Pages

Monday, November 7, 2011

Salam Tadhiyyah Buat Semua Di Lebaran Mulia

Assalamualaikum wbt
Saya mengucapkan salam ingatan sempena lebaran idul Adha kali ini., di samping memohon kemaafan daripada kalian yang mengenali atau tidak saya, semoga dengan redhanya kalian kepada saya, maka saya jua mendapat redha yang lebih besar di sisi Allah yang didambakan.

InsyaAllah, esok, 8Nov, Selasa, ummi saya akan menjalani pembedahan ususnya, dan baru sahaja tadi selesai majlis doa dan solat hajat memohon kepada Allah swt agar pembedahan yang bakal berjalan dengan baik dan selamat.

Mungkin sejak kebelakangan ni, ummi yang tidak larat lagi membuat seberapa rutin harian lazimnya, akibat batas2 pergerakan yang ditanggungnya, jadi tugas sebelum ini di pikul abah untuk memasak. Terkadang giliran saya, dan adik yang sesekali membantu untuk menu sarapan. Saya memang tak sempat jika 5 hari berpraktikal waktu kerja, jadi cuma tinggal hari minggu jumaat dan sabtu sahaja yang memberikan saya ruang membantu apa yang patut. 

Terlalu merindui masakan ummi, biarpun sesetengah lauk yang ummi masak bukanlah favourite saya yang saya suka makan selalu, tapi bila tidak merasa lagi masakan tangan ummi, memang banyak bezanya. Saya tidaklah pandai memasak, kalau setakat goreng2 dan tukang kacau, itu memang minat.. :) bila memasak, terasa letihnya. Tak terbayang rasanya, itu baru saje memasak, kalau sebelum ni ibu kita boleh buat banyak benda dalam satu masa. Memasak, membasuh pinggan mangkuk, mencuci lantai, membasuh pakaian dan menjemurnya, mengemas rumah, menggosok pakaian, melipatnya kembali, mencuci dapur, menyusun alatan lain, tandas dipastikan bersih.....aduh....Nyata sekali, saya gagal untuk menjadi seperti ummi..adakala hati merungut, alah, banyaknya,malasnya,letihnya...tapi jarang sekali untuk berfikir sejenak, adakah saya pernah mendengar suara ummi berkata atau mengeluh sedemikian..? Apatah lagi beremosi untuk memprotes, marah2...

Kalau masa kecik, teringat, kalau suruh ke kedai, pasti saya mintak upah..takda upah, malas pergi....sedangkan ummi yang mengandungkan, melahirkan, membesarkan, dan memberi pendidikan tidak meminta ehsan agar dibayar semua itu dengan wang. Apa yang mampu, saya doakan bukan sekadar untuk ummi, bahkan mengharapkan diri saya sendiri juga menjadi anak yang baik walaupun saya merasakan saya bukan seorang anak yang baik.

Terlalu tabah buat seorang ibu yang melalui pelbagai mehnah dalam membesarkan kita. Di sebalik raut lipatan tua wajah yang diselimuti sel yang menua, terdapat kekuatan luarbiasa didalamnya.

P/s: Saya sukar untuk menangis, tapi apabila melihat kepada kemiskinan dan kesusahan yang melarat, bercakap berkenaan ukhuwah terhadap insan yang saya sayangi, tentang keibuan, dan dosa yang menggunung..... mata ini tidak mampu menipu diri sendiri lagi betapa saya tetap mempunyai perasaan seperti manusia lain jua..

1 comment:

  1. sbr ye awak..mungkin ini dugaan untuk awak..dan insya Allah awak mampu hadapinya..Allah hanya akan uji pada orang yg dia syg dan ujian tu yg mampu kita hadapi..
    moga ummi awak kembali dlm keadaan sht..
    mgkn semua yg berlaku ni ada hikmahnya..
    jngan bersedih ye...

    ReplyDelete