Pages

Tuesday, March 30, 2010

alhamdulillah

salam

alhamdulillah, baru hari ni berjaya lapangkan masa waktu maghrib turun memberikan kuliah maghrib. tp byk lg asgmt blm siap. ni pun ada kat rumah kawan, alang2 siapkan assgmnt, buka blog, esok 8am ada test fiqh muamalat plak....

next week ada program Family Day Fakulti,1 april muzakarah dengan MPP,8April prgm Isbac+Palapes untuk tahlil perdana, 10 April dinner Isbac,  ni last utk isbac sebelum berakhir sekejap sem ni.

sahaabat2 ada cadangan tak utk saya aktiviti sem depan? saya tgh kumpulkan idea...kalau blh mestilah program tu menarik minat dan enjoyable jugak utk tarik minat2 mereka. yg lepas dah settle lawatan ke rumah orang tua, prgm sembelihan ayam, dulu penah buat prgm pengurusan jenazah, prgm motivasi..... kpala saya ni tgh nk buat kem kat resort ni sem depan...mudahan berjaya...

to all my beloved friends, syukran mendoakan... saya semakin sembuh dengan tambahan doa daripada kalian... rehat bagiku sewaktu sedang tidur...

p/s: 2 minggu lagi study week, then final exam jer..

Monday, March 29, 2010

Malaysia antara 10 tertinggi ambil arak di dunia


KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud(gambar).
Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.
"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.
Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.
Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.
Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.
Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.
"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.
"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.
Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.
Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.
"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.
"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.
Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.
Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.
"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.
"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.

kalau ia bercantum.....mgkin blh bawa maut?...

salam
jam 2.15petang saya bergegas ke klinik, namun ramai orang, malas nak tggu sbb ada kelas...pastu singgah ke pH tadi, cepat2 saya cari kipas sebab terasa sangat panas badan...prgm kem baru2 ni pn, sewaktu jam 3am,sahabat2 dalam kesejukan, saya pula terasa sangat panas menyebabkan saya skip tugas saya dan berehat,,,"ya Allah panasnye" ...lalu ptg td saya terserempak dgn sahabat ana farid, hairan melihat ana spt cacing kpanasan,

teringat kata2 dia... "kalau ianya bercantum, mungkin blh bawa maut..."

kpalaku terngiang2 didalam kelas, tetiba saje badanku lemah, si yaakob pula sound kpd pensyarahku, u.noorhasyimah mngatakan saya sakit...."ustazah, abg lan dia sakit!!!" habis mata memandangku seketika, arrgghh, yaakob sorang ni apsal plak....!! saya menafikannya....

jam 420petang saya ke klinik lg, time tu ok, org takder, terus jumpe doc....doc bertanya, da berapa lama? saya tersasul menjawab ,,,errmmmm baru sebulan encik....,padahal seingat saya sudah hampir 2tahun kot...
doc membuat pemeriksaan kali kedua, panjang ditulis pada buku rekodku..

saya ketawa sendirian melihat buku rekod kesihatan saya,,,orang lain sehelai je, saya dah 2 helai catatan ditulis doc...hu3, kataku sendirian...bila dapat ubat sblm2 ni pn utk migrain,batuk,athma dll saya slalu buang pasal tak sedap....

lalu doc memberikan laporannya..mcm biasa, tulisan doc mmg tak dapat dipahami...
katanya, "camnilah,,,awak cuba dulu dalam sminggu dua ni, kalau tak berkesan,datang balik kesini utk ganti dgn ubat lain"  agaknya ada lagi kot ubat yg lebih POWER nih...

"sebelum ni awak makan ubat x?" saya jawab,"saya beli kat farmasi jer., tp tak berkesan mana" (padahal sewaktu saya bli tu, kata sipenjaga kaunter tu, ni ubat yg plg kuat, lg pn bkn skejap nak sembuh) pernah saya bertanya,"berapa lama tu cik?"----erm, 8 bulan plg minimum, atau lebih dr tu..

kalau ia bercantum....blh bawa maut? takderla

arrggghh, prevention is better than cure...tp biasa la, tak menakutkan pn....orang blh mati dr macam2 sebab pn.....muda@tua , cpat atau lambat,...yg pntg amal kena up sikit...

saya bawa motor sambil berkata...". TIDAK...ALLAH JANGAN ENGKAU MEMATIKAN AKU SELAGI SATU URUSANKU BLM SELESAI, JIKA TIDAK AKU BERSERAH ENGKAU SAHAJA YG MENYELESAIKANNYA UTKKU DAN AKU BERLEPAS TANGAN TERHADAP URUSANKU!!"


P/S: hu2, buat suspen betul....!!!

serba salah

salam

assalamualaikum bang tg nordin, malam ni ada kat dining x? nak jumpa...
ada, mari la, lan gi masjid x? kita jumpa sana k...

kat masjid
camni bang din, saya pinjam duit bang din sikit, takder duit sangat2, jd duit byrn ni saya ambil sikit, nanti saya ganti dalam mggu ni balik blh tak?

tak perla lan, bang din hadiah kat lan....apalah sangat dgn duit tu..

serba salah saya dibuatnya...rezeki mmg rezeki saya, tp bila menghadapi masalah kewangan, tak dapat lari daripada mminjam seketika....mudahan Allah membalasi segalanya...

doakan saya besok ada test eco...
salam...

Saturday, March 27, 2010

akhlak comel

 salam..

alhamdulillah settle jap urusan sembelihan pg td...letih bkn kepalang...seronok bkn main...

nnt ada masa saya upload gmbar2 tu... kpala ni macam terawang2 je, ...
dengki tgk kawan2, rilek je hidup dia dgn tidur, "derak"(jalan2), ...tp diorang ni tak reti manfaatkan masa je...hu3 sedap sgt kata kat org,...

ye la kan, saya ni blk rumah pn sbb makan dan tidur,nasibla mak ayah saya memahami ada anak macam PM sibuk...nk jaga hati diorang bkn mudah, dalam sibuk2 kena la pastikan mereka aman tgk kita ni menyejukkan mata diorang....so blk rumah kena la tlg2 sikit kerja rumah tu...

so nak bincang tajuk akhlak sikit...
akhlak, imam ghazali royat ia sebagai sifat semulajaadi yg lahir drpd diri kita secara spontan/smulajadi.. akhlak disebut sebgai sifat yg sgt mulia. adapun sesetengahnya membahagikan ia kpd 2 yakni mahmudah dan mazmumah.

kita bincang yg baik je la ye, mudahan akhlak yg baik kita kena igt sokmo dan beramal dgnnya. Rasulullah saw punyai akhlak contoh teladan terbaik. bahkan baru2 ni orientalis barat sanggup meletakkan baginda sebagai no 1 dikalangan 100 orang tokoh cemerlang dan berpengaruh.

bkn mudah nak jaga dan kekalkan akhlak yg baik sebab ia blh dinodai. drpd dorongan nafsu dan bisikan iblis, maka segala yg menconteng hati kita akan diterjemahkan kpd akhlak yg buruk.

jika kita ambil kain putih lalu diconteng satu titik hitam, pastinya orang akan melihat atau fokus pada titik tersebut...bkn kpd kain putih itu lg, bgitula kita..

berbalik kpd maudhu kita, maka akhlak yg indah akan mencerminkan peribadi kita, orang akan tertawan dgn kita lantaran akhlak kita. suatu waktu, akhlak juga merupakan dakwah yg plg berkesan berbanding lisan dan yg lain. bgitulah kuatnya akhlak spt peribadi nabi muhammad saw yg mencairkan hati wanita yahudi yg sentiasa mengotori jalan baginda dgn najis, akhirnya tertarik dgn akhlak nabi yg sentiasa bersabar....

so tu jer dulu, lain kali sambung plak yer, k salam...
ini_lan

Wednesday, March 24, 2010

ISBAC UiTM Dungun dan IBSA UiTM Segamat

bersama IBSA Uitm segamat
Pasukan Futsal mereka

surat kepada non muslim

salam...

kepada seluruh para Menteri, para penjawat awam, jurtera2, peniaga2, orang awam bukan Islam baik di Sabah mahupun Sarawak, Semenanjung.....

Islamlah kalian, nescaya kalian selamat....
semoga kalian menerima pelawaan saya dengan hati terbuka, saya memohon maghfirah daripada Allah agar usaha kecil dan mudah saya ini menjadi bukti dan jawapan saya di akhirat.

kenalilah Islam dan kenalilah Pencipta yg tunggal....

s/k:wakil2 
datuk seri samy vellu
datuk seri chua soi lek
datuk seri ong ka ting
datuk seri ling liong sik
paderi2
sami2
tok batin
tok bomoh

..........
p/s: saya tak paksa pun,,,,,at least anda perlu ambil ruang masa dalam hidup anda fikirkan utk apa anda hidup selama ini...., utk harta? utk pangkat? utk kemegahan nama? utk bersuka2 dan berpoya2?