Assalamualaikum
Saat ketika mana kita ingin membuat pilihan yang tepat adalah sesuatu yang sangat sukar. Ini kerana membuat keputusan yang tepat memerlukan kebolehan menganalisa yang kuat serta ketenangan hati yang mendalam.
Berbeza saatnya untuk membuat keputusan yang betul. Membuat keputusan yang betul, kadang-kadang tidak memerlukan analisa yang jitu, kerana kadang2 keputusan yang betul berlaku secara kebetulan.
Dalam Islam, istikharah adalah sesuatu yang amat penting tatkala kita berdepan saat2 kesukaran untuk membuat pilihan yang betul dan juga pilihan yang tepat. Dalam erti kata lain, kita mengharapkan bantuan Allah dalam membuat keputusan yang disandarkan agar ianya adalah pilihan terbaik. Ini dapat dilakukan dengan doa yang berterusan.
Sifat tawakal bukan tawakuf(berhenti) daripada berusaha. Sebaliknya tawakal diiringi dengan usaha. Anda pasti berdepan dengan saat2 yang sukar utk membuat kputusan dalam kehidupan anda, dan selaku orang Islam, jangan lupa bahawa saat pertolongan dari Allah adalah lebih bermakna daripada segala apa yang anda kecapi dan miliki.
P/s: Stress atau tidak terpulang kepada anda, kerana anda yang memilih untuk bahagia atau sebaliknya.
Saturday, September 8, 2012
Friday, May 4, 2012
sesuka suki
(Charles Darwin mungkin membuat teorinya berasaskan wajahnya yang mempunyai persamaan dengan seekor Cimpanzee...lalu Sains menemukan faktanya...)
assalamualaikum...
hari ni dah nak masuk 4 mei 2012... dah 3 bulan saya kerja kontrak. berdoa agar dapat kerja tetap., nanti ringan kepala untuk perancangan berikutnya. alhamdulillah, tak da la nak menganggur lagi, sejak praktikal, kerja sementara, dan dapat kontrak pun ok la juga daripada tak kerja. Yang penting jangan terlalu memilih. (hati tetap nak kerja sendiri)hehehe...
konvo degree 19 mei nnt...tak perlu pergi dah, serik dah nak buat kenangan tanpa family, jd lebih baik pinjam baju sahabat saya sudah cukup...
buat masa sekarang cari offer mana2 kerja bersesuaian yang sedia menerima saya. Jadi taukey emas ke, motivator ke...berangan je lebih2... :)
pohon membaitul muslim?
bukan kecantikan yang dicari, asalkan memadai agar pasangan kita mempunyai persefahaman yang baik dengan diri kita., baik di sudut ilmu, gerak kerja dakwah, penglibatan bersama kerja2 politik, dan sebagainya yang masing2 boleh sharing dan saling melengkapi segala kelemahan yg muncul...jadi adalah lebih baik mempersiapkan diri dahulu daripada menyatakan angan2 yang indah....cewah...
sekadar ambik syarat nak update blog aje...saje suka suki... :)
Saturday, March 3, 2012
Bulan 3...
assalamualaikum wbt
lama menyepi blog ni, nak tak nak aje hidupnya...hehe
sekejap aje rasanya, dah masuk bulan 3 tahun 2012....tahun yang penuh bermakna, dengan harapan yang tinggi, semangat yang harus diperbaharui...
dewasa bersama usia, nampaknya saya dah tamat thesis saya,serta praktikal...sekarang sedang menanti hari untuk konvokesyen saje bulan 5 nnt... insyaAllah sekarang tengah menabung duit dahulu dengan training di sebuah badan berkanun negeri...nak buat apa menabung, tu pandai2la bersebab menabung tu...
training selama setahun, lamanya....tp kalau ada kekosongan,insyaAllah, mudahan dikurniakan rezeki....best berada di unit promosi ni, kerja saya duk jalan2 aje promosi...rindu nak duk pejabat, dulu praktikal,selalu nak keluar pejabat...
menginap bersama muallaf, banyak cabaran bagi saya...siang bekerja, malam diberi ruang untuk mengajar mereka dengan kelas...tak apalah,rezeki di mana2, asalkan berpunca dr sumber yang halal untuk darah daging saya...
pilihanraya dah makin hampir,pastinya dalam membuat pilihan,perlulah pilihan yang betul...tangan ni jangan nak menggatal pangkah2 sebab kerana berbudi pada seseorang..fikir dahulu yang penting utk risalah agama kita...
tahniah buat rakan2 saya, ramai nikah ni, adik2 pun melangkah bendul...tunggu naqib saya entah bila lagi ni...
p/s: jom laksanakan islah berterusan dalam diri kita,keluarga,masyarakat dan negara..

Saturday, January 21, 2012
nak cepat....
Assalamualaikum
Sementara menantikan saat konvokesyen, oh masih trauma lagi saat konvo diploma lalu, mungkin konvo degree ni saya tak kan hadiri lg melainkan ummi sihat...Apapun saat indah berkonvo memang syok sekiranya ada teman2 dan rakan2 kita. Kalau berseorangan, memang tak best saat konvo.
Dah habis degree...menanti untuk cari pengalaman kerja...sebenarnya hasrat untuk further study tetap ada. tunggu saat sesuai dalam menampung kewangan stabil. Sekarang dapat tawaran temuduga, jadi kena bersiap sedia dahulu. Sebenarnya hati lebih suka bekerja sendiri, namun ruangnya masih belum kukuh. Seronok jika dengar rakan2 mula dapat tawaran jadi guru. Minat saya, lebih suka berhadapan dengan khalayak umum,bercakap tentang ilmu, bukan kerja statik mengadap data-data, terikat dan sebagainya. Apapun rezeki camtu nak buat camne.
mood malas menaip....

Thursday, December 29, 2011
Monday, December 26, 2011
Selamat Hari Lahir
Assalamualaikum
Genaplah usia saya hari ini 24 tahun, pada 26 disember 1987....
dilahirkan pada 5 jamadil Awal 1408hijrah, sekarang dah 1433h...(dah 25tahun ni)
Ucapan Terima Kasih Melalui Bog...untuk Ummi saya , Tuan Zaleha Tuan Chilik.,yang telah mengandungkan, melahirkan, membesarkan serta mendidik saya sehingga ke hari ini jadinye...juga buat abah Kahlid bin Rani...
dah tua dah... :)
P/s: Posting ni khas untuk penulis blog ni...ditulis oleh penulis blog ni juga :)

Thursday, December 22, 2011
Di satu sudut Kaunter Pejabat seorang mahasiswa berpraktikal
Assalamualaikum wbt
Syukur kepada Allah, saya masih diberi nikmat kesihatan untuk beribadah kepadanya. Dalam penantian serta mood mencari kerja, dah tentu usaha menghantar resume ke mana-mana tempat yang kosong. Huhu, kalau ada kosong dan offer dari mana2 maklum la, nampaknya saya dah mula tidak bermaya untuk terus kekal memberi khidmat kepada tempat saya berpraktikal sekarang.
Tempoh berpraktikal dah tamat, cumanya saya diberi peluang untuk stay sementara dengan gaji lepasan UPSR atau PMR. Adapun, Alhamdulillah, ini dah kira bertuah sementara saya mencari kerja-kerja, sambil2 kumpul wang untuk nikah (haha bertunang pun belum sampai masa lagi ni).
Minggu ini nampaknya ke”stressan” semakin membuak ditempat kerja. Dengan skop kerja yang terhad, ditambah lagi dengan membuat kerja staff lain (walaupun ada staff yang merasakan saya macam kena buli)disuruh buat itu ini, tanpa elaun khas perkhidmatan, tapi tak mengapalah, usia sekarang ni saya memang betul2 bermula dari bawah. (nnt dah tua di usia warga emas nak crita kat sape2 yang saye pun melalui kerja dr bawah, bukan minta kerja pakai cable nama sape2. (mood redha jela pergi mana2 sekarang dijabatan, jadi lubuk anak beranak kerja disitu)
Oh alangkah indahnya jika bakat yang dipendam dapat disesuaikan dengan jenis pekerjaan saya. Huhu, tapi kadang2 tak kena tempat juga, bayangkan dalam memberikan penjelasan kepada customer, mahupun melaksanakan tugasan berbentuk agihan dan bantuan, ancaman terhadap nyawa sering diberi perhatian juga. Tempat ni, langsung takda CCTV (cuba bayangkan kalau penjenayah dating ke), dan saya cuma memotivasikan diri dengan iktikad “CCTV” yang Allah letakkan dalam hidup kita lebih baik. Tiada senjata atau kawalan keselamatan disini, cumanya “kayu cota” sebagai pertahanan diri.
Orang Gila. Sakit Mental
Macam2 yang datang berurusan, datang pakcik ni berpakaian serba merah mohon bantuan, utk kali pertama, orite, mood saya selalu ok. Esoknya datang lg minta bantuan, dengan selamba, “hei, mung kenal tak aku ni sape?” saya mula membayangkan lagaknya bak Hang Jebat yang mengajak Si Hang Tuah berseteru lawan keris..(haha). Penat melayan, semua bahasa kasar keluar daripada mulutnya. Tak nak duduk dikerusi kerana menganggap saya kurang ajar (saya pula yg kena). Habis dibebelkan, kadang2 hairan, sbab tokoh politik, tuan guru haji abdul hadi bin awang dikenalinya dengan baik, ingat pula mana asal tuan guru dan nama ayah dan datuk sekali. Malas melayan kerenahnya, saya bagi la bantuan beras (padahal baru semalam kasi, tp katanya hari ni utk mak dia pula).. pendek cerita lagi, saya minta dia datang lagi 2-3 bulan, dan saya cakap.,”hari ni saya tolong pakcik,so pakcik kena tolong saya, jgn dtg lagi esok ye, datang lagi 2-3 bulan. (jawapan lg selamat). Sesekali dia berbicara nak bawa parang nak pukul saya..tapi Alhamdulillah, mood orang sakit ni boleh diacah2 juga dengan senda gurau.
Penagih dadah
Puas agaknya sorang ni minta dengan sorang staff, tp tak disyorkan. Banyak kali datang. Satu hari staff itu tiada, lalu dia datang jmpa saya yg jaga kaunter. Dia mohon bantuan, oleh kerana mukanya dah famous kat sini, so saya buat2 tak kenal siapa dia. Kononnya dia ada anak ramai, buat muka sedih, kata anak bini kelaparan, macam2 la lg babak sayu.. tp tak termakan sbb dah kenal dia siapa, hancur harapan dia walaupun dia mengugut saya dengan ugutan2. (ooO agaknya begini ke buat penilaian ke atas orang yg minta bantuan?) takde la jahat sangat, lagipula dia pernah dapat bantuan yg diluluskan, jadi hari2 datang dengan harapan dapat lagi. Bukan smua orang dilayan sama seperti abang2 penagih ni.
Bekas Banduan.
Yang ni agak merunsingkan saya, sebab rekod gemilang mereka punyai jenayah sehingga masuk univeriti tarbiyah, bukan calang2 jenayah dibuat, pembunuh, perompak, dan lain2. Biasanya yang datang ni sebenarnya tidak tahu tempat saluran bantuan sewajarnya mereka perlu cari. Tp sebalik citer ni, huhu, berdepan dengan bekas banduan memang berdebar kerana majoritinya datang dengan menceritakan rekod lampau sebagai bahan mereka nak menakut2kan. Kadang2, bila diberikan penjelasan,dari pandangan agama, mereka seolah2 menganggap kita nak bersyarah kepada org yang jahil tak tahu apa2, dan mereka tahu smuanya dah. Kadang2 menerima tenking direct, dan adakala cakap mahu belasah saya depan pejabat, kalau bawa parang nak hentak saya. Terketar2 juga tangan. Namun disebalik tugasan mencabar ni, menasihati serta menenangkan mereka perlukan skill. Alhamdulillah mereka2 ni beredar dengan aman tanpa tindakan seperti yang dinyatakan. Huhu boleh arwah juga saya kalau berdepan dengan mereka ni.
Begitulah asam garam berdepan social majmuk. Macam2 ada. Yang kat atas ni sekadar group sesetengah orang, tak kata smua orang camtu bila datang minta bantuan. Disinilah skill yang perlu bagi mengawal emosi kita juga. Kadang2 saya pun terdetik, “ceh blum kenal lagi ye hamba ni pendekar mana ye”..huhu… staff perempuan dibelakang saya semua pergi jauh2 bila saya counter clients jenis di atas.
Kerja mana yang tak berdepan risiko, kalau takda risiko tak best kot.
Mood: sedang mencari kerja (yang lebih selamat) dan nak lari la …..haha
p/s: (lari daripada staff sorang yang selalu mengampu bos dan memburukkan peranan orang yang tolong buat kerja dia sendiri…ooh dunia yang menipu…seksanya, kena sabar banyak2)
Subscribe to:
Posts (Atom)