Pages

Wednesday, July 20, 2011

nikmat kemalangan mengajar erti bersyukur dan menghargai

Bismillah
Assalamualaikum wbt

tanggal 19julai...detik prtama berada sebentar di wad akibat rebah kemalangan di jalan kampung gong pasir. Saat kini cuma mampu berehat dirumah dan menerima cuti sakit sehingga khamis, dan hari ahad kembali bertugas praktikal.

alhamdulillah, kemalangan akibat terlanggat lubang jalan serta serakan batu jalan tidaklah memberi impak kecederaan dalaman, dan mendapat luka pada kedua-dua tapak tangan, seluruh lengan kanan dan kiri dan kedua-dua lutut semasa rebah. Motor pula mengalami kecederaan "patah lehernya" dan pecah "mata" side mirror, disamping kesan calar. Simpati pada motor saya. :)

Apapun, biarpun sedikit kecederaan, namun keterbatasan pergerakan agak menyukarkan untuk makan, tidur,mandi, solat serta pergerakan lain. Jadi, hadiah rukhsah daripada Allah taala memberikan kekuatan sedikit sebanyak memberi peringtatan berguna.

Betapa besarnya nikmat kesihatan waktu kita sihat, betapa bertuahnya badan tatkala badan kita bertenaga menggunakan 4 kerat anggota badan bekerja. Tetapi jarang kita menghargainya sewaktu ia masih elok terpelihara,saat ia mengalami "kerosakan", barulah kita mula menghargainya. Apatah lagi perasaan mereka yang ditarik balik nikmat anggota badan seperti tangan, kaki, mata, pendengaran, bukankah itu lagi berat ujian buat mereka?

Jadi kesimpulannya, masa sihat, jagalah kesihatan kita, menjaga kesihatan badan merupakan agenda penting tatkala kita berjuang. Hassan Albanna turut menekankan peripentingnya kita sentiasa membuat janji temu dengan doktor bagi mengenalpasti penyakit kita, agar tidak menjejaskan amal ibdat kita, pekerjaan, dan pelbagai urusan harian hidup kita. Janganlah waktu sakit, baru kita mengenali erti menghargai, kerana sesuatu yang hilang amat sukar didapatkan kembali lagi jika ia tiada lagi.

p/s: Ramadhan hampir tiba, ayuh kita buat persiapan awal bagi menghadapinya. Senang2, puasalah sunat dahulu, agar nikmat ramadhan lebih beerti kali ini. Semoga Ramadhan ini, betul2 bernilai buatku. Begitu juga baginya.

Tuesday, July 19, 2011

Tinta Ringkas

 -my desk-
Bismillah..
Assalamualaikum..

Dah masuk minggu ke-3 berpraktikal... nampaknya terasa sekejap pun ada, walaupun hari2 menanda dan membilang detik-detik tamat praktikal pada bulan 11 ini.

Waktu masuk kerja jam 8am. Kalau ke kuliah dulu, agak tergesa-gesa sedikit walaupun waktu masuk pun jam 8am, kerana tempat kerja untuk praktikal dekat saje, berbanding kampus yang sedikit jauh(walaupun tak berapa jauh sangat). Jadi biasanya, sama ada sharp ontime ke kuliah ataupun terlewat 3-5minit (berjiwang agaknya atas motor).

Alhamdulillah paling tidak, sekarang, tak lah jauh tempat kerja, jadi sempat untuk tidak terlalu rushing banyak benda. Hari-hari sepatutnya tiada alasan lagi nak tambahkan solat sunat dhuha sebelum kerja.

Kerja masih macam biasa, mengadap database dan key-in di samping kerja print-out,photostat dan nyanyi2 sorang disamping exercise.

P/s: Tak da kijer,nak tidur tak leh lama sebab takut customer datang. Jadi bawak le buku citer n external hard disk, melayan citer Oggy n Cocroaches, shinchan, naruto...sambil2 pasang ceramah dan lagu..:)

Saturday, July 16, 2011

Berikan Nama Yang Baik Untuk Anak Kita

Acara Gimnastik -mereka belajar dari generasi sebelumnya-hehe, (",)

Anak merupakan anugerah Allah bagi pasangan suami dan isteri. Bagi mereka yang tiada zuriat pastinya mengharapkan agar syurganya dihiasi anak-anak sebagai penyeri rumahtangga. Tapi bagi remaja2 yang seusia muda terjebak dengan zina yang di tukar kepada bahasa lebih lembutnya oleh media dan masyarakat sebagai seks bebas, kelahiran bayi amatlah malang bagi mereka, lalu jalan pintasnya Buang Bayi.

Dalam Longkang, dalam tong sampah, dalam sungai, dalam tandas, dalam semak, menjadi makanan anjing dan ulat, oleh mereka yang naif mengenal erti kehidupan dunia dan terpedaya janji manis dalam percintaan yang membawa kepada perhubungan terlarang.

Bila terjadi, maka semua punca yang menjadi orang yang bersalah. Termasuklah:
-Ibu Bapa dan Kelemahan institusi kekeluargaan
-pasangan zina
-Kerajaan
-Masyarakat
-Media
-Hiburan Melampau dalam masyarakat
-lemahnya tarbiyah/pendidikan agama
-dan lain2

Kesemuanya memainkan komponen yang bertindak mengawal satu sama lain. bermula daripada institusi kekeluargaan yang baik seterusnya akan melahirkan anak dan generasi yang baik, serta masyarakat yang baik.

Nama Anak2

-Agama menyuruh kita memberikan nama yang baik2 kepada anak2 yang dilahirkan. Anehnya, kita lebih terikut2 kepada nama2 barat, nama2 artis, atau yang menjadi budaya yang kesemuanya tiada maksud yang baik pada erti nama.

Panggilan nama adalah satu doa kepada anak2. Baru2 ini saya pernah terjumpa senarai2 nama yang "aneh" bagi saya termasuklah nama Mimpinya Laila, Tarzan, Cristina Aguilerra,Membunga, dan pelbagai nama2. Apakah ianya mempunyai maksud yang baik? Dalam bahasa arab pastinya nama aneh itu tidak ada maksud, atau jika kita tersilap, boleh jadi kerana nak sedap panggilan, nama itu mempunyai maksud yang buruk umpamanya nama Izzati Sakirah. Apa maksudnya? Izzati maksudnya Kekuatanku, manakala Sakirah yang dianggap sedap ertinya Pemabuk.. Nah silap kasi nama boleh jadi panggilan buruk bagi anak2 bahkan merupakan kata doa yang buruk bg mereka. Dek kerana kita berada dalam kejahilan, nama Abu Jahal yang kononnya ada dalam nama arab ketika dulu pun ada ibu bapa kasi nama pada anak2. Abu maksudnya bapa, Jahal maksudnya bodoh..Bapa Bodoh?

Tanya mereka yang arif

Ibu bapa yang tidak tahu bahasa arab, sebaiknya jika mereka ada nama bagi anak2 mereka nnt, maka wajarlah bertanya pada mereka yang arif. Jangan ikut suka nak bagi nama memandai2 tanpa tahu apa maksudnya.

Maka disini wajarlah kita merapati kembali ke jalan agama kita. Dulunya mungkin kita terleka, tetapi hari ini, merupakan peluang kepada kita yang Allah berikan nikmat usia berbaki singkat sebelum ajal entah bila. Kembali kepada jalan yang lurus bererti kita memahami setiap perkara dalam hidup kita ada panduannya. Daripada perkara sekecilnya kepada yang sebesar2nya.

P/s: Sama2 kita semua membaiki diri kita, menjaga ahli keluarga kita, dan komponen2 masyarakat kita yang lain.
 

Thursday, July 14, 2011

Ingat Penderitaan Orang Lain..

Bismillah...
Assalamualaikum..

hari ni dah pun melepasi minggu kedua praktikal. Kerja yang adakala memenatkan dan adakala menghiburkan. Tak de kerja memang bosan, tapi dah tersedia laptop-netbook dibawa sambil2 melayan cerita dan lagu. Kalau ada kerja lagi bagus, sambil earphone telefon terpasang dan mulut meratib lagu2 nyanyian nasyid serta menyiapkan data2 masukan senarai nama dan maklumat customer.

Oleh kerana tempat yang strategik, dengan almari didepan sebagai "penghadang", maka saya boleh buat macam2 kalau tak da kerja diberi. Nak tidur ke, nak menyanyi ke, bersenam ke, conteng2 ke. Tapi tak leh selalu juga kerana hampir dengan kaunter pelanggan. Nanti customer nampak pelik pula, bila customer datang, pelbagai kisah sedih, lucu pun ada, aneh dan pelbagai lagi boleh dengar. Mereka semua datang daripada mereka yang ingin memohon zakat dan bantuan. Mereka yang dalam golongan asnaf termasuk fakir miskin datang memohon bantuan dan pelbagai cerita yang dikisahkan. Adakala amat menyedihkan, bilamana menyedari betapa rakyat negeriku amat meruncing dari kalangan fakir miskin. Kebanyakannya mengalami masalah keluarga, penceraian, sosial, hidup melarat, tiada bantuan, di aniaya, walaupun perkara yang dinyatakan cam tak sabit pula dengan pusat zakat di sini, tetapi itulah luahan mereka yang datang daripada fakir miskin.

Tak kurang pula ada yang mengambil kesempatan, tubuh sihat, boleh berdikari, yang malas bekerja, yang mengharapkan bantuan semata2 tanpa usaha, si suami yang malas bekerja dan mengharapkan si isteri saje bekerja menanggung suami dan anak2, arggh, pelbagai drama menghiasi. Barangkali mereka tidak mengerti apa makna wang zakat untuk mereka, mengambil kesempatan di atas lakonan dan penderitaan ahli keluarga yang tak sewajarnya. Tapi mungkin kes ini tidak la sampai kronik, suma menggambarkan betapa manusia adakala makin malas berusaha walaupun dikurniakan kekuatan tubuh badan.

Cuma, terkadang, bila mejaku yang begitu merapati kaunter ni, pastinya riak2 wajah manusia yang datang semuanya dapat saya lihat. Sedih juga mengenang nasib mereka. Mendengar pujuk rayu bantuan mereka, mereka juga manusia seperti kita. Ya Rabb, kayakanlah aku supaya suatu masa Engkau menjadikan aku membantu mereka orang2 fakir miskin. Dan sekiranya mereka takdir dalam keadaan fakir miskin, kuatkan iman mereka ya Allah.

P/s: Makin ku mendekati orang susah, semakin ku membenci pemerintah yang bermewah dengan titik peluh rakyat yang menderita
.

Wednesday, July 6, 2011

Pilihlah Untuk Bahagia, Bukan Sengsara

Bismillah..
Assalamualaikum...
Lama tak update perkembangan blog yg ni... 

1. Kita makan bilamana perut kita lapar, maka kita cari kepada makanan.  Kita memenuhi kehendak keperluan perut yang merupakan anggota dalam tubuh badan kita. Begitu jua halnya kejadian lain pada seluruh anggota badan fizikal kita, bahkan turut menjadi kewajipan kepada kita memberi makanan kepada ruh kita yang memerlukan suapan untuk hidup.

2. Bila direnung pada kejadian diri kita., kita merasakan seolah2 kita ada banyak kelemahan atau kita merasakan adanya kekurangan pada sifat fizikal. Lantaran sebabnya kita membuat perbandingan dengan mereka yang diberi kurniaan lebih dari diri kita.

3. Bila dipandang dengan pandangan monolog perasaan, maka smua perkara dirasuk persoalan mengapa dan mengapa. Itulah diri kita. Memandang pada kelemahan yang ada sebagai suatu halangan.

4. Kekurangan utk kita, bukanlah suatu celaan disisi Allah, bahkan sebagai rahmat, yg kita tak ketahui di mana letaknya. Ujian sebagai rahmat bagi mereka yang sabar dan menghargai dengan erti syukur.

5. Bila kita berdoa dan terus berdoa merapati Allah Tuhan kita, maka jiwa yang sakinah akan menghiasi sanubari kita. Bukan dengan harta kekayaan, bukan pangkat yang memdamaikan jiwa, bukan rumah besar sebagai syurga mendamaikan, bukan tilam empuk sebagai alas ketenangan. Tanda doa kita diperkenankan Allah sebagaimana kata Ibnu Athaillah, adalah bilamana kita senantiasa meminta doa walau dimana dan ketika apa jua keadaan, bukan sekadar sewaktu dalam kita selesai solat sahaja. Itulah suatu sifat jiwa kehambaan seorang insan. Bukan utk saat susah sahaja.

P/s: Bajai apa yang di anugerahkan kepada kita dengan baja iman dan taqwa. Kekuatan yg bersama dengan kita, manfaatkan, agar kita lebih mendekati makna bahagia. Pilihlah untuk BAHAGIA bukan SENGSARA.

psstt: ada lg..doakan saya pula mcm gmbar atas tu...haha