Pages

Saturday, July 16, 2011

Berikan Nama Yang Baik Untuk Anak Kita

Acara Gimnastik -mereka belajar dari generasi sebelumnya-hehe, (",)

Anak merupakan anugerah Allah bagi pasangan suami dan isteri. Bagi mereka yang tiada zuriat pastinya mengharapkan agar syurganya dihiasi anak-anak sebagai penyeri rumahtangga. Tapi bagi remaja2 yang seusia muda terjebak dengan zina yang di tukar kepada bahasa lebih lembutnya oleh media dan masyarakat sebagai seks bebas, kelahiran bayi amatlah malang bagi mereka, lalu jalan pintasnya Buang Bayi.

Dalam Longkang, dalam tong sampah, dalam sungai, dalam tandas, dalam semak, menjadi makanan anjing dan ulat, oleh mereka yang naif mengenal erti kehidupan dunia dan terpedaya janji manis dalam percintaan yang membawa kepada perhubungan terlarang.

Bila terjadi, maka semua punca yang menjadi orang yang bersalah. Termasuklah:
-Ibu Bapa dan Kelemahan institusi kekeluargaan
-pasangan zina
-Kerajaan
-Masyarakat
-Media
-Hiburan Melampau dalam masyarakat
-lemahnya tarbiyah/pendidikan agama
-dan lain2

Kesemuanya memainkan komponen yang bertindak mengawal satu sama lain. bermula daripada institusi kekeluargaan yang baik seterusnya akan melahirkan anak dan generasi yang baik, serta masyarakat yang baik.

Nama Anak2

-Agama menyuruh kita memberikan nama yang baik2 kepada anak2 yang dilahirkan. Anehnya, kita lebih terikut2 kepada nama2 barat, nama2 artis, atau yang menjadi budaya yang kesemuanya tiada maksud yang baik pada erti nama.

Panggilan nama adalah satu doa kepada anak2. Baru2 ini saya pernah terjumpa senarai2 nama yang "aneh" bagi saya termasuklah nama Mimpinya Laila, Tarzan, Cristina Aguilerra,Membunga, dan pelbagai nama2. Apakah ianya mempunyai maksud yang baik? Dalam bahasa arab pastinya nama aneh itu tidak ada maksud, atau jika kita tersilap, boleh jadi kerana nak sedap panggilan, nama itu mempunyai maksud yang buruk umpamanya nama Izzati Sakirah. Apa maksudnya? Izzati maksudnya Kekuatanku, manakala Sakirah yang dianggap sedap ertinya Pemabuk.. Nah silap kasi nama boleh jadi panggilan buruk bagi anak2 bahkan merupakan kata doa yang buruk bg mereka. Dek kerana kita berada dalam kejahilan, nama Abu Jahal yang kononnya ada dalam nama arab ketika dulu pun ada ibu bapa kasi nama pada anak2. Abu maksudnya bapa, Jahal maksudnya bodoh..Bapa Bodoh?

Tanya mereka yang arif

Ibu bapa yang tidak tahu bahasa arab, sebaiknya jika mereka ada nama bagi anak2 mereka nnt, maka wajarlah bertanya pada mereka yang arif. Jangan ikut suka nak bagi nama memandai2 tanpa tahu apa maksudnya.

Maka disini wajarlah kita merapati kembali ke jalan agama kita. Dulunya mungkin kita terleka, tetapi hari ini, merupakan peluang kepada kita yang Allah berikan nikmat usia berbaki singkat sebelum ajal entah bila. Kembali kepada jalan yang lurus bererti kita memahami setiap perkara dalam hidup kita ada panduannya. Daripada perkara sekecilnya kepada yang sebesar2nya.

P/s: Sama2 kita semua membaiki diri kita, menjaga ahli keluarga kita, dan komponen2 masyarakat kita yang lain.
 

1 comment:

  1. erm ,na'am .setuju dangan pandangan anta ini..erm izzati juga bermaksud "kemuliaanku"tak silap ana..

    dan Abu Dawud tlah meriwayatkan dari Abu Darda’ r.a. katanya, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dgn nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu.

    Maka..Ingatlah, apa yang disemai hari ini, itulah yang akan dituai esok hari.~

    ReplyDelete