Pages

Tuesday, June 1, 2010

penerangan Isu Wahabi ke seluruh terengganu pula?

salam

saya berkesempatan hadiri satu sesi penerangan wakil jakim oleh hj zamihan mengenai isu wahabi bertempat di dewan majlis perbandaran dungun. mukaddimahnya menarik dan sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada saya.

banyak dikisarkan mengenai muhammad b abd wahhab,pengasas fahaman ini. namun sedikit sebanyak saya perhatikan beliau lebih membawakan emosi beliau dan sedikit terlepas dalam soal disiplin hujahan serta pembawakan ilmu. maafkan saya suka mengkritik.

saya terkesan bagaimana seolah2 Jakim ni bermusuhan kah dengan DR ASRI(dilabelkan wahabi dalam slides) yang turut menjadi isi kecil pengisian. walhal kesnya belum selesai.juga diawalnya beliau menerangkan ini isu furu'(cabang) namun aksinya beliau lebih bersungguh2 membela isu Furu' ini keperingkat lebih awla, walhal saya fikir isu utama dalam negara apatah lagi umat Islam sekarang ni seolah2 dibutakan.

apa boleh buat, ini sesi beliau, saya lebih suka jika Jakim atau Hj Zamihan sendiri buat satu forum ilmiah mengenai Isu ini, tak perlulah yang tu cemuh dibelakang lawan. ajak sahaja sipendakwa dan yang didakwa, tak yah cakap sorang2, barulah manusia tahu berfikir dan lebih adil.

apapun, saya pun tak mahu masuk campur lebih2, antum lebih pandai barangkali, maka diserahkan sahaja urusan ini pada yg layak...

p/s: Bantahan keatas Israel yg serang kapal bantuan kemanusiaan masih tak berbunyi dari pendakwa suara2 yg lantang..ke manakah mereka?

No comments:

Post a Comment