Pages

Friday, December 3, 2010

Kerana Takut Tak Kahwin?

Assalamualaikum

"Hmmm, macam mana ni,saya minat kat dia. Dia baik, rupa pun ada, sini ramai perempuan. Kalau saya tak dapat dia, hmm merana la hati ni...tak kan dia takde perasaan kat saya eh., apa kurang saya, pakaian pun ok..." Dafina  bermonolog sendirian di tepi tingkap memikirkan Syamsul, seorang lelaki yang diminatinya sambil memerhatikan beberapa gadis seusianya melintas halaman kolej kediamannya bersama teman lelaki masing-masing. Dafina terdiam seketika melihat gadis sebayanya yang tergedik-gedik berjalan seperti model sambil si lelaki memimpin tangan sambil membelai rambut ikal mayang yang kadangkala menimbulkan seribu pertanyaan kepadanya. "Bagaimana mereka berjaya,saya pula tak..?"

Hari berlalu dengan perasaan Dafina sentiasa memendam perasaan yang ingin sangat diluahkan hatinya. Entah tidak semena-mena, satu malam Dafina mendapat satu mesej dari nombor yang tak dikenalinya. "Hai Ina, awak buat apa? Saya Fakri jurusan Elektrik. Saya kenal awak.......", Dafina kaget seketika, "Argh, belum pernah ada lelaki mesej saya,erm, layan la sekejap.."

Entah kenapa, bermula skrip layanan, tetiba perasaan mula berputik di hati Dafina. Dia lupa seketika Syamsul, lelaki yang pernah diidaminya. "Arggh, buat apa nak fikirkan si dia, dah macam susah je dia nak berkenan kat kita ni..." bisik Dafina yng padanya melihat Fakri mula mencuri perasaan hatinya dengan pelbagai layanan yang seperti dalam drama di televisyen. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, rupanya sudah 2 bulan Dafina berbual dengan Fakri.

Satu hari, Fakri menghantar mesej kepada Dafina agar dapat mereka bertemu di taman. Dafina teruja, namun Fakri meminta kepadanya agar Dafina memakai seluar jeans dan baju sejuk, katanya nak bagi nampak "matching" sebagai pasangan yang sedang bercinta. Dafina tanpa berfikir panjang. Padanya, walaupun dia tiada pakaian sedemikian, dia boleh pinjam dengan roomatenya.

"Erm, Ina, pelik la awak sekarang, tak pernah pakai jeans, tetiba nak pakai, awak kan suka berjubah?" tanya Pajila, rakannya yang kehairanan. "Ooo, tak delah, pakai jeans mana haram Paji, asal tutup aurat" balas Dafina. "Ye, tahu, tapi....ermm, takpelah," Pajila menghentikan kata-katanya. Selesai pulang dari "date" pertama, Dafina dilihat sentiasa tersenyum, entah, bila pegang bantal pun senyum, tengah makan pun senyum, apatah lagi kalau dah pegang telefon. Pastinya dia akan lebih dengan senyuman panjangnya.

Sekian lama hubungan mereka berpanjangan, perubahan sikap Dafina mula dikesan rakan-rakan persatuannya yang lain. Masakan tidak,sebagai Exco Pembangunan Modal Insan, Dafina sentiasa tidak hadir mesyuarat, selalu lewat ke majlis ilmu dan pelbagai alasan yang diberi bila hendak bertemu rakan dan sahabatnya. Berdasarkan kedatangannya pada bulan November lalu, daripada 4 pertemuan majlis ilmu, hanya satu kali sahaja yang dia hadir, itupun datang lewat dan hampir selesai perjumpaan.Puas sudah sahabat-sahabatnya menegurnya, namun adakala teguran dibalas dengan mimik muka yang penuh menyakitkan perasaan sahabat-sahabatnya. Masa terus berlalu dan akhirnya mereka dapat ketahui punca Dafina sebegitu. Mereka cuba berbincang, tetapi tidak menyangka Dafina tergamak membalas dengan kata-kata yang melukakan hati pra sahabatnya. Dafina merasakan mereka mengongkong dirinya, lantas Dafina bertindak menjauhi mereka.

Dafina, bukan seperti Dafina yang dahulu, tiada lagi tampak jubah ungu yang biasa dipakainya. Sekarang Dafina beralih "selera" dengan pakaian yang agak mencolok mata memandang. Perubahan ini amat ketara sehinggakan pernah seketika kelihatan Dafina tidak mengenakan lagi tudung bilamana hendak membeli makanan di Cafe.

Satu hari, Dafina tanpa menutup rambutnya seperti biasa pergi ke Cafe membeli makanan. tanpa disedari ketika hendak membayar makanan, tidak terduga olehnya bahawa, Syamsul berada disebelahnya. Dafina perasan bahawa Syamsul kelihatan agak terkejut dengannya.

"Astaghfirullah....Dafina, awak ke ni?" tanya Syamsul. Dafina tidak menjawabnya lalu bergegas pulang. Syamsul juga turut beredar bersama rakan-rakannya, sambil salah seorang rakannya berkata, "Tulah Syamsul, Chek dah bagitau da kat hang, tapi hang tak percaya. Hah, sekarang tadi tu sapa? Dulu bukan main lagi duk pendam hati kat dia". Rupa-rupanya, Syamsul yang selama ini juga memendam perasaan sama sepertimana yang pernah dimiliki Dafina dulu. Namun sekarang mungkin sudah berubah.

Pendek ceritanya, satu hari, Dafina menghadapi masalah hubungannya dengan Fakri. Fakri yang dikenali ramai sebagai kaki perempuan akhirnya meninggalkan Dafina setelah berbulan lamanya berkenalan dan keluar bersama. Apa yang tinggal hanyalah derita buat Dafina. Dafina sengsara dengan apa yang dialaminya. Ceritanya diketahui oleh sahabat sepersatuannya yang datang menziarahinya setelah mendapat tahu daripada roomate Dafina.

Dafina menangis sepuas-puasnya dalam dakapan sahabat-sahabatnya mengenangkan perbuatannya dahulu. Katanya, dia bimbang kalau dia tiada jodoh. Itulah sebabnya dia berbuat demikian.

Syamsul mendapat tahu cerita mengenai Dafina setelah dia juga merisik khabar daripada rakan Dafina. Pun begitu Syamsul bersyukur kerana Dafina masih diberikan nikmat hidayah oleh Allah taala yang kasih akan hambaNya. 

Demikianlah kisah pendek untuk dijadikan teladan...Mungkin anda boleh mengagak apa seterusnya kisah selanjutnya....Apapun, banyak pengajaran perlu dijadikan iktibar. 
-Kisah ini adalah rangkuman pengalaman manusia, oleh itu, nama-nama di atas adalah rekaan sahaja-

No comments:

Post a Comment