Pages

Thursday, December 23, 2010

Anak-Anak Dajjal Muncul Dengan Banyak

Assalamualaikum wbt.

Melihat perkembangan hari ini, internet sangat mudah diakses walau di mana sahaja kita berada dan bila-bila masa oleh semua golongan yang memilikinya. Dari peringkat anak kecil hingga dewasa, semuanya sudah memahirkan diri dengan alam siber.

Internet, tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia. Lubuk kepada maklumat serta jaringan sosial yang memuncak di kebanyakan negara. Pergilah ke mana-mana sahaja, rata-ratanya pasti memiliki akaun Facebook. Ada yang menggunakannya sebagai medium ekonomi, perhubungan sosial, informasi, dan tak terlepas juga sebagai medium dakwah. Kecepatan perkembangan ini menjadikan negara menghadapi satu cabaran baru yang semakin mendatangkan pelbagai kesan positif dan juga negatif.

Pun begitu, dari sudut teorinya, mungkin pelbagai tafsiran boleh digambarkan untuk memberikan tafsiran terhadap perkembangan dunia IT ini. Siapa sangka, wadah yang sepantas kilat ini boleh bertukar kepada medium penyebaran fitnah yang sangat merbahaya.

Fitnah Akhir Zaman

Dajjal...mengimaninya adalah sebahagian daripada ajaran agama yang diperingatkan sejak Nabi Adam As lagi. Dahsyat sebagaimana fitnah Dajjal? Wallahua'lam. Para anbiya' alaihimussolatuwassam telah diduga pelbagai badai fitnah termasuk di zaman Nabi Nuh,Ibrahim,Musa,Isa, Yusuf dengan Zulaikha,kaum yahudi,tak terlepas fitnah munafiqun di zaman rasulullah juga menggoncang umat dan para sahabat. Fitnah tidak akan pernah terhenti, sehinggalah datangnya raja segala fitnah iaitu al masih dajjal laknatullah. 

Di dalam menelusuri zaman demi zaman ini, maka berturutanlah fitnah dihamparkan oleh kaki pemfitnah. Dengan perkembangan teknologi baru, internet menjadi medium pencetus fitnah yang sangat cepat. Maka tidak hairanlah, Dajjal digelar Bapa Segala Fitnah yang akan merosakkan manusia kerana bibit-bibit fitnah hari ini sudah mula menjadi suatu pegangan oleh manusia yang semakin jahil. Bukankah Allah taala telah menggariskan betapa sesuatu berita haruslah diteliti dengan kebenaran hasil penyelidikan(research)? Sungguh menghairankan, golongan akademik yang berpangkat tinggi dan bertaraf Professor dan Doktor boleh bertukar Professor Bodoh lantas mudahnya mereka diperdaya berita yang didengarinya sebagai dalil mereka berhujah dan berpegang. Lebih malang lagi apabila pemfitnah atau pembohong serta pendusta itu hanyalah berlatarbelakangkan ilmu cedok yang diasaskan oleh bisikan syaitan dan dorongan nafsu. Manusia sanggup mempergunakan undang-undang ciptaan, dorongan habuan dunia dan kepentingan untuk mencapai kepuasan hidupnya, asalkan hatinya gembira. 

Iman sudah hilang

Mereka tidak akan segan silu memaparkan aib manusia lain yang padanya dikira berdalilkan hujah kebenaran. Padanya, sikap menghukum sudah menjadi suatu jalan penyelesaian segera daripada mendengar respond daripada mereka yang terlibat. Belum sahih lagi, tetapi  masyarakat diperdaya hidup-hidup oleh "anak-anak Dajjal" ini kerana hati mereka hanya mahukan dunia ini diperintah oleh idea dan cara mereka tanpa perlu campurtangan hukum Allah. Anda, atau saya boleh terperangkap jika semua ini tidak didasarkan kepada disiplin ilmu yang diperintahkan oleh Allah taala melalui uslub para anbiya'. 

Saya menasihatkan masyarakat supaya kembali kepada dasar-dasar Islam yang sempurna dengan memiliki ilmu yang bersandarkan wahyu dan bukannya sekadar pandangan logika masing-masing di dalam penentuan sesuatu berita yang tersebar. Semoga Allah taala membuka pintu hati kita semua dengan meletakkan rahmat hidayah petunjukNya bagi kita mengendalikan hidup di dunia ini. Insyaallah.

P/s: Fitnah lebih besar bahayanya daripada isu pembunuhan

No comments:

Post a Comment