Pages

Thursday, December 29, 2011

Zunar Pelukis Kreatif



P/s: very Kelakar dan Ironis dengan situasi semasa

Monday, December 26, 2011

Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum

Genaplah usia saya hari ini 24 tahun, pada 26 disember 1987....
dilahirkan pada 5 jamadil Awal 1408hijrah, sekarang dah 1433h...(dah  25tahun ni)

Ucapan Terima Kasih Melalui Bog...untuk Ummi saya , Tuan Zaleha Tuan Chilik.,yang telah mengandungkan, melahirkan, membesarkan serta mendidik saya sehingga ke hari ini jadinye...juga buat abah Kahlid bin Rani...

dah tua dah... :)

P/s: Posting ni khas untuk penulis blog ni...ditulis oleh penulis blog ni juga :)

Thursday, December 22, 2011

Di satu sudut Kaunter Pejabat seorang mahasiswa berpraktikal


Assalamualaikum wbt

Syukur kepada Allah, saya masih diberi nikmat kesihatan untuk beribadah kepadanya. Dalam penantian serta mood mencari kerja, dah tentu usaha menghantar resume ke mana-mana tempat yang kosong. Huhu, kalau ada kosong dan offer dari mana2 maklum la, nampaknya saya dah mula tidak bermaya untuk terus kekal memberi khidmat kepada tempat saya berpraktikal sekarang.

        Tempoh berpraktikal dah tamat, cumanya saya diberi peluang untuk stay sementara dengan gaji lepasan UPSR atau PMR. Adapun, Alhamdulillah, ini dah kira bertuah sementara saya mencari kerja-kerja, sambil2 kumpul wang untuk nikah (haha bertunang pun belum sampai masa lagi ni). 

Minggu ini nampaknya ke”stressan” semakin membuak ditempat kerja. Dengan skop kerja yang terhad, ditambah lagi dengan membuat kerja staff lain (walaupun ada staff yang merasakan saya macam kena buli)disuruh buat itu ini, tanpa elaun khas perkhidmatan, tapi tak mengapalah, usia sekarang ni saya memang betul2 bermula dari bawah. (nnt dah tua di usia warga emas nak crita kat sape2 yang saye pun melalui kerja dr bawah, bukan minta kerja pakai cable nama sape2. (mood redha jela pergi mana2 sekarang dijabatan, jadi lubuk anak beranak kerja disitu) 

Oh alangkah indahnya jika bakat yang dipendam dapat disesuaikan dengan jenis pekerjaan saya. Huhu, tapi kadang2 tak kena tempat juga, bayangkan dalam memberikan penjelasan kepada customer, mahupun melaksanakan tugasan berbentuk agihan dan bantuan, ancaman terhadap nyawa sering diberi perhatian juga. Tempat ni, langsung takda CCTV (cuba bayangkan kalau penjenayah dating ke), dan saya cuma memotivasikan diri dengan iktikad “CCTV” yang Allah letakkan dalam hidup kita lebih baik. Tiada senjata atau kawalan keselamatan disini, cumanya “kayu cota” sebagai pertahanan diri.
Orang Gila. Sakit Mental

Macam2 yang datang berurusan, datang pakcik ni berpakaian serba merah mohon bantuan, utk kali pertama, orite, mood saya selalu ok. Esoknya datang lg minta bantuan, dengan selamba, “hei, mung kenal tak aku ni sape?” saya mula membayangkan lagaknya bak Hang Jebat yang mengajak Si Hang Tuah berseteru lawan keris..(haha). Penat melayan, semua bahasa kasar keluar daripada mulutnya. Tak nak duduk dikerusi kerana menganggap saya kurang ajar (saya pula yg kena). Habis dibebelkan, kadang2 hairan, sbab tokoh politik, tuan guru haji abdul hadi bin awang dikenalinya dengan baik, ingat pula mana asal tuan guru dan nama ayah dan datuk sekali. Malas melayan kerenahnya, saya bagi la bantuan beras (padahal baru semalam kasi, tp katanya hari ni utk mak dia pula).. pendek cerita lagi, saya minta dia datang lagi 2-3 bulan, dan saya cakap.,”hari ni saya tolong pakcik,so pakcik kena tolong saya, jgn dtg lagi esok ye, datang lagi 2-3 bulan. (jawapan lg selamat). Sesekali dia berbicara nak bawa parang nak pukul saya..tapi Alhamdulillah, mood orang sakit ni boleh diacah2 juga dengan senda gurau.

Penagih dadah

Puas agaknya sorang ni minta dengan sorang staff, tp tak disyorkan. Banyak kali datang. Satu hari staff itu tiada, lalu dia datang jmpa saya yg jaga kaunter. Dia mohon bantuan, oleh kerana mukanya dah famous kat sini, so saya buat2 tak kenal siapa dia. Kononnya dia ada anak ramai, buat muka sedih, kata anak bini kelaparan, macam2 la lg babak sayu.. tp tak termakan sbb dah kenal dia siapa, hancur harapan dia walaupun dia mengugut saya dengan ugutan2. (ooO agaknya begini ke buat penilaian ke atas orang yg minta bantuan?) takde la jahat sangat, lagipula dia pernah dapat bantuan yg diluluskan, jadi hari2 datang dengan harapan dapat lagi. Bukan smua orang dilayan sama seperti abang2 penagih ni.

Bekas Banduan.

Yang ni agak merunsingkan saya, sebab rekod gemilang mereka punyai jenayah sehingga masuk univeriti tarbiyah, bukan calang2 jenayah dibuat, pembunuh, perompak, dan lain2. Biasanya yang datang ni sebenarnya tidak tahu tempat saluran bantuan sewajarnya mereka perlu cari. Tp sebalik citer ni, huhu, berdepan dengan bekas banduan memang berdebar kerana majoritinya datang dengan menceritakan rekod lampau sebagai bahan mereka nak menakut2kan. Kadang2, bila diberikan penjelasan,dari pandangan agama, mereka seolah2 menganggap kita nak bersyarah kepada org yang jahil tak tahu apa2, dan mereka tahu smuanya dah. Kadang2 menerima tenking direct, dan adakala cakap mahu belasah saya depan pejabat, kalau bawa parang nak hentak saya. Terketar2 juga tangan. Namun disebalik tugasan mencabar ni, menasihati serta menenangkan mereka perlukan skill. Alhamdulillah mereka2 ni beredar dengan aman tanpa tindakan seperti yang dinyatakan. Huhu boleh arwah juga saya kalau berdepan dengan mereka ni.

Begitulah asam garam berdepan social majmuk. Macam2 ada. Yang kat atas ni sekadar group sesetengah orang, tak kata smua orang camtu bila datang minta bantuan. Disinilah skill yang perlu bagi mengawal emosi kita juga. Kadang2 saya pun terdetik, “ceh blum kenal lagi ye hamba ni pendekar mana ye”..huhu… staff perempuan dibelakang saya semua pergi jauh2 bila saya counter clients jenis di atas.

Kerja mana yang tak berdepan risiko, kalau takda risiko tak best kot. 

Mood: sedang mencari kerja (yang lebih selamat) dan nak lari la …..haha                   
                      
p/s: (lari daripada staff sorang yang selalu mengampu bos dan memburukkan peranan orang yang tolong buat kerja dia sendiri…ooh dunia yang menipu…seksanya, kena sabar banyak2)