan ni jadi lubuk anak beranak aje... bila la nak kompetetif...dah buat mesyuarat, bos nak marah macam mana, kalau orang yang buat salah tu anak sendiri, setiausaha isteri sendiri, manager anak sedara...haha sakit2...

Meh,, itu kalau ada rezeki buat kita, insyaAllah, tak pun beralih aje kepada sektor swasta or kerja sendiri...

P/s: Kat universiti belajar ambil kos lain, tapi bila kerja tak minat kos yang belajar dan masuk kerja lain,...ader ajer kan... :)

Tuesday, October 4, 2011

Perut Jasad Lapar Makan Nasi, hidangan Rohani pula?

Assalamualaikum wbt

Dari paparan skrin l.c anda, atau barangkali laptop, netbook, i-pad anda utk menatap blog saya ini setelah sekian lama tidak mengisi ruangan post, anda mungkin bukan orang pertama atau bkn pula orang yg terakhir menyemak blog yang tak menarik ini. Apatah lagi mungkin secara kebetulan atau sesaje nak membaca coretan entah apa2.

Alhamdulillah sempat memasak nasi goreng, untuk sarapan ptg hari ini. Apa2 smua yg dimasak memang la sedap sebab perut tak kisah apa yang dimakan asalkan halal walaupun hakikatnya mungkin tak sedap. :) Sekadar menggasak otak yang malas agar rajin memuntahkan isian blog ini..

Masa.

Satu perenggan di atas sahaja anda sebenarnya mengambil masa beberapa saat atau detik yang lalu, bermakna saat anda bermula tadi telah menjadi masa lalu. Begitulah kiranya jika kita membandingkan kehidupan kita yang lalu. Bezanya, tadi anda boleh saja membaca dari awal post ini berkali2 walaupun masa sentiasa berlalu.,sedangkan peristiwa yang telah lalu bersama menjadi kenangan anda, anda tidak berupaya untuk kembali ke masa lalu.
Sebab itu, pergunakan masa hari ini yakni sekarang dengan sebaiknya, agar tinta hari ini akan menulis peristiwa yang akan menukilkan sejarah buat masa hadapan. Kegagalan bukanlah alasan, kesengsaraan bukanlah pelemah semangat, kesukaran bukanlah pemutus semangat juang, kekecewaan bukanlah penghalang yang besar untuk hari2 seterusnya menjadi lebih baik dari semalam.

Tongkat Kehidupan

Orang yang kecewa dalam percintaan manusia seolah2 telah kehilangan isi dunia baginya lantaran harapan yang terlalu tinggi diletakkan kepercayaan terhadap impiannya. Perasaan kusut membaluti kepala bilamana jalan hadapan dirasakan gelap semakin pudar. Begitulah,sesungguhnya hamparan permaidani kehidupan harus dilangkah dengan memerlukan tongkat kehidupan yang utuh. Di sanalah perlunya kekuatan dalaman. Membentuk jiwa bukan sekadar beralaskan semangat semata2, tetapi harus berteraskan kepada ilmu dan bimbingan. Luasnya ilmu Tuhan bagi hambaNya agar manusia hidup perlu kepada panduan perjalanan kehidupan.

Alif Lam Mim. Inilah dia kitab, tidak ada sebarang keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang2 yang bertaqwa. 

Allah maha mengetahui, manusia yang berhadapan dengan permasalahan hidup serta kecelaruan berdepan dengan jalan penyelesaian yang sukar. Maka dengan itu hadirnya kitab yakni AlQuran sebagai penyuluh serta penunjuk kepada jalan keluar permasalahan manusia yang sangat kompleks.

Tunjang kekuatan tarbiyah, rohani, spiritual yang bersemadi dalam jasmani individu harus diiringkn dalam kehidupan agar emotional dan spiritual berjalan dengan serentak pada prestasi yang baik.Pendidikan yang jelas dalam melahirkan jiwa yang kuat ini pastinya memerlukan kokorikulum, kehidupan yang terarah dan bersistem dengan disiplin yang kemas.

Bergembiralah wahai Umat yang bersyahadah, Menangislah wahai yang Ingkar

Janji kemenangan diberikan jaminan Sang Pencipta. Umat Islam pasti meraih kemenangan. Jika ia tidak berhasil menikmatinya ketika di dunia, maka sesungguhnya bukanlah suatu kerugian buatnya, kerana kampung akhiratlah selamanya kekal abadi buat para penghuninya.

Balasan yang baik menanti para ahli yang soleh di dunia ini, sedang azab yang pedih menunggu bagi mereka yang ingkar di dunia. Itulah hak kepada Tuhan Sang Pentadbir Alam. Dia memiliki Arasy yg agung. Kita sebagai hambaNya, memikul amanah yang terberat timbangannya kelak.

Sediakan Ruang Muhasabah

Semoga kita dapat meleburkan unsur syaitan dan sifat kehaiwanan dalam diri kita. Saksikanlah bahawa teman yang baik itu bukanlah mereka yang selalu memuji diri kita, tetapi yang sebenarnya ialah yang selalu menjadi cermin kepada kita agar kesalah pada badan kita di cerminkan kepada kita utk dibersihkan. Di sini jualah satu kestabilan emosi menuntun iman yang mengawal akal dan perasaan agar tunduk menerima ketetapan Ilahi dengan penuh redha dan rasa syukur.