Pages

Saturday, April 16, 2011

pengalaman

Assalamualaikum wbt

kejadian histeria, suatu perkara lumrah yang berlaku di sini, tempat saya belajar. Dengan 7 kali penglibatan dalam minggu mesra siswa (MMS) atau nama MDS sekarang ni, bermakna 7 kali pengalaman juga dapat terlibat dalam proses merawat bersama ustaz, di samping hari-hari lain yang banyak juga berlaku.

Mungkin di sini dah jadi kampung mereka, apa boleh buat, kampus dikelilingi bukit, hutan, pantai, air terjun dan tasik, pakej istimewa bagi kampus di hujung bandar dungun ni.

Kejadian rasuk pun tidak kurang, ada yang nak bunuh diri, mengamuk dan lain-lain. Terkadang,macam-macam karenah yang di alami dalam proses merawat mereka. Nak-nak pengalaman dapat berbual dengan mereka mahupun kena warning dengan mereka. Tak kira muslimin mahupun muslimat, kejadian ini terus berlaku.

Apapun, begitulah nak bagitahu, manusia hidup berkongsi dunia dengan makluk Allah yang lain, tak kira jin sahaja, haiwan, tumbuh-tumbuhan juga punyai hak mereka.

Sedikit perkongsian untuk sahabat-sahabat pengunjung di luar sana. sila klik (DI SINI) untuk bacaan kita amalkan. wallahua'lam.


P/S: Jadilah kita orang yang mahir dan pakar, supaya kita dapat membantu mereka yang ditimpa kesusahan, kerana semua yang kita ada cumalah dari ilmu Allah taala kurniakan.

Friday, April 15, 2011

Anda punyai teman baik

teman yang baik adalah yang segera mengingatkan dirimu kepada Allah,
bukan yang selalu melalikanmu dari mengingatiNya.

teman yang soleh adalah mereka yang mengajakmu melakukan ketaatan,
bukan yang mengajakmu ke arah maksiat yang salah.

teman yang kalam bicaranya indah adalah yang mana ucapannya engkau tenang,
yang tidak membuatkan engkau risau,yang menampakkan kejujuran setiap butiran katanya,
yang selalu membahagiakan hati apabila kalimahnya berbicara,
yang selalu menggenapkan segala permasalahanmu.

teman yang baik, bermula dengan dirimu baik kepadanya lalu dia membaikkan dirimu,
teman yang baik, jumlahnya pada ketentuanNya,
jika banyak maka alam turut merasa aman kehadirannya,
namun hakikatnya teman yang baik itu tetap sedikit.

albanna....

Wednesday, April 13, 2011

Warkah Untuk Sarawak dan Sabah

(Rumah Rakyat)
Negara mencapai tempoh kemerdekaan yang cukup lama separuh dekad lalu, dengan pengorbanan rakyat yang perit dari pelbagai latar belakang. Tidak sekadar nama dalam kitab sejarah tingkatan 4 mahupun 5 yang dihafal nama-nama seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Tan Cheng Lock semata-mata, walhal mereka ini hanyalah penuai-penuai hasil perjuangan mereka yang gagah berani bertempur musuh, terpalit buruan derita yang berpanjangan. Nama-nama yang digelapkan dalam lipatan sejarah dek kerana sikap "bias" dalam latar belakang pejuang kemerdekaan kerana kepentingan politik pemerintah, menjadikan sejarah sekadar suatu cerita badut-badut yang dicipta untuk ditepuk tangan.

Mungkin samasekali, teks sejarah itu tidak dapat menyebut senarai pejuang yang sebegitu dek kerana "tebalnya" karangan sejarah negara. Pun begitu, seluruh tenaga memerdekakan negara meluncur bukan sekadar di Semenanjung Malaysia (dulunya dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu), tetapi pejuang dari Sarawak serta bumi Sabah juga tiada tolok bandingnya.

Setelah negara dirampas kembali tanahnya dari tangan penjajah barat, segala barang kepunyaan milik bangsa diurus dengan titik peluh sendiri yang mencurah. Dari lombong, dari pertanian, perindustrian, kilang-kilang, perniagaan ditadbir oleh bangsa Malaysia.

Mungkin sama sekali dalam tempoh 57 tahun merdeka, tempoh yang cukup lama, bagi negara Jepun sahaja, sejak bom atom meledak dan memusnahkan kota Nagasaki dan Hiroshima, dalam tempoh sebegitu, negara yang musnah bangkit menjadi kuasa ekonomi yang cukup disegani.

Negara yang kaya

Malaysia beroleh nikmat yang cukup besar anugerah dari Allah swt dengan nikmat pelbagai hasil mahsul buminya yang kaya dengan sumber mineral seperti hasil balak, emas, bijih besi, petroleum, pertanian,dan lain-lain yang tidak setimpal jika dibandingkan negara kecil seperti Singapura yang kecil berlipat kali ganda dari Malaysia. Namun "kebijakan" ekonomi oleh sang pemerintah, menyebabkan negara seolah-olah di tadbir selia oleh "penyamun'' yang berpoya-poya dengan kemewahan.

Rakyat menanggung beban yang besar lantaran pelbagai cukai yang kononnya menjadi periuk pembangunan negara, namun saban waktu pemimpin yang di atas mengaut segala-galanya demi kepuasan diri dan kekayaan keluarga yang mana harta rakyat dirompak dan diperlakukan seolah-olah harta mereka.

Mereka lebih mengutamakan slogan-slogan indah dengan kata-kata manis untuk memukau rakyat, dengan menguasai media sebagai "ahli sihir" zaman moden, kalau dahulupun, firaun juga ada ahli sihirnya. Rakyat seolah-olah dipukau dan tidak sedarkan diri dengan permasalahan yang melanda mereka. Mereka tertipu dengan RM200 yang digula-gulakan menjelang pilihanraya di samping projek mee segera. Bila menjelang pilihanraya, dek kerana takut kehilangan sokongan dan ingin kekal berkuasa, barulah mereka berpura-pura dan bersikap munafik mendekati rakyat yang dizalimi.

Mungkinkah kita mudah lupa pada sejarah atau memang kita memang mudah lupa? Rakyat tidak diberikan hak sewajarnya, dan bagi sang pemerintah, mereka menyangka, dengan sekadar merompak kepunyaan orang lain, lalu dibahagikan secara tidak adil , bak cerita P.Ramlee, "1 untuk kau, dua untuk aku"... Itulah caranya mereka membahagikan kekayaan kepada rakyat. Sudahlah mencuri harta rakyat, lalu dikata rakyat tidak reti bersyukur dengan apa yang diberi.

Rakyat Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan dari arus pembangunan tidak seperti tempat di semenanjung. Jurang perbezaan yang sangat besar antara bumi yang terpisah ini melambangkan sikap tidak bertanggungjawab seorang "ayah" dalam memberi "nafkah" kepada anak-anaknya. Seolah-olah Sabah dan Sarawak itu adalah anak tiri. Atau mungkin barangkali, nafkah yang diberi selama ini disorok oleh tangan Pak Menteri mereka di Sabah dan Sarawak? Mana tidaknya, pemimpin yang berpuluh tahun mentadbir kononnya membangunkan Sarawak dengan hasil rakyat hilang tanah, masih berak di hutan, minum air sungai, tinggal di hutan sedangkan pemimpinnya senang lenang dalam mahligai keseronokan.

Ini seharusnya disedari rakyat dengan menolak pemimpin bobrok yang bertuhankan nafsu serta menganiaya rakyatnya sendiri. Bukankah Tuhan memerintahkan agar hambanya itu berlaku adil dan tidak mengizinkan harta itu sekadar beredar dalam kalangan orang tertentu sahaja? Ini sebaliknnya yang berlaku.

Mungkinkah ini ertinya kemerdekaan yang kita nikmati setelah peritnya pejuang lampau berjuang, lalu pemuka baru dari pemimpin yang tamak, rasuah dan gilakan kepentingan dunia serta pengaruh mahu menjadikan negara ini seperti harta mereka untuk berpoya-poya.

Sudahlah dan sedarlah wahai sang pemimpin, kerana apa yang dikejar tidak dibawa ke lubang kuburmu, engkau hanyalah seorang hamba di sisi Allah yang diuji nikmat kesenangan hasil yang engkau usahakan sama ada cara betul ataupun salah yang engkau sedarinya. fikir-fikirkan amalan dunia ini jika disia-siakan, maka kembali kita menghadap Tuhan dalam keadaan yang amat hina sekali.

p/s: Masa Untuk Berubah