Pages

Friday, September 21, 2012

Perhatian Pengunjung2

Assalamualaikum

Blog ini mungkin kurang manfaatnya, oleh itu saya alu2kan saudara/i kunjungi blog utama saya di alamat ini....
http://umarfarouq.blogspot.com/

Ok....

berkhidmat untuk jemaah islam

Saturday, September 8, 2012

Tawakal Dengan Usaha

Assalamualaikum

Saat ketika mana kita ingin membuat pilihan yang tepat adalah sesuatu yang sangat sukar. Ini kerana membuat keputusan yang tepat memerlukan kebolehan menganalisa yang kuat serta ketenangan hati yang mendalam.

Berbeza saatnya untuk membuat keputusan yang betul. Membuat keputusan yang betul, kadang-kadang tidak memerlukan analisa yang jitu, kerana kadang2 keputusan yang betul berlaku secara kebetulan.

Dalam Islam, istikharah adalah sesuatu yang amat penting tatkala kita berdepan saat2 kesukaran untuk membuat pilihan yang betul dan juga pilihan yang tepat. Dalam erti kata lain, kita mengharapkan bantuan Allah dalam membuat keputusan yang disandarkan agar ianya adalah pilihan terbaik. Ini dapat dilakukan dengan doa yang berterusan.

Sifat tawakal bukan tawakuf(berhenti) daripada berusaha. Sebaliknya tawakal diiringi dengan usaha. Anda pasti berdepan dengan saat2 yang sukar utk membuat kputusan dalam kehidupan anda, dan selaku orang Islam, jangan lupa bahawa saat pertolongan dari Allah adalah lebih bermakna daripada segala apa yang anda kecapi dan miliki.

P/s: Stress atau tidak terpulang kepada anda, kerana anda yang memilih untuk bahagia atau sebaliknya.