Pages

Saturday, November 6, 2010

Exco sokong hab hiburan malam

-Datuk Rahin Mohd Said-
SETIU - Pelan yang disusun kerajaan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam memacu sektor pelancongan ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam perlu dilihat secara lebih terbuka. 

Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Rahin Mohd Said berkata, soal ia mampu menggalakkan budaya Barat menular dan menyebabkan negara berhadapan dengan pelbagai penyakit sosial tidak timbul. 

“Seperti yang kita maklum, sebelum ini masyarakat kita ada adat dan budaya, orang sekarang lebih terbuka dan perkara itu juga perlu dilihat secara lebih terbuka kerana sasaran kita adalah pelancong asing,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pengendalian Perniagaan Sektor Eco Pelancongan dan Marin di Sutra Beach Resort and Spa, di sini. 

Rahin menyokong pelan program transformasi itu di mana ia dilihat mampu memacu sektor pelancongan negara dengan menggalakkan kemasukan pelancong bagi menggandakan pendapatan hiburan malam di Malaysia. 

Sebelum ini, menerusi ETP, kerajaan mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurangnya 10 kelab malam menjelang 2014. 

Rahin berkata, cadangan penubuhan zon hiburan hanya di kawasan tertentu iaitu di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu dan ia adalah kawasan tumpuan utama bagi pelancong asing.


petikan akhbar sinar harian terengganu: www.sinarharian.com.my/com/content/story8359771.asp


Soalnya 


1. Apakah sumber lain sudah tidak ada dan hiburan dikatakan alternatif menjana ekonomi?
2. Sediakah kerajaan mendengar kritikan/pandangan ulama/mufti berhubung hal ini?
3. Kewajarannya apabila isu sosial yang semakin membarah dalam masyarakat, apakah luka dirawat dengan cara menambah duka?
4. Apakah rakyat marhaen akan menggadaikan maruah mereka menjadi "tahi-tahi" melayan pelancong luar negara untuk mereka berhibur? Mereka jadi apa? Cashier arak?penari?pendangdut?atau profesion GRO liar?
5. Ekonomi mana yang kita sedang berguru? Amerika yang sedang kecundang itukah role modelnya?
6. Rakyat menuntut agar kebajikan mereka tidak terabai, yuran pendidikan tidak mencekik kedarah, harga barang tidak naik terlalu tinggi,org dikampung merana, sedangkan laungan berjimat cermat terus menjadi slogan, tetapi kelas atasan bak perompak merampas hasil titik peluh rakyat dan senang lenang diatas kesusahan orang miskin. Apa yang tercermin dalam budget 2011, harga cukai seluar dalam turun, beg tangan turun,bla bla2....? Siapa pakai yg mahal2?
7. Sudah tidak cerdikkan golongan profesional negara sehingga idea ini yang diletakkan dalam ETP?
8. Kalau dah bina masjid, stop2 la bina disko...kan kata negara Islam...orang umno dan penyokong ternyata tidak sesekali setuju idea transformasi menjahanamkan negara dan rakyat ni sebenarnya.


rakyat tak mahu hiburan, rakyat miskin seperti kami inginkan keadilan dalam agihan kekayaan negara, bukan berlegar dikalangan mereka yang kaya sahaja. Yang kaya semakin kaya, yang miskin terus menerus merana kepapaan! dengarlah rintihan dan nadi rakyat...

No comments:

Post a Comment