Pages

Thursday, July 14, 2011

Ingat Penderitaan Orang Lain..

Bismillah...
Assalamualaikum..

hari ni dah pun melepasi minggu kedua praktikal. Kerja yang adakala memenatkan dan adakala menghiburkan. Tak de kerja memang bosan, tapi dah tersedia laptop-netbook dibawa sambil2 melayan cerita dan lagu. Kalau ada kerja lagi bagus, sambil earphone telefon terpasang dan mulut meratib lagu2 nyanyian nasyid serta menyiapkan data2 masukan senarai nama dan maklumat customer.

Oleh kerana tempat yang strategik, dengan almari didepan sebagai "penghadang", maka saya boleh buat macam2 kalau tak da kerja diberi. Nak tidur ke, nak menyanyi ke, bersenam ke, conteng2 ke. Tapi tak leh selalu juga kerana hampir dengan kaunter pelanggan. Nanti customer nampak pelik pula, bila customer datang, pelbagai kisah sedih, lucu pun ada, aneh dan pelbagai lagi boleh dengar. Mereka semua datang daripada mereka yang ingin memohon zakat dan bantuan. Mereka yang dalam golongan asnaf termasuk fakir miskin datang memohon bantuan dan pelbagai cerita yang dikisahkan. Adakala amat menyedihkan, bilamana menyedari betapa rakyat negeriku amat meruncing dari kalangan fakir miskin. Kebanyakannya mengalami masalah keluarga, penceraian, sosial, hidup melarat, tiada bantuan, di aniaya, walaupun perkara yang dinyatakan cam tak sabit pula dengan pusat zakat di sini, tetapi itulah luahan mereka yang datang daripada fakir miskin.

Tak kurang pula ada yang mengambil kesempatan, tubuh sihat, boleh berdikari, yang malas bekerja, yang mengharapkan bantuan semata2 tanpa usaha, si suami yang malas bekerja dan mengharapkan si isteri saje bekerja menanggung suami dan anak2, arggh, pelbagai drama menghiasi. Barangkali mereka tidak mengerti apa makna wang zakat untuk mereka, mengambil kesempatan di atas lakonan dan penderitaan ahli keluarga yang tak sewajarnya. Tapi mungkin kes ini tidak la sampai kronik, suma menggambarkan betapa manusia adakala makin malas berusaha walaupun dikurniakan kekuatan tubuh badan.

Cuma, terkadang, bila mejaku yang begitu merapati kaunter ni, pastinya riak2 wajah manusia yang datang semuanya dapat saya lihat. Sedih juga mengenang nasib mereka. Mendengar pujuk rayu bantuan mereka, mereka juga manusia seperti kita. Ya Rabb, kayakanlah aku supaya suatu masa Engkau menjadikan aku membantu mereka orang2 fakir miskin. Dan sekiranya mereka takdir dalam keadaan fakir miskin, kuatkan iman mereka ya Allah.

P/s: Makin ku mendekati orang susah, semakin ku membenci pemerintah yang bermewah dengan titik peluh rakyat yang menderita
.

No comments:

Post a Comment