Pages

Thursday, December 30, 2010

Sabar, Berlembut dan Tegas...

Bismillahirrahmanirrahiim...

Masyaallah, tak tertidur juga malam tadi lantaran, bila mata hendak dipejamkan, saya membuka sebentar laman fB, sekadar untuk meninggalkan kata-kata quoted sebelum tidur. Tidak semena-mena, saya terklik pada satu page yang asal kandungannya perbincangan politik. Argghh, saya malas melayan kenakalan tangan2 mereka membicarakan hal2 sedemikian, nanti dengan saya2 sekali terpalit perkara tak sepatutnya.

Namun, forum mereka bertukar topik hangat apabila seorang wanita dilihat agak liberal dengan komentarnya. Mata saya mengamati setiap isi komentarnya. Membiarkan komentar lainnya yang bersifat "syadid" melontarkan terjahan. Dalam mereka sedang hangat, saya mencelah dengan menegur agar berlapang dada, dan seterusnya menegur beberapa kesalahan pandangan yang bertentangan. Saya terus membiarkan, lantaran menganggap mereka sebagai sasaran dakwah yang perlu disantuni dengan hikmah. Pun begitu, perasaan mula lain apabila wanita tersebut seolah2 menafikan hukum-hukum Islam bahkan menganggap agama sebagai candu masyarakat, serta melabelkan umat islam sebagai manusia khayal dengan dongengan khalifah. Terdapat juga statement2 yang begitu bahaya yang saya fikir boleh menyebabkan syahadah kita terbatal. Arrggh, ini bahaya, saya terus menegurnya, yang pada fikiran saya beliau mungkin jahil bab ini. Pun begitu, beliau terus menerus menafikan ayat al-Quran serta menyamakan peranan ulama seperti rabai/sami2 dan paderi2 yang melemahkan umat. Bahkan, ucapan sebelum2nya juga jelas sekali menghina para anbiya'.

Lantaran rakan-rakan lain menegur juga, namun dibuat dengan kata-kata agak keras. Wanita ini berhujah dengan akalnya atau kaedah logik dan sekali sekala menafsirkan hukum islam dengan akalnya. Nampaknya, mad'u saya ini bukan calang2 orangnya.

Terus menerus saya menjawab ucapannya, sehinggalah pertanyaan saya sering diputar jawapan dengan persoalan mengarut akal. Saya tidak terus menjawab, tetapi terkadang memberikan persoalan kepadanya semula. Akhirnya saya mengesyaki sesuatu dengan persoalan yang sama ada beliau ini seorang Islam atau pun bukan Islam. Ini berdasarkan ucapan2nya agak kritis terhadap beberapa tafsiran mudahnya terhadap al-Quran. Teguran saya bersifat general dengan tidak menghukumnya, kerana saya juga perlu berhati2, jika tidak mungkin terperangkap selain berniat untuk menjinakkan hatinya kepada Islam.

Akhirnya, beliau mendelete pagenya, entah saya tidak pasti samada beliau bertindak sebegitu. Pun begitu, saya mengakhirinya dengan doa agar taqwa melekat dihatinya. Tidak lupa kepada kami sebagai ahli dalam forum perbincangan sedemikian.

Jika beliau bukan Islam, mungkin dia dapat jawapannya. Tapi jika dia Muslim, ini juga cabarannya. Sejauh manakah ideologi2 barat merasuk umat Islam di Malaysia? Cabaran berdakwah satu tugas yang perlu digiatkan.

P/a:Kalam Allah begitu hebat, satu ayat tidak ternafi. Allahuakbar.
     :Allah maha tahu dengan turunnya kitab al-quran, sebagai petunjuk/guideline kepada manusia yang berdepan dengan pelbagai masalah2 yang cukup kompleks dalam hidup mereka.

1 comment:

  1. teruskan usaha abang lan yer..sy sokong..agar umat islam kita tidak akan terus terpesong dan hanyut..

    ReplyDelete