Pages

Saturday, September 25, 2010

saudara bukannya sekadar sahabat yang dikenali

kepentingan manakah yang lebih penting?

kusoal diriku bila 3 orang remaja yang ingin solat lalu mereka katakan mereka belum mandi wajib. ah, kataku pergilah mandi dahulu! 

"bang, nk kain tuala, lalu saya meminta sahabat sya meminta kepada rakan yang tinggal berhampiran masjid untuk dipinjam kain tuala utk urusan itu. beberapa minit kemudian datanglah dia tanpa kain. "mana kainnya?" katanya pula, tuan punya kain taknak kasi dan bagi dalil katanya tak boleh berkongsi barang hak peribadi. eh sejak bila dalil tak boleh kongsi kain tuala ni, bisikku.

takut terjangkit kurap atau bernajis sangatkah org lain kpd kita. fikiranku mencari sebab mengapa alasannya begitu. pun begitu, dalam hal ini, terus ku cari kain untuk 3 remaja ni, apalah sangat sebab alasan peribadi kita ignore perkara yg lebih besar dlm melaksanakan tgjwb terhadap Allah. pertembungan dua kedudukan ni perlulah kita pertimbangkan kerana berapa sangatlah nilai harta kesayangan kita berbanding perkara yg lebih besar.

lantas, teringat kepada hadis, yg bisa dihafal anak2 juang dakwah mengenai ukhuwah, "La yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhi, ma yuhibbu linafsih" . ah, kisah2 para sahabat r.a menerawang dalam ingatanku kisah mereka yg mendahului sahabat drpd kpntingan diri. apakah kita sekadar hadaf makna saudara(akhi) hanya kpd sahabat dekat kita dan bukannya org lain? terasa sangat rugi kerana, 3 anak muda td merupakan mad'u yg sekiranya kita faham, seluruh manusia sekeliling kita adalah mad'u untuk didakwahkan.ya, barangkali hanya kerana memberi tuala, kita sudah menuntun hati manusia dekat kepada islam.

pn bgitu, ianya merupakan tazkirah buat diriku yang lupa, agar sntiasa ingat bhawa kita perlu beramal dengan apa yg kita pelajari.

No comments:

Post a Comment